Tuesday, December 4, 2012

Pemberian tanda kasih dari insan2 tersayang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari yg indah ini. Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat ulangtahun kelahiran saya samada di fb, sms dan juga di blog ini. Saya rasa gembira dan amat2 menghargainya. Sesungguhnya anda semua telah menceriakan hari2ku. Moga hidup kita sentiasa dlm lindungan Allah SWT. Aamiin.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kegembiraan pemberian ikhlas tanda kasih yg tak terhingga dari insan2 yg amat saya sayangi. Walau jauh di perantauan, anakanda M.Talhah sempat menyiapkan sebiji kek birthday buat mamaNya. Gembira dan terharu di buatnya. Walau tak dapat merasa, bila melihat kek airtangan anakanda Talhah membuatkan hati ini tersentuh. Dapat bayangkan kesungguhan anakanda Talhah menyiapkan sebiji kek utk mengembirakan hati mamaNya. Syukur padamu Ya Allah...



Nasi lemak tumis kuning ni pula di masak sendiri oleh anak dara saya Seri Izati dan dibantu oleh adiknya Seri Irdina. Kebetulan semalam pagi kepala saya pening. Bila lepas solat subuh, saya makan panadol dan terus terlelap. Bila bangun pagi, spt biasa menyiapkan apa yg patut di dapur. Alangkah terkejutnya saya bila buka rice cooker je ada nasi yg dah dimasak. Dalam hati tertanya2 gak, siapalah yg masak. Bila ditanya...Seri dngn Dina tersipu2 malu. Rupa2nya diaorang berdua bertungkus lumus dari pagi menyediakan nasi lemak bersama sambal telur utk mamaNya sempena harijadi. Alahaiiii anak2 mama ni, betul2 buat mama gembira dan terharu sangat. Bila Seri dah hidangkan nasi lemak tu, apalagi..saya pun makanlah....WOW...tak sangka mmng sedap betullah. Mereka berdua mmng tau kegemaran mamaNya yg sukakan sambal telur. Berselera betul pagi tu. Terima kasih anak mama Seri Izati dan Seri Irdina.



Tugas Hamka pula, mengajak ayahnya belikan birthday cake utk mamaNya. Hamka siap cakap pada suami saya,kesian mama, asyik buatkan kitaorang kek je..takkan harijadi mama, mama kena buat kek sendiri. Kesian mama..nnti mesti mama takmo makan kek tu. Kalau abah tak nak belikan kek, abah pulak buatkan kek utk mama, kata Hamka. Adoyaiiiii Hamka ni....padahal mamaNya tak kisah pun takde kek segala.
Sehinggalah malam tadi, pulang dari Jusco je, suami membawakan sebiji kek dari Secret Resipi.
Memang betul2 hari yg indah semalam, terasa diri ini dihargai dan disayangi. Terima kasih suamiku, anak2 juga kawan2 yg sentiasa mendokan kebahagian kami sekeluarga. Hanya Allah sajalah yg dapat membalas jasa baik anda semua. Daaaaaa.....



37 comments:

  1. seronok ya kak bila anak2 da besar..da tau menghargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng seronok, terasa diri ini di hargai sangat...syukur alhamdulillah..

      Delete
  2. semoga sentiasa dilimpahi rahmat-Nya Kak Yati.. touched by your kids' effort..harapnya berjaya didik anak2 saya macam akak gak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih Puan Hazel, mudah2an apa yg di hajati Puan Hazel di makbulkan Allah jua...

      Delete
  3. Ucapan Selamat hari lahir buat Yatie sekali lagi...Alahaaii anak2 omaakk, kemain sume tunjuk keterorran masing2...mmg betul2 mewarisi bakat maknya tak kira anak teruna n anak2 dara, sama hebat jek...Yang penting, sudah pandai membuat hari2 istimewa seorang ibu penuh pengertian...salute tul anak2 Yatie...anak akak kalau nasi lemak tu, harus sambalnya tak berapa pas, kalau baking2 boleh harap la kot...hehe. Tahniah Yatie dan suami kerana mempunyai anak2 yang sudah nampak cemerlang dlm segenap segi..akak tumpang gembira...Nah ciuman dari kejauhan buat Yatie, cuupp!...nak kasi kek x kesampaian la nampaknya, jauh bebenor...hehe

    ReplyDelete
  4. Happy birthday kak... Semoga keluarga akak bahagia dunia & akhirat....

    ReplyDelete
  5. Happy bday Yati.
    seronok bila diraikan oleh anak2 dan suami tersayang....moga bahgia selalu.

    ReplyDelete
  6. selamat ari lahir kak.... alhamdulillah bertuah akak... so sweet gtu! moga bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. happy birthday yatie..terharu..pandai anak2 yatie masak..mesti ikut ibunya.

    ReplyDelete
  8. happy birthday yatie..gambar yg last tu sweet sgt

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir kak yatie.. wah seronokkan dpt happy family dgn anak2 yg cukup pandai menjaga hati ibunya.. suka sgt jue tgk hadiah pemberian drp anak2.. semoga berbahagia ye kak yatie..

    ReplyDelete
  10. selamat panjang umur yatie, terharu sgt atas keperihatinan anak2 yatie.....semoga yatie hidup bahagia bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
  11. keluarga bahagia.. sekali lagi selamat hari lahir untuk Kak Yatie. Bukan sahaja ratu dalam keluarga tapi ratu di antara blogger2 masakan di seluruh muka bumi ini.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum yatie

    Selamat ulang tahun, semoga panjang umur, murah rezeki dan di berikan kesihatan yang baik untuk terus membahagiakan keluarga..


    ^_^

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir Yatie... semoga umur diberkati Ilahi..

    Sweet Memories ^__^

    ReplyDelete
  14. Slmt hari lahir k. Yatie. Semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Amiiinnn...

    ReplyDelete
  15. slmt hari lahir yatie moga terus bahagia sebahagianya bersama keluarga tercinta..!

    ReplyDelete
  16. selamat hari lahir Yatie,wah bestnya orang2 tersayang semua nya ada acara tersendri utk membahagiakan Yatie alhamdulillah semoga family ni terus dirahmati dan diberkati amin ya robbal alamin

    ReplyDelete
  17. selamar hari lahir kaka yatie....sukanya tgk gambar kat atas tu....moga akak sekeluarga sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah

    ReplyDelete
  18. selamat hari lahir kak yati...
    Alhamdulillah...serononya semua ahli keluarga meraikannya...
    Semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.....
    Amiiinnn...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..sejuk perut kak yatie mengandungkan mereka...saya terharu sangat tengok Mohd Talhah dan anak2 akak yang lain tuu...huhu...moga mereka diberi kejayaan dunia dan akhirat.....

    ReplyDelete
  20. syukur alhamdulillah.. seronok tgk happy family mcm ni. semoga kak yati sekeluarga bahagia dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  21. Happy belated birthday akak..happy sgt tgok family akak, especially bila anak2 yang membesar tak pernah melupakan jasa ibu tercinta. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  22. tumpang terharu gak ni yatie.. alhamdulillah.. syukur kan dikurniakan anak2 yg membahagiakan hati kita ni.. semoga mereka sentiasa diberkati Allah..

    emmm happy birthday sekali lg.. peeeewwiiiiiiiiiiiittt!! makan bersuap gitu.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Lahir kak yatie. sukenye tgk keluarga akak. semoga kasih sayang yang terpancar ini kekal hingga hujung nyawa. :)

    ReplyDelete
  24. Happy Belated Birthday Kak Yatie...semoga keluarga bahagia ni terus bahagia dan semoga panjang umur..

    ReplyDelete
  25. So sweettt... Pic yang last tu sangat romantik.. Bertuah akak memiliki anak2 dan suami yang begitu memahami dan penyayang..

    ReplyDelete
  26. walaupun dah terlambat, saya tetap nak ucapkan selamat ulang tahun Kak..
    moga sentiasa ceria, dilimpahi rahmatNya...

    ReplyDelete
  27. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kawan2 semua yg ucap selamat...gembira dan terharu dibuatnya....moga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails