Bahan Lapisan Bawah:
*3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna hijau
Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
- Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
- Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.
Bahan Lapisan Atas:
*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus
Cara Menyedikan Lapisan Atas:
- Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
- Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
- Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
- Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.
salam yatie. amboi...cantik & berseri2nya umah baru!!! nak celebrate apa ni? dh lambat juga ke? hehehe...
ReplyDeletewkmsalam K.Ita, alahai saja2 je tukar langsir baru...baru semangat sikit..hi3..
ReplyDeleteSalam akak,klu guna tpung kacang hijau blh kew?
ReplyDelete