Sunday, April 4, 2010

Taufufa Perantauan

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ini saya buat taufufa guna air soya yg saya buat sendiri. Teringin sangat rasanya nak makan taufufa, saya pun cubalah buat sendiri dngn tidak menggunakan ubat sekko atau serbuk GDL seperti di Malaysia. Ini adalah kerana begitu sukar hendak mendapatkan barang2 tersebut di US. Alhamdulillah menjadi dan saya buat entah dah berapa kali...maklumlah kat rumah ni semuanya memang pengemar taufufa. Kalau kawan2 nak tahu rasanya cubalah ya...pasti tak mengecewakan.



Bahan-Bahan

* 10 gm agar-agar serbuk (1 sudu besar)
* 2 cwn air biasa>>masak bersama agar2
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 cwn kacang soya>> rendam semalaman dan kisar
* 2 liter air
* 2 helai daun pandan, di simpul

Cara-Cara
  1. Rendam kacang soya semalaman/ 7 jam dan kisar...jadikan sampai 2 liter air soya. Tapis dengan menggunakan kain nipis. Ketepikan dulu.
  2. Di dalam periuk bersih masak agar2.
  3. Masak agar-agar bersama 2 cwn air biasa sehingga mendidih. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan gula dan masukkan air soya yg diperah tadi(2 liter air soya)
  5. Masak dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Kacau rata dan tapiskan.
  6. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  7. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  8. Hidangkan bersama air gula melaka yang telah di sediakan.
** Kalau nak mudah, guna saja air soya kotak. Saya di perantauan, mmng sukar utk mendapatkannya. Jadi mmng kena buat sendiri..

Resepi air gula
2 ketul gula melaka
2 cwn air
2 helai daun pandan

Cara2>> Racik gula melaka dan masukkan kedalam periuk. Masukkan air dan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih dan tapiskan. Biarkan sejuk...bila sudah sejuk, bolehlah di makan bersama taufufa tadi.

6 comments:

  1. Salam ka yatie, apa khbr org us? Sht la tu kn. Sdpnya taufufa tu. Skrg kat M'sia 1:37pm, tgk taufufa yg kak yatie buat blh jd sejuk. Sy nk yg dlm mgkuk bsr kat bwh tu blh tak? Hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Yati, beruntung family U, walaupun jauh, selalu dapat makan makanan spt di Malaysia. Itulah hikmah dpt seorang suri/ibu yg rajin....

    ReplyDelete
  3. wahhh bagus nii tak de siako dan tepung jagung macam akak buat tuuu.. yatie guna agar2... macam dadih pun ia niii...ahaksss boleh la akak simpan resepi ni.. sbb saiko tu tak berapa elok utk buah pingangg sbb ia berasakan batuuuu akak tgok cina kedai tuuu tumbukkk dlm lesung batu dia...keras juga benda tuuu mcmana kalu tersimpan dlm buah pgang kita..

    ReplyDelete
  4. AdryDaud=waalaikumsalam, akak dan keluarga sihat walafiat....kalau dekat akak dah beri semangkuk besar utk adik..mmng sedap ni..

    ReplyDelete
  5. Azian= waalaikumsalam, bila kat oversea ni mcm2 teringin nak mkn...tu yg kena rajinkan diri...satu family kenyang...hi3..

    ReplyDelete
  6. Kak Ilah= ye ke kak, kalau mcm tu kena wat sendirilah...rasanya sedap gak..cubalah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails