Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Sheperd's Pie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi Sheperd's Pie yg sangat sedap. Sebenarnya saya buat malam tadi, pagi tadi bolehlah buat sarapan sekali. Kalau ikut resepi di bawah ni mmng dapat banyak dan puas makan. Kali ni saya dapat 2 bekas bulat aluminium foil 8", tu pun masih berbaki 1 mangkuk kecil lagi intinya. Anak2 makan dngn roti putih je selebihnya.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi Shepherd Pie yg sangat sedap ni, juga buat Kak Ummi yg telah mewar2kan resepi yg best ni. Kali ni dapatlah buat sendiri, ala2 menu omputih gitewwww....Apa lagi kawan2....jomlah cuba resepi Sheperd Pie ni, tentu suami dan anak2 suka sangat. Bila makan yg sedap2 mcm ni tetiba teringat anak bujang saya di perantauan. Kalau Talhah ada, mesti dia berselera makan dan pastinya berulang2 makan.....seronok bila kenangkan Talhah berselera makan...huhuhuhu...mood sedih pulak tetibaaaa....sabar ya nak....insyaAllah kita pasti bertemu kembali..Jom kawan2 semak resepinya.





Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Saturday, January 9, 2010

Apple Pie

Hai....bertemu kembali. Hari ini saya ingat nak buat menu lain utk minum petang....tetiba rasa macam nak buat apple pie pulak. Dulu2 masa tngk kat blog kawan2 rasa mcm susah je nak membuatnya. Alhamdulillah ...buat pertama kalinya saya buat apple pie ni menjadi. Bila dah menjadi tu betapalah seronok hati ini....lebih2 lagi suami dan anak2 mengemarinya...Disini saya ingin berkongsi resepi bersama kawan2....Cubalah....


Bahan inti dimasukkan dalam pastri



Tutup pastri yang sudah letak inti dan sapu kuning telur diatas permukaan



Taraaaaa....Selepas dikeluarkan dari oven


Dah dipotong dan boleh dimakan


BAHAN PASTRI :-)
2 1/2 cwn tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)

100 gm mentega (beku...tak perlu di cairkan)

1/2 camca teh esen vanilla

70 ml air dlm peti ais (bergantung pd adunan...sekadar dah jadi doh)

sedikit garam

BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau(epal merah pun boleh)

4 sudu besar gula perang (brown sugar)

2 sudu besar mentega

1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (optional)

2 sudu besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega yg di potong kecil2 dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit2 dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak perlu bimbang jika air tak habis digunakan.
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal yg di potong dadu, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  2. UNTUK PIE EPAL :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 7 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan atau loyang yg di gris dngn butter. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


Related Posts with Thumbnails