Showing posts with label Kad Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Kad Ucapan. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yg mulia ini,moga amal ibadah kita di berkati dan mendapat keredhaan rahmat dan keampunan dariNya.
Saya juga manusia biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada teman2 semua andai selama ini ada kesalahan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan. Moga kedatangan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yg lebih bersyukur atas nikmat yg di kurnikan. Ramadhan setahun sekali, rebutlah peluang yg ada dan tingkatkanlah amalan kita. Moga tibanya Syawal nanti kita tak akan sedih dngn kelalaian diri sendiri. Sama2lah kita berdoa moga di berikan kesihatan yg baik supaya dapat beramal soleh dngn sempurna di bulan yg penuh keberkatan ini. Aamiin..

Tuesday, July 17, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Suamiku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni nak ucap Selamat Hari Jadi buat suami tersayang. Sebenarnya sejak semalam lagi dah ucap pun, lebih2 lagi anak2 mmng tak putus2 ucap happy birthday pada abahnya. Lepas tu siap tanya lagi, abah nak belanja kitaorang makan kat mana arini...mcm biasalah abahnya cuma senyum je sambil jeling isterinya tanda faham2lah ya. Saya pun dah set kat kepala nak masak sesuatu yg istimewa tapi ringkas je...yg penting sedap dan ianya menu kegemaran suami. Hari ni saya masak nasi impit makan dngn rendang dan buat pulut kuning sekali tanda kesyukuran. Kalau ditanya nak beri hadiah apa pada suami tu, rasanya tak perlulah citer kat sini...BIARLAHHHHH RAHSIAAAA....he3..

Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku tersayang Mohd Khata Jabor, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Terima kasih menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, daku amat2 menghargainya. Terima kasih juga membimbing diri ini ke jln yg diredhai juga terima kasih kerana sama2 mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan permata hati kita. Akhir kata...Sayang Abang selamanya....muahhh...

Sunday, January 8, 2012

Happy Birthday Mat Gebu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat utk akak mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran 8.1.12 buat blogger terkenal Che Mat Gebu. Sebenarnya nak wat n3 khas utk Mat Gebu dari tadi, tapi hari ujan je dari pagi...line tenet pun lemau jek...bila line dah clear barulah tertunai hasrat di hati utk ucapkan Happy Birthday buat sifu masakan. Hanya sekadar ucapan selamat panjang umur buat Mat Gebu, tiada hadiah istimewa dari akak. Akak tetap mendoakan moga Che Mat di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga hidupmu sentiasa di berkati dan di rahmati Allah swt. Aminn..

Rasa bertuah mengenali Mat Gebu dan gembira di beri kesempatan utk bersua muka. Che Mat yg akak kenali mmng peramah dan sangat merendah diri orangnya. Ramai kawan2 di luar sana amat menyenangi perwatakan beliau. Moga Mat Gebu terus sukses dlm dunia maya yg penuh cabaran ini dan tidak jemu berkongsi resepi, petua maupun idea pada kita semua. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg best pada kami semua. Akhir kata Selamat Hari Lahir Istimewa Buat Mat Gebu atau nama sebenarnya Adnan Ibrahim.

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih saya ucapkan kerana tidak jemu2 singgah blog saya yg serba kekurangan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku, teman2 di alam maya, teman2 di alam nyata, teman2 di Facebook, silent reader dan teman2 lama ataupun baru. Maaf andainya selama saya berblogging ada membuat kesilapan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan....yg bertanya dan tak sempat berbalas komen harap di maafi. Di lain kesempatan insyaAllah saya akan cuba balas dan buat kunjungan balas. Kita hanyalah manusia biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Moga dngn kedatangan bulan Syawal yg mulia ini memberikan kita seribu pengertian dan keceriaan utk sama2 meraikannya bersama kaum keluarga, sanak saudara dan teman2 yg di kasihi.

Dalam keseronokkan menyambut lebaran janganlah di lupakan pada teman2 yg serba kekurangan. Sentiasalah bersederhana dlm apa juga keadaan. Berhati2 juga semasa memandu, moga kita semua selamat sampai kedestinasi yg di tuju. Awasi juga anak2 ketika seronok berhari raya, moga Aidilfitri kali ini dapat kita sama2 meraikannya dngn penuh kesyukuran. Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Buat teman2 blogger semua, sudi2kanlah ambil kad raya dari saya sebagai tanda ingatan. Sudikanlah gantung dan hias di blog masing2. Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Salam Sayang Dari Yatiememories...

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi di beri kesempatan utk menyambut ramadhan tahun ini. Masa berlalu begitu pantas dan kini Ramadhan kembali lagi buat kita semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat, moga setiap amal ibadat kita di terima Allah swt dan mendapat keberkatan dariNYA. Rebutlah peluang yg ada utk kita melipat gandakan setiap amalan di bulan yg mulia ini dan kurangkanlah segala perkara yg melalaikan....peringatan utk diri saya juga.

Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya berblogging ini ada menyinggung perasaan dngn kata2 atau perbuatan yg tidak menyenangkan. Harap di maafi, moga persahabatan yg terjalin di alam nyata atau di alam cyber ini berkekalan hendaknya. Akhir kata dari saya Selamat berpuasa dan beramal soleh.

Monday, July 18, 2011

Happy Birthday Buat Insan Tersayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat UlangTahun Kelahiran buat suami saya Mohd Khata Bin Jabor di sini. Kalau ucapan betul2 tu sejak dari semalam lagi dah ucap daaaa, cuma tak berkesempatan nak buat n3 khas buat suami saya kat sini. Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari UlangTahun ke 43 buat suami saya, moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm lindungan dan limpah rahmat Allah SWT selalu. Buat suamiku, terima kasih kerana memahami diri ini semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn.

Monday, May 9, 2011

Kad Ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Di kesempatan ini saya ingin mengantungkan kad ucapan Selamat Hari Ibu dari teman2 yg bergelar ibu. Seronok rasanya dpt kiriman bunga yg sangat cantik. Terima kasih semua, dngn berbesar hatinya saya terima. Moga persahabatan ini berkekalan hendaknya.



Dari Syimama








Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping insan2 tersayang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu saya Pn Ainon bt Kosnan dan juga ibu mertua saya Hjh Abibah bt Hj Kusuni. Moga ibu di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di beri kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm limpah rahmat Allah SWT selalu. Tidak lupa juga buat Ibu, Ummi, Mama, Mak dan pelbagai gelaran di luar sana, Selamat Hari Ibu saya ucapkan....moga kita menjadi isteri solehah dan menjadi ibu mithali buat anak2 kita. Everyday is always mother's day. Bunga kat bawah ni buat semua ibu2 dan kawan2 saya yg bergelar ibu ataupun bakal bergelar ibu yg singgah di blog Sinar Kehidupanku. Terimalah pemberian saya sebagai tanda persahabatan dan sebagai penghargaan bagi kita yg bergelar ibu. Semoga kita di beri kekuatan dan semangat yg tinggi dlm mengharungi liku2 hidup berkeluarga yg penuh cabaran ini...moga hidup sentiasa di berkati.

Saturday, January 8, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Mat Gebu


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 35 thn buat Mat Gebu. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik, berbahagia selalu di samping insan2 tersayang dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt. Sebenarnya tiada hadiah istimewa dari akak sempena hari lahirmu, hanya sekadar ucapan dan ingatan dari akak sekeluarga. Semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan dan moga suatu hari nanti pasti kita bertemu jua. Terimalah kek pemberian dari akak untuk Mat di hari lahirmu.....(sowwy...hanya kek kat gambar jek....)

Friday, December 3, 2010

Kad Ucapan Happy Birthday!!

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sebelum mengakhiri 3.12.10 saya ingin meletakkan di sini kad2 ucapan yg saya terima dari sahabat di alam cyber. Terima kasih pada kawan2 yg mengirimkan kad ucapan...ianya menjadi kenangan terindah buat diri saya sempena ulangtahun kelahiran yg ke 37 thn. Saya rasa gembira dan terharu dngn ucapan dan kiriman dari kawan2...terima kasih sekali lagi. Moga doa dan harapan kita semua di makbulkan Allah swt.

Kad Dari Mat Gebu...terima kasih Mat..
Kad Dari So Fea....terima kasih dik...
Kad Dari Ayu Citarasa Rinduan...terima kasih Ayu..

Happy Birthday To Me...Yatie...


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Bagi saya alhamdulillah...sihat walafiat. Sebenarnya hari ni saya nak ucap Selamat Hari Lahir pada diri sendiri...al maklumlah blog sendiri, jadi bebas kita nak tulis apa. Di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada ibu yg melahirkan saya 37 thn yg lalu. Terima kasih juga pada ayah yg banyak berjasa membesarkan dan membimbing saya.
Terima kasih juga pada suami yg menyayangi dan menghargai saya selama ini. Terima kasih juga pada anak2 yg menyayangi dan menghormati mama selama ini dan terima kasih juga pada saudara mara dan adik beradik yg sentiasa menceriakan hidup ini.
Tidak di lupa juga pada kawan2 semua...terima kasih kerana menceriakan hari2 ku. Walaupun kita kenal di alam cyber, tetapi ianya membuatkan saya benar2 terhibur dan ianya sungguh bermakna. Terima kasih juga pada kawan2 yg mengucapkan Happy Birthday di FB...gembira dan terharu rasanya....moga doa dan harapan kita semua di makbulkan Allah.

Harapan saya, moga di kurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan yg berkekalan serta sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Aminn...

Sunday, July 18, 2010

Happy Birthday My Love ♥




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping tugas seharian dan di samping insan2 tersayang. Hari ini 17.7 adalah hari ulangtahun suami saya, Mohd Khata bin Hj Jabor yg ke 42 thn...(berumur sikit..hi3..). Alhamdulillah masih di beri kesempatan utk menikmati hidup dan beramal soleh, semoga amal ibadat kita di terima olehnya. Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat suamiku tersayang, moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, beroleh rahmat dan kasih sayang Allah selalu, menjadi suami dan ayah mithali, membimbing dan melindungi kami...dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

=> Abang...sesungguhnya daku berbangga memilikimu...terima kasih kerana menyayangi dan menghargaiku selama ini, terima kasih kerana sama2 mendidik dan menyayangi anak2 kita dan terima kasih di atas segalanya.

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, daddy, baba dan sebagainya......semoga semuanya sentiasa di rahmati sepanjang kehidupan ini.

Selamat Hari Bapa ku ucapkan kepada ayahanda tercinta iaitu Ramlan Bin Wahid. Semoga panjang umur, sihat selalu, bahagia menjalani kehidupan seharian dan semoga sentiasa di limpahkan rezeki dan rahmatnya.
Segala pengorbananmu untuk membesarkanku dan adik beradik akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku... Jasamu tidak terbalas hingga ke hujung nyawa dan sesungguhnya daku berbangga memiliki ayah sepertimu.

Tanpa mu, diri ini tiada kan wujud di muka bumi ini....tiada kan ku dapat melihat segala apa yang berada di dunia yang penuh cabaran ini...
Terima kasih atas segala pengorbananmu kepadaku dan keluarga...jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Terima kasih juga kepada ibuku kerana memahami ayahku selama ini. Semoga mereka berdua sentiasa di rahmati.

Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan kepada ayah mertua ku iaitu Haji Jabor Bin Haji Ikhsan. Kasih sayangku terhadapmu sama seperti kasihnya daku terhadap ayahku sendiri.

Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan istimewa buat suamiku Mohd Khata Bin Haji Jabor. Terima kasih kerana menjadi ayah terbaik buat anak2ku, menjadi suami yg memahamiku dan sentiasa bersamaku di kala susah dan senang. Semoga suamiku pnjng umur, diberi kesihatan yg baik dan semoga di limpahkan rahmat buatmu. Sesungguhnya daku dan anak2 amat mengasihi dan menyayangimu. Daku bersyukur memiliki suami sepertimu.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua sihat dan ceria di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Sempena hari ibu ini (bukan hari ini saja)...saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya di Malaysia iaitu Pn Ainon bt Kosnan dan ibu mertua saya Pn Hjh Habibah bt M.Kusuni. Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati.

Bila cerita pasal ibu, hati saya cukup tersentuh mengenangkan pengorbanan yg mak lakukan selama ini. Jasa dan pengorbanan yg di lakukan memang tiada tolok bandingnya.Saya amat menyayangi dan merinduinya lebih2 lagi bila berada di perantauan ini. Kasih sayang yg di beri tiada sempadan dan tidak pernah surut. Terima kasih kepada mak kerana melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyayangiku. Terima kasih atas segalanya....

Selamat Hari Ibu juga pada semua ibu, emak, ummi, bonda, mama, mommy (dan gelaran lain..).Semoga kita menjadi isteri yg solehah dan ibu yang mithali pada anak2 kita.
** Dikesempatan ini juga saya ingin memberikan kad ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2, kawan2 dan adik2 yg berkunjung ke blog Sinar Kehidupanku. Terimalah kad ucapan ini ikhlas dari saya. Sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada....Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.....Kasih Ayah Berkorban Nyawa.

Kad Ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua ceria sentiasa tak kira walau di mana anda semua berada. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di luar sana semoga kita menjadi isteri yg solehah dan menjadi ibu yg mithali kepada anak2 kita. Terima kasih juga kepada teman2 yg mengirimkan kad2 ucapan Happy Mother's Day kepada saya.

Kad Ucapan Dari Fida/Amida

Kad Ucapan Dari Mama Syipah

Kad Ucapan Dari Kak Intan

Kad Ucapan Dari Love2Cook

Kad Ucapan Dari Ros@JMC


Kad Ucapan Dari Kak Ummi


Kad Ucapan Dari Along Roz


Kad Ucapan Dari Azatie


Kad Ucapan Dari Ayu Singapore


Kad Ucapan dari Izahdaut


Kad Ucapan dari Che Mat Gebu



Kad Ucapan dari Aziemas


Kad Ucapan Dari Kak Jun JC


Kad Ucapan dari Yati (Diary Perjalanan Hidupku)
Related Posts with Thumbnails