Sunday, April 11, 2010

Pancake

Salam dan selamat sejahtera kawan2 semua. Hari ni saya masak pancake buat sarapan pagi. Sebenarnya pancake ni bukan untuk sarapan pagi je...tetapi sesuai juga untuk minum petang. Saya akan masak pancake bila2 waktu di perlukan, lagi pun nak menyediakannya mudah saja. Resepi pancake ini adalah paling lembut dan sedap yg pernah saya buat. Kalau kawan2 nak rasa cubalah buat ya. Mari kita lihat bahan-bahannya.




Bahan-bahan
* 2 biji telur=>di pukul sedikit
* 4 sudu butter - cairkan
* 2 cwn tepung naik sendiri
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil cream of tartar
* 4 sudu besar gula
* 2 cawan susu segar=>suam
* secubit garam

Cara-Cara
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2, boleh juga di blend. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.
  5. Bila sudah mula bersarang, barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Saya makan dengan cream cheese dan maple syrup. Boleh juga di makan bersama dengan honey.

13 comments:

  1. salam kak yati.. wah pankek sdapnyee.. saya amik rsepi ni ye sebab kata paling lembut kan.. nak try buat laaa..tq

    ReplyDelete
  2. salam
    kak yati..
    nak minta izin, nak letak blog kak yati kat blog padin, senang nak jamu pengunjung padin nanti.. hehe.. reply kat chat box padin ye, thanx a lot

    ReplyDelete
  3. Izahdaut=> wkmsalam Izah, cubalah, memang lembut sangat...pasti tak mengecewakan...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Padin=> wkmsalam Padin,boleh aje...akak dah pergi blog padin....thanks...

    ReplyDelete
  5. salam yatie... sedapnya pancake tu nampak dia punya sarang masa tengah atas kuali tu.... kalau kita letak kacang2 sikit dah jadi apam balik kot...
    yatie... mesti sedap makan dengan cream cheese tu yek aahhh teringinnya... kena wat ni...

    ReplyDelete
  6. salam Yatie, thank you for the wishes ya..rasa terharu sangat..appreciate it very much..
    dah datang ni nak mintak 2-3 keping pancake lah..

    ReplyDelete
  7. salam yatie..akak punya resepi tak guna cream of tatar... tu la peyebab gebu tuuu.. nanti akak nak try la letak c.t.t tuuu...thanks kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  8. salam, dah lama nak cari rsepi pancake, tapi tak cari2.. nasib baik ada kat sini, jadi tak perlu cari.. hehe

    ReplyDelete
  9. Kaksu=> wkmsalam,mmng sedap dan lembut je pancake ni....cubalah senang je..

    Ayu=>sama2...boleh je setakat 2-3 keping tu...

    ReplyDelete
  10. Kak Jalilah=>wkmsalam,resepi ni mmng sedap dan gebu...akak cubalah..

    Yusa=>wkmsalam, cubalah, memang mudah dan sedap..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Yatie...tq for the recipe...dah cuba dah....ok..cuma nape ek mcm x berapa nak gebu je...hehehe....

    ReplyDelete
  12. salam...suke nye..suke sngt2 bla terjmpa blog ni memang blog yg terbaik antra yang terbaik laaa..lebih2 g jumpa resepi PANCAKE ni... sebiji sama macm pancake mcdonald tau heheh..tp nak bagi pancake ni harum @ wangi macm pancake mcd mcmna ahh, akak tau ke???

    ReplyDelete
  13. Salam . Nk tya .tepung naik sdri tu mcmana? Tepung gandum biasa tu ke ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails