Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Apple Strudel Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat muffin dan cupcakes. Kebetulan pagi tadi ada jamuan akhir tahun kelas Hamka, jadi saya buatkan muffin yg sangat sedap ni. Lagipun dah lama tak makan muffin ni, terasa sedap sangat....lagi2 yg baru masak tu, sedap betul dngn haruman cinnamon powder dan rasa ketulan epal bila di kunyah muffin tu. Bahan crumble tu pun sedap garing2. Rasanya utk jamuan sklh anak2, mmng sesuai buat muffin mcm ni, nak makan pun senang. Resepi kali ni saya copy&paste dari SINI, dan kwn2 boleh juga lihat resepi lebih kurang sama dan cara2nya di SINI. Selamat Mencuba...




Bahan-Bahan- dapat dlm 25 biji muffin
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cwn butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-Caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.
  3.  Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.
  4. Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  5. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. 
**Epal tu buang kulitnya, buang empulur tengah dan potong dadu kecil. Boleh guna epal hijau atau epal merah. Saya guna epal Gala sbb rasanya masam manis.

Saturday, April 21, 2012

Muffin Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat muffin coklat utk bekalan perjalanan esok. Esok ada urusan kat KL, so bolehlah anak2 makan muffin ni masa kat kereta. Hari ni pun takde idea nak citer apa sbb penat mengemas. Layan jelah muffin coklat yg sangat sedap ni. Kalau ada kelapangan tu, bolehlah para ibu buat muffin coklat ni bersama anak2 di hari minggu. Dahlah senang, sedap pulak tu. Manalah tau hari minggu ni ada tetamu jauh ke nak dtng rumah, jadi muffin ni jadilah penyelamat. Resepi ni saya ambil dari blog Izah yg memang pakar membuat pelbagai muffin tu. Ramai yg dah mencubanya....anda bila lagi?????
Pada yg nak mencuba tu, jom semak resepi yg mudah ni, kacau2 je takyah guna mixer segala...mudahkan...




Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.

**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

Wednesday, January 25, 2012

Muffin Pisang Chocolate Rice

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mungkin ramai kawan2 yg dah balik semula ke rumah masing2 setelah lama bercuti di kampung. Kalau balik dari kampung tu, mesti ada ole2 dari kampung kan, termasuklah saya yg dpt pisang setandan ni. Bila pisang dah masak tu, siaplah berderet je menu yg berkaitan pisang.Puas makan pisang selain di buat jemput2, kek, bingka, talam, lempeng dan sebagainya...tenyata mmng laris je kalau menu pisang ni. Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Muffin Pisang Coklat Rice yg sungguh sedap....dahlah sedap, nak buatnya pun mudah je...tak payah guna mixer segala, kacau2 je pastu bakar..mudahkan. Resepi asal muffin pisang coklat chips dari Maklang, saya pula kopipes dari Hana dan Hana pula ambil dari Mamafami. Btw terima kasih pada penyumbang resepi, jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- Yatie guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Monday, January 9, 2012

Pumpkin Yogurt Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni nak tayang muffin labu yg sungguh sedap. Sesuai sangat dimakan bila2 masa saja. Penyediaannya mudah je, jadi bila mudah tu bila2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Sebenarnya hari ni masak sayur lemak labu. Alang2 dah rebus labu, saya asingkanlah dlm 1 cwn utk wat muffin labu ni. Dah lama teringin nak buat dan rasa muffin ni. Bila singgah Blog Izah mcm2 muffin yg gebu2 dan montok2 dipamerkan. Rasa teruja sangat nak membuatnya. Kali ni cuba muffin labu yg letak yogurt tu, mmng moist dan sedap sangat. Bila makan seketul tu rasa tak puas, nak makan lagi berketul2..he3..Kalau tak caya, anda cubalah sendiri....mmng sedap dan puashati.
Terima kasih pada Allrecipes kerana berkongsi resepi. Kali ni saya kopipes dari Izah dan ikut sukatan asal. Kawan2 boleh juga ikut seperti Izah yg tabur coklat chip atas muffin tu. Kali ni saya tak letak sbb nak rasa asli yg letak cinnamon powder tu. Bila bakar muffin ni terasa harum semerbak je. Jomlah semak resepinya. Kalau ada stok labu tu, bolehlah mencubanya..



Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sk baking powder*
  • 1/2 sk baking soda*
  • 1/2 sk cinnamon powder*
  • 1/2 sk garam*(* di ayak bersama)
  • 3/4 cawan labu lecek
  • 1/4 cawan yogurt
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan gula halus
  • sedikit vanilla essence
Cara-Cara
  1. Panaskan oven ke 190 C.
  2. Ayak tepung bersama baking soda ,b. powder, cinnamon powder dan garam. Ketepikan.
  3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
  4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
  5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
  6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan.
  7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.

Thursday, December 29, 2011

Double Chocolate Banana Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan muffin coklat pisang ya. Buat muffin ni mudah je, tapi kadang2 tu tak cantik membumbun mcm yg Izah buat. Pagi tadi teuja betul melihat pakar muffin membuat muffin yg sungguh gebu. Kebetulan bahan2 semuanya ada, saya pun teruslah memulakan projek membuat muffin yg cantik mcm Izah tu. Syukur alhamdulillah, menjadi gebu dan sememangnya lembut dan sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal dan juga pada Izah yg mewar2kan resepi muffin yg sangat sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Petang ni dah ada menu minum petang sambil makan sambil tngk last episode cerita TENTANG DHIA pkl 7mlm di tv3. Masa ni takleh di ganggu ya sbb nak tengok betul2 takut hilang konsentrasi..hehehehe..layannnnnnn..




Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn gula halus- Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1/4 cwn serbuk koko*
  • 1 sk baking soda*
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk baking powder*(* di ayak bersama)

  • 1 1/3 cwn pisang lecek
  • 1/3 cwn minyak sayur
  • 1 biji telur
  • 1 cwn coklat chips

Cara-Caranya
  1. Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama.
  2. Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi.
  3. Sebatikan tapi jangan overmix. Masukkan coklat chip. Gaul rata. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit. Sedia untuk di hidang.

Friday, December 16, 2011

Chocolate Rice Orange Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti di ucapkan pada kawan2 yg masih lagi bercuti. Bagi saya macam biasa je...sabtu dan ahad barulah boleh pergi makan angin sbb hari2 biasa suami bertugas seperti biasa, jadi tak bolehlah cuti lama2. Esok saya akan ke KL selama 2 hari, jadi blog ni pun sunyi tanpa tuannya. Terima kasih jelah di ucapkan pada yg sudi singgah. Kunjungan kawan2 semua amat2 saya hargai. Ok hari ni saya buat muffin lagi buat bekalan anak2 esok. Kalau time free sikit ni, ada je anak2 suruh buatkan itu dan ini. Diaorang ni tngh syok tlng buat dan makan muffin. Saya pun layan jelah...janji laku.

Kali ni saya buat muffin perisa oren pulak...mmng sedap dan harum je. Rasa teruja melihat kegebuan muffin yg Kak Ummi buat, jadi saya pun buatlah utk anak2. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.



Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * -(bahan * diayak 2x)
  • 1 cawan gula perang- Yatie kurangkan sikit
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips (jika suka)
Bahan B:-
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan jus oren (akak substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok dah)
  4. Masukan kertas muffin dalam acuan muffin (akak guna muffin cups)
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan choc chips. (akak gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup tu jek, baru elok, takpun nnt meletuss..hehe)
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan.
  7. Sejukkan atas redai.

Thursday, December 15, 2011

Apple Streusel Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang semalam sempat juga saya buatkan muffin utk anak2 minum petang. Sejak2 ni anak2 suka plk makan cupcakes dan muffin. Rupa parasnya yg comel agaknya membuatkan anak2 suka dan mudah utk memakannya. Kali ni saya buat muffin apple yg ada crumbs kat atasnya. Bila makan tu, sedap betul bila tergigit apple yg di potong kecil, lebih sedap lagi bila rasa garing crumbs kat atas muffin tu. Nasib baik satu family suka perisa kayu manis, kalau tak...tak lakulah muffin ni. Lagipun masa kitaorang kat US dulu, mmng omputih ni suka makanan yg ada cinnamon powder kat atas muffin ataupun keknya. Saya dah terbiasa, mmng tak jadi masaalah lah...pada yg tak suka tu..tak payahlah letak ya. Gabungan apple dngn cinnamon powder ni mmng best dan harum je bila kita masak muffin ni. Itu yg buatkan tak sabar2 utk merasanya. Jom semak resepinya. Saya C&P dari SINI.





Ingredients
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 cup sugar
  • 3 teaspoons baking powder
  • 1 1/4 teaspoons ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 1 cup sour cream
  • 1/4 cup butter or margarine, melted
  • 1 1/2 cups chopped, peeled tart apples
TOPPING:
  • 1/4 cup sugar
  • 3 tablespoons all-purpose flour
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon
  • 2 tablespoons cold butter or margarine
Directions
  1. In a large bowl, combine dry ingredients.
  2. In another bowl, beat the eggs, sour cream and butter.
  3. Stir into dry ingredients just until moistened. Fold in apples.
  4. Fill greased or paper-lined muffin cusp two-thirds full.
  5. For topping, combine sugar, flour and cinnamon.
  6. Cut in butter until mixture resembles coarse crumbs.
  7. Sprinkle a rounded teaspoonful over each muffin. Bake at 400 degrees F for 18-20 minutes or until a toothpick comes out clean.
  8. Cool for 5 minutes before removing from pans to wire racks. Serve warm.
**Yatie guna oven 180C selama 25 minit (api atas bawah)

Monday, October 24, 2011

Mini Muffin Coklat Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah mini muffin coklat kukus yg saya buat semalam. Muffin inilah yg merasmikan steamer trio baru tu. Ingatkan nak buat kuih talam kegemaran saya, tapi takde stok santan...tu yg jadi kuih lain. Apa pun mmng mudah menggunakan steamer trio tu. Jangan bimbang air di permukaan pengukus tu, air tu tak jatuh atas permukaan kuih, malahan ianya mengalir ke tepi saje. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...tapi mesti beli steamer trio ni dululah. Kawan2 janganlah bimbang ya, muffin ni boleh guna pengukus biasa juga, tapi bungkuslah penutup kukus semasa mengukus kuih supaya air tak menitik atas kuih ya.

Resepi muffin kali saya saya C&P dari Kak CT Delima, menurut K.CT pula resepi asal adalah dari FP Maklang Azie. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan resepi kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan A:
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair
  • 1 3/4 cawan gula castor (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 3/4 brown sugar)
  • 1 biji telur
Bahan B: (di ayak)
  • 250 gm tepung superfine atau tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar coklat emulco
Cara-cara:
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
  3. Kukus selama 10/15 minit.
Tips :
  • Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.

Steamer TRIO dan Chef Asma








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayanglah steamer trio yg saya beli sabtu lepas. Sebenarnya saya bercadang nak beli melalui online je, kebetulan suami pergi KL masa hari sabtu..saya pun nak ikutlah sbb nak temankan suami. Dalam pada tu ada gak yg di hajatkan..kih3.... Setelah selesai semua tugasan, saya pun mengajak suami ke Puchong utk ke Studio Chef Asma. Suami pun terperanjat gak, biar betul Yatie ni....nak buat apa kat studio tuuuuu. Saya pun cakaplah saya berhajat sangat nak beli steamer trio tu. Saya pun SMS Chef Asma utk ke studionya, pastu saya tepon utk pastikan Chef Asma ada. Kalau tidak, dtng dari jauh tak dapat beli barang yg di idam2kan.

Cari punya cari akhirnya bertemu juga studio Chef Asma tu. Masa tu maghrib, Chef Asma menunggu dngn penuh setia, ramah betul Chef Asma ni. Saya pun bersembanglah dan belilah steamer trio tu, pastu beli sekali plastik utk alas loyang,beli gak loyangnya sekali yg sesuai utk steamer trio tu dan yg paling best sekali ada sekoteng. Pasni bolehlah buat Talam Sekoteng.

Ok selesai semuanya saya pun balik ke JB. Bila sampai rumah tak sempat nak rasmikan sbb dah larut malam. Saya cuma sempat membelek2 je. Keesokkan harinya barulah saya cuba buat Mini Muffin Coklat. Memang senang betul guna steamer trio ni, tak payah panaskan dulu airnya..terus je kita guna/ nak masak kuih. Kuih pun menjadi cantik je. Pada kawan2 yg berminat utk beli steamer trio ni bolehlah ke SINI. Jom kita lihat studio Chef Asma yg sempat saya ambil fotonya. Kalau dekat nak juga belajar ilmu2 yg bermanfaat kat sini.

Tuesday, July 26, 2011

Marble Banana Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ni nak tayang muffin yg saya buat petang semalam. Sebenarnya saya nak buat muffin pisang, anak2 pula nak makan muffin coklat, jalan terbaik dan adil saya buatlah muffin yg ada perisa coklat dan pisang, adilkan. Semuanya gembira dan lakulah muffin saya kali ni. Resepi muffin ni saya kopipes dari Izah Muffin Lover, Kak Ummi juga dah buat muffin ni dan menurut Izah, resepi ni dari Rima. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.



Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak/mentega cair
  • 1 cawan pisang lecek kasar

  • 1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
Cara- Cara
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  4. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Wednesday, September 29, 2010

Tuna Cheese Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Hari ini saya buat tuna cheese muffin utk bekalan anak2 pergi sekolah. Muffin ni sedap dan mudah utk di sediakan. Resepi asal adalah dari Yani dan saya C&P dari Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi....izinkan saya letak resepinya di sini pula ya.



Bahan-Bahannya:-
  • 1 biji telur gred A
  • 1 1/2 camca teh gula halus
  • 1 camca teh baking powder*
  • 120 g tepung gandum*(*digaul dan diayak)
  • 80 g ikan tuna dalam tin (tak perlu toskan minyaknya)
  • 50 ml susu segar
  • 50 g keju mozarella
  • 1 biji bawang putih, dicincang halus (resipi asal tak de benda ni!!!)
  • Secubit garam
Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, pecahkan telur, masukkan gula, cincangan bawang putih dan garam, kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Masukkan ikan tuna dan gaul hingga rata.
  2. Masukkan tepung yang tepung tadi berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul mozarella cheese ke dalam adunan hingga rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan bersama cili sos. Menghasilkan lebih kurang 9 ketul muffin.

Wednesday, August 4, 2010

Blueberry Cream Muffins

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni letak n3 muffin pulak. Asyik gambar makan angin je, takut ada yg jemu pulak. Muffin ni saya buat pun buat bekalan masa jln2 tempohari. Biasalah kalau jln2 ni banyak kena bawa bekalan utk anak2. Resepi asal saya ambil di sini. Muffin ni memang sedap sangat....kalau nak rasa tu, kenalah mencubanya...




Ingredients
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 cups granulated sugar
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 2 large eggs
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup (8 oz) sour cream ( I used plain yogurt)
  • 1 1/2 cups fresh blueberries (or frozen thawed and drained)
Preparation
  1. Place oven rack in lower-middle position of oven and heat to 375 degrees F.
  2. In a medium bowl sift together flour, baking soda, baking powder, and salt. Sprinkle 1 tablespoon of flour mixture over blueberries and toss to coat; set aside.
  3. In a large bowl, whisk eggs and sugar together until mixture is pale yellow. While whisking, slowly pour in oil; add vanilla and sour cream, and mix well. Fold in remaining flour mixture until just incorporated. Do not over mix. (Batter should be mixed just until it comes together. It's OK for some small sprays of flour to be visible in the raw dough.)
  4. Gently fold in 1 cup of the blueberries.
  5. Spray a twelve-cup muffin tin with vegetable cooking spray or coat lightly with butter (or use paper liners). Distribute muffin dough equally among cups. Sprinkle remaining 1/2 cup of berries on top of muffins and press down lightly. Place in oven and increase temperature to 400 degrees F.
  6. Bake until muffins are golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 to 25 minutes, rotating pan halfway through. Remove from oven and turn out, upside down on tea towel to cool completely. Serve immediately or store in airtight container for 2 to 3 days.

Thursday, July 15, 2010

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi Apple Crumble Muffin yg saya buat petang tadi. Resepi ni saya ambil dari rumah CMG.....terima kasih ya Mat Gebu resepi yg sedap ni...minta maaf sebab saya guna gula perang utk bahan crumble tu. Muffin ni sedap dan lembut je. Kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....

Saturday, July 10, 2010

Best Ever Banana Muffin #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah banana muffin yg saya buat semalam. Sebenarnya ada 2 jenis banana muffin, satu menggunakan butter cair dan satu lagi menggunakan minyak sayur. Kedua2nya saya telah cuba, ternyata resepi yg menggunakan butter cair lebih sedap, tapi bergantung pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Catcancook dan saya C&P dari Izah Muffin Lover. Terima kasih kepada penyumbang resepi...memang sedap muffin ni.



Bahan-Bahan
  • 3 atau 4 biji pisang saiz besar (saya guna 4 biji pisang montel..)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur- dipukul sedikit
  • 1/3 cawan mentega/margerine cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
Cara-Cara
  1. Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan.
  2. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama.
  3. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering.
  4. Gaul sebati guna senduk kayu atau whisk je.
  5. Cedukkan ke dalam loyang muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit.(Saya bakar 180 C selama 25 minit).

Wednesday, June 23, 2010

Apple And Pecan Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua ceria2 selalu. Inilah muffin yg saya buat utk minum petang. Muffin ni sedap dan rasanya seakan2 apple cake. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya CMG....terima kasih banyak2. Kalau kawan2 nak tahu rasanya....kenalah cuba sendiri ya.


Pecan tu sebagai hiasan ya...jngn masukkan seketol2...adunan berat nanti.

BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 180 g mentega
  • 100 g gula perang (brown sugar)
  • 40 g gula halus
  • 2 biji telur saiz A
  • 80 ml susu segar
  • 200 g tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*
  • 1/4 camca teh serbuk kayu manis (optional)*(*digaul rata dan ayak)
  • 1 biji epal hijau, kupas kulit dan parut kasar
  • 10 - 15 biji kacang pecan, cincang kasar
  • 1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas bekas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Putar mentega, gula perang dan gula halus hingga rata. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, gaul rata. Masukkan esen vanilla, epal dan cincangan kacang pecan, gaul rata menggunakan spatula.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh, buat hingga siap dan bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasan mengikut keadaan oven masing.
  4. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Kuantiti mengikut saiz muffin cup masing.....

Sunday, May 9, 2010

Blueberry Muffin

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya buat blueberry muffin atas permintaan anak2. Resepi yg mudah ini saya ambil dari Koleksi Diana dan saya olah sedikit supaya menepati citarasa. Muffin ni memang sedap dan lembut walaupun tidak menggunakan butter. Mengikut resepi asal guna fresh blueberry, tapi saya guna frozen blueberry saja...bila nak guna saya biarkan sebentar supaya blueberry tak berapa sejuk. OK mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 1/2 cawan fresh blueberry(saya guna frozen blueberry)
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi.
  4. Gaul menggunakan whisk sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan whisk sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit dan gaul sebati...jngn guna mixer.
  5. Tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam mangkuk muffin.
  6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan...saya bakar 30 minit

Sunday, March 28, 2010

Banana Crumb Muffin

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang tadi saya buat banana crumb muffin. Saya ni memang peminat pisang....pantang je ada pisang masak, mesti nak buat macam2 masakan yang berkaitan dengan pisang. Rasa muffin ini memang sedap sangat...dengan adanya taburan gula perang di atas muffin, membuatkan muffin ini sungguh harum dan menyelerakan. Resepi asal adalah dari Diana dan saya copy dari rumah Kzai. Izinkan saya letak resepinya di sini ya akak2 berdua. Kalau kawan2 nak tahu kesedapan rasanya...bolehlah cuba sendiri ya...mari kita lihat bahan2nya.



Bahan-Bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek-saya guna 2 biji pisang montel
1 cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan

Untuk Topping
1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
  2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
  3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
  4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
  5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
  6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.
Nota D: lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…

Friday, March 19, 2010

Strawberry Yogurt Muffin

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya. Harap2 semuanya sihat walafiat. Bagi saya serta keluarga di sini alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni saya buat muffin lagi. Anak2 memang suka muffin ni, lebih2 lagi bila di letak strawberry....memang tak cukup kalau makan seketul. Rasanya yang lembut dan ada rasa masam manisnya...wallaaa mmng tak terkatalah. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu, minta maaf ya che mat saya tokok tambah sikit ikut kesesuaian. Kalau tak percaya cubalah, mari kita lihat resepinya.




Bahan-Bahannya
125 gm mentega
125 gm gula halus
2 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*diayak)
150 gm yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
  3. Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
  4. Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran....

Saturday, March 6, 2010

Chocolate Chips Muffin

Salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat chocolate chips muffin. Resepi asal adalah dari Mamafami dan ada juga di rumah Kak Ummi. Saya C&P dari rumah Leen. Terima kasih ya kakak2ku semuanya.





Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
  2. Ayakkan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata guna whisk aja.
  5. Masukkan choc chips.
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama
  7. 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Related Posts with Thumbnails