Thursday, April 15, 2010

Macaroni Seafood Gratin

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni saya masak macaroni seafood gratin. Sesekali makan western food memang sedap. Masak macam ni biasanya saya tak makan nasi, sebab ianya mengenyangkan juga. Mari kita lihat bahan2nya. Sesiapa yg suka western food tu, bolehlah mencuba ya..

Macaroni Seafood Gratin yg siap di bakar.

Macaroni yg siap di tabur cheese, lepastu barulah di tuang white sauce dan terus di bakar

Bahan-bahan

200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
  2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
  3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
  4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
  5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.
**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur

Cara-cara masak White Sauce
  1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.
Cara Penyediaan
  1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
  2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
  3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
  4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba.

6 comments:

  1. meriahnyeee keju mzzrlaaa ni...agaknye murah la kot kat tempat yatie ni... kalau kat mlysia mau parak duit dibuatnye kalu meriah cengitu..heheheee..minta sepinggan hantauuu mai ke dato keramat niii..

    ReplyDelete
  2. salam yatie. yummy! sedapnya macaroni ni. teringin nak rasa. bg sepotong blh. klu anak2 nak, akk nak cubalah yatie. nnti akk salin resepi ya. t.kasih...

    ReplyDelete
  3. salam kak.. uhh rugi la ni spesis tak makan seafood, kiki kak tgk entry terbaru saye, semua kisah perjalanan idup saya, kak

    ReplyDelete
  4. Kak Jalilah=> kat sini mmng murah cheesenya..tapi yatie guna cheese yg halal...ada jual di kedai pak arab yg selalu yatie beli daging dan ayam..
    hantar sana jauh sngtlah...hi3..

    ReplyDelete
  5. Kak Anis=> wkmsalam,kalau dekat yatie dah bagi rasa...cubalah kalau teringin...buat sikit dulu, kalau mereka semua suka baru buat lebih...ank2 yatie mmng suka...

    ReplyDelete
  6. Padin=> wkmsalam,ow tak makan seafood ya..takpe tukar pada ayam pun boleh...akak dah tengok entry terbaru tu...semuanya tntng padin...bagui2..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails