Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kejap je nak cuti lagi. Walau cuti sabtu ahad, tak bolehlah waktu dibiarkan begitu je ya adik2. Ambil peluang mengulangkaji pelajaran sebab minggu peperiksaan dah nak bermula. Elok rasanya buat persediaan awal supaya tak kelam kabut nanti. Minggu depan Hamka periksa sekolah agama, jadi kena beri perhatian lebihlah sebab semuanya dlm bahasa jawi...mmng mencabar betul. Baru darjah 1 sklh agama, so mmng tak lancar sangatlah baca jawi...jadi kita jadilah guru untuknya.
Ok berbalik pada resepi kali ni, inilah kek yg saya buat minggu lepas. Lama dah mengidam nak buat dan merasa kek puteri dangdut ni. Bila tngk pada bahan2 dah dapat agak mmng sedap kek ni, lagipun letak horlicks, mmng saya suka sangat kalau kek yg ada horlicks ni...terasa harum dan lemak je. Mula2 tu terbantut gak nak buat kek ni sebab takde browning sugar/gula hitam. Saya pun ikutlah cara2 yg diajar oleh HaSue di myresepi. Boleh buat sendiri rupanya. Saya pun cubalah buat gula hitam ni sendiri, dlm hati dok fikir..kalau jadi gula hitam ni, maka jadilah Kek Puteri Dangdut ni, kalau tak jadi gula hitam ni...maka tak jadilah kek yg diidamkan ni.
Alhamdulillah, menjadi dngn jayanya browning sugar/gula hitam tu. Bila dah betul2 sejuk, barulah saya mulakan projek membuat kek puteri dangdut ni. Uwaaaa..tak sabar nak menunggu 2 jam tu. Bila dah kukus tu, kejap je pulak rasanya, maklumlah sambil kukus kita buat projek lain...tu yg tak terasa sangat lamanya. Kali ni tak sabar pulak nak tunggu sejuk....hah3, mcm budak2 kecik je, maklumlah tak pernah buat kek ni, jadi mmng teringin sangatlah nak merasa, lagipun guna gula hitam yg di buat sendiri...pastilah tak sabar yg amat sangat...kan..
Terima kasih
HaSue berkongsi resepi kek dan browning sugar ni. Kini akak dah berjaya buat kek yg diidamkan, tapi taklah secantik kek HaSue. Lenkali akak akan cuba lagi supaya lebih cantik lagi kejadiannya. Kek ni sedap sangat seakan2 kek gula hangus pun ada, di tambah lagi dngn haruman horlicks tu...wallaweyyyy sedap sangat. Saya mmng suka kek yg lembut2 dan moist mcm ni. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya...Jom tngk resepinya.
Browning sugar yang Yatie buat sendiri
Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml
- 450g mentega berkualiti
- 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
- 10 biji telur
- 1 gelas tepung gandum
- 2 gelas horlicks
- 1 tin kecil susu manis
- 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI
Cara-cara- Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
- Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
- Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
- Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
- Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
- Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)