Wednesday, June 24, 2015

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa yg amat saya gemari. Lebih sedap bila di makan sejuk. Bila puasa ni mmng menu bubur atau pengat yg menjadi pilihan saya. Kalau ada dua menu ni, mmng takmo mkn nasi dah. Resepi pun mudah je, boleh juga lihat diSINI dan diSINI. Biasanya bubur ni warna putih atau hijau je kan, kali ni saya buat warna warni supaya lebih menarik lagi dan memikat selera.




Bahan-bahan
  • 100 gm tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 gm tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan

SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata. Saya masak dlm 1/2 jam.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.
**Kali ni Yatie buat 4 warna, saja nak nampak lebih menarik bubur som2 ni dan anak2 teruja nak merasainya. Semasa masak adunan ni, Yatie masukkan sekali daun pandan yg disimpul dan masak spt biasa. Bila adunan dah masak tu, keluarkan daun pandan tadi dan saya bahagikan pada 4 dan warnakan. Kemudian cepat2 tuangkan ke dlm bekas yg di sediakan.


Monday, June 22, 2015

Tauhu Sumbat Bersama Sos Cili Merah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tauhu sumbat ni merupakan menu berbuka puasa semalam. Biasanya saya masak ringkas je, yg pasti ianya menjadi kegemaran keluarga. Resepi tauhu sumbat ni saya kopipes dari blog K.Ummi dan resepi asalnya dari Chef Hanieliza. Biasanya kalau resepi dari K.Liza ni mmng mudah dan semestinya sedap. Pada kwn2 yg tercari2 resepi tauhu sumbat dan sos cili merah yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni, mudah je. Selamat mencuba...



Bahan-Bahan
  • 10 keping tauhu
  • timun (saya guna 1 biji timun sederhana)
  • sengkuang (saya letak 1/2 sengkuang)
  • carrot (saya guna 1 batang - jgn pilih yg keras sgt)
  • Taugeh- buang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
  • minyak secukupnya utk goreng tauhu
Cara-Cara:-
  1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak. 
  2. Sementara tu, hiriskan sengkuang, carrot dan timun. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.
  3. Ketepikan dulu.
BAHAN2 UTK SOS CILI MERAH
  • 5 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dngn air panas
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam
  •  gula secukup rasa (2 sudu besar)
  • 1 biji jus limau kasturi
Cara-Cara:-
  1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat.
  3. Campurkan jus limau dan kacau rata. 
CARA PENYEDIAAN2NYA
  1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di masukkan sayuran.
  2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan bersama sos cili merah

Friday, June 19, 2015

Telur Masak Kurma

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Selamat berpuasa pada rakan2 yg beragama Islam walau di mana jua  berada. Moga Ramadhan kali ni kita dpt tingkatkan amal ibadah kita dan moga di terimaNya. Macam biasa bila tiba bln ramadhan je bkn saja kita menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari melakukan benda2 yg tak berfaedah. Sebaiknya kita perbanyakkan amalan baik di bulan penuh keberkatan ini dan seterusnya kita lakukan juga di bulan2 yg lain. Sama2lah kita pertingkatkan amalan.

 OK resepi pertama di bln ramadhan ni, menu ringkas je tapi amat menyelerakan. Kali ni saya masak telur kurma. Di samping tu adalah lauk sampingan lain. Resepi ni mudah je, jadi bolehlah adik2 di luar sana mencuba resepi mudah ni. Bila puasa ni kdng2 kita kurang selera, jadi lauk2 mudah ni lah yg mendpt sambutan. Resepi kali ni saya kopipes dari Pn Dr Ina yg rajin memasak. Walau seorang DR tapi dr Ina sangat cekap di dapur. Terima kasih Dr Ina berkongsi resepi ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




TELUR MASAK KURMA 
 Bahan:- 
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas. 
  • 5 ulas bawang merah * 
  • 2 ulas bawang putih * 
  • 1 labu bwng besar* 
  • sejemput ikan bilis* (* bahan dikisar) 
  • 2 cm halia 1 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 1 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 1 keping asam gelugor/asam keping garam  
  • gula secukup rasa 
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis 
  • 3 sudu besar rempah kurma 
  •  1 sudu kecil lada hitam kisar kasar-saya tambah 
  • 1 cawan santan pekat air secukupnya 
  • 2 biji cili merah/hijau di potong separuh 
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6 
  • 1 biji buah tomato belah 4 
 Cara :- 
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. 
  2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
  4. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan telor dan masak hingga mendidih. 
  6. Masukkan santan,kemudian masukkan asam keping, bawang besar yg di belah 6, cili, gula dan garam. 
  7. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 7, 2015

Agar-Agar Cendol Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, terasa rindu sangat pd blog kesayangan juga pengunjung blog ni. Terima kasih pd pengunjung yg masih setia dan sudi mencuba resepi2 yg ada. Bila dah lama sangat berehat ni, nak mulakan semula pun dah kekok. Tapi saya cuba sedaya yg mungkin utk berkongsi resepi2 yg telah di cuba. Ok kali ni saya kongsikan resepi pencuci mulut yg sangat sedap iaitu Agar2 cendol gula melaka. Resepi ni saya ambil dari blog Azlita Masam Manis dan Ita ambil dari blog Wendy. Terima kasih pd penyumbang resepi asal, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni....mmng sedap sangat. Lebih sedap lagi bila di makan sejuk. Jom semak resepinya. Sila baca arahan dan tips yg di berikan supaya hasilnaya menjadi dan memuaskan hati. Selamat mencuba.




Lapisan Cendol
  • 500 ml air
  • 170 gm gula halus
  • 250 ml air
  • 1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm )
  • 250 ml santan ~  (1kotak santan KARA 200ml  campur air jadikan 250 ml )
  • secubit garam
  • 30 gm tepung jagung
  • 500 gm cendol

Cara2nya
  1. Panaskan 500 ml air bersama gula halus hingga gula larut.
  2. Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
  3. Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
  4. Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar.Bila didih, tutup api.
  5. Biar suam sikit baru masukkan cendol. Kacau rata.
  6. Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inci.Basahkan dengan air.Tuangkan agar-agar cendol.
  7. Biarkan ia mengeras
  8. Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula melaka

Lapisan Gula Melaka
  • 200 gm gula melaka
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • 250 ml air
  • 1 peket agar-agar  serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
  • 250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
  • secubit garam

Cara2nya
  1. Panaskan 500 ml air bersama dengan gula melaka dan daun pandan
  2. Bila gula dah larut, angkat dan tapis
  3. Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut.
  4. Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis. Tuangkan juga santan dan secubit garam.
  5. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah

*Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

**Tips dan panduan

Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.
Related Posts with Thumbnails