Saturday, February 5, 2011

Strawberry Chiffon Cake

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah kek chiffon strawberry yg saya buat utk di bawa pulang kekampung tempohari. Syukur alhamdulillah semuanya suka dngn perisa strawberry ni. Kek chiffon ni mmng menjadi kegemaran kami sekeluarga, tak kiralah perisa apa...asalkan kek chiffon...mmng laku punya. Resepi asal adalah dari kek chiffon pandan yg selalu saya buat, cuma saya tukarkan pada perisa strawberry je...mmng mudah dan sedap.





Bahan-bahan
Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak Mazola
  • 2/3 cawan susu cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu besar strawberry emulco
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.
  2. Masukkan strawberry emulco, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

14 comments:

  1. yatie,ni la 1 lg kek yg sy blm brani nak cuba..tp klu mkn mmg berani..nak2 yg sweet looking cam ni :))

    ReplyDelete
  2. yatie..memang nampak gebu...nanti esok esok boleh cuba..

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie...waah kek cipon...suka, suka...tp jarang dpt buat...hee, ni Yatie guna loyang berapa inci/cm nih? Terasa pulak nk buat...hehe

    ReplyDelete
  4. selalu terlioq biler baca entry masakan k.yatie...oishii sou :))

    ReplyDelete
  5. kak yatie,
    gebu nyaa...berbaloi buat...

    ReplyDelete
  6. Keli Oh Keli,
    boleh je..ada lagi ni...hehehehe...

    Deliah's Deli,
    mmng sedap kek chiffon ni..mudah je membuatnya...cubalah, pasti menjadi punya..

    Nazrah,
    Mmng gebu dan lembut kek chiffon ni...cubalah..

    ReplyDelete
  7. Kak Ummi,
    wkmsalam, akak suka gak ya kek chiffon ni..Yatie guna loyang berlubang 9 inci, sedang elok je naiknya..

    Lady Ayu,
    mekaceh ya singgah..sowwy buat Ayu terlioq...hehehe..

    Norgee,
    Mmng gebu dan sedap kek chiffon ni..cubalah buat kalau teringin..

    ReplyDelete
  8. Kak Yatie.....rinduuuuuuuuuuuuuu kat kak...Maaf Ayu busy and xdan tinggal jejak....nak terliur sejak nengok sticky kepak ayam tu...dah tu ari ni kek lak.....hu3.....:) ada baki2 lagi ke kak?

    ReplyDelete
  9. Assalam kak, dh blk bercuti ke?..hehe wah terasa lapar lak nengok kak chiffon akak mlm2 ni...nk minta dh abis lak..haha nk blk tido la..:)

    ReplyDelete
  10. arrgghh..gebunya kek cipon akak....
    geramm mas tengok...
    nak sikitt..

    ReplyDelete
  11. salam atie...jln2 blog atie smbil menjamu mata...jamu rasa tak dapat..hehehhehe ...lepas nie bolehlah saya nak cuba,,,,,

    ReplyDelete
  12. SEdapnya...nanti nak cuba buatlaa..resepi pun mudah saja..

    ReplyDelete
  13. Gebu & sedap,confirm,
    tengok dah tau..., tapi sedap lg lagu background tu, sapa lh penyanyi nya ye....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails