Wednesday, March 9, 2011

Ayam Masak Merah

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak lauk kegemaran kami sekeluarga. Ayam masak merah ni mmng sesuai sangat di makan bersama nasi putih hangat dan nasi kegemaran. Resepi ni mudah je...sesiapa yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan.

  • 1 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • 1 sk garam(utk goreng ayam)
  • 1 cwn sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kerisek
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 btng serai
  • 1 inci lengkuas
Bahan Tumis
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 bji cengkih
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • 1 ulas bwng putih (hiris)
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk mengoreng ayam dan menumis
  • Daun sup sebagai hiasan.
Cara-cara.
  1. Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
  2. Blend bawang besar, bwng merah, bawang putih,halia,cili kisar,serai dan lengkuas.
  3. Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
  4. Tumis bawang besar yg di hiris bersama2 dngn kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih.
  5. Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air(agak2 je).
  7. Masukkan garam, gula dan kerisik.Gaul hingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
  9. Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
  10. Taburkan daun sup sebagai hiasan.

12 comments:

  1. salam ziarah..
    mintak izin ambik menu buat sumanje petang nanti

    ReplyDelete
  2. kak yatie..hulur la ayam masak merah tu sepinggan..he..he..
    nak buat lunch nanti..
    nampak sedapp sangat tu..he..he..

    ReplyDelete
  3. wow sedapnya..lauk favourite ni..d.ah terliur tgk u masak....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. kak yatie.. lauk faveret nih. time belajar dulu tiap2 hari beli lauk ni je kat cafe. hihi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumwbh kak Yatie....mmm yum yum yum....wangi bau sampai sini......

    ReplyDelete
  6. nasi beriani sepinggan kak..baru best nyum nyum ngan ayam neh..hehe

    ReplyDelete
  7. yatie masak lauk ni terus ita teringat kat anak ita yg berdua tu...

    amirul mmg suka benar lauk ayam masak merah...

    ReplyDelete
  8. salam kak...aduhai banyak menu tertinggal nih... lately nih tak sempat nak singgah semua blog kengkawan... mana yang sempat jerk... ayam ader lg tak kak?? nak tapau nih.....

    ReplyDelete
  9. Fav. anak bujang kak cek ni...boleh berulang2 makannya....emmmm...nampak sedapla Yatie.. :-)

    ReplyDelete
  10. assalam kak, ni memang my fav ni...kalau kena ngan nasi tomato memang mantop...hehe

    ReplyDelete
  11. ermm...yummy...:)
    anakanda memang gemar sgt2 masak ayam merah camni...;)

    ReplyDelete
  12. as salam kak yatie..memang menu feveret kat umah eina gak ni kak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails