Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi bersama Nenas

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu ni minggu makanan laut. Maklumlah anak bujang balik bercuti, jadi teringin sngt nak makan ketam dan udang. Hari ni mama masakan ketam pulak, biar puas makan. Bila tngk anak2 berselera makan, hati ni senang sangat rasanya....lebih2 lagi bila nampak depan mata menjamu selera masakan mama. Resepi ni pernah di cuba sebelum ni, mmng sedap sangat. Terima kasih K.Ummi berkongsi resepi. Walau lama akak tak bersiaran, tapi Yatie tetap singgah cari2 idea masakan. Kadang2 tu takde idea nak masak apa, jadi carilah resepi2 di blog kawan2...ianya bnyk membantu.


 
Bahan-bahan
  • 10 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua atau biar sekor2 je.
  •   2 batang serai - diketuk 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam gelugor
  •  1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
  •  garam dan gula secukup rasa
  •   minyak untuk menumis


Bahan2 Kisar
  • 10 biji cili padi 
  • 2 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisardan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

Tuesday, April 19, 2011

Gulai Kari Ketam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak awal sikit. Maklumlah saya beli ketam, jadi tak bolehlah di biarkan lama2 kat dapur tu..kang berjln pulak ketam tu. Bila dah masak tu...apa lagi, saya pun meratah dulu sorang2...hai sedap betullah. Lama tak makan ketam, sesekali layan, mmng tak hengat orng lain... hehehehe... Bila suami dan anak2 balik nak makan nanti, kita pura2lah belum menjamah ketam ni...barulah dpt makan lebih. Hai penangan ketam ni mmng sedap betullah..sedap hingga menjilat jari. Saya goreng sebahagian ketam ni sbb anak bongsu saya tak makan pedas. Kesian pulak bila dia nak makan ketam nanti. Kalau masak lauk ketam ni, terpaksalah masak lauk lain. Saya masak ayam kunyit buat lauk sampingan. Oklah jom kita semak bahan2 utk memasak gulai kari ketam ni. Gulai ni sedap tau di tambah timun, boleh juga di gantikan nenas. Selamat Mencuba.



Bahan-bahan
  • 10 ekor ketam
  • 1 biji buah tomato- di belah 4
  • 1 batang timun- di belah 4 dan potong 2 inci
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan*
  • 1 sudu kecil serbuk jintan halus*
  • 1 sudu kecil jintan kasar*(* bancuh dngn sedikit air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
Bahan Tumis
  • 2 biji bwng merah- dimayang
  • 1 ulas bwng putih- di mayang
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 1 btng kulit kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 kntm bunga cengkih
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis. Tumis sebentar.
  3. Masukkan bahan2 kisar dan tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari dan serbuk jintan yg di bancuh dngn sedikit air. Gaul lagi dan tumis sehingga sebati.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
  6. Masukkan ketam, timun, asam keping, garam, dan sedikit gula. Gaul sebati.
  7. Masukkan santan pekat, tomato dan gaul lagi. Biar mendidih dan kacau sebentar.
  8. Perasakan, bila dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Saturday, May 1, 2010

Ketam Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah menu simple saya hari ini. Biasanya ketam saya masak lemak tapi hari ni atas permintaan anak2 supaya di goreng sahaja. Ketam goreng ni kita makan beramai2...wow sedap sangat hingga menjilat jari. Jom lihat resepi yg mudah ni...


Bahan-Bahan

* 10 ekor ketam/ lebih
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup(kunyit serbuk pun boleh)
* Garam secukup rasa
* Minyak utk mengoreng

Cara-Cara
  1. Siang ketam, bersihkan dan toskan.
  2. Tumbuk bwng putih dan kunyit hidup bersama garam.
  3. Gaul bersama ketam tadi.
  4. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng...tak payah lama sangat.
  5. Angkat dan hidangkan....sedapnya ketam ni...terasa kemanisannya.

Friday, April 16, 2010

Ketam Masak Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semuanya. Dah masak ke belum? Hari ini saya masak sempoi je iaitu ketam masak kari. Selalunya saya masak lemak cili api, kali ni tukar pada masak kari pula. Rasanya sedap dan menepati dengan selera kami sekeluarga. Jom kita lihat resepinya yg mudah ini.



Bahan-bahan
* 1 kg ketam (7 ekor sederhana)
* 3 cawan santan
* 4 sudu besar serbuk kari
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 '' halia
* 2 batang serai (di ketuk)
* 2 keping asam keping
* 2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil gula
* 1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
* minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
  3. Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan2 yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.
  5. Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau.
  6. Kacau lagi sehingga masak.
  7. Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

Thursday, April 8, 2010

Ketam Masak Merah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak lauk ketam. Biasanya di rumah ni suka masak ketam lemak cili api, tapi hari ni saja tukar resepi lain pulak. Ternyata sedap sangat....lagi2 makan ramai2 seronok. Biasanya kalau masak ketam, mesti ada lauk sampingan lain sebab makan ketam ni leceh sikit. Biasalah nak kerjakan kulitnya masa makan, tu yg mengambil masa sikit. Resepi ni saya ambil dari rumah Dayang Jack. Saya minta izin C&P di sini ya DJ resepi yg sedap ini. Mari kita lihat bahan-bahannya.




Inilah sayur campur utk hari ini, sayur kegemaran anak-anak.
Bahan-bahan

* 10 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
* sedikit hirisan cili merah
* sedikit hirisan nanas
* 4-5 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 3-4 sudu besar cili kering kisar
* sedikit air
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sb kicap manis
* 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan mesin

* 1 labu bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 batang serai

Cara-cara
  1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
  5. Hidangkan setelah masak.

Sunday, March 21, 2010

Ketam Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua dalam keadaan yang mengembirakan di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Hari ni saya masak ketam lemak cili padi dengan nenas. Lauk ni adalah menjadi kegemaran kami sekeluarga. Biasanya saya masak lemak ketam rebus semuanya sekali, tapi hari ni saya tumis perencahnya dahulu. Ini pun saya ikut resepi Kak Ummi...ternyata memang sedap sangat. Saya minta izin C&P ya Kak Ummi resepi yg mudah dan sedap ini. Terima kasih banyak2...


Bahan-bahan


* 8 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua atau biar sekor2 je.
* 12 biji cili padi - tumbuk
* 5 ulas bawang merah - tumbuk
* 2 ulas bawang putih - tumbuk
* 1 inci kunyit hidup - tumbuk
* 1 inci halia
* 3 batang serai - diketuk
* 1 cawan santan cair
* 1 cawan santan pekat
* 1 keping asam gelugor
* 1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
* garam dan gula secukup rasa
* 4 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

Sunday, March 14, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak lauk ketam, dah lama rasanya tak makan ketam. Bukannya apa...kat sini memang sukar nak dapat ketam atau ikan seperti di Malaysia. Alang2 dah jumpa, apa lagi saya pun masak ketam cili padi. Wow...sedap betul bila dah lama tak makan. Bila makan tak ingat orang kat sebelah....wakakaka...Mari kita lihat resepi yang mudah ini.


Bahan-Bahan
10 ekor ketam/secukupnya
Bahan kisar
10 biji cili padi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

2 batang serai-ketuk
3 cawan santan
2 keping asam gelugor/keping
garam dan gula secukup rasa
Cara -Cara
  1. Blend bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan dan asam keping.
  2. Masukkan ketam dan gaul sebati. Masukkan garam dan perasakan.
  3. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.
Related Posts with Thumbnails