Sebenarnya banyak resepi serabai dan saya pun tak tau nak cuba resepi mana satu. Kali ni saya cuba resepi Kak Wan dulu. Syukur Alhamdulillah menjadi cantik. Saya suka tngk serabai yg bersarang tu. Terima kasih pada K.Wan kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya. Pada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.
Bahan-bahan:
- 250 gm tepung beras
- 150 gm nasi sejuk
- 500 ml santan
- 1 sudu kecil yis segera + 50 ml air suam ( larutkan), biarkan seketika
- 1/2 sudu teh garan
- 600 ml santan
- 100 gm isi durian
- 80 gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan disimpul
- 1 biji putih telur- dipukul sedikit
- Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
- Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
- Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.
- Kuah: Satukan semua bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur dan masak hingga kuah sedikit pekat.
- Hidang serabai dengan kuahnya.