Wednesday, October 5, 2011

Talam Suji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama rasanya saya tak menalam. Sejak bulan puasa aritu, mmng tak sempat je nak buat kuih2 talam kegemaran saya. Maklumlah puasa, bila puasa kuih2 mcm ni cuma makan sikit je..pastu esok pagi dah takde orng makan. Kalau hari2 biasa boleh juga di buat sarapan pagi kalau tak habis malam tu. Kuih talam suji kali ni mmng sedap dan menepati citarasa saya. Resepi kali ni saya C&P dari Bdaria dan menurutnya resepi ni adalah dari chef terkenal Chef Asma. Kalau resepi sebenar dari Chef Asma ni mmng best punya. Kebanyakkannya menjadi dan sedap. Sebelum ni ada juga buat talam suji ni, tapi tak guna telur utk lapisan bawah. Manakala kuih talam suji Chef Asma ni menggunakan telur utk lapisan bawahnya,itu yg buat saya teruja nak mencuba resepinya kali ni. Ternyata memang kuih ni bertambah lemak dan sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
  • 180gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air
Bahan (B)
  • 220gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan (saya guna santan kotak M & S)
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
  • 300gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan (B)
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250ml santan (saya guna santan kotal M & S)
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
  3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
  4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

27 comments:

  1. wah..nmpk sedap. kena suh maka saya buatkan.

    My Latest Entry: The Greatest Love Story Earth Ever Had.

    ReplyDelete
  2. assalam kak yatie,sedapnya kak.... kuih talam suji ni memang my fav...dulu masa dok ikut hubby masa posting kat bangladesh selalu la buat kuih talam ni sebab kat sana byk jual tepung suji ni..lama dah tak buat ni terliurla pulak..:)

    ReplyDelete
  3. dah lama akak teringin nak buat talam suji tapi tak buat2 jugak..entah berapa kali dah keluar masuk tepung suji tu dr kabinet..minta sepotong yatie nak rasa..:)))

    ReplyDelete
  4. Salam kak yati...saya salah sorang silent reader kak...ingin bertanya soalan ni dah lama...apa jenis plastik yang akak guna utk melapik loyang....

    sekian..thanks..
    Raina

    ReplyDelete
  5. memang teringin nak buat dan nak rasa..tapi tak sempat2 lagi..tepung suji lama dah beli...

    ReplyDelete
  6. Saya dah 2x jugak buat kuih ni kak n ikut resepi ni jugak.. Mmg best!! Sekali tu sya ltak coklat kt lapisan atas tu. Mmg best!

    ReplyDelete
  7. assalam yatie..acik suka sangat makan kuih ni..tapi tak tau nama pun..memang selalu beli je..

    ReplyDelete
  8. salam yatie..atie dah pernah buat talam suji nie..tgk kat umah yatie ni...tingin lak nk mkn.nak cari tepung suji dulu:D

    ReplyDelete
  9. cantikk talam suji tu kak...
    nampak pun sangat sedap la...

    ReplyDelete
  10. fuiyoo yatie..daapnyer kuih talam suji nih tp akak ni bab ngukus mmg malas tull..bak 2 potong yatie punyer..hehe!!

    ReplyDelete
  11. As salam yatie...sebelum saya sibuk gedik nk berblog dulu, selalu sgt saya usha blog yatie ni...esp talam keladi selalu saya buat...yummylious...billion tq..talam suji plak dah...adoi...menggegar jiwa sungguh....mokcik memang terpana dh ni...tq again...:)

    ReplyDelete
  12. @Ekmi Rabat
    tq sudi singgah blog akak, mmng sedap kuih ni..cubalah..

    ReplyDelete
  13. @Nieza
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni Nieza...kalau teringin tu..bolehlah cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  14. @anymz
    kalau dekat Yatie dah beri akak setengah loyang..mmng sedap kak kuih ni..cubalah buat, berbaloi...

    ReplyDelete
  15. @Anonymous
    wkmsalam Raina,
    akak guna plastik biasa je..plastik tu akak gunting ikut ukuran keliling loyang...pastu sapu minyak di kelilingnya..

    ReplyDelete
  16. @Nazrah
    kalau teringin tu, bolehlah buat Naz...mmng sedap kuih ni...

    ReplyDelete
  17. @izahdaut
    sblm ni akak buat tak letak telur utk lapisan bawah tu..kali ni cuba resepi ni...ternyata lagi lemak dan sedaplah..

    ReplyDelete
  18. @Acik Erna
    Yatie kalau malas buat pun Yatie beli je...tapi bila buat sendiri lagi puashatilah kak..sedap..

    ReplyDelete
  19. @♥♥azatiesayang ♥♥
    Yatie pun dah lama tak buat talam suji ni, bila buat terasa sedaplah pulak...makan takmo henti..kejap2 ulang2 je..hehehehe...

    ReplyDelete
  20. @Mas
    mmng sedap Mas kuih ni...cubalah kalau teringin tuuu..

    ReplyDelete
  21. @inahar ali
    kalau bab puan DR ni, Yatie nak bagi seloyanglah..nak tak..hehehehe..sedap tawww kuih ni..

    ReplyDelete
  22. @Chah
    tq Chah sudi singgah blog dan mencuba resepi Yatie...kuih talam suji ni pun sedap sangat, kalau teringin tu..bolehlah mencubanya..

    ReplyDelete
  23. salam cik/puan, sy ad cuba buat tp lembikla...x leh nk angkat pun... knape ye?

    ReplyDelete
  24. askum cik.di manakah sy boleh dapatkan tepung suji?

    ReplyDelete
  25. kak yatie.. trgoda saya mlihat kuih talam sugi akk nie... arinie saya nk try buat...tmpohari try buat nagasari cendol akk tu... sngt sdap... x rugi sya mncuba

    ReplyDelete
  26. Assalam kak yati nak tanya ..adunan tepung suji yg da di perap x payah tapis ke??mekaseh kak yati.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails