Wednesday, June 29, 2011

Selamat Ulangtahun ke-19 Mohamad Talhah bin Mohd Khata


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 19 thn. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul bersama meraikan ulangtahunnya. Sebelum ni kami berjauhan kerana tanggungjawab yg perlu di laksanakan. Walaupun terpisah selama 3 thn, kami di beri kesempatan lagi utk bersama berkumpul dan mejalani kehidupan seperti biasa dngn penuh kesyukuran, ketakwaan dan keharmonian. Moga kami sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati.

Masa berlalu begitu pantas, kini anak saya sudah remaja. Masih terbayang2 lagi saat melahirkannya 19 thn yg lalu. Saat melahirkan, membesarkan dan mendidiknya penuh dngn kesabaran. Saya paling tak boleh lupa bila masa kecik2 tu, Talhah tak suka tutup lampu bila nak tidur. Kadang2 tu sampai pkl 3 pagi, barulah saya boleh tutup lampu. Bila tutup tu pun..kdng2 dia tersedar balik dari tidurnya...wallaaaahhhhh...tidurlah saya dlm terang.

Bayangkanlah betapa silaunya.....manalah boleh tidurkan. Kdng2 tu bila siang saya balas baliklah nak tidur sekejap sbb terlalu mengantuk bila berjaga malam. Lagi sekali saya di uji....Talhah tak bagi saya tutup mata....dia tak bagi mamaNya tidur. Dia kata dia takde kwn....Saya pun cakaplah, Mama tak tidur, mama cuma tutup mata jeee... Mula2 tu oklah, dpt juga melelapkan mata. Bila esok lusa dia dah tahu daaaa..Dia kata, mama bukan tutup mata/kejam jek..mama tidur sebenarnya. Dia kata kalau mama tutup mata je, mesti sekejap...ini lama...tu yg dah kantoi daaa. Dia tahu mamaNya tidur. Kadang tu sampai mata saya di korek2nya supaya buka. Dia mmng tak suka tngk mamaNya tidur. Pelik kan....

Ada satu kisah lagi, Talhah suka naik kereta masa kecik2. Kalau malam nak tidur je, mesti kena pusing/ ronda2 dulu. Bila dah tertidur tu, barulah dia dpt tidur dngn lena. Pernah satu malam tu, Talhah menangis je tengah2 malam, puas pujuk tapi takmo diam. Biasanya kalau dia tak sihat barulah dia menangis malam. Tapi kali ni lain sikit, pujuk punya pujuk takmo diam juga. Suami saya pun bawa Talhah masuk dlm kereta....ya ampuuunnnn Talhah terus diam dan tersenyum. Dia pegang stering kereta tanda suruh jalankan kereta. Sejak hari tu, dah tau..mesti satu hari kena ronda2 dulu. Kalau tak..abeslah melalak malam2.

Bila kenang2kan masa lalu mmng mencuit hati dan membuatkan kita tersenyum jek. Alhamdulillah bila Talhah dah besar, dia menjadi anak yg baik, yg mendengar kata dan banyak mengalah. Masa sekolah rendah tu, tiap balik sekolah je Talhah belikan mamaNya kuih donut atau kuih apam yg di jual kat sekolah. Saya tanya, kenapa bawa balik dan tak di makan masa rehat. Dia kata teringat mama kat rumah. Talhah tahu mama suka sangat makan kuih. Hai..anak2, gembira dan terharu di buatnya. Sampai skrng, kalau balik dari asrama, mesti dia belikan kuih utk mamaNya. Itulah Talhah dulu, kini dan akan datang. Saya cerita ni bukannya apa, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kita sebagai emak, mestilah terharu bila anak buat macam ni...walaupun ianya sekadar kuih muih yg tak seberapa harganya, tapi saya amat2 menghargainya. Dari situ dah menunjukkan betapa kasihnya dia pada kita.

Hingga kini, bila saya cerita kisah2 lama je, dia menitiskan airmatanya. Dia sedih kerana membuat mamaNya sedih dan penat,tapi itu kisah masa kecik2lah. Syukur sangat2 sbb Talhah banyak mengembirakan dan membanggakan ayah dan ibunya sekarang. Moga Talhah akan terus kekal dngn tingkahlakunya yg menyenangkan dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 19 thn (29-6)buat anak kesayangan saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagia dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Moga segala apa yg di cita2kan menjadi kenyataan dan di berkati. Pesanan mama,jagalah diri dan maruahmu walau di mana saja kamu berada. Taat perintah Allah, hormat kedua orang tuamu, hormati juga orng lebih dewasa dan hormati jua kita sesama insan....kelak dirimu selamat di dunia dan di akhirat. Aminn. Sesungguhnya mama, abah dan adik2 amat menyayangimu Mohamad Talhah.

* maaf ya, saya nak letak sekali gambar anak saya, tapi dari tak boleh nak upload...

41 comments:

  1. wah...dah besar panjang anak akan ni...tak lama lagi leh dapat menantu pulak... heeee...
    ** happy besday Talhah...

    ReplyDelete
  2. salam yatie..
    Selamat ulang tahun buat Talhah...
    ita aminkan doa mamanya... semoga setiap doa yg dipanjatkan oleh mamanya di makbulkan...
    semoga menjadi anak yg solleh.. berjaya di dunia dan di akhirat jua...

    yatie ita ingat nama anak yatie hafiz..
    dulu rasa2 mcm yatie panggil dia Hafiz.. ke... ita salah dengar.. hihi

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie! hihihi... kelakar pulak bila nanges naikkan dlm keta senyap, mcm ank sedara kita dulu2 lah ni asal melalak lalak naik keta senyap waduhhhh malam2 buta pun kena ronda2 dulu :D Rasanyer mcm baru jer wish kan besday kat talhah, ni dah kena wish lagi sekejap sgt masa berlalu skrg niii, apa pun, selamat menyambut hari kelahiran buat Mohamad Talhah bin Mohd Khata semoga menjadi insan yg berguna buat semua orang dan berjaya dunia akhirat insyaAllah aminnnn...

    ReplyDelete
  4. slmt ulang tahun..mg murah rezekinya :)
    comey kek kat bwh tu!

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir buat anak sulung kak yatie.
    besar pengorbanan.. namun sudah dibalas dengan keputusan peperiksaan yang buatkan hati ibubapa bergetar..
    tahniah talhah..
    semoga kamu menjadi anak yang soleh..
    berjaya pada mata masyarakat dan bangsa..

    buat kak yatie.. talhah like u yong brother... (sejak jumpa hari tu hehehe)..
    ingat adik beradik..

    ReplyDelete
  6. huuhuuuu.......terharu sangat, amie pun turut doakan Talhah terus menjadi anak yg soleh.... bila anak2 sudah besar rasa rindu pada zaman kanak2nya, pada karenahnya, keletahnya...anaklah racun & penawar...penyeri hidup rumahtangga, moga hidupmu bahagia selalu tie....amin.

    ReplyDelete
  7. Happy bday to yr son Yatie, smeoga jadi anak yg soleh, murah rezeki & ppanjang umur...yr son is a year older than my eldest son kiranya.. :)

    ReplyDelete
  8. happy birthday buat anak sulung kak yatie, Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 19 thn...
    wahh..dah anak teruna tu...
    semoga jadi anak yg soleh, murah rezeki, panjang umur dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa...
    mas juga aminkan doa2 akak tu...

    bila anak2 dah besar...teringan lak masa diaorang kecik kan kak...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak...
    Selamat ulangtahun buat anak akak Mohamad Talhah.. berjaya dunia akhirat... berjaya dalam apa jua bidang yg d ceburi.. juga moga sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T... Amin.

    ReplyDelete
  10. amboii seronok dengar kak yatie cerita pasal anak bujang. cerita tu mcm bbudak tu kecik lagi kan, rupanya dah besar panjang dah pun.. gitu la putaran hidup..

    buat talhah semoga sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hati ibu dan bapa dan selamat ulangtahun kelahiran yg ke 19.

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday buat anak akak, Mohd Talhah.
    Moga dia akan terus berjaya dgn cemerlang..

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir juga dari pakcik mat, moga diberkati Allah swt....

    ReplyDelete
  13. Salam Yatie, hari ni baru tahu Yatie dah ada anak remaja besar panjang. Ingat ke yg 3 org tu saja.

    Apa2 pun akak ucapkan Selamat Hrai Ulang Tahun. Panjang umur dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  14. As'salam Yatie

    Selamat ulang tahun buat anakanda tersayang Yatie Mohamad Talhah yang ke 19 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan memberi kegembiraan buat kedua ibubapa dan seluruh ahli keluarganya..aminnn

    Samalah dengan umur anak dara kak ct ni yatie. jatuh pada 29hb July nanti. jarak sebulan jer kan. Tu pun tak dapat sambut kat rumah sebab tak dapat balik dari U banyak kertas keja yang harus diselesaikan sebelum bulan puasa nanti katanya :)

    ReplyDelete
  15. Assalam kak yatie,hehe sonokbaja kisah anak akak nih,tuh la time diorang kecik cam nak marah pon ya,time besar,dah jadi kenangan yg indah utk di ingat lak kan..Btw,hepi besday utk mohd talhah,moga berjaya dunia akhirat,anak dah besar panjang,mamanya menten cun n ayu lagi..

    ReplyDelete
  16. Saya pun terharu baca kisah akk ni..perasaan ibu ni sama saja..mengharapkan yg terbaik tuk anak2 di dunia dan di akhirat. Smga Talhal menjadi anak yg soleh..Amiin..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikumwbh kak Yatie.....kejap je masa berlalu....mmmm semoga Talhah menjadi anak yg soleh mendoakan kebaikan kpd org tuanya....amen.

    MMMM mcm cepat lak nak dpt menantu yer kak;)?

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Jadi Buat Mohamad Talhah.......moga menjadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  19. Rasa macam baru semalam dapat anak yer Yatie...samalah kita... macam2 ragam anak2... bila mereka dh besar ni kdg2 rasa kehilangan pulak...

    ReplyDelete
  20. @Cheq Sue
    terima kasih Cheq Sue, bab menantu tu nanti dululah..hah3 tak puas lagi membela Talhah....

    ReplyDelete
  21. @AZLITA AZIZ
    wkmsalam, terima kasih Ita atas doa dan harapanmu....Yatie amat2 menghargainya...nama sebenarnya Mohamad Talhah Al Hafiz...sbb tu Yatie panggil Hafiz, ramai gak yg panggil Talhah...

    ReplyDelete
  22. @ijayuji
    wkmsalam, tulah Ika..bnyk kenangan masa membesarkan Talhah..walau akak di uji masa membesaarkannya, tapi alhamdulillah bila dah dewasa Talhah menjadi anak yg mendengar kata...mudah2an ianya berterusan hingga keakhirnya..Aminn.

    terima kasih atas doa dan harapanmu..

    ReplyDelete
  23. @Deliah's Deli
    terima kasih..mudah2an bertambah2 murah rezekinya...

    ReplyDelete
  24. @Citarasa Rinduan
    terima kasih Ayu atas doa dan harapanmu...alhamdulilah pengorbanan selama ini menjadi seribu kemanisan buat kami sekeluarga....mudah2an ianya terus berkekalan.

    ReplyDelete
  25. @Amie
    terima kasih Amie atas doa dan harapanmu...Yatie amat2 menghargainya..anak2 mmng penyeri hidup kita...

    ReplyDelete
  26. @Yat Maria
    terima kasih Yat atas doa dan harapanmu...Yatie amat2 mmenghargainya...

    ReplyDelete
  27. @Mas
    terima kasih Mas atas doa dan harapanmu...moga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Aminn.

    ReplyDelete
  28. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, terima kasih Diana atas doa dan harapanmu..akak amat2 menghargainya..

    ReplyDelete
  29. @izahdaut
    terima kasih Izah, tetiba rasa nak bercerita pulak kisah Talhah masa kecik2 dulu...bnyk kenangan masa membesarkannya...alhamdulillah Talhah mmng menyenangkan hati ayah dan ibunya..moga ianya berterusan..Aminn.

    ReplyDelete
  30. @Shaiful Zaidi
    terima kasih En Shaiful atas doa dan harapanmu...akak amat2 menghargainya..

    ReplyDelete
  31. @Mat Gebu
    terima kasih Mat Gebu...anak akak suka sangat bila Mat wish happy birthday kat dia tawwww..

    ReplyDelete
  32. @Nieda
    wkmsalam, terima kasih Nieda...anak akak mmng 4 orng...masa kat oberC tu bawa 3 orng je sbb Talhah nak ambil periksa SPM..alhamdulillah dia berjaya akhirnya..

    ReplyDelete
  33. @CT Delima
    wkmsalam, terima kasih atas doa dan harapanmu...Yatie amat2 menghargainya..

    ReplyDelete
  34. @Zaliedana
    wkmsalam, terima kasih Zaliedana..tulah tetiba nak cerita kisah Talhah masa kecik2 pulak..terlalu manis kenangan itu....

    ReplyDelete
  35. @mawar merah
    terima kasih atas doa dan harapanmu..akak amat2 menghargainya..

    ReplyDelete
  36. @Ayu Safieza
    wkmsalam, terima kasih atas doa dan harapanmu..menatu rasanya lambat lagi kot...ngeeeeee..

    ReplyDelete
  37. @Wanieyra
    terima kasih Ira..akak amat2 menghargainya..

    ReplyDelete
  38. @Gee®
    betullah Gee, teringat masa zaman kecik2 dulu..seronok pun ada..skrng dah besar panjang..moga kita sentiasa di rahmati..

    ReplyDelete
  39. salam kak yatie...terharu menbaca entri ni, saya ni bila bercerita bab anak2 mudah sgt menitiskan airmata, teringat anak2 saya..
    apapun..HAPPY BELATED BIRTHDAY buat anak akak ya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails