Thursday, April 1, 2010

Pajeri Nenas

Ini adalah resepi pajeri nenas yg saya masak hari ini....dan di makan bersama nasi halia kuning.


Bahan-bahan
  • rempah tumis(1 btng kayu manis, 2 biji pelaga,1 bnga lawang, 2 biji cengkih)
  • 1 biji nenas - dipotong sekeping2(saya guna dlm tin je..)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar udang kering
  • garam dan gula(manis sikit baru sedap)
  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara

  1. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Panaskan sesenduk minyak, tumis rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan yg ditumbuk lumat,masak kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari daging, kacau rata & masuk pula udang kering. Masak api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air sedikit (utk kuah) kemudian perasakan dgn garam & gula. Last masukkan nenas & masak lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
  4. Bila dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan hidangkan.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails