Tuesday, April 6, 2010

Ayam Goreng Berempah Serai

Assalamualaikum dan bertemu kembali, semoga ceria2 selalu. Hari ini saya masak ayam goreng berempah serai. Buatnya mudah saja dan sedap di makan begitu saja. Resepi asal dari Love2Cook, dan saya C&P dari rumah Kak Ummi. Terima kasih banyak2.


Bahan-Bahan
*1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama
*6 ulas bawang putih
*7 ulas bawang merah
*2 inci halia
*2 batang serai
*3 sb cili kering kisar/ serbuk cili
*2 sb serbuk kari daging
*1/2 sk serbuk jintan putih
*1/2 sk serbuk jintan manis
*1/2 sk serbuk ketumbar
*1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
*garam dan gula secukup rasa
*3 tangkai daun kari
*Minyak yang byk utk menggoreng

Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan kisar di atas bersama dngn ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)

6 comments:

  1. Wah menarik hidangan ayam tu Yatie...Akak tak makan ayam tapi anak akak yang kedua tu memang penggemar ayam....nanti bolehlah Akak cuba resepi ni ya!!

    ReplyDelete
  2. salam yatie akak nak minta tlg.. LINKWITHIN tuuu yatie masukan macamana ya? akak dah try letak kat bawah layout di kaki blog ..tapi dia tak keluar pun mcm yatie punya...
    tapi bila akak klik kat tajuk resepi baru ada linkwithin tuuu...

    atau kena masukan html dia setiap kali kita buat N3 resepi ker???/ tlg jawab ye..t.k..

    ReplyDelete
  3. salam yatie...wahhh sedapnya ayam goreng tu...yatie apa khabar..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,

    macam mana akak boleh tak nampak resepi ni. Selalu masuk blog Ummi tapi boleh tak perasan lak. Org jauh pulak boleh nampak. Nak kena buat ni

    ReplyDelete
  5. Watierman== ow nape tak mkn ayam...rugi woo
    klau sudi bolehlah cuba resepi ni...

    Kak Illah JY==Wkmsalam, yatie dah tulis kat cbox akak cara2nya...harap membantu ya kak..

    ReplyDelete
  6. Ima== alhamdulillah yatie dan keluarga sihat walafiat...mmng sedaplah ratah gitu je ayam ni...

    Kak Aidah== wkmsalam, ayam ni mmng sedap..cubalah kak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails