Thursday, March 29, 2012

Rendang Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak nasi lemak je. Biasanya nasi lemak di gandingkan dngn sambal tumis, telur rebus, hirisan timun dan lauk kegemaran. Kali ni saje je tukar selera. Saya masak rendang telur. Jangan terkejutlah ya, kalau tak cuba tak tau rasanya kan. Makan dngn nasi lemak mmng sedap betullah. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri... Jom semak resepi yg mudah ni.....


Bahan-bahan
  • 10 biji telur- direbus, buang kulit dan kelar2 sikit permukaannya
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 kpng asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • air sekiranya perlu.
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bwng merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-hiris halus dulu
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 biji cili padi padi
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan2 yg di kisar ke dlm kuali. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula melaka.
  3. Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Masukkan kerisek dan gaul rata.
  4. Setelah cukup rasa, masukkan telur yg telah di rebus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga sedikit pekat.
  5. Setelah siap, angkat dan hidangkan.

Wednesday, March 28, 2012

German Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni kita layan German Apple Cake pula...uwaaaa takyah pergi German pun dah boleh makan kek yg sedap ni. Sebenarnya beli apple nak buat projek lain, tetiba tngk resepi kek ni jadi teringin yg amat sangat nak membuat dan merasa. Lagipun cara membuatnya mudah je mcm kita buat Carrot Cake..tak payah guna mixer segala..godek2/kacau2 rata pastu bakar..siap, sejukkan dan boleh makan..mudahkan. Kalau nak guna mixer pun boleh, sekadar meratakan je. Saya guna whisk je...

Kebetulan kami sekeluarga mmng suka haruman cinnamon powder ni, jadi kek2 yg berkaitan cinnamon powder ni mmng laku punya. Pada penggemar Carrot Cake mesti suka punya kek epal German ni. Kalau nak rasa tu, cubalah...mmng berbaloi...sedap betullahhhh.
Jom kita semak resepi dari All Recipes




Ingredients
  • 2 eggs
  • 1 cup vegetable oil
  • 2 cups white sugar (Yatie guna 1 cwn gula perang, dan 1/2 cwn gula halus)
  • 2 teaspoons ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 4 cups apples - peeled, cored and diced (Yatie parut kasar je apple tu, pastu perah sikit airnya dan toskan)
Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour one 9x13 inch cake pan.
  2. In a mixing bowl; beat oil and eggs with an electric mixer until creamy. Add the sugar and vanilla and beat well.
  3. Combine the flour salt, baking soda, and ground cinnamon together in a bowl. Slowly add this mixture to the egg mixture and mix until combined. The batter will be very thick. Fold in the apples by hand using a wooden spoon. Spread batter into the prepared pan.
  4. Bake at 350 degrees F (175 degrees C) for 45 minutes or until cake tests done. Let cake cool on a wire rack. Once cake is cool serve with a dusting of confectioners' sugar or with a Cream Cheese Frosting.

Tuesday, March 27, 2012

Kuih Lapis Seri Warna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih lapis ni saya buat utk minum petang. Macam biasalah tuan rumah mmng suka kuih2 mcm ni, so layankan jelahhh. Kali ni cukup 7 warna tapi tak kena pula susunan pelanginya. Bila tengah kukus tu takkan nak cari kat tenet susunan pelangi asal..so hentam sajelah, yg penting cukup 7 warna. Boleh juga di panggil Kuih Lapis Seri Warna..boleh gitewwww..tak kisahlah, yg penting sedap. Kalau ada yg minat tu, bolehlah cuba resepi ni...alaaaa mcm buat kuih lapis yg biasa tu..cuma letaklah warna kegemaran..mudahkan. Jom semak resepinya.




Bahan-bahan
-loyang 9 inci
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning,biru, purple,oren
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Yatie blend semuanya kecuali pewarna.
  2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih serta warna yg lainnya.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Ikan Sardin Ala Rendang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni cuaca sejuk je, jadi tuan rumah malas sangat nak kedapur. Bila kemalasan melanda, menu sardinlah yg paling senang dan semestinya laku kat rumah ni. Sebenarnya malam tadi saya pergi kenduri doa selamat kat rumah atok. Bila balik dari kenduri tu, macam biasalah macam2 yg dibawakan hingga tak larat nak menghabiskannya. Bila dah malam sampai rumah, lauk2 tu saya masukkan dlm petiais. Jadi hari ni lauk kenduri jelah, lagipun mmng banyak sangat yg di bawakan. Sebagai tambahan, saya masaklah lauk sardin selaku menu baru juga utk hari ni. Anak bongsu saya tu pantang kalau mamaNya tak masak satu hari...dia takmo makan kalau bukan dari air tangan mamaNya. Memang pelik Hamka ni....dia sanggup berlapar kalau saya tak masak, kadang2 tu lauk telur goreng pun jadilah..janji mamaNya yg masak. Kalau lauk beli, lagilah jngn citer...kena paksa makan..barulah dia makan sambil cakap esok mama masak taw...jngn beli lauk lagi...he3..sabor je..

Sebagai mak, mmng tak sampai hatilah bila tak di turuti permintaan anak..lebih2 lagi bab makanan. Lagipun bukan menyusahkan pun, malahan saya rasa terhibur dngn keletahnya yg mmng suka sangat masakan mamaNya setiap hari. Syukur Alhamdulillah.
Ok, menu sardin yg sedap ni hasil intai2 kat blog Kak Ummi yg jelita tu. Kebetulan hari ni Mat Gebu dan Sunah citer pasal lauk sardin kat FB,so teruja pulak nak kongsikan resepi kat sini. Kalau lauk sardin ni mmng berselera betul. Masaklah apa2 pun mmng makan tak toleh kiri kanan punyerrrr....maunya bertambah2 nasi dan lauk. Itu pun pada peminat tegarlah..kalau yg tak suka tu..alahai no komenlah...

Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Dengar2 sok Azila dan Mat Gebu pun nak masak lauk sardin. Kita tungguuuuu...Kalau Mat Gebu yg masak, mesti menu yg KedeBooommm punyerrr..tak caya, kita tungguuuuu..
Jomlah semak resepi kat bawah ni.


LinkBahan:-
  • 1 tin besar ikan sardin (akak guna Ayam brand,Yatie pun sama) - ambil isinya saja
  • 4 sudu besar cili kering kisar (nak pedas boleh tambah kuantiti)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup * (dikisar bersama)
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 - 2 keping asam gelugor
  • 1/3 cawan santan pekat-Yatie ganti 1 sudu besar kerisek
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 - 2 helai daun kunyit (dihiris halus-halus)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana, kacau sebentar.
  2. Masukkan halia dan lengkuas yang diketuk. Masak hingga cili pecah minyak.
  3. Masukkan asam gelugor dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Kacau sesekali.
  4. Kemudian masukkan isi ikan sardin tadi dan kacau rata perlahan, jangan sampai hancur lak isi ikan tuh...
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan reneh hingga sambal nampak pekat dan kemerah-merahan. Seimbangkan rasa dan tutup api.
  7. Terus taburkan daun kunyit dan gaul rata sebentar. Hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng kelapa atau nasi impit juga..Selamat Mencuba...

Sunday, March 25, 2012

Bingka Crackers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kuih bingka crackers ni saya buat petang tadi...terasa sedap sangat bingka ni mcm bingka2 sebelum ni. Tak jauh beza dari segi rasanya, tapi kalau nak tau mcmana rasanya tu..kenalah cuba ya. Sebelum ni nampak Kak Ummi buat, masa tu tak sabar nak buat. Saya pun kisarlah biskut cracker, tapi malangnya biskut tu hancur tapi berminyak sedikit...kalau nak ayak jadi payahlah pulak. Bila kisar biskut yg pertama jadi mcm tu, saya pun tak jadilah meneruskan percubaan buat bingka ni. Dalam hati terfikir, dari tak jadi..baik takyah buat...nanti membazirlah pulak terbuang begitu je.

Semalam nampak Hana buat, sekali lagi saya jadi teruja nak membuat dan merasa kuih ni. Kali ni caranya lain dan saya tak sabar2 nak mencubanya. Hana campur sekali biskut tu dlm adunan tepung dan kisar semuanya. Saya pun ikutlah cara yg Hana dan buat dlm 1/2 adunan. Syukur alhamdulillah kuih menjadi cantik dan rasanya teramatlah sedap. Terima kasih Hana berkongsi cara yg mudah pada kami semua. Terima kasih juga pada pemilik resepi asal iaitu Kh267tm di myresipi kerana berkongsi resepi ni. Kawan2 boleh rujuk di link utk adunan asal. Saya buat 1/2 dari adunan asal dan dpt dlm 3 keping acuan bahulu pecah lapan. Kalau nak cuba tu, jom semak resepinya.....




Bahan-bahan
  • 140 gm biskut cracker (biskut lemak)
  • 85 gm tepung gandum
  • 210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
  • 3 biji telur
  • 710 ml santan @ susu cair
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
  • 1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
  • Secubit garam
  • Sedikit bijan utk tabur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
  5. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  6. Sejukkan dan potong.

Friday, March 23, 2012

Nasi Lemak Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je tapi di gemari oleh anak2. Nasi lemak hijau kali ni....dah tentulah Hamka makan paling banyak sebab ada warna kegemarannya. Sebelum ni pernah masak nasi lemak tumis kuning, kali ni buat warna hijau pulak. Resepinya sama je cuma tukar pada warna hijau je. Saya gandingkan dngn ayam masak merah, telur rebus dan timun..tu je...mudahkan. Hari ni busy sikit, so tak boleh nak citer panjang lebar.

Saya tertarik dngn nukilan dari seorang teman yg sangat saya sayangi. Kalau nak tau sape orangnya.....mehhhh ramai2 singgah ke SINI. Terima kasih teman.


Thursday, March 22, 2012

Kuih Kaswi Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan kuih yg simple tetapi sedap sangat. Rasanya kalau seminggu tak makan kuih kaswi mmng tak sah, tak lengkap hariku rasanya. Maklumlah dari dulu, kini dan selamanya mmng suka sangat kuih kaswi mcm ni. Kalau malas2 dan pening tak tau nak nak buat apa utk minum petang..kuih inilah yg paling sesuai...tapi tu selera sayalah. Kalau kawan2, buatlah ikut selera masing2 ya...buat cekodok pisang, bilis pun dah sedap.

Oklah resepi kaswi ni dah selalu sangat saya buat. Kawan2 boleh lihat di SINI dan di SINI....Kaswi Nyonya pun sedap juga...tak percaya, cubalah sendiri.


Tuesday, March 20, 2012

Carrot Apple Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali dngn menu Carrot Apple Cupcake. Sebelum ni buat versi kek, mmng sedap sangat dan kami sekeluarga mmng peminat setia carrot cake. Kali ni saje je buat versi cupcake supaya mudah nak memakannya. Anak2 paling suka bila buat versi cupcake ni sbb comel dan mudah nak mengambilnya sendiri..tak payah tunggu mamaNya potongkan, ambil kat petiais sendiri dan bolehlah menikmatinya. Resepi asal dari Naz Rinn Chan, terima kasih Rinn. Kawan2 boleh juga lihat versi Carrot Apple Cake yg saya buat sebelum ni. Jom kita semak resepinya. Kali ni saya buat 1/2 adunan dari resepi di bawah sbb nak buat cupcake. Kalau buat satu adunan takut dapat banyak sangat cupcake ni..terpulang pada kawan2 ya.




Bahan- Bahan
  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
  • 3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung/masak
  • 100gm mentega, dicairkan
  • 200gm lobak merah, diparut
  • 150gm apple hijau, diparut
  • 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak
Cara Membuat Kek
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
**Kalau buat versi cupcake, bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit api atas bawah atau sehingga masak.

CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2. Dah siap masukkan dlm petiais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

Monday, March 19, 2012

Ayam bakar Halia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini pula resepi Ayam Bakar/Panggang Halia dari Kak Liza. Sejak nampak Kak Ummi buat aritu, tak sabar nak cuba dan merasa kesedapan ayam masak mcm ni. Bila dah masak, haiiiii mmng betullah kata K.Ummi...sedap sangat. Saya mmng suka resepi yg simple tetapi rasanya sedap yg amat sangat. Ratah gitew2 je lagilah sedap.
Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg gemar bakar/memanggang ayam tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi dan tak rugi mencubanya.


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!

Sunday, March 18, 2012

Nasi Minyak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya nasi minyak dan ayam bakar halia ni gandingan dalca ayam yg saya masak semalam. Mula tu nak update sekali, tetiba line slow sangat2. Bila dah slow tu...mulalah takde mood di buatnya. Bila dah ok ni, kita sambung baliklah n3 smlm yg tertangguh. Sebelum ni pernah masak nasi minyak guna beras basmathi. Kali ni atas permintaan suami dan anak2 saya masak guna beras siam wangi. Kalau guna beras wangi ni kena agak sendirilah jumlah airnya. Kalau terlebih air, nasi jadi lembik. Saya guna air spt sukatan yg biasa saya masak. Ternyata bila guna beras siam wangi ni, lagi sedap dan nasi tetap lembut walau dah sejuk. Anak2 mmng suka sebab diaorang suka makan mcm tu je.

Terima kasih sekali pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Masa kat US dulu pernah masak spt di SINI. Masa tu kena masak sendiri kalau teringin nak makan. Bila dah kat Msia ni kerap sangat jumpa nasi minyak. Selain ada di jual di restoran, kat kenduri kahwin mmng menjadi menu wajib...dahlah sedap free pulak tu. Itu adalah salah satu sebab kenapa tak kerap masak nasi mcm ni. Bila sesekali masak sendiri ni, waduhhhh mmng sedap tak terkata. Anak2 tak renti2 memuji kesedapan nasi minyak yg mamaNya masak. Macam biasalah mamaNya kata, kalau dah sedap makanlah banyak2...he3..
Oklah jom semak resepinya, manalah tau tetiba teringin nak makan nasi minyak air tangan sendiri...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 4 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr-Yatie tambah
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 camca besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 cm halia*(*kisar halus)
  • 2 camca teh garam
  • Secubit gula
  • 1 batang kayu manis#
  • 1 kuntum bunga lawang#
  • 3 biji buah pelaga#
  • 5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
  • Sedikit pewarna kuning (kali ni saje je tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

Saturday, March 17, 2012

Dalca Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak dalca ayam,hahhhh jangan pelik pulak ya. Biasanya mmng orang masak dalca daging je, kali ni saja je masak macam ni sbb nak gayakan dngn nasi minyak dan ayam bakar halia. Alang2 dah bakar ayam, buatlah sekali dalca ayam supaya lauk tu berkuah sikit. Lagipun anak2 mmng suka sangat dalca ayam atau dalca daging yg mamaNya masak. Puas makan sayur2 yg ada kat dalca tu. Paling suka sekali Hamka lah...dia makan macam tu je. Seronok sangat lihat anak2 mmng suka makan sayur2an. Takdelah membazir sayur2 tu di tolak tepi.

Resepi asal di beri nama Dalca Ayam Ala Johor oleh Mat Gebu. Saya tak letak pisang muda, jadi tak bolehlah di beri nama dalca ala Johor ya. Jangan marah Che Mat. Kalau stok pisang muda ada kat rumah akak, sudah pasti akak letak sama. Lagipun mmng kegemaran akak pisang muda tu. Kalau makan mmng tak ingat orng kat sebelah...he3..BTW terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
  • 10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
  • 5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam-Yatie tak letak
  • 1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
  • 2 biji cili merah, belah dua
  • 2 biji cili hijau, belah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

Friday, March 16, 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek yg sangat sedap ni pun saya buat masa birthday mak tempohari. Selain Red Velvet Marble Cheese Brownies, Devil's Food Chocolate Cake inilah yang saya buat utk menu tambahan selain kek yg dibeli oleh kakak saya. Sebelum ni buat kek biasa2 je. Kali ni nak rasakan mak kek yg ada cream cheese pula. Tak sangka mak suka kek mcm ni. Terima kasih pada Ayu yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni.....juga pada tuan punya resepi asal. Sebelum ni K.Nor juga dah pernah buat kek ni, mmng sedap kataanya. Menurutk K.Nor kek ni kecik je, so saya buat 2 adunan terus dan guna loyang 9x9 seperti yg di sarankan. Manakala utk bahan cream cheese frosting tu saya buat 1/2 adunan begitu juga dngn coklat ganachenya..sedang2 elok je.

Baru2 ni pun Kak Anim ada buat kek yg sedap ni, mmng betul kata anak K.Nim seakan2 rasa marshmallow masa baru potong. Bila dah lama sikit keluar dari petiais, barulah rasa kek coklat yg sungguh sedap coz di gabungkan dngn rasa cream cheese dan coklat ganache tu...mmng sedap betullah. Masa nak potong mmng susah sikit sbb coklatnya terikut sama....tapi jngn bimbang..mmng mcm inilah kejadiannya...makan guna sudu lagi best. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, di sarankan cubalah..mmng berbaloi dan semestinya nak buat lagi dan lagi...


Nampak mcm kek ni padat, sebenarnya tidak. Masa ni baru keluar dari petiais, tu yg bila dipotong nmpk padat...bila di biarkan lama sikit kek akan menjadi lembut spt biasa. Lagi pun mmng senang di potong bila keluar dari petiais ni.

Bahan-Bahan (Yatie guna loyang 9x9 utk resepi di bawah)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanili ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam
Kaedah:-
  1. Set oven 170C. Siapkan tin kek anda. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  2. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  4. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  5. Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
Caranya
  1. pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus
  • sedikit garam
Caranya.
  1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
  2. From:-cupcakeschek.blogspot.com

Thursday, March 15, 2012

Talam Berlauk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Talam Berlauk ini juga antara menu yg saya buat utk jamuan hari lahir mak tempohari. Semuanya suka dan saya buat 2 adunan sekali. Sebelum ni mmng dah selalu buat, suami dan anak2 mmng suka sangat. Lagipun bila makan talam berlauk ni dah cukup kenyang, takyah makan nasi pun takpe. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan (loyang 8 inci)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan(Yatie guna 1 kotak santan 200ml dan selebihnya tambah air)
  • 1 s/k garam
  • 1 biji telur
Cara.
  1. Kacau semua bahan dan tapiskan.
  2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
  5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
  6. Potong dan hidangkan.
Bahan Inti dan hiasan
  • 200 gm daging/ayam kisar
  • 2 biji kentang (potong dadu kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bwng putih-Yatie tambah
  • 1 paket rempah kari ayam/daging-Yatie letak 3 sudu besar
  • 2 biji cili merah ( buangkan bijinya dan cincang)
  • 1/2 btng carrot parut
  • Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
  • 2 s/b minyak
  • garam dan sedikit gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bwng putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan sedikit inti supaya cantik bila di taburkan diatas permukaan kuih tadi.

Cara yg Yatie buat.

** Yatie kukus kuih dlm 20 minit, lepastu taburkan inti diatas permukaan kuih.Jika terdapat air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air tu dulu/guna tisu dapur utk mengeringkannya. Selepas itu cakar2kan sedikit permukaan dan taburkan intinya. Kukus lagi selama 10 minit supaya inti dan lapisan kuih melekat sedikit. Masa inilah baru Yatie taburkan carrot yg di parut, daun sup dan cili merah yg di cincang. Setelah tu Yatie tambah lagi 5 minit masa mengukus dngn tutup pengukus terbuka. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih talam berlauk tadi. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Potong guna pisau plastik.Selamat Mencuba.

Apam Polkadot Lagi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Apam Polkadot ini juga antara kuih muih yg saya buat untuk jamuan semalam. Sebenarnya dah banyak kali buat guna resepi di SINI. Kali ni nak cepat dan main tangkap muat je ambil gambar, so layan jelah gambar yg tak seberapa ni.


Wednesday, March 14, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni terasa letih betul sbb mlm tadi saya pulang ke kampung, tengahari tadi pula balik ke rumah semula. Biasanya kami sekeluarga bermalam 2 hari di kmpng, tapi di sebabkan tugas suami..kami terpaksa pulang segera. Kebetulan semalam adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya, jadi mmng sesuai sangatlah kami sekeluarga pulang dan sama2 meraikannya. Sebenarnya takdelah sambutan istimewa..sekadar adik beradik semua dpt berkumpul bersama, membuatkan ayah dan mak cukup gembira.

Di kesempatan ini juga saya ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mak tersayang Pn Ainon bte Kosnan moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan semoga hidupnya sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Aminn.

Kami adik beradik spontan je masak ikut kelapangan masing2. Kebetulan adik beradik yg lain duduk dekat dngn rumah mak, dapatlah diaorang dtng cepat. Saya sempat juga menyediakan bingka kentang kegemaran ayah dan mak, apam polkadot kegemaran adik2 dan anak saudara, Devil's Food Chocolate Cake, Red Velvet Marble Brownies dan juga Talam Berlauk. Walaupun adik dah beli kek istimewa utk mak, tapi saya tetap nak rasakan keluarga saya dgn kek hasil air tangan sendiri. Macam biasalah, tak pandai mendeco, jadi buat kek yg mudah dan sedap dimakan. Rasa seronok bila dapat jamu kaum keluarga sendiri dan menikmatinya dgn penuh selera.

Di sini saya kongsikan bersama salah satu resepi kek yg saya buat semalam. Memang sedap dan tak rugi mencubanya. Ramai kawan2 dah mencubanya. Rasanya Izah, Kak Anim pun dah pernah buat, yg terbaru Kak Ummi. Terima kasih pada Maz kerana berkongsi resepi. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-Cara:-

  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Monday, March 12, 2012

Kek Chiffon Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kek chiffon perisa keladi pula. Sebenarnya cuti sekolah ni layan jelah permintaan anak2 nak makan apa. Macam biasalah, anak2 mesti nak makan kek. Saya ni kalau buat kek simple mimple tu bolehlah, tapi kalau yg canggih2 tu mmng tak berapa mahir. Kali ni buat kek chiffon je. Macam biasalah, bila makan tu sedap bebenor rasanya. Maklumlah dah lama tak makan kek buatan sendiri. Bila cuti sklh ni adalah masa terluang sikit, jadi dapatlah makan kek...he3.

Resepi ni pun mudah je sebenarnya. Saya guna resepi Chiffon Pandan dan Strawberry Chiffon Cake yg saya buat sebelum ni...cuma tukar perisa je. Pada kawan2 yg masih tercari2 nak wat kek yg mudah tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.





Bahan-bahan (Yatie guna loyang berlubang 22cm)

Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan minyak Mazola
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perisa keladi
  • sedikit pewarna purple
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
  2. Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
  9. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Sunday, March 11, 2012

Tepung Pelita

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu. Cuti persekolahan ni tak kemana2 ke?
Bagi saya macam biasalah, paling jauh pun balik kampung je, lagipun anak2 yg cuti sekolah..suami bertugas seperti biasa. Kalau nak jln2 makan angin pun tunggu sabtu dan ahad je. Tapi tak kisahlah anak2 pun dah faham dan tak paksa utk jln2 sangat. Diaorang pun lebih selesa duduk di rumah berehat sambil bantu mamaNya kat rumah. Kalau dah start sklh mmng tak cukup masa rasanya, jadi masa nilah di habiskan bersama keluarga tersayang.
Pada kawan2 yg bercuti makan angin tu, selamat bercutilah ya. Moga masa percutian ni di manfaatkan dngn sebaiknya.

Ok, semalam saya buat tepung pelita utk juadah minum petang. Lama tak buat rasanya. Buatnya mudah je, anak2lah paling seronok...diaorang ingatkan saya buat dadih lagi sbb saya guna bekas plastik mcm dadih, jadi disangkanya dadih. Saya suka guna bekas mcm ni sbb ianya bertutup dan senang nak simpan dlm peti ais. Kalau nak makan, ambil je dan terus nikmatinya. Sebelum ni pernah buat diSINI, dan rasanya ramai kawan2 dah pernah buat guna resepi Yani ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini sekali lagi ya. Pada kawan2 yg belum pernah mencuba tu, bolehlah mencubanya...mudah dan sedap.



Bahan A
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dikisar
  • pewarna hijau atau esen pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
Cara-cara
  1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Bahan B
  • 4 sudu besar tepung beras(rata)
  • 4 cawan santan
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  4. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.

Thursday, March 8, 2012

Talam Suji Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kuih talam suji pandan pula. Sebelum ni guna gula melaka/gula merah utk lapisan atasnya. Kali ni saya buat perisa pandan pula, mmng harum je bau pandan tu dan sememangnya sedap. Kalau kawan2 nak lihat talam suji guna gula merah tu, bolehlah lihat diSINI. Ini pun resepi dari Chef Asma dan saya olah sedikit pada perisa pandan dan tukar pada sukatan cawan metrik supaya mudah buat rujukan di masa akan datang. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah mencubanya.





BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH


Bahan (A)
  • 1 1/2 cwn tepung suji @ semolina
  • 450ml air
Bahan (B)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 200ml santan pekat
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit, rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.
  5. Tuang adunan dan ratakan permukaannya. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air (air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan tapiskan)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 tsp garam
  • pewarna hijau
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati. Kalau nak mudah blend je semuanya.
  2. Masukkan kedlm periuk bersih dan masak sebentar.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan whisk, hendaklah sentiasa di kacau ya supaya tak berketul2.... jangan pekat dan jangan cair sangat.
  4. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaan lapisan suji tadi, kalau ada lapkan sedikit, pastu cakar2 sikit guna garpu. Setelah itu barulah tuang adunan pandan dan kukus selama 30 minit.
  5. Setelah kuih masak, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik supaya cantik potongannya.

Wednesday, March 7, 2012

Sambal Ikan Lada Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni pening kepala tak tau nak masak apa dngn ikan cencaru ni. Biasanya saya goreng dan bakar je. Rasa jemu pulak asyik masak mcm tu. Kali ni cubalah resepi ringkas tapi sedap hingga menjilat jari. Terima kasih Ayu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Sebenarnya boleh guna ikan kegemaran kawan2 ya, tapi kali ni bila cencaru masak mcm ni mmng sedap betullah. Kalau tak percaya..cubalah sendiri...jom kita semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 5 keping ikan pari (saya guna ikan cencaru)
  • 3 camca besar pati santan-Yatie lebihkan sikit sbb nak berkuah
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili hijau*
  • 8 - 10 biji cili padi*
  • Segenggam ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan*
  • 1 cm belacan*(*kisar halus)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bila ikan cencaru dah sejuk, Yatie buang kulit kerasnya tu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan asam gelugor (kalau guna). Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika guna), gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

Tuesday, March 6, 2012

Garlic Finger Bun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak menu ringkas je sup ayam sbb anak saya Hamka tak berapa sihat. Jadi saya masakan menu kegemarannya sup ayam. Nampaknya Hamka tetap selera makan, maklumlah kalau sup dan tomyam mmng kegemarannya. Sebenarnya roti kat bawah ni saya buat sabtu lepas. Saya suka guna resepi ni sebab ianya ringkas dan mudah, dan semestinya lembut je roti ni walau tak guna telur dan bahan penaik. Makan gitew je pun sedap sbb bau bwng putihnya yg harum tu memikat selera betul. Kali ni saya makan bersama Mushroom Soup kegemaran anak2 juga. Kalau buat sendiri ni mmng puashati dan puas makan. Kita boleh letak ayam dan cendawan lebih.

Pada yg tak pernah buat tu bolehlah mencubanya, mmng berbaloi. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Kawan2 boleh lihat di SINI. Nama resepi asal adalah Garlic Rolls dan saya buat versi nak cepat masak dan cepat makan..he3...buat panjang2 je, tapi pekena dngn mushroom soup panas2 mmng best betul. Kalau tak caya...anda cubalah sendiri.





Bahan2 Utk Garlic Rolls/ Garlic Finger Bun
  • 3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~
Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
  4. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
  5. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  7. Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
  11. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  12. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  13. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
  14. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
  15. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan
  • Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan.

Sunday, March 4, 2012

Dadih Sedap Coffeemate

Assalamualaikum dan Selamat berhari minggu. Petang ni tak kemana2 ke? Kami sekeluarga dok rumah je, maklumlah minggu depan anak2 menghadapi ujian/peperiksaan, jadi masa nilah utk mengulangkaji pelajaran. Lagipun kesihatan tak mengizinkan, tu yg dok berehat di rumah je petang minggu ni.

Lepas masak tadi, saya sempatlah buat dadih kegemaran anak2. Dah lama diaorang suruh buat dadih ni, tapi asyik tertangguh je. Hari ni merajinkan diri buat dadih kegemaran anak2. Baru siap je Hamka dah kira dapat berapa. Dia kira siapa yg makan. Kalau kurang dia marah...adoyaiiii sekali lagi Hamka buat perangai. Mula2 tu dia dah bagi rasa sorang satu..lepastu dia asyik buka esbok je kira berapa yg kurang....kesian kakak2nya, nak makan pun takut di buatnya...

Saya pun pujuk Hamka, janganlah mcm tu, makan je sama2..kalau habis nanti mama buat lagi...mama buat banyak2. Hamka fikir dua tiga kali gak tu nak katakan iyeeee. Lama2 dia pun ok, dapatlah kakak2nya menikmati dadih yg sungguh sedap ni. Hamka ni mmng suka dadih. Kalau kat sekolah tu hampir setiap hari dia beli. Sebelum ni saya pernah buat, dah lama tak buat...bila buat ni, tu yg anak2 teruja sangat tu. Hari ni pun Hamka dah ckp, esok takmo beli lagi dadih kat sekolah...Hamka nak simpan duit tu dan beli je dadih kat mama...hah3..lawaklah Hamka ni. Kalau dngn mama, makanlah banyak mana pun...mama bagi free je nakkkk...makanlah sampai puas.

Oklah kawan2, meh kita semak resepi dadih yg sedap ni. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terpulanglah pada selera masing2 ya nak letak perisa apa.



Bahan-bahan ( 20 cup kecil )

  • 10gm agar2 serbuk
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3 liter air (dlm 12 cwn)
  • 200 gm Coffemate Creamer
  • 1 tin susu sejat/ cair
  • Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

Cara-cara

  1. Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  5. Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  7. Siap dan bolehlah di makan....fuhhhh nyaman je lalu kat tekak ni. Selamat Mencuba.

Friday, March 2, 2012

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap kawan2 semua sihat dan ceria2 selalu. Sejak dua tiga hari ni mmng saya tak berapa sihat. Mulanya jaga Hamka yg demam, batuk dan selsema...4 hari tak sekolah sbb tak sihat. Bila dah sihat berjangkitlah pulak kat mamaNya. Adoyaiiii pening kepala berdenyut2, hidung sumbat dan tekak perit sangat. Masa ni barulah menghargai kesihatan yg Allah beri selama ini. Bila tak sihat ni kita terasa nikmat tu di tarik sedikit. BTW penyakit itu adalah penghapus dosa. Moga pas ni saya beransur sihat dan dpt menjalankan tugas seharian spt biasa.

Ok, kali ni nak kongsi resepi asam pedas ikan sembilang yg sangat sedap. Sebelum ni saya mmng tak pandai nak makan ikan ni sbb kulitnya yg hitam dan licin mcm ikan keli tu. Masa anak dara dulu, puas mak pujuk suruh makan, mmng saya tak makan punya..sian mak dah masakkan saya tak makan..sbbnya geli kulitnya yg hitam tu..klakor jek. Bila dah berumur ni, selera pulak makan ikan mcm ni. Masa ni baru tau nikmat dan sedapnya ikan2 mcm ni. Anak2 pun saya suruh makan dan jngn terlalu memilih...apa yg mama masak mestilah makan. Alhamdulillah anak2 tak kisah, yg penting dari air tangan ibunya sendiri..pasti berselera. Lagi2 Hamka, lauk beli mmng takmo...kalau beli siap suruh mamaNya goreng telur pun jadilah, janji mama masak sendiri. Adoyaii Hamka...Hamka....Kalau bercuti 3-4 hari tu, siaplah dia membebel....asyik beli je..balik nnti mama masak tawww...masak utk 3-4 hari yg bercuti tu....tak terjawab kita di buatnya...

Hari ni saya masak asam pedas, kiranya lauk kegemaran saya...tapi bila tak sihat ni, takdelah makan bertambah2 mcm biasa. Makan ala kadar je buat alas perut. Resepi ni mcm resepi sblm ni..ringkas dan sememangnya sedap. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan sembilang sederhana besar
  • 2 biji tomato-belah 4
  • 1 cekak daun kesom
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan sembilang di siang, potong ikut suka, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan sembilang dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Tambah tomato dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Related Posts with Thumbnails