Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Kenangan Manis Sepanjang 2015 - Tahniah Seri Irdina 9A - PT3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tarikh 14 dec merupakan tarikh yg amat bermakna bagi anakanda Seri Irdina. Alhamdulillah, akhirnya Dina berjaya mendpt 9A dlm pt3 baru ni. Syukur atas anugerah dan pencapaian ini. Moga Dina terus cemerlang di masa2 akan dtng. Tahniah juga buat rakan2 Dina yg berjaya mencapai kejayaan yg cemerlang. Pada rakan2 yg kurang bernasib baik, cuba lagi di masa akan dtng. Teruskan usaha hingga berjaya demi kejayaan didunia dan diakhirat.

Terima kasih pd guru2 yg mendidik selama ini, jasamu kami kenang hingga akhir hayat. Moga guru2 semua di limpahi rezeki yg mewah dan berkat dan sentiasa dlm rahmat kasih sayangNya. Aamiin.
Terima kasih pd anak mama kerana membahagiakan mama abh, perjalananmu masih jauh. Moga sentiasa perbaiki diri dan berusaha lebih cemerlang utk cemerlang di dunia dan diakhirat. Aamiin.





Kenangan Manis Sepanjang 2015 - Birthday Hamka 10 dec

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Walaupun dah berlalu lama hari ulangtahun kelahiran Hamka ke 10 thn pd 10 dec, tapi ianya masih segar di ingatan. Maklumlah kali ni ianya di sambut sederhana tapi meriah. Kali ni mama dah kotakan janji pd Hamka. Bila dia dah berkhatan, barulah mama tempahkan kek idamannya tu. Sblm ni mmng buat sendiri je kek, tapi biasalah kek biasa2 je, tapi itu pun dah cukup menggembirakan anak2.

Sblm ni anak sedara saya buat majlis harijadi. Cantik kek yg ditempah, tetiba Hamka berbisik di telinga mama, Hamka tak pernah dpt kek cantik mcm ni, Hamka teringin sangat nak kek mcm ni. Boleh tak sesekali nnti mama belikan kek cantik mcm ni....teringinnnn sangattttt.
Alahaiiiii anak, ibu manalah tak cair bila dngr ank ckp mcm ni kannn. Lagipun bknnya selalu pun, apalah salahnya kita tunaikan permintaannya.

Begitulah ceritanya tentang kek harijadi Hamka ni. Kek Spiderman yg sangatt cantik dan sedap. Terima kasih Leen Hussein kerna memenuhi permintaan Hamka. Hamka suka sngt, sayang nak mkn katanya....

Kali ni kami sekeluarga pulang kekampung utk kenduri doa selamat buat Hamka.Selain kek tempahan, saya buat pulut kuning dan rendang ayam, spaghetti bolognese, puding tauhu dan kuih muih. Terima kasih pd K. Iza sudi masakan nasi ayam yg sangat sedap. Pizza hut tu beli je. Walaupun majlis sederhana tapi cukup meriah dan bermakna bagi kami sekeluarga, lebih2 lagi bagi Hamka. Lebih indah dan bermakna bila dpt berkumpul bersama keluarga tersayang dan menjamu selera bersama. Alhamdulillah....Syukur.

Hamka berkongsi bln kelahiran bersama mama.  Mama 3 dec, Hamka 10 dec. Jadi perwatakan kami dua beranak ni lebih kurang sama je...hi3...









Kenangan Manis Sepanjang 2015- Hamka berkhatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah pujuk Hamka berkhatan, tahun demi tahun. Akhirnya thn ni barulah timbul keberanian dlm dirinya. Sebenarnya sblm ni mama sendiri pun tak berani, terasa mcm Hamka tu kecik je lagi. Almaklumlah anak bongsu, manja tu mmng manjalah. Sampaikan sblm ni bila sebut berkhatan je, Hamka seboleh2 tak mahu sbb nnti dia tak dpt bermanja2 lagi dngn mama. Mama pun pujuk Hamka, kalau Hamka dah berkhatan, lagi bnyk Hamka boleh manja2 dngn mama. Dia pun sukalah...Akhirnya berkhatan juga.
Kebetulan ramai kwn2nya dah berkhatan, jadi timbul keberanian dlm dirinya. Mama pun dah janji nak tempah kek special di hari jadinya pd 10 dec. Masa tu mesti dan sedang elok baiknya. Hamka pun teruja dngn janji2 mama.

Pada 1 dec pkl 2 ptng Hamka di khatankan. Masa masuk klinik tu ok lagi senyum je, bila dah baring atas katil nak di bius tu, sejuk segala tangan dan kakinya. Mama dah mula cuaklah juga. Takut2 Hamka cabut lari. Alhamdulillah, Hamka ok je,sepanjang tu dia sebut Allah...Allah saja. Bila sakit dia sebut lagi dan lagi. Mama pun ceritalah bagi semangat padanya. Sepanjang mula berkhatan sampai selesai mmng mamalah menemaninya. Mama sendiri pun ngeri sebenarnya, tapi demi bagi semangat pd anak, mama beranikan diri jugalah.

Sehinggalah bila tiba rumah hari demi hari mama menjaganya. Alhamdulillah, Hamka tak banyak karenah. Dia begitu patuh pd pantang larang. Bila bab mkn minum pun mcm tu, bnyk mkn bubur nasi je.Mama mmng pesan, kalau ikut arahan berpantang, pasti cepat sembuh. Syukurlah sepanjang berpantang tu dia ok. Kini, alhamdulillah Hamka dah baik sepenuhnya.

Itulah kenangan manis sepanjang menjaga anak berkhatan.



Kenangan manis sepanjang 2015- Anugerah Cemerlang Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diam tak diam kita dah berada di penghujung 2015. Banyak kenangan suka duka di sepanjang thn 2015 yg tak mungkin di lupakan begitu saja. Memandangkan lama dah tak update blog dngn masakan, kali ni nak simpanlah sedikit kenangan manis di blog kesayangan saya ni. Lagipun blog ni juga merupakan sedikit sebanyak catatan perjalanan kehidupan kami sekeluarga, jadi tak salah kiranya saya kongsikan di sini buat kenang2an.
Jom layan..

Tarikh 7 November merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan Anakanda Mohamad Hamka Mohd Khata. Alhamdulillah, Tahniah buat anak mama kerana berjaya mendpt anugerah cemerlang dan matapelajaran terbaik Sains thn 4. Moga Hamka terus cemerlang di masa2 akan datang. Terima kasih pd guru2 yg mendidik selama ini. Jasamu ku kenang








.

Tuesday, July 21, 2015

Riang Ria Aidilfitri 2015

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga buat pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Maaf Zahir dan Batin jua di pinta andai selama perkenalan di alam maya ni ada kesalahan yg tidak di sengajakan. Mohon kemaafan juga sesama blogger andai terambil dan terguna resepi tanpa meminta izin terlebih dahulu. Harap di maafkan. Moga ukhuwah yg terjalin selama ini berkekalan bahagia selamanya dan mendpt keberkatan dariNya.
 Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dpt beraya bersama. Kepulangan anakanda tersayang selama 4 thn diperantauan adalah saat2 yg dinantikan. Syukur..kami dipertemukan semula dan dpt beraya bersama. Saat paling membahagiakan bila beraya bersama insan2 tersayang.



















Wednesday, December 10, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 9 thn Hamka.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 10 dec 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran Omel mama Mohamad Hamka bin Mohd Khata yg ke 9 thn. Syukur Alhamdulillah...mama dan abah sentiasa doakan moga di panjangkan usiamu...di murahkan rezekimu...diberikan kesihatan yg baik berpanjangan...menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama abah serta berjaya didunia dan diakhirat dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin..Mama dngn Hamka berkongsi bulan kelahiran yg sama, dah tentu sedikit sebanyak kami mempunyai banyak persamaan. 



Friday, December 5, 2014

Terima kasih Bonda..


Inilah wajah2 kesayangan saya. Pada 3 dec 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran saya...terasa gembira..terharu dan sebak di buatnya mengenangkan saya masih lagi menghirup udara segar setiap pagi dan di kelilingi insan2 tersayang....syukur alhamdulillah di panjangkan usia utk menikmati kehidupan di dunia dan mudah2an dngn peningkatan umur ini bertambah keimanan saya utk bahagia di akhirat nnti...aamiin..

Terima kasih pd bonda Pn Ainon Kosnan yg melahirkan..membesarkan...mendidik dan menjadikan saya spt skrng. Terharu melihat wajah ayahanda dan bonda. Terima kasih juga buat ayahanda En Ramlan bin Wahid kerana menjaga kami adik beradik hingga dewasa dan kini sudahpun berumahtangga. Jasamu terlalu besar dan tak terbalas dngn wang ringgit. Hanya doa dari anakanda sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati ayahanda dan bondaku...aamiin...

Buat suamiku Mohd Khata Jabor..terima kasih kerana menerimaku seadanya. Terima kasih atas kasih sayangmu selama ini...mudah2an kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah.

Buat anak2ku Mohamad Talhah Al Hafiz...Seri Izati...Seri Irdina dan Mohamad Hamka...mama dan abah sayang kamu semua. Tidak ada sedikit pun perasaan di hati kami membeza2kan kamu semua. Moga anak2 mama abah menjadi anak yg soleh dan solehah yg berjaya di dunia dan di akhirat..aamiin..

Buat mertuaku..terima kasih menerimaku seadanya dan terima kasih atas kasih sayang selama ini

Buat adik beradikku...abng ipar dan adik ipar..anak2 sedara..saya sayang semuanya...juga buat saudara maraku...saya sayang semuanya..moga kita semua sentiasa dlm rahmat kasih sayang dan perlindunganNya..

Buat kwn2 semua..terima kasih atas persahabatan dan kasih sayang ini...terima kasih atas doa..ingatan dan ucapan happy besday buat diri ini. Saya amat2 menghargainya...moga kita semua sentiasa dlm rahmat dan perlindunganNya..aamiin..




Alhamdulillah..terima kasih kwn2 yg ucap happy besday sejak dari mlm 3 dec hinggalah hari ni....gembira dan terharu di buatnya atas ingatan dan doa buat saya. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sebenarnya takdelah sambutan istimewa..sekadar masak nasi beringin dan ayam sambal serai,lepas tu buat bubur putih bubur merah je. Hamka paling sibuk tanya abahnya ajak pg mkn steamboat kat Johnnys di Jusco. Padahal dia tak suka mkn kat luar. Rupanya dia ada agenda tersendiri.
Nampakkan hadiah tu...itulah hadiah dari Hamka dan Dina. Masa nak pg smlm...saya ternampaklah Hamka bwk duit sendiri RM10...pastu bisik2 je dngn Kak Dina. Bila tngh tunggu menu tu dia minta izin nak tngk2 kat kedai di Jusco tu.
Mama tau..mesti dia nak beli sesuatu sempena besday mama. Risau gak dia cuma bwk duit rm10...maklumlah brng2 kat dini mahal..mama nak tambah duit tapi takmo...nnti mcm mama beli sendiri katanya.
So biarkan jelah Hamka dngn Dina beli ikut pilihan mereka. Mama tak kisah...cuma mama terharu anak2 mama sedaya upaya nak menggembirakan hati mama. Bukan mahal harganya...tapi harga kasih sayang yg tak ternilai buat mama..terima kasih sayang..
Buat Seri dan Talhah...skrng mereka berdua berjauhan sbb belajar...hanya ucapan tanda ingatan pun dah buat mama gembira....terima kasih ank2 mama..sayang kamu semua...
Smlm pagi...saya tepon mak nak ucap terima kasih sbb melahirkan dan menjaga saya selama ini..tetiba terputus...cuba berkali2 tak dpt. Dalam beberapa minit je...mak tepon semula ucap slmt hari lahir huat saya. ALHAMDULILLAH...masa tu..tiada ucapan istimewa selain dari ucapan kasih mak pd saya...terima kasih mak...terima kasih atas segalanya...
Hadiah dari suami....cukuplah dngn dirinya sentiasa ada disisi disaat suka dan duka....itu lebih bermakna...saya sentiasa ingat...jika kita sentiasa menyenangkan hati suami...In Shaa Allah...kesenangan dan ketenangan itu milik kita jua...

Ini pula coretan dari anakanda di perantauan Mohamad Talhah buat mama, gembira dan terharu. Moga hidup kita sekeluarga sentiasa dlm rahmat kasih sayang Allah dan di bawah perlindunganNya. Aamiin..
Happy birthday to my beloved mum. May Allah bless you and give wealth and good health.
To my mum, what is a son or daughter without his/her mum,
I may read faster, speak more fluent than ever now,
but you are the first person to teach me to do that,
while patiently facing whatever my bad habit and weakness,
when others look down on me,
when im on my bad term of my life,
you are the one who still believe the best in me and drive me to my motivation,
you are my greatest teacher and my greatest friend.

Ps:I love you mum, hope i find a mum like you for my children. 

Sunday, November 16, 2014

Anugerah Cemerlang 2014- Tahniah Mohamad Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah....hari ni merupakan hari yg sangat gembira buat kami sekeluarga terutama saya ibu yg melahirkan. Siapa yg tak gembira dan terharu kan bila lihat kejayaan anak2. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih pd guru2 yg mendidik anak saya, keluarga juga rakan2 yg mendoakan kejayaan Hamka. Saya amat2 menghargainya. Kebetulan peperiksaan akhir thn ni serentak dngn sekolah agama. Jadi mmng berat sikitlah. Saya sebagai ibu sentiasa pantau anak2 mengulangkaji pelajaran. Walau susah, tapi usaha utk berjaya mestilah kena lebih sikit...jadi hasilnya tentulah lebih sikitkan. Alhamdulillah, rezeki berpihak pd Hamka. Setelah bersusah payah, akhirnya Hamka dpt markah yg tinggi setiap mata pelajaran....alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah, Hamka dpt tempat pertama dlm kelas 3 Bijak dan dpt mata pelajaran terbaik Matematik dan Sains. Hari ni Sabtu bersamaan 15 Nov, Hamka dpt naik ke pentas utk mengambil hadiah kecemerlangannya. Perjalanannya masih jauh, semoga usaha dan kejayaan yg istiqamah dan berkekalan. Kali ni suami tak dpt serta utk meraikan kejayaan Hamka sbb ada tugasan di luar. Hamka pun faham dngn tugas abahnya yg sentiasa sibuk, tapi abahnya jugalah menjadi idola buat Hamka. Oklah kita layan gambar2 kenangan manis Hamka ya...terima kasih sekali lagi..















Related Posts with Thumbnails