Saturday, April 3, 2010

Sayur Campur

Salam dan bertemu kembali. Ini adalah sayur campur yg saya masak untuk tengahari tadi. Anak-anak memang suka sayur macam ini...ada udang dan sayur2an, jadi mudah tugas saya. Resepi ini mudah saja...mari kita lihat bahan2nya.

Bahan-Bahan

300 gm cauliflower
15 btng asparagus
1 btng carrot
200 gm udang basah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu kecil udang kering
1 s/k tepung jagung + 1/2 cawan air(bancuh)
2 sudu besar sos tiram
minyak untk menumis
garam
Cara-cara
  1. Semua bahan dihiris dan dipotong kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga layu dan wangi.
  3. Masukkan udang basah dan kacau rata.
  4. Masukkan sayuran dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
  5. Bila sayur agak lembut masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  6. Bila dah sebati boleh angkat dan hidangkan. Tambahkan sedikit garam sekiranya kurang rasa.
**Sayuran boleh di tukar ikut selera masing2.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails