Thursday, April 1, 2010

Nasi Halia Kuning

Salam di hari jumaat, moga ceria2 selalu. Sebenarnya semalam saya masak nasi halia kuning ini, tetapi tak sempat nak entri...ini di sebabkan talian internet yang lambat. Jadi hari ni baru boleh n3. Nasi ni sedap dan tidak muak....ianya sedap di makan bersama apa2 jenis lauk. Saya makan bersama yogurt fried chicken dan pajeri nenas. Resepi asal adalah dari Kak Ummi dan saya C&P dari rumah Che Mat Gebu. Terima kasih ya chef berdua .



BAHAN-BAHANNYA
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails