Saturday, June 29, 2013

Selamat Hari Lahir Anakanda Mohamad Talhah - 21thn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 29 Jun 2013 merupakan hari ulangtahun kelahiran  anakanda Mohamad Talhah yg ke 21 thn. Cepat masa berlalu, kini anakanda telah dewasa. Masih teringat lagi saat melahirkan dan membesarkannya. Walau berbagai rintangan dan dugaan ianya tetap manis dlm ingatan. Kini anakanda Talhah sudah dewasa dan kali ni dapatlah sama2 meraikan hari yg sungguh bermakna ni bersama keluarga tercinta. Sebelum ni mmng kerap anakanda Talhah tak dapat meraikan hari lahir bersama keluarga di sebabkan terpisah jauh. Semua tu dugaan dan pengorbanan yg harus di lalui sebagai pelajar di perantauan.

Syukur padamu Ya Allah kerana menyatukan kami kembali di saat hari istimewa ini. Anakanda Talhah kini sedang bercuti semester selama 3 bln dan dapatlah kiranya berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tersayang. In Shaa Allah.....

Di kesempatan ini bonda ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anakanda M.Talhah Mohd Khata, moga di panjangkan usiamu, di murahkan rezekimu, di berikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan bonda serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.


Thursday, June 27, 2013

Roti Sosej Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni nak kongsi menu simple tapi kerap saya masak buat sarapan atau minum petang utk anak2. Pada ibu2 di luar sana yg binggung nak sediakan bf utk anak2, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Boleh juga lihat di SINI.


Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese- kalau takde tak letak pun takpe
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Monday, June 24, 2013

Puding Kastad Buah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu penyejuk tekak di kala musim panas dan sesuai di buat berbuka puasa. Puding ni dah selalu sangat buat, tapi saya mmng suka puding yg lembut mcm ni..nyaman je lalu kat tekak. Pada peminat puding tu, bolehlah buat...sesuai di makan bila2 masa saja.



Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin koktel buah2an ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang koktel buah2an  tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

Tuesday, June 18, 2013

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu pertama buat santapan anakanda Talhah yg baru balik dari UK. Murtabak Kraker ni saya buat masa sabtu aritu. Bila dlm kereta dlm perjalanan balik, murtabak kraker inilah menjadi makanan buat alas perut dahulu sebelum di jamu makanan yg berat di rumah. Anakanda Talhah makan penuh selera, ntah berapa keping di makannya...nampak sungguh berselera dia. Sebagai ibu, mmng hati ni gembira sangat dpt rasakan masakan air tangan sendiri bila bertemu anakanda setelah lama terpisah. Walau hari tu merupakan hari yg sibuk sbb pagi tu, saya kena pergi sekolah ada hari terbuka, balik rumah walaupun penat...saya tetap paksa diri menyediakan juadah kegemaran Talhah...hati ini merasa puas bila dpt menyediakan juadah kegemaran dan bukan makanan segera yg di beli. Alhamdulillah satu keluarga mmng suka murtabak kraker ni. Sebelum ni pernah buat di SINI dan boleh juga lihat di blog Kak Ummi.



Sunday, June 16, 2013

Alhamdulillah...Kasih Bertaut Kembali...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah anakanda Mohamad Talhah selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang. Kami sekeluarga amat gembira dan rasa syukur yg amat sangat kerana di temukan semula. Pada 15 jun 2013 bersamaan hari sabtu jam 8mlm anakanda Talhah selamat sampai. Bila sampai je di Changi Airport, hati ni tiba2 sebak yg amat sangat. Air mata kegembiraan mula membasahi pipi, tak taulah kenapa..mungkin hati ini terlalu gembira dan rasa bersyukur yg amat sangat kerana dngn izinNYA kami di ketemukan semula. Syukur padamu Ya Allah.

Terima kasih pada kawan2 yg mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Kami sekeluarga amat2 menghargainya.







Saturday, June 15, 2013

Selamat Pulang dan Selamat Bercuti Anakku Mohamad Talhah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari yg di nanti2kan. Bulan silih berganti, hari berganti hari dan kini hanya tunggu beberapa jam saja lagi pertemuan antara anakanda Talhah bersama keluarga tersayang. Kasih kembali bertaut sejak sekian lama terpisah demi masa depan anakanda tersayang. Buat kwn2 semua doakan moga anakanda Talhah selamat sampai ke tanahair. Kali ni kami sekeluarga menunggu ketibaan anakanda Talhah di Changi Airport. In Syaa Allah pkl 8 mlm bersamaan 15 jun 2013 anakanda Talhah selamat sampai. Moga di permudahkan segala urusannya. Aamiin.


Thursday, June 13, 2013

Sambal Sotong Daun Kunyit

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak sambal sotong kegemaran anak2. Kalau ada samabl mestilah ada ikan atau ayam goreng. Hamka paling tak tahan pedas, sebab tu kena masakan dia yg lain, sotong masak kicap ke. Resepi asal Mat Gebu guna daun limau purut, kali ni saya tukar pula pada daun kunyit...mmng sedap. Kalau makan dngn nasi lemak ni, mmng sedap betul. Pada peminat sambal sotong tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap dan harum je bau daun kunyit tu. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg sotong, dibersihkan, potong ikut suka, cuci dan toskan-saya tak potong
  • 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan ptng halus
  • 1 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit hirisan halus daun kunyit untuk hiasan
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 biji buah keras
Cara Menyediakannya
  1. Sotong yang telah ditoskan tadi, dicelur dalam air mendidih, tapi jangan lama sangat celur dalam 30 saat sudah memadai, angkat dan tosk, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, daun  kunyit dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi atau sebagainya. 

Wednesday, June 12, 2013

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, terasa rindu sngt. Bila anak2 dah start sekolah semula, mmng rutin harian jadi sibuk sangat. Bila dah sibuk dan penat tu, mood nak update blog pun jadi lemau. Bila dah tertangguh je jadi malaslah pulak. Bagi tak menghampakan pengunjung2 setia blog Sinar Kehidupanku, saya hidangkan dngn agar2 santan gula melaka sebagai penyejuk tekak. Agar2 ni sedap di makan sejuk, tak kira masa. Resepi boleh lihat di SINI ya. Jom jamu mata je..



Friday, June 7, 2013

Terung Goreng Bersambal Beraroma

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu hari ni yg ringkas tapi cukup menyelerakan, sampaikan tak sedar bertambah2 nasi di sebabkan lauk sambal terung ni. Resepi ni mudah je, tapi sedap sangat. Saya mmng suka kalau terung di masak mcm ni. Kali ni saya guna resepi Intai Dapur FHA. Terima kasih kak berkongsi resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Maaf ya saya ada tokok tambah resepinya ikut kesesuaian. Jom semak resepinya kwn2...kalau teringin tu, bolehlah cuba...



BAHAN A
  • 3 biji terung sederhana panjang (dibelah 2 tengahnya dan ptng 2 lagi)
  • minyak masak secukupnya
BAHAN B 
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
  • 2 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 camca besar ikan bilis-buang kotorannya
  •  sedikit belacan
BAHAN D
  • 2 camca besar Sos Tiram
  • sedikit garam dan gulasedikit air jika perlu
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung, balik2kan(~ 3 minit saja) dan diangkat. Toskan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan C. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal. Masukkan bahan D. Gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan gula.
  4. Bila dah cukup rasa, angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap

Thursday, June 6, 2013

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Israk Mikraj juga buat semua umat Islam  walau di mana jua anda berada. Bagi yg berpuasa sunat 27 rejab tu, selamat berpuasa...moga amalan kita di terima Allah SWT. Aamiin. Puding laici dangdut ni juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Puding laici ni dah selalu sangat buat, kalau tak puasa pun buat gak. Kami sekeluarga mmng suka puding ni. Kawan2 boleh lihat di SINI juga. Terima kasih pada K.Liza berkongsi puding laici yg mudah dan sedap ni. Izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm)
  • 2 liter air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Monday, June 3, 2013

Delicious Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.  Sebenarnya kek epal ni saya buat minggu lepas. Kebetulan banyak epal kat rumah dan terbiar tak dimakan, dari membazir dan terbuang begitu je...jadi saya pun buatlah kek epal ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi yg sama tapi dijadikan cupcakes. Kali ni bakar je jadikan kek. Rasa kek ni mmng sedap sangat, kaya dngn buah epal. Kalau makan tu, rasa mcm makan buah epal je...mmng sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi asal, juga buat AlongRoz yg mewar2kan kesedapan kek ni. Pada kwn2 yg nak merasa tu, cubalah buat....beli je epal fresh takyah tunggu epal nak kecut..he3..Jom semak resepinya..




Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)

  • 500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub
  • 150-200g Gula Perang 
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 1 cwn Minyak
  • 1 sudu teh Parutan Kulit lemon 
  • 200gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
  1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.  
  2. Campurkan parutan kulit limau.  
  3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.  
  4. Gaulkan epal sehingga rata .
  5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak.
  6. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.
Related Posts with Thumbnails