Thursday, September 30, 2010

Siakap Sweet Sour

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah menu ringkas tetapi amat di gemari oleh kami sekeluarga. Rasanya ramai yg dah tahu masak sweet sour...di sini saya letak resepi utk rujukan anak2 saya dan juga utk adik2 yg baru nak berjinak2 di dapur. Kalau sudi tu, bolehlah mencubanya....


Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan siakap yg telah dibersihkan/apa2 jenis ikan
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih* ~(ditumbuk halus)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cwn sos tomato atau secukupnya
  • 3 sb sos cili
  • 1/2 cawan air (lebih kurang)
  • garam dan gula secukupnya
  • hirisan nanas(saya guna dlm tin je)
Cara-cara
  1. Ikan di bersihkan, dioles kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk & hirisan halia, sehingga wangi..
  3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. kemudian masukkan hirisan nanas dan bawang besar ~ dikacau rata.
  5. Rasakan dgn garam dan gula.
  6. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi.
  7. Gaul sebati dan boleh di hidangkan.

Wednesday, September 29, 2010

Tuna Cheese Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Hari ini saya buat tuna cheese muffin utk bekalan anak2 pergi sekolah. Muffin ni sedap dan mudah utk di sediakan. Resepi asal adalah dari Yani dan saya C&P dari Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi....izinkan saya letak resepinya di sini pula ya.



Bahan-Bahannya:-
  • 1 biji telur gred A
  • 1 1/2 camca teh gula halus
  • 1 camca teh baking powder*
  • 120 g tepung gandum*(*digaul dan diayak)
  • 80 g ikan tuna dalam tin (tak perlu toskan minyaknya)
  • 50 ml susu segar
  • 50 g keju mozarella
  • 1 biji bawang putih, dicincang halus (resipi asal tak de benda ni!!!)
  • Secubit garam
Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, pecahkan telur, masukkan gula, cincangan bawang putih dan garam, kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Masukkan ikan tuna dan gaul hingga rata.
  2. Masukkan tepung yang tepung tadi berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul mozarella cheese ke dalam adunan hingga rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan bersama cili sos. Menghasilkan lebih kurang 9 ketul muffin.

Saturday, September 25, 2010

Sicilian Orange Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sempena hari ulangtahun perkahwinan semalam, saya buat kek yg sememangnya di gemari oleh suami saya iaitu kek perisa oren. Saya juga masak pulut kuning dan rendang...serta bacaan doa selamat. Resepi asal kek ini adalah dari Rima dan saya ambil dari rumah K.Jun. Sejak singgah rumah K.Jun, mmng dah tak sabar nak mencuba kek yg sedap dan mudah menyediakannya. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Syukur Alhamdulillah suami dan anak2 amat mengemari kek ini.



Ingredients
  • 250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
  • 250 g caster sugar
  • 4 medium eggs
  • 1 1/2 tsp finely grated orange zest
  • 250 g self raising flour (i used plain flour and add 1 tsp of baking powder)
  • 85 ml freshly squeezed orange juice
For the icing:
  • 125 g icing sugar
  • 5 tsp freshly squeezed orange juice
Method
  1. Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.
  2. Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.
  3. Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.
  4. Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.
For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.

Happy 19th Anniversary


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya 24/9/10 merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya bersama suami yg ke 19 thn. Syukur alhamdulillah, mudah2an jodoh kami berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada suamiku kerana menyayangi dan mengasihiku selama ini. Semoga mahligai yg di bina sentiasa di rahmati dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Thursday, September 23, 2010

Upside Down Pineapple Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek yg saya buat masa jamuan hari raya tempohari. Resepi asal dari Mat Gebu dan saya pernah buat sebelum ini. Pada kawan2 yg belum membuatnya tu.....bolehlah mencubanya. Kek ini mmng sedap dan lembut....ada pula gegelang nanas dan ceri merah lagi di atasnya.....mengoda gitu. Terima kasih Mat Gebu resepi yg sememangnya sedap ini. Izinkan akak kongsi resepinya di sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng dalam tin; ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 g mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 g gula halus
  • 135 g tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental.
  5. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin pada kawan2 semuanya. Maafkan saya sekiranya selama berblog ini ada kesilapan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan....yg di lakukan oleh saya. Bukanlah niat saya untuk menyepikan diri, tetapi di sebabkan kesibukan dan masa yg tidak mengizinkan...membuatkan saya berehat seketika. Terima kasih kepada pengunjung blog Sinar Kehidupanku...kehadiran anda semua amat2 saya hargai.

Terima kasih kepada kawan2 yg memberi kad ucapan Selamat Hari Raya....maaf sekali lagi kerana tidak sempat untuk mengantungkannya di sini. Sejak balik dari US ni banyak perkara yg perlu di selesaikan termasuklah pendaftaran semula utk anak2 kesekolah....ianya mengambil masa yg lama dan kebetulan pula bulan puasa dan diikuti dngn sambutan hari raya....mmng begitu sibuk sekali. Di tambah pula dngn perpindahan semula kami ke rumah baru...mmng banyak kerja di saat ini.
Insyallah di lain kesempatan saya akan terus berblog.

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Bunga Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya buat biskut bunga cina resepi dari Kak Nor. Bahan2 mudah di dapati dan rasanya rangup dan sedap.Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada K.Nor yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini, izinkan saya letak resepinya di sini ya.



Bahan-bahan ( dalam 80 biji .....bergantung pd cara tekan) )
  • 100 gm mentega/marjerin
  • 90 gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • Ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara
  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Sedikit tambahan :
Utk yg tak biasa buat, mmg payah sket nak picit/teran doh dr acuan tu. Sebaiknya jgn habiskan kesemua tepung, tinggalkan sedikit dan cuba dulu. Kalau dah elok keluar (jgn lembik sgt nanti lepek jer bunga tu bila siap dibakar) boleh la teruskan dgn baki doh. Kalau nak lebih elok, bakar dulu sket dan lihat hasilnya, kalau dah cantik membentuk kelopak bunga boleh teruskan tp kalau yg siap tu lepek, tambah sket lg tepung dan gaul sebati dan picit la doh tu hingga habis dan dibakar.

Satu lg jgn dedahkan doh yg dah siap diuli pd udara lama2, sbb nanti doh tu akan mengering/mengeras. Ni yg buat doh payah nak diteran/tekan keluar dr acu. Cuba tutup bekas adunan ya supaya tak terdedah pd udara.

Monday, September 6, 2010

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ni saya n3 pasal biskut raya je....jngn jemu ya. Maklumlah bahang raya sudah terasa....anak2 paling seronok waktu ini. Mereka semua tak sabar cuba baju baru dan menolong mamanya di dapur menyediakan juadah berbuka puasa dan juadah biskut raya. Saya pun ikut seronok bila melihat anak2 gembira. Oklah biskut cornflakes ranggup ini adalah merupakan biskut kegemaran kami sekeluarga. Rasanya yg ranggup membuatkan anak2 tidak jemu memakannya. Kawan2 bolehlah mencubanya sendiri...pasti tak mengecewakan.



Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua baik2 saja. Bagaimana persiapan menyambut hari lebaran? Tentu para ibu2 sibuk menyediakan pakaian dan juadah utk hari raya. Bagi saya tahun ni di sambut sederhana saja....maklumlah baru balik dari US, banyak kerja2 yg perlu di selesaikan. Dalam kesibukan itu, saya sempat juga meluangkan masa utk membuat kuih raya sendiri....kalau beli mmng mudah, tetapi anak2 dan suami lebih suka mamanya buat sendiri...lagi2 anak2 yg begitu seronok membantu di dapur bila saya buat biskut raya. Hari ni saya buat tart nenas gulung. Resepi ni saya ambil dari Kak Nor....alhamdulillah menjadi dan sememangnya sedap. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kalau kawan2 yg belum membuatnya tu....bolehlah mencuba resepi ini.



Bahan-Bahan
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Hiasan:
  • 1bj kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  7. Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )

Sunday, September 5, 2010

Biskut Cornflakes Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsi bersama resepi biskut cornflakes lemak yg saya buat semalam. Resepi asal adalah dari Puan Aini Salim dan saya C&Pdari rumah CMG. Terima kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini. Rasanya yg rangup dan sedap membuatkan saya buat dua adunan....memang berbaloi dan anak2 amat menyukainya.



BAHAN-BAHANNYA :-
  • 140 gram mentega berkualiti tinggi
  • 180 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
  • 80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
  • 65 gram gula aising
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 kuning telur
BAHAN HIASAN :-
  • 1 kuning telur, untuk disapu
  • Gula manik warna-warni untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
  2. Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Friday, September 3, 2010

Puding Lemak Cendol

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah menu berbuka saya yg ringkas. Puding cendol ni adalah resepi dari mak saya sendiri. Rasanya yg lemak manis membuatkan puding ni sungguh sedap. Kalau kawan2 nak tahu rasanya, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan

  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
Cara-cara
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan td dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang.Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya ramai yg dah mula buat kuih raya. Bagi saya, kalau buat kuih raya ni, kena buat malam....sbb anak2 nak membantu dan tak sabar menjadi tukang rasa. Kalau buat siang tu...sian pulak diaorang...kecur je di buatnya. Oklah, hari ni n3 pasal lauk asam pedas. Kalau masak asam pedas ni...memang kegemaran kami sekeluarga. Kali ni saya masak asam pedas ikan pari. Lama dah tak makan ikan pari ni. Sejak balik Msia, inilah ikan yg menjadi pujaan hatiku. Makan bertambah2...jom lihat resepi yg ringkas tetapi sedap.


Bahan-Bahan

* 2 ekor ikan pari yg sedang2 je (di kerat2..)
* 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
* 1/2 cawan jus asam jawa
* 3 cwn air atau lebih sikit
* 5 tangkai daun kesum
* Garam dan gula secukup rasa
* minyak utk menumis

Bahan di kisar

* 1 cwn lada kering kisar (20 btng)
* 8 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit

Cara-Caranya
  1. Cuci ikan dan toskan. Sementara itu blend bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air dlm 1 cawan, dan kacau rata, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa serta air selebihnya.
  5. Bila mendidih, masukkan tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu.
  6. Masukkan daun kesum dan gaul sebati. Jika rasa dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Thursday, September 2, 2010

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya buat biskut badam rangup resepi dari Mat Gebu. Mulanya ternampak di rumah Ika dan ada juga di rumah Maz. Sempena perasmian oven baru, resepi dari Mat Gebu menjadi pilihan utama. Sebenarnya banyak resepi biskut dari kawan2 lain yg sememangnya sedap2 belaka, tapi biasalah resepi dari CMG memang tak mengecewakan. Biskut ni sedap dan rangup. Saya memang suka kalau biskut ada badam...sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu rasanya.....bolehlah mencubanya. Mat, izinkan akak letak resepinya di sini pula ya...terima kasih banyak2.


Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, September 1, 2010

Kuih Bakar Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ini. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Lama rasanya tak berblogging....rindu pada kawan2 semua. Terima kasih pada yg masih setia dan sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Kehadiran kawan2 semua, amat2 saya hargai. Sebenarnya di bulan Ramadhan ni, saya menyediakan juadah seperti biasa....tetapi di sebabkan kesibukkan yg teramat sangat, menjadikan aktiviti berblog terpaksa di rehatkan sementara. Oklah, inilah kuih bakar labu yg saya buat utk berbuka puasa. Rasanya dah tak ingat menu berbuka puasa yg keberapa, tapi baru inilah saya berkesempatan utk n3 resepi terkini. Pada pengemar labu tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ini.




BAHAN-BAHAN

3 biji telur
3 cwn santan (sederhana pekat)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.

  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
Related Posts with Thumbnails