Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa. Moga kita semua di berikan kesihatan yg baik dan berpanjangan supaya dapat berpuasa dan beramal soleh. Moga tiap amal ibadah kita mendapat keberkatan dan rahmatNya. Aamiin.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada editor majalah AROMA,
Siti Dimiati Awe yg sudi melamar saya bagi menjayakan penghasilan buku khas
Kuih Muih Inspirasi Blogger dan Agar2 & Puding Inspirasi Blogger. Syukur Alhamdulillah diberi kepercayaan utk menyumbangkan beberapa resepi bagi di kongsikan bersama. Dengan terhasilnya majalah edisi khas ini dapatlah kiranya teman2 di luar sana yg tidak dpt melayari internet memiliki majalah ini dan mencuba pelbagai resepi.
Pada 15 jun 2012 saya mendapat emel dari Siti Dimiati yg melamar utk saya menyumbangkan resepi di majalah. Alangkah terkejut dan terharu saat itu. Dalam hati dok terfikir, layak ke saya ni. Lagipun gambar2 kat blog tu sekadar biasa2 je. Rasa mcm tak percaya je, sehinggalah pada 18 jun Siti Dimiti selaku editor majalah Aroma menalipon saya sendiri utk kepastian samada saya setuju ataupun tidak.
Setelah difikirkan semula, saya pun bersetuju dan menyediakan bahan2 yg diminta.Bila dah selesai semuanya hanya menanti dngn penuh debar hasil buat pertama kalinya. Memang tak disangka tarikh 1 Ramadhan bersamaan 21 julai saya mendapat majalah edisi khas ni. Kebetulan hari yg sama juga saya pulang ke kampung utk berpuasa dan berbuka bersama ayah dan bonda di kampung. Alhamdulillah restu keluarga kini saya berjaya hingga ke tahap ini...secara tak langsung dapatlah beri majalah ni sebagai buah tangan buat ayahanda dan bonda...seronoknya saat itu, kegembiraan dpt dikongsikan bersama keluarga tercinta.
Saya difahamkan resepi2 ini akan dikongsikan di sebuah majalah khas. Tak sangka pulak ianya menjadi satu buku resepi istimewa dari blogger masakan. Di sini janganlah ada yg salah faham tentang kewujudan majalah ini ya. Saya anggap ini sebagai rezeki yg tidak di sangka2. Sebelum ni tak pernah terfikir pun saya akan berada dimajalah. Kini saya sudah pun berada di majalah dan ianya membuatkan saya semakin bersemangat utk mencipta pelbagai resepi lagi utk dikongsikan bersama. Moga dngn perkongsian ilmu yg sedikit ini mendapat keberkatan darinya.
Tahniah pada
Kak Wan, Che CT, Reen Khan dan Nik Zamzurina juga. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg turut sama menyumbangkan resepi di blog dan membuat saya ingin mencuba dan hasilnya di kongsikan di blog selain dari resepi sendiri. Hasilnya menjadi tarikan pada pihak majalah hingga tercetusnya idea utk menerbitkan majalah khas Inspirasi Blogger ini. Pada yg berminat bolehlah dapatkannya di kedai2 majalah/buku. Bagi yg tinggal di Johor, boleh juga menghubungi saya utk mendapatkan majalah ini dngn harga yg berpatutan. Akhir kata terima kasih buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Anda semua adalah pemangkin semangat saya utk terus berblog dan menyumbangkan sesuatu. Terima kasih sekali lagi.
Kuih Muih Inspirasi Blogger
Agar2 & Puding Inspirasi Blogger