Wednesday, March 26, 2014

Serimuka Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ni menu berasaskan pulut hitam lagi. Kebetulan semalam saya buat bubur pulut hitam, jadi saya rebuslah lebih semata2 nak cuba buat kuih ni. Maklumlah nak rebus pulut hitam ni bukannya sekejap, memakan masa yg lama juga. Jadi takmo membazir gas dan masa, saya rebuslah pulut hitam ni lebih. Bila dah empuk tu, saya asingkan dlm 1 cawan utk buat serimuka batik ni. Sebelum ni pernah makan kuih ni, tapi beli je. Dalam hati teringin sngt nak buat, tapi tulahhhhh....bercinta betul nak rebus pulut hitam ni.

Sebelum ni nampak Ayu Singapore buat kuih ni, saya pun tak sabar nak mencuba. Alang2 dah ada pulut hitam yg di rebus, saya pun buatlah utk minum petang. Alhamdulillah sedap kuih ni. Resepi asal menggunakan resepi serimuka pandan Chef Asma, cuma kita tambahkan pulut hitam je. Pastikan pulut hitam tu betul2 empuk ya, baru campurkan bersama pulut putih yg telah di kukus. Sebelum tu toskan air pulut hitam, lalukan kat air paip dan tapiskan supaya bila di campur pulut putih ianya jadi cantik spt kata Ayu. Kalau terus masukkan takut tak nampak perbezaan pulut tu....tak jadilah corak batik tu. Terima kasih Ayu berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

Tuesday, March 25, 2014

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai setelah 5 hari bercuti di Kelantan. Jauh sungguh perjalanan kami kali ni, mmng dah lama betul tak ke Kelantan. Bila sampai je, mcm biasalah cari tempat makan dan pasar Siti Khadijah yg popular tu. Rasa geram je bila kat pasar tu, kalau boleh semua nak diborong, tapi biasalah..kat JB pun ada....cuma adalah beza harganya. Apa pun kami sekeluarga sangat bersyukur sbb d permudahkan urusan sepanjang perjalanan kami pergi dan balik. Kenangan manis yg tak dpt kami lupakan bila makan di kedai Cikgu Nasi Ulam....fulamak meriah dngn ulam2an....mmng syok betullah. Dua hari berturut kami makan kat sini sbb mmng sedap sngt menu yg di sediakan. Bila ada kesempatan lagi, kami akan dtng lagi ke sini. Hari ni saya masak bubur pulut hitam yg di beli di pasar tu...mmng sedap pulut hitam ni. Kalau kat JB ni lain sikit rasa pulut hitamnya...jom layannn..





Bahan-Bahan
  • 2 cawan pulut hitam- rendam 4 jam
  • Air secukupnya utk merebus pulut hitam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Rebus pulut hitam bersama air dan garam, masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dlm periuk (*biar cepat empuk).
  2. Bila pulut hitam dah betul2 empuk, masukkan santan cair, daun pandan yg di simpul dan gaul rata.
  3. Masukkan gula pasir kemudian masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4.  Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.

Saturday, March 22, 2014

Tahniah Anakku Seri Izati - SPM 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah...akhirnya penantian yg penuh debaran, berakhir dngn kegembiraan buat kami sekeluarga pd 20.3.2014. Tahniah buat anakku Seri Izati bt Mohd Khata kerana berjaya dngn cemerlang dlm SPM yg lepas. Moga dngn kejayaan yg di kecapi saat ni, menjadikan anakanda Seri terus berusaha lagi dan lagi kearah yg lebih baik. Mama dan abah sentiasa doakan kejayaan dan kesejahteraan anakanda Seri walau di mana jua anakanda berada.

Terima kasih buat guru2 yg mendidik dan berkorban masa dan tenaga buat anak2 ini, jasamu terlalu besar. Hanya Allah saja yg dpt membalasnya. Terima kasih buat kwn2 yg tak putus2 ucap tahniah di FB juga yg SMS...amat2 menghargainya.Tahniah juga buat anak2 yg berjaya di luar sana juga buat keluarga mereka. Buat anak2 yg kurang bernasib baik, jngn sedih...perjalanan masih jauh. In Shaa Allah...jika kita berusaha dngn bersungguh2 dan berdoa, pasti kejayaan kan kita kecapi jua. Ini sebahagian gambar yg sempat di ambil buat kenagan di hari bahagia ini.




Wednesday, March 19, 2014

Pengat Pisang Bersagu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah sejak2 ni hujan turun di merata kawasan setelah sekian lama kita menanti kehadirannya. Bila dah hujan tekak mulalah nak makan yg panas2 atau yg hangat2 gitu bagi memanaskan badan. Biasalah kita manusia biasa, ada saja yg kurang itu dan ini. Petang tadi saya buat pengat pisang buat santapan kami sekeluarga. Sambil sembang2 petang, mmng sedap makan pengat pisang ni. Kali ni nak letak jugalah resepi pengat pisang yg mudah ni, ni juga sebagai panduan buat anak2 bila berjauhan nnti dan teringin nak memasak sendiri. Walau resepi mudah, kalau tak pernah buat....tetap terasa susah. Jadi pd adik2 di luar sana, bolehlah cuba resepi2 yg mudah dulu ya supaya tak merasa kekok bila di dapur nnti...Jomlah semak resepi mudah ni..




Bahan- Bahan
  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
  • Air secukupnya utk merebus pisang dan sagu
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan
Cara-Cara
  1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sngt ya, nnti tak cantik pisangnya.
  2. Sementara tu, dlm periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yg telah di rendamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  3. Di dalam periuk yg lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yg sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih. 
  4. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan...gaul sebati.
  5. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Tuesday, March 18, 2014

Donut Lembut...mudah membuatnya..

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih yg senang di buat dan sentiasa di gemari ramai. Lebih sedap kalau masih hangat2 di makan, terasa lembut je...di hidangkan bersama secawan teh O panas...mmng best. Bila makan tu, tak perasan dah berapa ketul masuk mulut. Saya suka guna resepi Ha Sue ni sbb ianya mudah, tak payah nak perapkan doh lama2.. Kerja jadi mudah, yg penting kuih menjadi gebu dan lembut je. Resepi ni juga boleh di buat pau sambal atau burger Malaysia. Pada peminat donut tu, boleh cuba resepi mudah ni, ada juga resepi lain di label Donut. Terpulang pd selera kawan2 ya...



Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Saturday, March 15, 2014

Ikan Siakap Pesmol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ikan siakap pesmol resepi dari Chef Wan. Kalau dah resepi dari chef terkenal, sudah tentulah sedap rasanya. Ternyata mmng sedap sangat, kalau tak percaya...kwn2 cubalah...mmng best. Resepi ni juga telah di cuba oleh blogger masakan yg lain...semuanya kata sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada yg nak merasa tu, bolehlah cuba.


Resepi asal : Chef Wan
Sumber : Kak Nur , CT Zaliedana & MaDiHaA aka Ratna   
Bahan2
  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • garam, lada hitam yang baru dikisar
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan santan pekat
  • air perahan daripada 1 biji limau nipis
  • gula
Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji buah keras
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 2.5 cm halia
Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
  2. minyak yang penuh sehingga garing.
  3. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
  4. Kacau rata-rata.
  5. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  6. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Friday, March 14, 2014

Kuih Tako Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan kuih tako jagung yg sangat sedap, lebih sedap bila di makan sejuk. Resepi dari K.Fida ni mmng mudah dan semestinya sedap. Sebelum ni pernah buat di SINI, pd kwn2 yg belum mencuba tu, bolehlah cuba resepi mudah ni, amat sesuai di makan bila2 masa je.
Kalau rajin tu, bolehlah buat kelongsong  pandan. Saya letak dlm cawan2 je.....mudahkan...ni gaya orng nak cepat siap, cepat sejukkan dan cepat di makan..tak gitu?...Jom semak resepinya...





Bahan-bahan

Lapisan Bawah :-
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung hoen kwee putih
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/2 cawan jagung cream / biji- Yatie guna jagung biji dlm tin, toskan airnya
Lapisan Atas/Dadih :-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee
  • 3/4 sk garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
  2. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat.Matikan api.
  4. Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  5. Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.

Tuesday, March 11, 2014

Bingka Pandan Lagi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bingka pandan yg sedap dan tak pernah jemu memakannya. Kalau nak buat kuih paling senang dan sedap, kuih bingka inilah yg paling sesuai. Rasa lemak manisnya, harum pandannya buat siapa yg menikmatinya rasa mcm di awangan je...he3.. Banyak kali dah buat bingka pandan guna resepi Joayee ni, mmng best dan sangat sedap. Pada yg masih tercari2 resepi bingka sedap ni, bolehlah cuba resepi ni. Kali ni saya sapu minyak di sekeliling acuan, panaskan acuan atas dapur guna api sederhana, tuang adunan sampai bunyi berdesir dan biarkan masak sebentar dlm 5 minit. Sambung bakar guna oven....api atas dan bawah  dan letak di rak tengah. Kalau nak garing lagi tambah pembakaran guna api atas sahaja. Selamat Mencuba...




Sunday, March 9, 2014

Puding Tauhu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Puding tauhu yg sangat sedap bila di makan sejuk.Banyak kali dah buat puding ni, tak pernah jemu sbb sedap sangat. Kali ni saya lebihkan air lagi supaya adunannya lembut mcm dadih. Pada peminat puding tu bolehlah cuba resepi K.Nor ni. Resepi asal menggunakan agar2 tali, tapi saya tak biasa guna agar2 tali tu....nak mudah saya dah olah guna agar2 serbuk dan sukat jumlah airnya. Ternyata mmng sedap dan lembut je. Jom semak resepinya....




Bahan-Bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 3/4 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 2 cwn santan (200ml santan kotak + air selebihnya)
  • 3 cawan susu cair (1 tin susu cair 400ml + 350ml air)
Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.

Friday, March 7, 2014

Dadih Sedap

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekarang ni musim panas, mmng sesuai sangatlah makan dadih sejuk2 ni buat nyamankan tekak. Setiap hari pulang dari sklh je Hamka cerita beli dadih seringgit. Biasalah anak2, kalau makan 1 mana cukup kan, kena pulak musim panas ni. Gara2 asyik kurang je makan dadih, Hamka suruhlah mama buat dadih kegemarannya. Macam biasalah mama, kalau bahan2 semua ada kat rumah....mmng masa tu juga buat. Mama pun lama tak buat dadih ni. Kalau buat sendiri puashati dan puas makan. Siaplah petiais tu asyik buka tutup je. Sebelum ni buat Dadih Coffemate, mmng sedap dan berlemak je rasanya....kali ni guna resepi K.Nor pula. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Kali ni saya kopipes resepi dari blog Tun Telani yg telah di olah sikit dari resepi asal. Jom semak resepi mudah ni, ibu2 bolehlah buat cuti sklh ni...mmng sesuai utk anak2...




Bahan-Bahan
  • 10gm serbuk agar2
  • 2 tin susu sejat /susu cair (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula 
  • 2.5 liter air(2500ml)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • pewarna dan perasa pilihan
Cara Penyediannya
  1. Masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih. Saya larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul.
  2. Masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan. masak dgn api sederhana dan selalu dikacau. Masak hingga mendidih, setelah mendidih terus tutupkan api.
  3. Kalau nk buat 2 perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau2 kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  4. Tapiskan dan tuang ke dalam bekas kecil2.Biarkan sejuk barulah masukkan ke dlm petiais. Sejukkan dan blh dimakan.

Tuesday, March 4, 2014

Sambal Telur Pecah Berlada

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas sambal telur pecah berlada. Sejak makan sambal telur mcm ni kat rumah mak, saya mmng tak guna yg cili kering kisar tu lagi. Lebih sedap guna cili merah hidup yg di kisar....rasanya ada kelainan. Lebih sedap lagi di makan bersama nasi lemak...mmng umphhh. Resepi pernah di kongsi diSINI, kalau kwn2 nak rasa tu, bolehlah cuba resepi mudah ni..mmng sedap.



Bahan-Bahan

  • 6 biji telor
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • gula dan garam secukup rasa
  • air jika perlu
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 4 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 cawan ikan bilis- buang kotoran dan cuci 
  • sedikit belacan
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar  dan gaul rata. Kacau dan masak hingga terbit minyak.
  2.  Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Gaul rata dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana je.
  4.  Pecahkan telur satu persatu tapi jangan bertindih ya. Kecilkan api dan biarkan telur separuh masak. Kemudian barulah terbalikkan sebelah lagi perlahan2.
  5. Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih panas.

Sunday, March 2, 2014

Kembali Ceria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak cerita pasal anak2 kat sini, bukannya apa takut kwn2 pembaca blog ni rasa tak selesa je. Biasalah naluri keibuan ni kuat sangat, perasaan rindu yg kuat membuatkan diri ini terpanggil utk menatap wajah kesayangan hamba. Sebenarnya anak saya baru sihat sejak 2 minggu mengalami sakit yg seriuslah juga. Hati ibu mana yg tak bimbang bila anak jauh di perantauan. Alhamdulillah, kini anakanda M.Talhah kembali ceria....syukur padaMu Ya Allah...Terima kasih juga pd kwn2 di FB yg turut sama mendoakan kesejahteraan anakanda Talhah...saya amat2 menghargainya. Moga kita semua sentiasa dlm lindungan dan rahmat kasih sayang Allah SWT. Aamiin..



Saturday, March 1, 2014

Apam Kampung Perisa Ros

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mood apam kampung je minggu ni. Kali ni buat perisa ros dan pandan, tapi yg perisa pandan tak sempat ambil gambar dah habis.....mmng laris apam kampung ni. Pada peminat apam dulu2 ni, bolehlah buat dan pelbagaikan perisa ikut selera masing2 ya. Resepi mcm sblm ni, cuma tukar perisa je. Kalau berkenan tu, bolehlah cuba..




Bahan A
  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam 
  • 1 sudu kecil perisa ros/sirap
  • 1 sudu kecil pewarna merah
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
Related Posts with Thumbnails