Showing posts with label Awards. Show all posts
Showing posts with label Awards. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Award dari Shariah@Masterchef M'sia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Sha kerana memberikan award yg sangat cantik ni sebagai tanda persahabatan di alam maya. Moga persahabatan ini berkekalan dan dapat bersua dialam nyata suatu hari nanti,insyaAllah. Award ni bukan utk saya sorang ya, Sha berikan pada semua pengunjung blog beliau dan peminat setia Sha. Kalau nak tau, Sha ni seorang novelis taw, kini tampil dengan buku resepinya sendiri. Tahniah Sha, moga terus maju jaya dalam apa jua bidang yg diceburi. Akak pun berangan nak dapatkan buku masakan Sha juga novel2 terkini. Buat pengetahuan Sha, akak dah mula minat membaca sejak adanya novel Sha ni, sblm ni asyik dok telek resepi je..kali ni dah beralih arah pulak. Manalah tau boleh buat cerita macam Sha juga..sape tau kan...he3..saje je guwawwwww...


Wednesday, April 11, 2012

Kari Kurma Telur dan Tahniah buat Nieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan cuti umum, jadi ramai rasanya mengambil kesempatan utk pulang kekampung dan ada pula yg mengambil keputusan utk berehat saja di rumah bersama keluarga tersayang. Maklumlah cuti sehari je, mungkin lebih baik dok rumah je. Jangan ada yg tambah cuti sendiri udahlah yaaaa...pastu sambung hingga Ahad.....uwaaa mmng gemoklah nampaknya.

Ok kali ni nak kongsikan bersama resepi Kari Kurma Telur yg sedap ni. Sebelum ni ada kawan yg mengatakan dia peminat telur dan bertanyakan pada saya, boleh tak kongsikan resepi yg berasaskan telur. Pada saya mudah je, resepi ayam boleh juga di tukarkan pada telur...pastu olah2lah sendiri ikut kesesuaian rasa...mudahkan. Pada peminat telur tu bolehlah cuba resepi ni bagi mempelbagaikan koleksi masakan berasaskan telur.



BAHAN- BAHAN
  • 10 biji telur ayam- di rebus, kopek kulitnya dan kelar2kan sikit permukaannya.
  • 2 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula
  • 1 sudu besar kerisek
  • Minyak utk menumis
BAHAN TUMIS
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 tangaki daun kari
  • 1 btng serai- dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan telur yg di rebus tadi. Masukkan kerisek dan gaul lagi.
  5. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.


Happy 2nd Bloggersary Our Journey Begins

Cantik tak gambar kat bawah ni? Sebenarnya gambar bunga2 kat bawah ni datangnya dari Nieza di Finland sempena ulangtahun blog Our Journey Begins yg ke 2 thn. Terima kasih dan tahniah akak ucapkan pada Nieza. Moga terus sukses dan terus berkongsi ilmu masakan dan pengalaman sepanjang berada di perantauan. Maaf ya akak lewat gantungkan kad ni kat blog di sebabkan kesibukan yg melanda dan hampir terlupa je, ini bukanlah di sengajakan ya dik. Semoga ukhuwah yg terjalin selama ini terus berkekalan hingga keakhir hayat hendaknya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari rakan2 akak yg baik hati. Akak amat2 menghargainya.


Sunday, October 2, 2011

Award Dari Kak Jee dan Diana


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang minggu ni rehat2 je sambil makan jemput2/cekodok ikan bilis. Esok bermulalah rutin harian menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah. Bila sekolah ni, masa saya terhad sikit nak ngadap lappy....banyak kerja yg harus di selesaikan. Hari ni nak gantung award yg sangat cantik. Nak tau sape yg beri????..ianya bukan calang2 orang tawww...beliau adalah seorang wartawan, pelakon dan penulis skrip...siapa lagi kalau bukan Fauziah Abdul Samad atau lebih di kenali dngn panggilan KJee di kalangan blogger. Kjee ni mudah mesra orangnya, tak sangka pula KJee sudi beri award pada Yatie. Terima kasih atas penghargaan ini. Kalau singgah blog KJee seronok baca n3 terkini. Catatan yg bernas dan bersahaja membuatkan kita seronok mengikuti perkembangan blog KJee. Saya ni setakat blogger masakan biasa je...masak sempoi2 dan cerita pun taklah menarik sangat...setakat Gitewwww....Gitewwwww.....jeeee...

Semalam pun saya ada terima award yg sama dari si cantik manis Diana. Terima kasih atas penghargaan ini juga. Kalau kawan2 nak tahu siapa dia Diana@Melley ni, bolehlah singgah blog Sky Blue's Kitchen. Kalau singgah dapur Diana mmng tak mahu balik punyer, banyak menu2 masakan, kuih muih dan kek2 yg menarik dan sedap kat sana. Kalau tak percaya..pergilah tengok sendiri....hehehhee...

Ok, dah terima award ni kenalah siapkan tugasan yg di beri. Saya kena kongsikan 7 perkara mengenai diri sendiri. Alamakkkk...nak kena jawab ke???. Rasanya dah banyak kali cerita kat sini. Tapi takpelah, biar saya kongsikan sekali lagi serba sedikit tentang diri ini.
  1. Saya merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 beradik tu semuanya perempuan dan seorang saja lelaki. Saya mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 orang perempuan.
  2. Makanan kegemaran adalah asam pedas. Tak kiralah ayam ke, daging, ikan, sayur ke...yg berkaitan dngn asam pedas mmng kegemaran saya. Maunya bertambah2 nasi dan lauk kalau lauk asam pedas.
  3. Sangat geli/ngeri dngn kucing kecik, maksudnya anak kucing yg baru lahir dan yg dah mula besar2 sikit tu. Pada orang yg gemarkan kucing akan suka pegang dan timang2/belai2 kucing kecik tu, saya pula sebaliknya...kalau ada gak kat rumah, mesti asyik terkejut/terperanjat sendiri..kadang2 sampai terbawa2 dlm mimpi...
  4. Sukakan kesederhanaan. Siapa yg kenal saya je yg tahu saya macamana...hehehehe..
  5. Suka masak dan mencuba resepi2 yg baru. Saya juga suka menjahit pakaian.
  6. Saya merupakan satu2nya menantu perempuan dlm keluarga suami sebab suami hanya 2 beradik saja. Kira sayalah menantu kesayangan...hehehehe....takde yg di banding2kan...lega rasanya.....ngeeeee..
  7. Tak suka tengok cerita hantu/ seram. Takut terbawa2 dlm mimpi, nak selamat jangan tengoklahhhhh...kalau tertengok gak, cepat2 tukar siaran.
Oklah dah siap pun tugasan. Pada pengunjung2 blog Sinar Kehidupanku, sudi2lah ambil award ni ya.

Sunday, July 10, 2011

Award dan Tag Dari Ika Dan Cheq Sue

Link
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak gantung award yg di terima dari Ika dan Cheq Sue. Seronok rasanya tapi.....ada syaratnya. Bila kenangkan syarat2nya alamak hai..termenung sebentar, bukannya apa ada tugasan dan kena mengaranglah pulak. Saya ni bab mengarang dah tak berapa pandailah dah berkarat otaknya. Tapi takpelah demi persahabatan dan memeriahkan lagi dunia blogging ni, saya kerahkan otak gaklah utk mengarang.
Ok, syarat yg di kenakan adalah 7 perkara mengenai diri anda...jom citer serba sedikit..

1. Nama sebenar Nor hayati binti Ramlan dan merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 orng beradik tu semuanya perempuan cuma sorang je lelaki. Nama manja mmng Yatie je takde panggilan lain sbb mmng kena dngn jiwa ini nama tu. Mempunyai 4 orng anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.

2. Masa kecik2 mmng saya sangat manja kata emak. Menyusu badan sampai umur 3thn lebih. Mak nak buat kerja pun susah, asyik nak bergantung je...ekekeke. Maaf mak..dan terima kasih atas segalanya. Bila darjah 1 cukup manja dngn guru kelas. Lagipun guru kelas saya suka pangku saya masa tu....saya pun apalagi jadi murid kesayangan cikgulah..hah3 perasan kejapppp.

3. Masa sekolah rendah suka sangat naik basikal, tapi takde basikal sendiri. Hampir setiap petang pergi ke rumah jiran semata2 nak tumpang main kayuh basikal...kesiankan sambil buat muka kesian...hah3..Satu hari tu pergilah main basikal kat rumah jiran tanpa pengetahuan mak. Teruja sangat masa tu sbb kawan tu nak ajak naik basikal laju2 siap turun bukit lagi. Saya pun suka sangatlah tanpa menghiraukan risikonya.Tiba2 basikal yg kami naiki terlajak ke cerun bukit, masa tu baru tahu yg basikal tu takde break. Sedihnya saya masa tu sbb kaki, lutut dan tangan semuanya luka. Lebih parah lagi pipi saya yg putih melepak bertukar menjadi merah. Kalau merah pakai make up takpelah, ini merah darah. Sakit dan pedih yg amat sangat. Masa tu dah terbayang dah muka mak. Inilah akibatnya pergi main basikal tanpa pengetahuan mak...

4. Uwaaa seronok pulak nak cerita kisah kita masa kecik2. Satu tabiat saya masa kecik2 ialah saya suka makn sardin. Sebenarnya setiap petang saya kena jaga kedai. Sambil jaga kedai tu, biasalah mesti makan jajan/keropok/coklat dan sebagainya. Tapi saya tak berapa suka sbb dah jemu. Saya suka makan sardin. Hampir setiap hari mesti saya buka tin sardin yg kecil. Pada saya sedap betul makan sardin walaupun mentah. Satu hari tu, mak kemas2 kat belakang kedai. Mak pun pelik, kenapalah banyak tin sardin yg terbuka kat belakang kedai. Mak pun tanyalah pada saya siapa punya kerja ni. Nak tak nak saya pun mengakulah, nak tipu kang sakit perut pulak.
Mak cuma geleng kepala je, ingatkan sardin tu habis di jual, rupanya habis di makan anak sendiri...wakakaka..bayangkan anak dara jaga kedai sambil makan sardin mentah..hanyir woooo.
Mak tersenyum je sbb anaknya jaga kedai tak minta upah....cuma minta upah makan sardin je...hah3 klakor betullah bila ingatkan balik....

5. Bila dah remaja saya suka sangat tlng mak kat dapur. Suka sangat bila tngk mak buat kuih/kek atau biskut raya. Sayalah orng paling sibuk dan seronok masa tu. Satu hari tu nak buat surprise pada mak. Masa mak kat kedai, saya pun buatkanlah kuih kegemaran mak iaitu kuih serimuka. Teruja sangat tngk daun pandan yg segar kat belakang rumah. Saya pun terfikir, kalau letak air pandan banyak2 mesti lagi harum dan sedap kuih serimuka saya. Saya pun meneruskan projek saya.
Bila kuih dah masak, saya pun seronok sbb kuih menjadi dan cantik..harum semerbak tu jangan citerlah..mmng tak sabar nak merasanya.
Bila saya potong kuih tu, sayalah orng pertama merasainya..alahai tak sangka kuih yg cantik dan harum tadi tak sedap bahagian tepungnya. Manisnya cukup cuma bila makan tu tekak jadi gatal dan perit. Saya pun cuba makan lagi..betullah tekak jadi gatal. Saya pun ambil keputusan utk buangkan saja kuih tu. Kesiankan mak kalau termakan kuih tu. Itulah kenangan saya masa pertama kali buat kuih kukus2...pengajarannya supaya ikut sukatan betul2, jngn sesuka hati je nak letak lebih itu dan ini utk lebih sedap dan akhirnya takleh makan...sampai skrng saya tersenyum je bila kenangkan kembali...kih3..

6. Saya ni suka menjahit. Setiap raya mesti jahit baju suami dan anak2, jadi jimatlah sikit kos. Tapi sejak balik Msia ni dan berehat selama 3 thn tak menjahit..jadi malaslah pulak nak menjahit kembali...lebih2 lagi dah syok berblogging ni. Dari menjahit saya lebih suka buat kuih/kek skrng ni. Minat tu dah bertukar plk, lagi2 jumpa kawan2 di alam cyber ni....Anak2 tak suka beli baju dah siap, diaorang lebih suka baju yg maknya buatkan, dapatlah diaorang mintak fesyen yg macam2....

7. Saya ni sebenarnya tegas dan garang. Percaya ke?????. Kalau tak percaya mailah jumpa saya sendiri..hah3 yeyeooorrrrr jek. Pernah cikgu anak saya tanya kat anak saya, mama pernah marah Seri tak? Anak saya pun jawab, selalu gak, lebih2 lagi bila dapat markah rendah dlm exam. Cikgu tak percaya, sbb dia kata tngk muka mak Seri mcm tak pernah marah je...sampai gitewww sekali cikgu tu cakap. Saya gelak je mendengarnya. Padahal, tanyalah sendiri pada anak2 saya...apa yg saya buat pada diaorang bila saya marah. Agak2nya apa pendapat kawan2 tentang saya...ada garang Tak? Ce Citer...Ce Citer sikit....kih3..

Oklah, tanpa di sedari terlebih sudah buat karangan ni. Harap cikgu Ika berpuashati ya. Inilah serba sedikit kisah saya, tak taulah karangan ni menepati tajuk atau sebaliknya....apa pun layan jeeeelahhhh...Kali ni nak beri pula pada 5 orng kawan2. Harap sudilah ambil award ni dan bila ada kelapangan tu buatlah tag ni ya..kerah otak sikit..seronok pulak bila bercerita....Kita tngk sape yg kenaaaa..
  1. Kak CT Delima
  2. Ayu Citarasa Rinduan
  3. Sariyusa
  4. Kak Ilah JY
  5. Azatie Sayang

Tuesday, June 14, 2011

Tahniah Buat Kak Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni baru berkesempatan nak gantung bunga yg di terima dari K.Ummi. Tahniah pada K.Ummi atas pencapaian yg membanggakan ini. Buat pengetahuan semua, bunga ni adalah sempena penghargaan K.Ummi pada followernya yg mencecah 3000 orng dan skrng sudah pun mencecah ke 3024...waaaaa ramai tu. Tahniah sekali lagi. Yatie mmng suka singgah blog K.Ummi dari dulu, kini dan selamanya. Banyak resepi yg sedap dan menarik yg di kongsikan bersama. Yatie berbangga dngn K.Ummi, walaupun sibuk bekerja, K.Ummi tetap meluangkan masa berkongsi cerita, resepi dan pengalaman bersama pengikut/ peminatnya. Moga K.Ummi dan Home Sweet Home terus sukses dan terus menyumbangkan ilmu yg berguna. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya dari berblogging ini. Terima kasih dan tahniah sekali lagi dari Yatie.

Monday, May 9, 2011

Kad Ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Di kesempatan ini saya ingin mengantungkan kad ucapan Selamat Hari Ibu dari teman2 yg bergelar ibu. Seronok rasanya dpt kiriman bunga yg sangat cantik. Terima kasih semua, dngn berbesar hatinya saya terima. Moga persahabatan ini berkekalan hendaknya.



Dari Syimama








Wednesday, May 4, 2011

Gold Card From CT Delima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang kad kredit yg di terima dari Kak CT Delima. Baik sungguh akak sorang ni, semua orang di berinya kad kredit percuma....tabiklah sama Kak CT. Terima kasih kak beri Yatie credit card ni...pasni banyaklah Yatie boleh beli brng2 kegemaran dan brng2 idaman Yatie...hehehe...


Bukan senang nak dapat Credit Card ..kena gaji ribu2 baru dapat apply..kalau gaji bagus, dapatlah merasa, silver platinum card kalau gaji lagi atas. ..dapat gold card....heheh
tapi yang ni tak perlu ada gaji... kita dapat FREE...
inilah card dari bank DDCT, International..
with compliments dari
Che CT Delima

Thursday, April 28, 2011

Kuih Talam Yang Membawa Tuah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Ok, kali ni nak cerita tentang pertandingan memasak kuih talam yg di sertai oleh K.Noorsafone. Syukur Alhamdulillah K.Noor mendapat tempat pertama dlm pertandingan pelbagai jenis kuih talam. Kuih Talam Kastard Jagung menjadi pilihan para juri. Saya tumpang gembira kerana resepi kuih talam tu menjadi pilihan K.Noorsafone utk di pertandingkan. Tahniah utk K.Noorsafone. Kawan2 boleh singgah di blog Story Of Mama utk mengetahui cerita selanjutnya. Terima kasih K.Noorsafone kerana mengirimkan kad bunga yg cantik sebagai tanda terima kasih pada Yatie. Yatie amat gembira dngn kejayaan akak. Semoga persahabatan yg terjalin ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya. Di sini Yatie sertakan sekali gambar kuih dan hadiah kemenangan K.Noorsafone utk di jadikan sebagai kenangan. Terima kasih sekali lagi.



Award Dari Sazahaiza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini pula award pemberian dari SAZAHAIZA. Terima kasih Saza, cantik betul award ni...suka sangat. Moga persahabatan yg terjalin di alam maya ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya.


Wednesday, April 27, 2011

Tahniah Buat K.Yus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak ucap Selamat Ulangtahun Pertama Blog Antan Bertingkah. Tahniah dari Yatie utk K.Yus, moga terus sukses dan berkongsi info, cerita dan pengalaman. Yatie suka singgah blog K.Yus sebab suka tngk kuih2 talam yg pelbagai jenis. Semoga persahabatan yg terjalin ini akan terus berkekalan hendaknya. Terima kasih kak atas kiriman bunga yg cantik tu. Yatie dngn bebesar hati menerimanya. Terima kasih sekali lagi.

Tuesday, April 12, 2011

Tahniah buat Nieza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Malam2 mcm ni baru leh ngadap lappy lama sikit. Alang2 dah ngadap lappy ni, saya nak gantungkan postcard yg sangat cantik yg datangnya dari jauh. Pengirimnya adalah dari Nieza di Finland....wow ada kawan dari OberC lagi, jangan tak caya...hehehe...kawan antarabangsa lagi....hehehehe. Seronok sangat berkawan dgn Nieza ni...orangnya sederhana dan sporting abes. Sebenarnya postcard ni di kirimkan sempena ulang tahun blog Nieza yg pertama.

Tahniah buat Nieza@Our Journey Begins, moga terus sukses dan terus berkongsi ilmu masakan dan pengalaman yg menarik sepanjang berada di perantauan. Semoga persahabatan yg terjalin di alam maya ini akan terus berkekalan hendaknya...moga suatu hari nanti kita pasti bersua muka. Terimalah bunga dari akak sebagai tanda persahabatan. Maaflah terlewat sikit sbb busy memanjang....


Award Dari NoorSafone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni nak gantung lagi award yg di terima dari teman di alam maya. Award kali ni datangnya dari NoorSafone tanda persahabatan sempena follower blognya yg mencecah 500 walaupun baru beberapa bulan berblogging. Tahniah di ucapkan. Semoga Noorsafone terus sukses dan berkongsi ilmu yg bermanfaat pada kita semua. Semoga persahabatan yg terjalin ini berkekalan hendaknya.

Monday, April 11, 2011

Award dari Izah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kali ni nak gantung award pula. Award ni cantik sangat, dan saya dapat dari Izah Muffin Lover. Kalau singgah blog Izah ni, macam2 muffin ada kat sana....maklumlah tokey muffin katakan. Kalau dekat maunya akak order je Izah, malas akak nak buat sendiri..hehehehe.... Terima kasih Izah atas ingatan dan kesudian Izah memberi award ni pada akak. Terima kasih juga pada Love2Cook yg memanjang2kan award yg cantik ini pada bloggers masakan. Moga ilmu yg berguna ini dapat di manfaatkan bersama. Terima kasih sekali lagi...sayang kamu semua.


Tahniah Buat Mas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bila malam ni barulah free sikit nak ngadap lappy dan BW. Ini pun sambil dok jeling2 anak buat kerja sekolah ke tidak. Biasalah anak2 ni, kena beri perhatian lebih kalau kita nak anak2 berjaya dlm pelajaran. Kalau kita sambil lewa...anak2 pun sambil lewa jugalah. Oklah, di kesempatan ini saya nak gantung kad cantik yg di terima dari Mas Duniaku. Kad ini di beri oleh Mas kepada semua pengunjung dan peminat blog Duniaku sempena ulangtahun pertama blognya. Terima kasih Mas, cantik kad ni, moga Mas terus sukses dlm dunia blogging dan berkongsi resepi2 yg best lagi. Akak rasa seronok mengenali Mas walau di alam maya. Moga suatu hari nanti kita pasti bersua di alam nyata...insyaAllah.



Bunga ni khas untuk Mas..Terimalah bunga dari akak

Saturday, April 9, 2011

Award Dari Nieza, Wanieyra Dan Cik Cek


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni barulah berkesempatan utk menggantungkan award yg sangat cantik di sini. Terima kasih pada Nieza, Wanieyra dan Cik Cek kerana memberi award ni pada akak. Akak amat2 menghargainya. Moga persahabatan yg terjalin di alam maya ini berkekalan hendaknya. Maaf ya sebab akak tak dapat siapkan homework tu, rasanya dah banyak kali akak cerita tentang diri akak kat sini..rasa malulah pulak nak cerita lagi dan lagi. Lagi pun akak busy sangat sejak2 ni, jadi nak mengarang tu otak blurrrr sikit. Apa pun akak sangat sayang kamu semua...akak menghargai pemberian ini dan akak suka sangat dengan persahabatan ini. Terima kasih sekali lagi.

Sunday, February 20, 2011

Award Dari Deliah's Deli dan Lina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan bertemu lagi walau di alam maya ini. Sebenarnya keadaan saya tak berapa sihat waktu ni. Demam selsema sejak 2 hari lepas...mata berair, hidung berair dan tersumbat....di tambah lagi dngn tekak yg amat perit sangat, membuatkan selera makan dan berblogging pun berkurangan. Doakan moga saya cepat sembuh spt sediakala.

Di kesempatan ini saya ingin meletakkan award Stylish Bogger Award yg di kirimkan dari teman di alam maya iaitu Deliah's Deli dan Lina. Terima kasih saya ucapkan dan saya amat2 menghargainya. Sebenarnya dah lama dapat award ni, tapi asyik terlupa je nak letak kat blog. Harap Deliah dan Lina tak marah ya...Moga persahabatan yg terjalin ini berkekalan hendaknya.

Monday, January 17, 2011

Award Dari Azlita, Mas, Dan Mimiey

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin menggantungkan award yg di beri oleh sahabat2 di alam cyber yg amat saya kasihi. Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian Azlita, Mas dan Mimiey memberikan award ni pada saya. Saya pernah mendapat award yg sama sebelum ini, ianya datang dari Cikgu Shaiful...boleh juga lihat di SINI. Terharu dan gembira di buatnya. Blog masak2 saya ni sempoi je..takde yg istimewa dan kreatifnya. mungkin anda semualah yg menilainya sendiri. Saya dngn berbesar hatinya menerima Creative Blogger Award ni...semoga persahabatan yg terjalin ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Rasanya ramai lagi rakan2 yg layak menerima award ini, di sini juga saya sertakan nama rakan2 yg mmng kreatif dan rajin berkongsi cerita dan pengalaman masing2, kali ni saya singgah blog yg rajin bercerita pulak ya.......diantaranya ialah...
  1. Lela-Lelord
  2. Jaja'Z
  3. Lydia Miza- Hidup Itu Indah
  4. Atieaizam- Coretan Perjalananku
  5. Sweetsal

Monday, December 20, 2010

Award Dari Hana, Ayu, Lina, Dan K.Ummi

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sebelum masuk tidur saya nak gantungkan award yg di beri oleh sahabat baik di alam maya. Terima kasih atas ingatan dan penghargaan ini....saya benar2 menghargainya. Oklah di sini saya jawab juga tugasan yg di beri...harap Hana, Ayu, Lina, dan K.Ummi berpuas hati ya dngn jawapan yg di beri.


1.Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
  • Sejak darjah 4...masa tu mak suruh goreng ikan...menjadi, tapi terkena percikkan minyak dan rasa serik masa tu...stop kejap takmo ke dapor lagi sejak tu...bila dah lama,dan dah tak ingat lagi kejadian tu....syok balik nak kedapor...sampailah skrng syok abes bila kat dapor...hahahaha...
2.Sapa yang menggalakkan anda masak.
  • masa dulu2 mak yg suruh....skrng diri sendirilah sbb nak makan macam2....kenalah bnyk pengetahuan di dapur....perut sendiri gak yg kenyang....ekekekeke...
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
  • Saya suka masak kuih yg di kukus...tak kisahlah kuih/kek....janji di kukus...sbb moist jek...kalau lauk tu ASAM PEDAS....tak kisah ayam, ikan, sayur atau daging....kalau asam pedas mmng laku dan cepat licin...uisshhh terliur pulak di buatnya..
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. hihi jgn mare er.. hikhik
  1. Azlita Aziz
  2. Ana Matahari
  3. Kak Rosaliza
  4. Ayu Singapore
  5. Kak Jalilah JY

Monday, December 6, 2010

Award Dari Izah Muffin Lover

Salam dan bertemu kembali. Hari ni nak letak award yg di terima dari Izah Muffin Lover. Terima kasih Izah beri akak award Coolest Blogger In The World....muahahahhaha...suka akak. Akak ni sempoi je orangnya....tapi suka bergurau senda, tu yg jadi cool je rasanya. Oklah akak nak beri pada 3 orng Coolest Blogger juga kat sini....harap2 sudilah terima ya...


1 .Sari Yusa
2. Ayu Citarasa Rinduan
3. Mama Najlaa

Sunday, November 28, 2010

Award Dari Norshizan Osman

Assalammualaikum dan salam di hari minggu. Di kesempatan ini saya ingin meletakkan award persahabatan dari adik Norshizan Osman. Terima kasih di atas ingatan dan kesudian Shizan memberi akak award ini....semoga persahabatan yg terjalin akan kekal buat selamanya...terima kasih sekali lagi kerana menjadikan blog masakan akak yg tak seberapa ni sebagai rujukan utk adik...semoga usaha dan perkongsian ilmu ini mendapat keberkatan dariNYA.

Related Posts with Thumbnails