Inilah sayur campur utk hari ini, sayur kegemaran anak-anak.
Bahan-bahan
* 10 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
* sedikit hirisan cili merah
* sedikit hirisan nanas
* 4-5 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 3-4 sudu besar cili kering kisar
* sedikit air
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sb kicap manis
* 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin
* 1 labu bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 batang serai
Cara-cara
- Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
- Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
- Hidangkan setelah masak.
salam yatie...
ReplyDeleteamboii...sungguh menyelerakan ketam tu...kte pun br je buat 2-3 lps...hehe. Ketam msk atail gini mmg favorite anak esp yg sulung tu. kalau msk stail lain, mesti die komplen...hehe.
Anyway, thanks for trying. Jangan jemu utk mencube lg yer...tq.
wkmsalam Dayang, mmng sedaplah masak mcm gini..semuanya suka...bnyk lagi resepi2 Dayang yg ingin Yatie cuba...THANKS..
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeleteuish, sedapnya ketam...lamaa dah tak makan ketam ni. ngencess bak kata org jawa. esok sok bila gi pasar, nak beli ketam la.
nape ek ketam kna rebus dl
ReplyDelete