Friday, February 25, 2011

Soft Butter Bun

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi saya merajinkan diri utk meroti lagi. Biasanya kalau roti yg ada inti mmng cepat laku kat rumah ni. Anak2 mmng cukup teruja dan tak sabar nak bawa bekal ke sekolah. Kalau boleh apa yg ibunya masak, mesti dia nak bagi kawan2nya rasa...lebih2 lagi bila saya buat kuih muih, kek ataupun roti. Anak saya siap cakap pada kawan2nya, ibu saya ada blog masakkan dan kalau nak rasa....nnti kita bawakan ke sekolah. Alahai klakor di buatnya...nak gelak pun ada....padahal saya masak sempoi2 je...tapi itulah penghargaan dari seorang anak bila melihat ibunya sendiri masak dngn penuh kasih sayang dan mereka lebih menghargainya bila permintaannya di turuti.
Bagi saya mmng tak kisah, asalkan apa yg saya masak...suami dan anak2 menyukainya. Walau penat sedikit, tapi berbaloikan rasanya.

Bercerita pasal roti ni, saya ambil resepi dari Mat Gebu dan Mat ambil dari Mamafami yg mmng pakar membuat pelbagai jenis roti tu. Kalau tngk blog mereka berdua....jadi rambang mata...semuanya nak di buat dan di rasa. Terima kasih Mat dan MamaFami kerana berkongsi resepi roti yg lembut dan sedap ni. Izinkan saya kopipes kat sini plk ya. Malu rasanya nak tayang roti yg tak secantik Mat dan Mamafami...tapi kenalah tunjuk juga hasil air tangan sendiri....baru bestkan...Oklah jom kita semak resepinya..




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 140 ml air 1 biji telur, pukul sedikit
  • 30 gram gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 1 camca teh bread improver
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 30 gram mentega
  • Inti kegemaran (saya guna inti kacang merah)
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Satukan semua bahan2 kecuali mentega dan inti, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, adunan agak lembut sedikit, boleh tabur sedikit tepung masa menguli. Bulat2 kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, perap 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali inti dalam BreadMaker, pilih setting untuk DOH, tekan ON. tunggu hingga siap.
UNTUK ROTI :-
  1. Bahagikan adunan pada 6 bahagian (ini sebab mat buat 1/2 dari resipi diatas yeaa....) kurang lebih berat 55 gram 1 bahagian. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian leperkan isi inti rosel 1 camca teh penuh, kemaskan dan bulat2kan. Leperkan sedikit, canai berhati2. Kelar 8 bahagian macam dalam gambar. Buat hingga siap.
  2. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Biar 40 minit hingga naik, sapu dengan kuning telur, letak 1/2 bahagian ceri, bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, boleh hidangkan...

Wednesday, February 23, 2011

Donut Labu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat donut labu...ini gara2 tergoda tngk kegebuan donut labu Kak Madihaa. Lagipun stok labu ada lagi kat petiais tu....tanpa berfikir panjang, saya pun memulakan projek membuat donut labu ni. Sejak2 ni mmng menu labu sana sini, ada yg buat bingka labu, pengat labu, talam labu, masak sayur lemak labu dan yg paling hangat skrng adalah apam labu. Saya pun dah buat apam labu tu, mmng sedap sangat....ini pun gara2 nak perabiskan stok labu yg separuh tu....so jadilah donut labu ni. Pada kawan2 yg masih berbaki labu lagi tu....bolehlah cuba resepi donut labu ni...mmng sedap. Saya suka warna labu yg original dlm adunan ni...tak perlu tambah bahan pewarna..

Terima kasih pada Kak Madihaa kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini pulak ya. Maaf kak sebab Yatie ada tokok tambah sedikit bahan2nya. Adunan ni dpt banyak, jadi pada yg berkeluarga kecil tu, bolehlah buat separuh adunan. Selamat mencuba.




Bahan2
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus (saya tak blend tapi saya lecek halus je)
  • 1 ½ cawan air suam (saya kurangkan dari jumlah ni, dlm 1 cwn je...tapi saya letak sikit2 semasa menguli adunan.)
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter)
  • 1 biji telur (saya tambah)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
  • secubit garam
Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
  1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
  2. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
  3. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
  4. Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[Menguli dengan tangan / Cara manual]
  1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
  2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
  3. Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
  1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
  2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
  3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
  4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Cara Yatie
=> Saya uli adunan guna tangan je...jadi saya letak air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Manakala labu saya tak blend tapi saya lecek halus je..
=> Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.

Ikan Percik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah masak ke belum? Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan percik. Kalau ikut resepi Kak Liza ni mmng mudah dan ringkas. Hasilnya pun amat memuaskan hati...sedap sangat. Kalau kawan2 dok pening nak masak apa arini...ahaaa, cubalah resepi ikan percik yg mudah ni...mmng sedap. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan saya kopipes kat sini pulak ya. Maaflah sbb saya ada tokok tambah bahan2 rempahnya.



Bahan- Bahan
  • 2 ekor ikan selar/kembung/bawal- saya guna 5 ekor ikan kembung
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil halba
  • garam secukup rasa
Bahan Mesin Halus
  • 20 tangkai cili kering- saya guna 1/2 cwn cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bwng merah- saya tambah
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup- saya tambah
  • 5 batang serai-(3 btng saya kisar, 2 btng saya titik je)
Cara-Cara
  1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan, ketepikan dulu.
  2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minyak dan pekat.
  3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yg telah pekat tadi.
  4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
  5. ** Saya bakar ikan, pastu ketepikan dulu...bila nak makan baru siramkan kuahnya.

Tuesday, February 22, 2011

Apam Labu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekarang musim apam di sana sini. Jadi saya juga tidak ketinggalan utk mencuba resepi apam labu yg tngh hot skrng. Malam tadi saya buatlah apam labu ni, mmng sedap dan lembut je. Pagi ni saya bf dngn apam labu lagi. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, antaranya Izah, K.Anim, Mas dan yg terbaru Kak Ummi. Kalau tngk kuih apam2 mereka ni mmng tergoda betul di buatnya. Rasanya saya dah tak terliur lagi sbb sudah mencubanya dan boleh makan berulang2 sampai jemu.. Anak2 mmng suka kuih2 mcm ni, samalah seperti mamanya....jadi tiada masaalah utk saya membuatnya lagi dan lagi. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya C&P resepinya di sini pulak ya.




Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota:
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....

Monday, February 21, 2011

Menara Taming Sari, Melaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rindu rasanya tak bersiaran 2 hari lepas. Sebenarnya saya pergi Melaka sejak hari jumaat lepas. Jadi aktiviti memasak cuti buat sementara waktu. Rasa seronok juga sesekali berehat bersama keluarga tercinta. Suami saya ada tugas di Melaka pada hari jumaat tu...esoknya kami sekeluarga sambung cuti hinggalah hari Ahad. Seronok melihat anak2 gembira. Cuma anak bujang saya yg sulung tak dapat ikut serta sbb tak dapat cuti. Tak mengapalah...lagi pun dia ada tugas...lenkali bolehlah kita jln sama2 ya nak.
Kali ni kita layan foto2 yg di ambil semasa di Menara Taming Sari Melaka. Seronok melihat pemandangan dari atas menara taming sari ni...inilah foto kami yg terbaru....










Daging Gulai Kawah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya tekak saya ni masih lagi perit, tapi selera tu tetap ada....tapi biasalah makan ala kadar je...alang2 dah masak, tukang masak kenalah merasa...hehehehe. Sebenarnya lauk daging gulai kawah ni saya masak semalam. Anak bujang saya yg sulung tu balik bercuti, jadi saya masaklah lauk kegemarannya dan di bawa bekal balik ke asrama. Saya masak sekilo daging jadi bahan rempah kenalah di gandakan. Bila petang, saya buatlah lempeng utk di makan bersama daging gulai kawah ni....fuhhh mmng sedap, berselera betul suami dan anak menikmati kesedapan daging ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya kopipes dari Mat Gebu....terima kasih Mat. Sebelum ni saya pernah makan daging gulai kawah juga, mmng sedap dan warnanya macam masak kormak, tapi resepi yg ni lebih kepada warna kari...tak kisahlah, yg penting rasanya sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu...bolehlah cuba sendiri....jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 biji kentang, belah 8 setiap satu
  • 1 biji cili merah, belah dua
  • 1 biji cili hijau, belah dua
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
  • 1 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna rempah babas)
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji saiz sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih....

Kuih Lapis Kacang Hijau 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ni kita bf dngn kuih lapis pulak. Lama rasanya tak melapis dan menalam, asyik mengapam jek....dah mmng peminat setia kuih kukus2....rasanya tak sah kalau seminggu tu tak mengukus kuih/ kek. Jangan ada yg jemu ya...tuan rumah mmng suka kuih2 mcm ni. Kali ni saya buat kuih lapis kacang hijau yg menggunakan pelbagai jenis tepung termasuklah tepung kacang hijau. Mmng sedap dan tak rugi mencubanya. Saya pernah buat kuih lapis kcng hijau yg menggunakan kacang hijau yg di rebus terlebih dahulu. Kedua2nya sedap dan ada keistimewaannya tersendiri. Kawan2 bolehlah lihat di SINI. Pada peminat kuih lapis tu, bolehlah mencuba resepi ni. Terima kasih pada Akma yg sudi berkongsi resepi kuih lapis yg sedap ni, saya kopipes kat sini pulak ya.




Bahan-Bahan:
  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam)

  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-Cara
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.

Sunday, February 20, 2011

Award Dari Deliah's Deli dan Lina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan bertemu lagi walau di alam maya ini. Sebenarnya keadaan saya tak berapa sihat waktu ni. Demam selsema sejak 2 hari lepas...mata berair, hidung berair dan tersumbat....di tambah lagi dngn tekak yg amat perit sangat, membuatkan selera makan dan berblogging pun berkurangan. Doakan moga saya cepat sembuh spt sediakala.

Di kesempatan ini saya ingin meletakkan award Stylish Bogger Award yg di kirimkan dari teman di alam maya iaitu Deliah's Deli dan Lina. Terima kasih saya ucapkan dan saya amat2 menghargainya. Sebenarnya dah lama dapat award ni, tapi asyik terlupa je nak letak kat blog. Harap Deliah dan Lina tak marah ya...Moga persahabatan yg terjalin ini berkekalan hendaknya.

Friday, February 18, 2011

Kek Pisang Kukus

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn kek pisang kukus yg mudah. Ternyata mmng mudah dan pastinya sedap. Saya mmng suka kuih atau kek yg di kukus kerana kek menjadi lembap dan lembut bila di makan. Resepi asal adalah dari amydanish@myresepi.com, terima kasih pada penyumbang resepi...saya kopipes kat sini pulak ya. Pada peminat kek pisang tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni.



Bahan-Bahan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A
  • 3/4cwn gula
  • 1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
  • 1 cwn pisang dilecek
  • 3/4 cwn minyak masak
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .Ketepikan dulu.
  2. Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul2 kembang.
  3. Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang.
  5. Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

Mini Pizza

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua sihat dan ceria di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini. Pagi ni kita bf dngn mini pizza. Resepi boleh juga lihat di SINI, dan saya dah biasa gunakan resepi ni....hasilnya mmng memuaskan. Sebenarnya anak2 saya mmng gemar mkn pizza atau roti yg ada sosej ni...kalau buat roti jenis mcm ni mmng cepat laku...lagi pun membuatnya taklah rumit. Jom kita tngk bahan2 yg di perlukan. Pada kawan2 yg takde BM tu jngn risau ya...uli guna tangan pun ok, saya uli guna tangan je..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai dan ratakan.
  3. Sapukan sedikit sos cili/sos tomato...boleh juga sapukan sos prego. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Tabur mix vege, sosej yg di potong2, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Thursday, February 17, 2011

Asam Ikan Mayong

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak asam ikan mayong. Resepi ni lebih kurang asam pedas je...yg pastinya saya dan suami mmng peminat setia asam pedas. Kalau lauk pedas dan masam ni...mmng buat kami lapar je..maunya bertambah2 nasi. Resepi ni pun hasil tinjau2 kat rumah Mat Gebu lagi. Kalau singgah umah Mat, rambang mata di buatnya..ada je resepi baru yg tak sabar nak di cuba dan memikat selera. Terima kasih Mat berkongsi resepi, akak kopipes kat sini buat rujukan di masa akan dtng.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan terubuk (saya guna ikan mayong 2 keping yg besar)
  • 10 biji kacang bendi muda (tak letak, ganti 2 biji tomato belah 6)
  • 1/3 cawan jus asam jawa (saya letak lebih..suka masam..)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
  • saya tambah daun kesum secukupnya
  • Air secukupnya
  • 3/4 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK / KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji lada putih (saya ganti 1 sudu kecil serbuk lada hitam)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan di potong, cuci bersih, perap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi, kemudian cuci kembali dan toskan. Bendi cuci dan toskan, tak payah kerat sebab dah kontot...hehe..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan ikan, bendi dan bunga kantan, tuang jus asam jawa. Kacau perlahan.
  3. Masak hingga bendi lembut, perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..
  4. ** Saya masak ikan mayong ni lama sikit guna api sederhana...biar daging dan kulitnya lembut dan isinya mesra bersama rempahnya.

Wednesday, February 16, 2011

Cekodok Bilis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur ikan bilis buat minum petang. Biasalah, buat cucur ni taklah susah mana, anak2 pun leh buat...tapi saya teringin juga nak rasa cucur bilis seperti Mat Gebu buat tu...kalau nak rasa, kenalah buat sendiri ya Mat. Oklah kali ni akak kopipes resepi dari Mat....terima kasih banyak.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca besar mayonnaise
  • 1 biji bawang holland, dadu kecil
  • 1 genggam ikan bilis, belah dua, rendam hingga lembut dan toskan
  • 1 biji lada hijau, hiris
  • 1 biji lada merah, hiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 1/3 cawan air (kurang lebih..anda agak2 lah yea)
  • Sos pilihan untuk dimakan dengan cekodok
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan sos. Tuang air sedikit demi sedikit dan terus mengadun hingga mendapat adunan sempurna iaini tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan tadi ke dalam kuali, buat lah dalam 9 - 10 jejemput, bergantung pada saiz kuali anda. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Buat hingga siap.
  3. Hidangkan bersama sos pilihan anda....selamat menjamu selera....

Apam Keledek

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf apam keledek. Sebenarnya resepi asal adalah apam kentang dan menggunakan kentang rebus, tapi saya tukar pada keledek rebus. Lembut dan sedap...anak2 amat mengemarinya. Lagi pun saya nak perabiskan stok keledek yg berbaki 2 ketul kat dapur tu, sayang pulak dari tak di apa2kan dan masuk angin, so jadilah apam keledek yg sangat lembut dan sedap. Cuma kali ni saya makan gitew je, sbb takde stok kelapa parut, tapi boleh juga di makan bersama kelapa kering...



Bahan-bahan.
  • 3/4 cwn gula pasir*
  • 200 ml air*
  • 1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)
  • 250 ml santan
  • 1 cwn tpng gandum
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yeast
  • 1 sudu kecil b.powder
  • pewarna oren
Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul














Salam Maulidur Rasul..


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini, 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.

Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari’at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, February 14, 2011

Kuih Koci Pulut Hitam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa pula menu petang ni ya. Kali ni kita makan koci pulut hitam pulak. Suami saya cukup suka dngn kuih koci ni, asalkan tak berapa liat, maklumlah adunan guna tpng pulut ni mmng liat sikit, tapi kita kenalah campur sedikit tpng gandum supaya ianya tak liat sangat. Kuih koci ni banyak jenis, ada koci putih biasa, koci pulut hitam, koci keledek, koci labu, koci kcng merah, koci kcng hijau dan sebagainya....ada lagi keeeee?
Terpulanglah pada si pembuatnya nak letak perisa apa ya...asalkan sedap dan laku. Bab ni mmng kena tanya Mat Gebu, sbb Mat mmng pandai mereka2 resepi dan kebanyakkannya menjadi dan di gemari ramai....kita tungguuuu.

Resepi kuih koci ni adalah dari Mat Gebu di MyR. Biasanya saya buat kuih koci keledek...boleh lihat di SINI, kali ni cuba buat yg pulut hitam pulak. Kalau majlis kenduri atau yassinan, mesti ada kuih koci ni. Mmng sedap dan saya mmng suka tngk kaler kuih koci tu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...sekali lagi akak ambil resepi dari Mat..akak kongsikan kat sini pulak ya..


Kuih koci yg sudah di masak...masa utk merasa...
. Adunan yg siap di isi inti dan di letak sedikit santan pekat,pastu tu bungkus

Bahan-bahan ( 20 biji-akak dpt 25 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum- saya tambah
  • secubit garam-saya tambah
  • 1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam
Cara-cara

UNTUK INTI:-
  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  4. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-
  1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.Saya tambah tpng gandum
  2. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  3. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  4. Kemudian lipat seperti biasa.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Sunday, February 13, 2011

Roll Tuna Sandwich

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn Roll Tuna Sandwich pula. Esok dah start sekolah, anak2 dah order nak bawa bekal apa. Jadi petang ni saya buat roll tuna sandwich ni utk bekalan esok. Anak2 saya dah terbiasa bawa bekal ke sekolah sejak di US lagi. Kat US anak2 saya dpt makan free di sklh, tapi mereka semua mmng tak ambil kecuali susu , jus dan buah2an saja. Biasanya saya bawakan bekalan dari rumah. Bila balik ke Msia, anak2 dah terbiasa utk bawa bekal ke sekolah. Tak mengapalah, lagi pun waktu rehat pendek, nak beratur panjang beli makanan kat kantin pun ambil masa yg lama...tup2 bila beli tak sempat makan...tu yg anak2 lebih suka bawa bekalan dari rumah. Mereka kata bila makan bekalan dari rumah, pasti teringatkan mama nya di rumah. Jadi bertambah semangat nak timba ilmu pelajaran di sekolah. Syukur Alhamdulillah..

Berbalik pada roll tuna sandwich ni, saya ambil resepinya dari Mat Gebu. Kalau singgah DTS mmng mcm2 dok kepala ni memikirkan nak buat yg mana dulu. Banyak resepi yg best kat sana, cuma hendak dngn taknak je nak membuatnya. Roti ni mmng lembut dan sedap sangat. Saya dah buat malam tadi utk sarapan pagi ni, tapi kena buat lagi petang ni sbb anak2 nak bawa bekal utk sklh esok. Bila tngk anak2 dan suami suka roti ni, saya pun bertambahlah seronoknya membuat adunan buat kali keduanya. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Akak kongsikan kat sini pulak ya.. Buat pengetahuan semua, saya uli guna tangan je...BM tak beli lagi....hehehehe.




BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.
  2. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan.
  3. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  4. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang.
  5. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

Kuih Sago Kukus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah menu ringkas tetapi sedap di tekak. Pada pengemar kuih sago tu bolehlah mencuba, pada yg tidak tu...tengok jelah ya....no komen. Biasalah kdng2 bila kita tak suka sesuatu makanan tu, ikut sedap hati je mengomen padahal itu kan makanan. Biarkan jelah...jngnlah di komen atau di rungutkan.... sekurang2nya kita kena bersyukur nikmat yg Allah berikan pada kita...kita tidak kekurangan makanan dan dpt hidup dngn selesa tidak seperti sesetengah orng yg bernasib malang. Ini adalah peringatan utk diri saya sendiri juga. Renung2kanlah...

Kuih sago ni mmng sedap. Lebih sedap lagi kalau di makan bersama kelapa parut muda.Resepi asal adalah dari Mama Kastam@ MyR dan saya kopipes dari Izah. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Mmng cantik je sago tu bila di kukus...cantik sekata je warna sago tu. Sebelum ni saya pernah buat, tapi tak kukus, ada juga warna sago yg tak sekata, masih putih2 lagi....so lenkali mmng saya guna resepi ni je...



Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-caranya:-
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Saturday, February 12, 2011

Ikan Pari Masak Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pari masak hijau. Mula2 tngk resepi ni pelik juga kenapa namanya ikan masak hijau, padahal taklah hijau rupa masakkan tu. Bila fikir punya fikir, rupanya lada hijau dan daun kari yg berwarna hijau tulah yg membuatkan masakkan ini di beri nama ikan masak hijau. Pada kawan2 tu janganlah mushkil lagi ya...pertanyaan sudah terjawab...hehehehe.. Apa pun masakan ini simple mimple tapi sedap sangat hingga menjilat jari dan pinggan, kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...maunya bertambah2 nasi. Ini adalah resepi dari kakak saya. Kalau dtng rumah kakak, mmng masakkan inilah yg paling saya gemari, kakak saya pun dah tahu selain ikan pari masak asam pedas, masak hijau nilah yg menjadi kegemaran saya...lauk lain dah takmo daaaa....sayangnya kakak saya pada saya....dia tahu selera saya....uwaaa..beruntungnya saya... Oklah jom kita semak resepi yg simple ni....jom..jom..jom..


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

Friday, February 11, 2011

Bingka Ubi Gula Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang ni kita makan bingka ubi pulak ya. Ubi ni adalah lebihan dari ubi aritu. Separuh dah di rebus dan di makan bersama sambal colek pedas, kali ni saya buat bingka ubi. Bingka ubi ni kegemaran suami saya. Kalau bahagian yg garing2 kat tepi tu...ahaaa dia sajalah yg punya....sedap sangat hingga menjadi rebutan. Resepi ni saya ambil dari DTS, sape lagi kalau bukan Mat Gebu, mekaceh ya Mat resepi yg best ni. Sebelum ni dah pernah buat ikut resepi ni, mmng sedap sangat...boleh lihat DISINI. Kali ni saya ikut resepi yg sama juga....cuma caranya je berbeza sikit. Kali ni saya kukus dulu adunan tu dlm 30 minit dan saya bakar guna api atas dan bawah selama 40 minit, dan guna api atas je selama 20 minit. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong ya, gunakan pisau plastik supaya kuih cantik dan licin potongannya.



BAHAN-BAHAN
  • 1 kg ubi yg telah di parut
  • 650 ml santan kelapa
  • 100 g gula melaka, hiris halus
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar minyak sapi...
CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  2. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
  3. Angkat dan biar sejuk.
  4. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  6. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak.
  7. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  8. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....
**Saya kukus dulu 30 minit dan selebihnya saya bakar....mmng cantik sekata warna ubi tu.

Thursday, February 10, 2011

Kek Kastard pandan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua ceria di samping tugas seharian juga bersama insan2 tersayang. Semalam adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran adik bongsu saya, Noratika Ramlan. Saya terpanggil utk buatkan sebiji kek utknya. Syukur alhamdulillah adik saya sangat gembira dan terharu di buatnya. Mak jauh di kampung, hanya kiriman doa restu moga adikku selamat semuanya. Kek ni saya buat tengahari smlm, bila dah sejuk barulah tuangkan kastard dan hias ikut selera sendiri. Malam tu, saya jemputlah adik saya dtng kerumah utk menjamu selera dan memotong kek sempena hari ulangtahun kelahirannya yg ke 22 thn. Semoga adikku sentiasa di rahmati dan berjaya dlm bidang yg di ceburi...Aminn.

Oklah, kek pandan ni mng kegemaran kami sekeluarga. Biasanya saya buat kek ni tanpa topping sbb dah tak sabar anak2 nak merasa. Kali ni saya hias dngn kastard pandan dan taburan coklat rice putih/ coklat. Resepi kek dan kastard pandan ni adalah dari Sweet4ever@myresepi.com. Terima kasih pada penyumbang resepi, saya kopipes kat sini plk ya..



Kek Span Pandan
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 5 biji telur gred A
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan-(guna santan atau susu cair pun boleh)
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 150 gm tepung super fine/ tpng kek*(* di ayak..)
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-Cara
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...
  6. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
** Saya pkl telur bersama gula hingga kembang, pastu masukkan ovalette dan pkl kembang lagi. Pastu barulah masukan tpng dan susu/santan/air pandan serta minyak secara berselang seli. Gaul rata dan bolehlah di bakar.

Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan
  • 1 biji kek span pandan
Bahan (A)
  • 180 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering-saya guna coklat rice...ikut selera masing2lah ya..

Cara-cara
  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..
Related Posts with Thumbnails