BAHAN A (LAPISAN TEPUNG):
  • 100gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 500ml air
  • 150gm tepung beras
  • 60gm tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • ½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
LAPISAN TEPUNG:
1. Bancuh kesemua bahan di atas dan masak sehingga naik wap.
2. Bahagikan kepada tiga bahagian. Ketepikan.
BAHAN B (LAPISAN KELEDEK UNGU):
  • 200gm gula pasir
  • ½ tin susu cair
  • 200gm keledek ungu | diparut halus
  • 170gm tepung beras | diayak
  • 60gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu makan tepung Hoen Kwee putih | diayak
  • ½ sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna ungu secukup
CARA MEMASAK:
LAPISAN KELEDEK UNGU:
1. Satukan kesemua bahan di atas bersama susu cair an tambahkan air untuk menjadikan adunan sebanyak satu liter.
2. Akhir sekali, masukkan pewarna ungu dan bahagikan kepada tiga bahagian. Ketepikan.
3. Untuk mengukus, gunakan loyang bersaiz 10" x 10" x 3" inci yang dialas dengan plastik 14" x 14" dan sapukan sedikit minyak disekeliling loyang. Tuang adunan tepung dan adunan keledek ungu secara berselang seli sehingga habis.Kukus setiap lapisan selama 5 minit Tiga lapis putih dan tiga lapis ungu. Lapisan di bawah putih dan lapisan yang paling atas, ungu. Kukus bahagian lapisan terakhir selama 15 minit.