Monday, April 12, 2010

Bun Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua, moga ceria2 selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Hari ni saya nak tayang sikit roti yang saya buat malam tadi. Alhamdulillah roti yg saya buat menjadi dan lembut walaupun tak menggunakan bread softener dan bread improver. Masa mula2 nak buat tu, bimbang juga kot2 tak menjadi atau keras, tapi berkat keyakinan dan semangat yg tinggi akhirnya berjaya juga.

Sebelum ni ada juga buat roti, tapi ikut tekak sendiri kira oklah. Kalau nak kongsi resepi di sini, mestilah yg betul2 menjadi...kalau tak di katanya tipu pula. Oklah disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Ros@JMC yang banyak memberi tunjuk ajar tentang membuat roti. Ros juga yang mencadangkan supaya menggantikan bread softener/ bread improver kepada Water Roux. Di sini memang sukar utk mendapatkan bahan2 seperti itu. Selepas ni bertambah2 rajin rasanya nak buat roti lagi...dan lagi...dan lagi...hi3.

Akak minta izin letak resepinya di sini ya Ros. Mudah2an ramai lagi kawan2 terutama yg berada diluar negara utk mencuba membuat roti sendiri. Terima kasih banyak2.

Atas roti tu adalah taburan kelapa kering....memandai je...hi3



Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam/ atau susu segar
  • 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver atau dough softner
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
  • (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Caranya
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

** Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.


Ini adalah cara membuat Water Roux.( resepi asal water roux ni saya ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.

50 gram tepung gandum

250 ml air

Cara-Caranya.

Masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, Letak dlm bekas dan tutup dengan plastik wrap dan simpan dalam fridge. Sekiranya hendak gunakan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sebentar dan boleh di gunakan. Water Roux ini tahan dlm masa 3 hari sahaja.

13 comments:

  1. Salam..
    waaa gebusss sungguh rotimu itew!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie..
    yeye nak roti nak roti..
    sedap tgk roti akak yang lembut ni :)

    ReplyDelete
  3. salam
    kak yatie.. hehe ramai kawan2 padin
    cakap kak yatie masak sedap,
    tapi diorang segan nak cakap..
    nanti masak lebih2 ya.. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak yati..wah menlihat roti k.yati yang gebus itu..bersemangat nak meroti nih..hehe..satu adunan tu dapat berapa ketul kak

    ReplyDelete
  5. memang tangan yatie ni, tangan chef ni...
    tangan saya tangan pen, pen pun pen merah je...menanda kertas dan buku.
    bab memasak ni memang fail je lah

    ReplyDelete
  6. salam yatie...wahhh gebunya roti pandan tu...ni menguli pakai tangan ke atau bantuan bm...memang nampak sedap gitu...teringin gak nak belajar buat roti,tapi takut tak jadi pulak..huhu

    ReplyDelete
  7. asslmmualaikum...
    hmmm nampak sedap...
    hope lepas ni lebih banyak resepi kek...
    especially kek coklat...

    ReplyDelete
  8. E-na=> terima kasih...roti ni mmng gebu dan lembut je..

    Mummyseri=>nak roti...hi3 dah abeslah...seri buat lagi gebu...

    ReplyDelete
  9. Padin=> wkmsalam, ye ke...buat apa nak malu, lain kali ajak sekali kawan2 tu dtng sini ya....mailah menjamu selera apa yg ada ni..


    IzahDaut=>wkmsalam, apa lagi pegilah buat roti tu...akak uli guna tngn je..akak dpt 9 ketoi besar...boleh buat kecik2 sikit..

    ReplyDelete
  10. A KL Citizen=> takdelah...yatie masak biasa2 je..suka buat sesuatu yg baru...perut sendiri gak yg kenyang...hi3..


    Ima=>wkmsalam, yatie uli guna tangan je...kalau teringin tu, cubalah buat...lama2 biasalah tu...yatie pun main berani je...jadi pulak tu, seronoknya..

    ReplyDelete
  11. Merpati=>wkmsalam,mmng sedap bun ni, klau kat msia akak dah beli je....kat perantauan ni kena rajinkan diri membuatnya....

    ReplyDelete
  12. salam yati saya ucapkan ribuan terima kasih atas semua sumbangan resepi yang telah di berikan menjadi kegemaran kami sekeluarga..tq atas tunjuk ajar yang di berikan tqtqtqtq

    ReplyDelete
  13. salam kak yati..pertama sekali tahniah atas blog nih...first time masuk terus minat....sy suka buat roti nih...tp baru kenal pasal water roux...terima kasih sbb sudi kongsi the secret recipe...semoga ilmu yg ada bertambah2 berkat lg :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails