Saturday, April 24, 2010

Sup Ayam Hadnyai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Dah makan ke belum...rasanya sesekali pekena sup ayam hadnyai memang sedap. Selalu saya masak sup simple je, kali ni saya masak sup yg berempah. Rasanya sedap sangat, lebih2 lagi bila di hirup kuahnya. Resepi asal adalah dari Pyhonda MyR, ianya juga ada di rumah Kak Nor dan Kak Ummi. Saya pula C&P dari rumah CMG, izinkan saya letak resepinya di sini ya CMG, terima kasih banyak2.


Kalau suka, makan bersama sambal kicap
BAHAN - BAHANNYA

  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

4 comments:

  1. kak yatie, sedap nampak sambal kicap kak yati tu, blend skali ke dengan kicap?

    ReplyDelete
  2. salam kak yati,
    baru sempat dtg. Hubby beronline dr kelmarin. kat sini hot2 pilihanraya.
    nampak pekat supnya. kalu buh rempah2 tu, dah sure sedap! oh, buh lengkuas skali kak? nanti2 nak try la...:)

    ReplyDelete
  3. Don Juan=> mmng sedap sup ayam ni..

    Izahdaut=> kicap tu akak letak kemudian...

    Indahhouse=>wkmsalam, mmng sedap sup ayam hadnyai ni...cubalah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails