Wednesday, April 14, 2010

Ayam Masak Sambal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Hari ni saya masak ayam lagi. Jangan jemu ya dengan menu saya. Resepi ayam masak sambal ni mudah saja...tak perlu banyak bahan. Bau daun limau purut tu yg membuatkan masakan ini sedap dan menyelerakan. Kalau tak percaya....cubalah. Mari kita lihat bahannya.



Bahan
-bahan
1 ekor ayam=> potong 12
6 helai daun limau purut
4 sudu besar sos tamato
5 sudu besar kicap pekat
minyak utk menumis dan mengoreng ayam
garam dan sedikit gula=>jika perlu

Bahan2 Kisar
1 cwn cili kering kisar (dlm 20 tangkai )
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btng serai
1/2 cawan air

Cara-cara
  1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh, toskan dan gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.... goreng separuh masak dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam sebati dan naik minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Boleh tambah garam dan gula sekiranya kurang rasa. Boleh juga tambah sedikit air.
  5. Masakkan sehingga naik minyak dan perasakan. Sekiranya dah cukup rasa bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

7 comments:

  1. cepat betul entry akak tauu..hihik.. baru nk copy resepi kek dah naik entry baru tauu...wahhh ayammm..mcm upinipin plak

    ReplyDelete
  2. salam, mana leh jemu ngan rsepi akak. Yus ni tgh mngantuk smbil lyn blog. Pas tu bc bhn2 tu, 1 ekor ayam, boleh nmpk mcm 1 helai ayam.. haha.. ngantuks punya pasal..

    ReplyDelete
  3. IZAHDAUT=> tngh rajin tu yg cepat entry...salin jngn tak salin....wat tau..

    ReplyDelete
  4. SARI YUSA=> wkmsalam, lauk ayam ni mmng tak jemu2, lagi pun senang je...klau nantok tu...tidolah ya...jaga kesihatan...sok smbung lagi..

    ReplyDelete
  5. kene cuba ni! wajib.. hahahaahha

    ReplyDelete
  6. Yg smbl ni Gna cili boh eak? Maaflh tnye? Sbb sy bru nk bljr masak

    ReplyDelete
  7. Pakai cili idup lgi bestlh...yg suka pedas tu blh cube

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails