Thursday, April 8, 2010

Donut

Salam dan selamat sejahtera semuanya. Hari ni saya buat donut untuk minum petang. Selalunya saya buat donut kentang, tapi hari ini saja je nak buat donut yg biasa. Rasanya memang lembut dan gebu. Resepi ni saya dapat dari MyR. Mari kita lihat bahan2nya. Kalau kawan2 atau adik2 di luar sana mahu mencuba resepi ini....silakan..pasti tak mengecewakan.



Bahan-bahan

• 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
• 1/4 cawan air suam
• 1 1/2 cawan susu segar suam
• 1/2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 2 biji telur
• 1/3 cawan shortening/ butter
• 5 cawan tepung gandum
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

5 comments:

  1. Salam Dik Yatie....nampak pun dah tau gebu & lembut donut tu ....tapi tahan tak kelembutan tu sampai keesokan harinya!...Boleh juga nak try kalau tahan lembut & gebu tu sampai esoknya!

    ReplyDelete
  2. salam yati..akak suka tau makan donut ..tapi nak buat tu yg malas ..makan kat sini boleh tak..

    ReplyDelete
  3. wkmsalam Watie, donut ni lembut...klau nak tahu cubalah...tapi paling best donut kentang...ada juga resepinya di sini...

    ReplyDelete
  4. Datin El=> waalaikumsalam Datin, buat donut senang je...kalau malas, mkn kat sini je....nnti yatie buat lagi ya...hi3...

    ReplyDelete
  5. Kak yati tenkiu 4 sharing.da bnyk resipi try.terbaik.nnt nk try ni lak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails