Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran. Sejak2 ni mmng jarang update blog, kdng2 tu rasa kesian pula pd pengunjung blog Sinar Kehidupanku...asyik menu yg sama je. Maklumlah tuan rumah busy je musim persekolahan, minggu depan plk anak2 menghadapi peperiksan, lagilah bertambah sibuk. Anak yg periksa maknya pula yg sibuk....he3...takpelah, kira ambil perhatian pd anak2...jadi aktiviti berblogging ni lagilah bertambah lemau. Tapi takpe, saya akan sedaya upaya berkongsi resepi pd pengunjung blog ni.
Sekurang2nya bagi idea utk masak apa setiap hari, kdng2 ianya sedikit sebanyak membantu juga kan. Oklah, berbalik pd menu arini, resepi kukis yg kerap saya buat dan terlaris sekali. Baru ni saya buat utk Hari Raya AidilAdha, semuanya suka. Kebetulan cuma buat 1 jenis biskut je, mmng tak pandang lain lah...mmng cepat je habis. Selebihnya saya buat kek kukus buah, carrot cake dan kek kukus coklat lapis cream cheese. Pada kwn2 yg belum pernah mencuba resepi biskut yg sedap ni, bolehlah cuba....mmng sedap. Kwn2 juga boleh lihat di
SINI dan juga singgah blog adik manis
Sue Joshua. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.
Bahan²
- 1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan mentega
- 1 cawan minyak
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
- 4 cawan tepung gandum*
- 1 sudu besar serbuk koko*- Yatie tambah
- secubit garam*
- 1 sudu kecil cream of tatar*
- 1 sudu kecil baking soda*(* di ayak bersama)
- 1/2 cawan badam cincang- bakar dulu dan sejukkan
- 2 cawan semisweet chocolate chip
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
- Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat,cream of tartar, badam dan coklat chip.
- Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang
pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang
sket....dulang tak perlu gris..
- Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
- Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.