Friday, April 30, 2010

Mee Hoon Soto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Moga anda semua sihat dan ceria2 selalu. Hari ini saya masak mee hoon soto. Resepi ni mudah saja, saya gunakan apa yg ada di rumah. Kalau di Malaysia bolehlah gunakan rempah soto atau sup bunjut, memandangkan di perantauan memang sukar mendapatkan bahan2 tersebut, jadi saya gunakan apa yg ada dan yg penting sedap. Ok mari kita lihat bahan-bahannya.


BAHAN-BAHANNYA

* 1 bungkus mee hoon - di rendam, di celur hingga lembut dan toskan
* 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
* 2 s/b serbuk ketumbar
* 1 s/b serbuk jintan halus
* 1 s/b serbuk lada sulah (saya tambah 1 s/k serbuk lada hitam)
* 2 batang serai - dititik
* 2 cm lengkuas - dititik
* Rempah tumis(1 kayu manis, 2 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
* 8 biji bawang merah *
* 3 ulas bawang putih *
* 1 inci halia *
* 1 kiub ayam
* 1 mangkuk kecil tauge - dicelur
* 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
* Sedikit bawang goreng
* Garam dan sedikit gula

CARA-CARANYA
  1. Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan halus dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  5. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama mee hoon yg telah di celur.
  6. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan sedikit mee hoon yang telah dicelur tadi kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan.

4 comments:

  1. Salam, Kak Yatie..

    sedapnya.. mbuat perutku lapar di pagi2 ini..
    tapi nak minta sambal kicap lebih ya... slurppp!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie..
    enak nyer..
    tg ujan kt sini kalo dpt mangan ni sedappnyerrrr...

    ReplyDelete
  3. kak yatie...tidakkk my peberet,nyum nyum..makan online

    ReplyDelete
  4. akak ada resepi org johor bagi.. masa akak dok dlm kem majidee.. sukatan..
    rempah biji 3 sudu besar, jintan manis 1 sudu besar. 1 incikulit kayu manis, 3 biji bunga lawang bahan2 ni di goreng dgn minyak sedikit sampai garing kemudian di blend sampai halus... masa nak tumis bahan2 soto tu masukan rempah ini dan beri air sedikit supaya tak hangus... sedapppp..... cuba lah.. rasnya dlm resepi akak ada kot... tak ingat dah...kalu suka masukkan sekali dlm gorengan tadi...buah pelaga (3BIJI), sedikit lada hitam(1/2 SUDU TEH) dan bunga cengkih(3BIJI) tapi dlm kadar yg sedikit jer ...amek bau jer...MACEH...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails