Wednesday, January 28, 2015

Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita masak sambal tumis udang. Kebetulan nak makan dngn nasi lemak, jadi tak payahlah nak letak petai segala, kalau letak gerenti anak2 takmo makan sbb tak suka bau petai tu....hi3.. Terpulang pd selera masing2lah ya. Sambal udang ni sedap juga di mkn bersama nasi putih je, kena plk ada ikan goreng dan sayur bening....perghhhhh maunya bertambah2 nasi dan lauk. Ok resepi mcm biasa je, jom semak resepi mudah ni...


Bahan-bahan
  • 600 gm udang sederhana besar
  • 1 cwn cili kering kisar* -(20 btng cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar- di mayang
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Cara-cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak. 
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Akhir skali masukkan udang dan kacau sebati.
  6. Perasakan,( biasanya sambal udang sedap manis sedikit) sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Apam Kampung Perisa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  semua. Menu kali ni kuih biasa2 je, tuan rumah ni suka sangat kuih2 apam mcm ni...selera kampung gitu. Saya mmng suka sngt kuih mcm ni sejak dulu lagi. Kalau dah suka tu, seminggu tu sampai 3 kali buat. Lagipun senang je buatnya dan saya paling suka buat sarapan kuih apam mcm ni, ianya ringan dan mengenyangkan. Pada pengunjung blog ni, jngn boring ya dngn kuih yg biasa2 ni...nanti kalau rajin bolehlah buat menu yg canggih2 sikit....tapi ntah bilalah nak dtng rajinnya tu kannnn.. Ok kita cuci mata ngan apam hijau ni...sedap tau..



Bahan A 
  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam 
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.

** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
 **Kalau guna acuan spt di atas, kukus selama 20 minit. Sebelum tuang adunan, sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.

Monday, January 26, 2015

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi nasi goreng ikan masin yg sangat ringkas dan semestinya sedap. Saya mmng suka sngt nasi goreng ikan masin. Kalau makan kat luar mesti order nasi goreng ikan masin, kena plk pedas2 sikit...mmng best. Kali ni saya nak kongsi resepinya yg pd saya mmng kena dngn selera saya. Pada peminat nasi goreng ni bolehlah cuba..mmng sedap. Terima kasih pd Azie Kitchen berkongsi resepi mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya..



Bahan-bahan 
  • 3 cwn nasi sejuk
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih  -di ketuk
  • 8 biji cili padi - diketuk
  • 3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang - dipotong kecil
  • Karot - hiris panjang
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam - rasakan dahulu
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. 
  2. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.
  3. Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.
  4. Ketepikan rencah dan tuangkan telur. 
  5. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.
  6. Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan. 
  7. Siap utuk dimakan....

Sunday, January 25, 2015

Terung Sambal Udang Kering 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu sambal terung ni dah lama saya masak. Baru ni berkesempatan nak kongsikan kat sini. Saya suka sayur terung masak mcm ni, lebih2 lagi terung tu di goreng atau di bakar terlebih dahulu...terung lebih sedap dan manis rasanya. Kali ni guna resepi  Mat Gebu punya, mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepi mudah dan sedap ni..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji terung ungu saiz sederhana
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar minyak zaitun
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
BAHAN SAMBAL UDANG KERING:-)
  • 1/2 cawan udang lering, cuci dan rendam 10 minit
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi
  • 3 biji buah keras, dihiris
  • 2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SAMBAL UDANG KERING :- 
  1. Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan. Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus (guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
  3. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.
UNTUK TERUNG SALAI :-
  1.  Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. 
  2. Gaul dengan sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). 
  3. Panaskan non-stick pan, kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian.
  4.  Angkat dan ketepikan
UNTUL TERUNG SAMBAL UDANG KERING :-
  1.  Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. 
  2. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.

Thursday, January 22, 2015

Kuih Lapis Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni buat kuih lapis pandan pula. Sejak2 ni asyik nak mkn kuih lapislah pulak,..terasa sedap sngt guna resepi ni. Resepi masih guna Kuih Lapis Ros. Terpulang pd kwn2 nak tukar perisa apa. Resepi ni banyak guna tepung beras, kuih jadi elok je lembut. Pada peminat kuih lapis, boleh cuba resepi ni. Ramai kwn2 dah mencubanya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna hijau dan letakkan perisa pandan.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan hijau. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan hijau. 
  5.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Tuesday, January 20, 2015

Kek Belang Susu Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih kemaruk lagi guna acuan comel ni. Hari ni buat kek marble guna acuan ni. Resepi guna kek batik arora resepi CIDA, tapi guna acuan ni saya buat 2 perisa je. Saya buat perisa pandan dan strawberry, mmng sedap. Pada kwn2 tu terpulang ikut selera masing2 ya. Kita buat dia, so ikut selera sendirilah ya. Kalau buat guna acuan kecik2 ni sesuai utk 1/2 adunan je. Kalau guna loyang 8inci buat je satu adunan ya.




Bahan-bahan- loyang 8x8 inci
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur gred A
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  •  pewarna dan perisa kegemaran
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 darjah celsius
  2. Griskan loyang dengan butter. Kalau guna loyang, alas dasar loyang dengan baking paper.
  3. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak- ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan memutih
  5. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi) hingga habis.
  7. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi ke dlm adunan dan pkl lagi hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  9. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul rata.
  10. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  11. Setiap tompokan 1 senduk
  12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  13. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

Monday, January 19, 2015

Soto Madura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Soto madura ni saya masak minggu lepas. Kebetulan line tenet slow sangat, jadi tak sempat nak n3. Jadi arini sempatlah kongsikan resepi soto madura yg sedap ni. Banyak kali buat soto madura dan mmng satu keluarga suka. Pada kwn2 yg lum pernah rasa tu,dan teringin sangat nak rasa...bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
  2. Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  3. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  4. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  5. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
  6. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  7. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan. 

Makaroni Bakar Ala Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin nak masak makaroni bakar ala Johor resepi Che Mat ni. Semalam saya buatlah utk anak2 wat bekal sekolah. Alhamdulillah sedap sangat, Hamka paling tak sabar nak bawak bekal sekolah, dia kata nak bagi kwn2 rasa mama masak sedap. Iyelah Hamka, mmng sedapkan. Mama pun suka. Kali ni saya guna acuan kecik2, mmng menarik dan mudah nak makan. Makan satu pun dah terlebih kenyang. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, cubalah...mmng sedap.




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
  • 2 batang sosej ayamas, didadu kecil
  • 1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
  • 1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
  • 1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
  • 1/2 camca besar rempah beriani/kurma (Baba's)
  • 1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
  • Garam secukup rasa
  • 3 camca besar minyak zaitun
  • Parutan keju mozarella secukupnya
  • Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
Bahan2 Kastard
  • 4 biji telur gred A
  • 100 ml susu rendah lemak/susu cair
  • 1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
  • 1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. 
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas yg lain, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan dulu.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.

Saturday, January 17, 2015

Kaswi Gandum lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kuih paling simple dan paling sedap di tekak saya ni. Tak pernah jemu makan kuih kasui ni. Lebih2 lagi yg kenyal2 manja dan manisnya pun sedang2 elok je. Suka guna resepi K.Liza ni, mudah dan semestinya menjadi dan sedap. Terima kasih kak berkongsi resepi,dah banyak kali guna resepi ni. Pada peminat kasui tu, apalagi...jom wat kuih mudah ni....sedap tau..



Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
  1. Masakkan semua dan sejukkan. Buangkan daun pandan tu.Ketepikan dulu.
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi- saya tambah 1/4 cwn tpng ubi lagi utk kenyal yg lebih..
  • 1 sudu kecil kapur kuih
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan. Guna loyang 8 inci.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan plastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Kukuskan  sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaulkan dngn sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Friday, January 16, 2015

Udang Masam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak masak udang, kali ni masak mcm biasalah udang masak masam manis. Sebenarnya udang ni masak apa2 pun sedap, lebih2 lagi udang tu fresh, goreng gitu je pun dah sedap. Resepi mcm biasa je, boleh tngk diSINI



Thursday, January 15, 2015

Kuih Lapis yg sangat sedap.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kan tak sabar nak kongsikan resepi kuih lapis yg sangat sedap. Kali ni buat 2 warna je merah dan putih, teringat mcm kuih dulu2. Masa tu dah sedap sangat dpt mkn kuih mcm ni. Lebih sedap dan teruja lagi bila nak makan tu kita selak selapis demi selapis...mmng best. Sebenarnya banyak resepi kuih lapis, ada antaranya yg banyak guna tepung gandun dan ada pula yg banyak guna tepung beras. Terpulang pd selera kwn2 semua ya. Pada saya, mana yg saya telah cuba dan kongsikan kat blog ni adalah yg terbaik dan kena dngn selera. Pada yg berkenan tu, bolehlah cuba mana2 resepi yg ada kat blog ni. Sebelum buat tu, baca betul2 dan cara membuatnya. In Shaa Allah pasti menjadi, yg penting kita cuba dulu...kalau tak cuba, tentulah tak tau hasilnya...kannnn..

Ok resepi kuih lapis tradisi ni saya kopipes dari blog K.An Periuktanah. Terima kasih kak berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg masih tercari2 lagi resepi kuih lapis yg sedap tu, boleh cuba resepi ni..



Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  5.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Wednesday, January 14, 2015

Cendawan Goreng Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Suka makan cendawan goreng tak? Pertama kali makan mcm pelik rasanya tapi sedaplah pulak, mcm rasa ayam goreng gitu. Lama2 saya mula suka cendawan goreng ni, lebih2 lagi bila di goreng rangup. Kalau nak rasa cendawan tu sedap dan rangup, mula2 kenalah basuh dulu cendawan tu, lepas tu kita toskan airnya dan perah. Kita perlu keringkan bwh kipas pun takpe. Kemudian barulah kita celupkan dlm adunan tepung dan goreng hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan. Terima kasih DJ berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Cendawan Goreng Crispy
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 250 gm cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega-cairkan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • sedikit lada sulah
  • minyak masak secukupnya utk mengoreng
Cara-cara :
  1. Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati. 
  2. Siat-siatkan cendawan jika perlu. 
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  5. Hidangkan panas-panas bersama sos cili,sos bermayonis atau sambal kicap.
**Kalau nak rasa cendawan tu sedap dan rangup, mula2 kenalah basuh dulu cendawan tu, lepas tu kita toskan airnya dan perah perlahan. Kalau nak keringkan bwh kipas pun takpe. Kemudian barulah kita celupkan dlm adunan tepung dan goreng hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.

Wednesday, January 7, 2015

Ikan Kerisi Berlado

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas dan semestinya sedap. Kalau ikan masak mcm ni mmng bertambahlah saya makan. Resepi ringkas dan sedap ni saya kopipes dari Che Mat Gebu, kalau singgah blog Che Mat mmng teruja nak cuba semua resepi. Ikut resepi ni masak 2 ekor ikan kerisi besar, tapi saya masak 6 ekor..maklumlah keluarga besar, biar lebih jngn kurang. Bahan2 rencah pun kenalah gandakan ya. Lagipun malas nak masak ulang kali. Masak sekali banyak senang. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan kerisi saiz besar, siang dan kelar, cuci bersih*
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit*(*dilumur pada seluruh ikan termasuk bahagian dalam, perap 10 minit)
  • 2 biji limau kasturi, diperah jusnya
  • Gula dan garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras hiris
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat, toskan dan alih ke dalam pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
  3. Ceduk sambal tadi dan letak atas ikan kerisi goreng, ratakan dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba..

Sunday, January 4, 2015

Apam Kampung Gula Merah lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. N3 pertama di tahun baru 2015, apam kampung gula merah. Saya ni peminat no 1 kuih apam. Tak kisahlah apam dah di modenkan pun saya suka. Sebut je apam kampung, teringat masa kecil dulu. Hampir setiap hari makan kuih apam ni, cuma mak buat tukar2 warna dan perisa. Biasanya mmng guna gula merah, kdng2 mak letak perisa sirap ros...sedap dan harum baunya. Pada kita mmng dah sedap sangat dan dlm hati siap kata....pandainya mak buat kuih....sedap pulak tu. Kalaulah aku pandai buat kuih mcm ni, bestnya....puas makan seloyang sendiri. Hahhhhh buruk kan saya, gara2 suka sangat kuih apam, sampai nak buat sendiri sbb nak perabiskan seloyang sendiri. Dulu masa kecik mmng suka makan dngn kelapa parut putih, tapi bila dah berumur ni, takmolah pulak....cepat sangat batuk kalau mkn kelapa ni. Tak kisahlah kan, ikut selera masing2 ya...Oklah resepi mcm biasa je. Pernah di kongsikan di SINI. Pada peminat kuih apam dan masih tercari2 resepinya, bolehlah cuba resepi ni. Pada yg tak suka kuih2 mcm ni, tengok gambar jelah ya....takyah komen hokeyyyyy...




Blog Sinar Kehidupanku / Yatiememories 5 tahun dan Salam Maulidur Rasul 1436H/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2015 buat rakan2 semua. Biasalah di tahun baru dan bulan baru ni, banyak tugasan menanti....di tambah lagi dngn persiapan anak2 ke sekolah. Alhamdulillah semuanya siap di sediakan, cuma menanti saat tiba hari persekolahan nnti pd 11 Jan 2015.

Salam Maulidur Rasul juga buat rakan2 semua. Salam dan Selawat buat Nabi Junjungan kita Muhammahd SAW. Sama2lah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, semoga kita sama2 mendapat Syafaatnya.

Hari ni sabtu bersamaan 3.1.2015 merupakan ulangtahun blog Sinar Kehidupanku ke 5 tahun. Alhamdulillah masih lagi bertahan hingga saat ini. Terima kasih pd rakan2 yg masih sudi singgah blog sempoi ni. Kalau tiada sokongan dari rakan2 semua, tiadalah blog ni kekal hingga saat ini.

Terlalu banyak kenangan suka dan duka sepanjang berblog ni. Suka tu bila rakan2 buat rujukan blog ni utk menu masakan setiap hari. Ada juga yg boleh sampai berbisnes, alhamdulillah. Resepi mmng utk di kongsikan bersama. Tahniah juga pd rakan2 yg mencuba resepi dari blog ni, menjadi dan maaf  juga sekiranya ada yg mencuba tapi hasilnya kurang memuaskan dan tak menjadi. Bila tak menjadi dan tak memuaskan tu, timbullah perasaan marah dan tak puashati pd pemilik blog dan empunya resepi. Suka saya ingatkan ya, janganlah cepat menyalahkan orang lain, selidik dan kaji dulu samaada bahan dan cara kita sama ke tidak. Setiap orang mempunyai cara tersendiri utk menghasilkan sesuatu. Bila kita betul2 ikhlas ingin mencuba dan yakin hasilnya, In Shaa Allah pasti baik juga hasilnya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke 5 pd blog Sinar Kehidupanku. Moga blog ni terus sukses dan dapat berkongsi idea masakan dan resepi pd rakan2 yg memerlukan. Saya akui terlalu banyak kekurangan. Resepi yg di kongsikan sekadar biasa2 saja dan bukan nak tunjuk pandai memasak. Saya ikhlas berkongsi. Pada yg sudi, silakan dan mmng dah di halalkan resepinya.

Sejak2ni mmng tak selesa dngn segelintir rakan2 di FB mengambil gambar masakan saya dan di buang watermark Yatiememories. Perbuatan ini sungguh tidak beretika langsung, dahlah tak minta izin gambar kita diambil pastu di buang watermark....apakah tujuannya. Kalau berkongsi resepi mmng di alu2kan, tapi perbuatan membuang watermark ni mmng buat saya marah. Ramai rakan2 blogger masakan dah terkena dngn situasi yg sama, itu juga yg membuatkan blogger masakan skrng makin tidak aktif. Jangan pula bila saya ckp mcm ni, di katakan tak ikhlas berkongsi resepi. Baca dan fahami apa yg di tulis dan di luahkan.

Bayangkan kita bersusah payah mengambil gambar dngn pelbagai cara dan sudut dngn harapan utk berkongsi seiklasnya. Tetiba ada orang senang2 gunakan gambar kita dan buang watermark kita. Kalau kita tak letak watermark di katanya bukan masak sendiri dan tak ada bukti. Ini mesti beli dan terus tangkap gambar je. Bila kita masak sendiri dan letak watermark kat gambar masakan, di katanya tak ikhlas berkongsi...nak nama dan glemer je....ntahlah...macam2 perangai orang, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..

Oklah panjang lebar pula saya berceloteh kali ni. Sebelum ni saya diam je, kali ni terpaksa bersuara sbb mempertahankan hak kita. Maaf andai ada terkasar bahasa. Mudah2an ilmu yg di kongsikan di blog ni sama2 kita dpt manfaat darinya. Terima Kasih..


Related Posts with Thumbnails