Showing posts with label Pastry. Show all posts
Showing posts with label Pastry. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Blueberry Cheese Tart

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa hari lagi anak2 nak kembali ke sekolah. Rasanya ramai kawan2 di luar sana sudah mula buat persiapan awal utk kelengkapan sekolah anak2. Kalau macam tu, syukur alhamdulillah. Di samping kita melakukan tugas seharian, jngn lupa tanggungjawab pada anak2. Belilah mana yg perlu, terutama baju sekolah dan peralatan tulis sekolah. Mana yg beg sekolah elok lagi tu, bolehlah cuci dan guna semula. Bertimbangrasalah dngn kedua ibubapa ya anak/adik2 semua. Bila mula sekolah ni macam2 nak beli, kalau boleh tu macam nak raya pulak...semuanya nak baru. Kalau mampu tu tak kisahlah ya...kalau kurang berkemampuan tu..janganlah desak sangat ibubapa utk mendapatkannya. Mungkin bila dah reda semua, barulah beli beg sekolah baru pulak. Saya cakap mcm ni bukannya apa....bayangkan kawan2 yg mepunyai 3atau 4 orang anak yg bersekolah. Sudah tentu besar perbelanjaannya kan. Jadi kita kenalah utamakan mana yg perlu dan yg tidak. Bukan bermakna tak boleh beli beg baru atau kasut sekolah baru. Kalau elok lagi tak payahlah beli dulu. Tunggu pertengahan tahun barulah beli..tapi terpulanglah pada kemampuan masing2 ya.

Ok, kita stop cerita pasal kelengkapan sekolah. Sementara cuti sekolah lagi ni, saya buatlah projek gotong royong blueberry cheese tart ni bersama anak2. Maklumlah, buat tart ni nak kena sabar, jadi saya ajarkan pada anak saya Seri dan Dina buat crust tart, bila dah siap barulah buat fillingnya. Kerja2 melorek tart tu pun saya serahkan juga pada anak dara ni. Bukan main seronok mereka berdua bila cheese tartnya menjadi. Masing2 tunjukkan bakat melorek, haiiiii tak kisahlah asalkan kerja siap. Bagi mama, tengok sambil goyang2 kaki jelahhhh..he3.. Bab tunggu kat oven tu mmng serah pada mamaNyalah.

Ramai kawan2 yg dah mencuba resepi tart yg sedap ni. Resepi ni saya ambil dari Azita Kitchen dan saya rujuk step by step di blog Azlita Masam Manis. Nama pun dekat2 sama kan..cuma orangnya je lain. Btw resepi ni mmng best. Saya buat dua adunan terus...puashati dan puas makan. Pada kawan2 yg belum pernah cuba tu, bolehlah mencubanya...pasti menjadi.
 




 
Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

 
Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.
 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Tuesday, January 18, 2011

Crabstick In Pastry Puff

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni kita bersarapan dngn crabstick in puff pastry. Kalau buat puff yg ada crabstick ni, mmng cepat laku...ianya mmng kegemaran anak2 saya. Buatnya taklah susah mana...kawan2 juga boleh lihat cara2nya di SINI...Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...akak kopipes kat sini pulak ya..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
  • 10 batang crab stik
  • 1 kuning telur, dipukul sedikit
  • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
  • Sos pencicah kegemaran anda
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan.
  4. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

Thursday, November 11, 2010

Sardine Puff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini buat pertama kalinya saya gunakan PUFF PASTRY ...Kelakar betul jadinya, ingatkan saya seorang je yg jakun bila jumpa puff pastry ni, rupanya ramai lagi kawan2 yg buat pertama kalinya jumpa benda ni di pasaran. Semalam tersenyum saya bila baca n3 K.Nor pasal hatinya yg berbunga2 ceria...ingatkan apalah, rupanya gara2 puff pastry ini jugalah. Kebetulan malam tu saya baru mengayakan puff pastry kesayangan saya ni. Masa nak mulakan projek ni, teragak2 juga..kot2 tak menjadi...sayang je puff pastry yg sepeket tu. Dalam hati berbisik..mesti boleh...mesti jadi. Alhamdulillah cubaan pertama menjadi dan sedap sangat.

Pertama kali jumpa di pasaraya Tesco, masa tu kebetulan jumpa...cari barang lain,lain pula yg jumpa....itulah puff pastry....seronok sangat masa tu.....cari lagi dan lagi.... cari punya cari tinggal satu pack je. Dalam hati dok terfikir, mana cukup ni setakat 10 keping je isinya. Dalam kepala dah terbayang2 kesedapan dan kerapuhannya bila di masak. Tapi tak apalah dari takde, lain kali cari lagi...masa tu borong sampai 10 pack.....aduh tamaknya...kih3....

Ok lah mari kita lihat bahan2 sardine puff ni. Ini hanya gambar je..puff nya dah habis...
Resepi ni saya ambil dari Dapur Tanpa Sempadan....siapa lagi kalau bukan Ah Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...akak kopipes kat sini pulak ya. Kali ni saya buat inti sardine, lain kali buat inti lain pulak....tunggu jumpa puff pastry nya lagi..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
  • 1 tin kecil sardine
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 cm halia, dicincang
  • 2 biji cili padi, hiris halus
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 cawan mix vege
  • 1 kuning telur, untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi-saya belah 2 je. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang....
Related Posts with Thumbnails