Monday, April 5, 2010

Bingka Tepung Beras

Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat bingka beras untuk minum petang. Dah lama teringin nak buat, tapi baru ini berkesempatan. Rasa kuih ini lemak manis...saya suka sebab warnanya putih bersih, tapi bahagian kerak itu yang menjadi rebutan. Resepi asal adalah dari Kak Fida MyR dan saya ambil dari rumah Kak Ummi. Seperti biasa saya minta izin letak resepinya di sini ya Kak Ummi, terima kasih banyak2.



Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tepung Hoen Kue putih>>saya guna tpng jagung je
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

9 comments:

  1. Sedapnya...Yatie....terasa lemak manis kat mulut Akak dah ni!

    ReplyDelete
  2. Akak suka juga ke...ada lagi ni..ambillah sepiring tu...hi3..

    ReplyDelete
  3. Salam kak.. Rajinnya akak buat kuih. Mcm2 ada..!! Kuih ni sy biasa mkn wktu bf. Mmg sdp dn mdh dihadamkn. Yg akak buat msti sdp. Nk 3 ketoi..hehe..

    ReplyDelete
  4. saya pun minat keraknya..
    tapi tak pernah buat sendiri

    ReplyDelete
  5. Komen bab kueh tak berapa reti, tapi kueh nampak best dan sedap. Suka warna putihnya.Bukan ni ke orang panggil kueh bakar, hijau selalu warnanya. kalau tu kompem sedap.

    ReplyDelete
  6. AdryDaud==wkmsalam, akak buat sbb suka mkn kuih ni...adry punya pasal, akak bagi 5 ketoi...ambillah hi3...

    A kl Citizen== mmnglah keraknya yg sedap..mudah je, klau free tu,cubalah buat...

    ReplyDelete
  7. Rb== ini kuih bingka tpng beras...sedap, klau yg hijau tu,kuih bakar pandan...ada juga akak buat...carilah kat label kuih bakar/bingka ya...

    Thanks for being my follower..

    ReplyDelete
  8. as salam.mohon share resepi nie.terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Kuih bingka ni leh masak atas dapur gas kan? Biasenyer brape lame tempoh memasaknyer yer?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails