Friday, November 30, 2012

Blueberry Crepes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni buat Blueberry Crepes pulak. Kalau yg tak berapa gemar makan durian tu, bolehlah tukar pada filling yg lain ya, ikut selera masing2. Blueberry Crepes ni mmng sedap dimakan sejuk. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Saya suka guna resepi ni sbb mudah, crepesnya nipis dan senang dilipat dan tak koyak. Terpulanglah pada kawan2 semua ya, yg penting isinya tuuuuu.




Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya.
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling- secukupnya~ s
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Durian Crepes lagi...

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Tuan rumah masih asyik di buai fenomena durian crepes, jadi jangan boringlah ya tayang durian crepes lagi....mmng sedap. Resepi boleh rujuk di SINI.




Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepes With Custard Filling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Waduhhhhh sana sini tayang durian crepes, mmng terliur betullah. Musim durian ni mmng sesuai sangatlah menu yg di kongsikan rakan2 blog masakan berkaitan dngn durian. Bagi peminat durian mmng sukalah apa2 yg berkaitan durian, bagi yg tidak tu....jngnlah mencebik muka tanda tak suka ya. Lebih baik kita diam dari bercakap yg tak sepatutnya, maklumlah ini kan makanan..rezeki tu, jngn di komen lebih2 ya....

Oklah, sebenarnya lama dah teringin nak buat dan merasa durian crepes ni. Masa durian ada, non dairy whip cream nya yg takde. Puas cari kat pasaraya, mmng tak jumpa2, hinggalah hari ni jumpa dan beli di kedai bakery. Bila dah beli tu, hai tak sabar2 nak cuba buat. Dalam kepala dok binggung pula nak guna resepi yg mana satu, hinggalah saya buat arini guna resepi KakWan yg mmng pakar dlm masakan dan hiasan. Tak sangka bila pertama kali buat je menjadi dan rasanya...wallahhhhhh mmng sedap betullah. Lebih sedap lagi di makan sejuk.

Resepi juga ada di blog Izah yg mmng pakar membuat Durian crepes ni, dah ambil tempahan yg tak putus2 lagi. Terima kasih Izah melayan akak di talipon, walau sibuk Izah sempat berkongsi resepi dan petua membuat durian crepes ni. Moga bertambah2 murah rezeki...

Resepi ni juga ada di blog Ita Masam Manis. Kalau singgah blog Ita ni, mmng buat kita tak kelip2 mata dngn gambar masakan beliau. Kalau boleh nak ngappp je menu yg disediakan, mmng terliur dibuatnya. Terima kasih juga buat Ita berkongsi resepi durian crepes ni. Izinkan Yatie kongsikan cara2 buat crepes di sini ya.





Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum-Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 30 gm tepung kastard- Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 20 gm tepung jagung- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung ubi- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee - Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna kuning- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Inti Kastard Durian
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
Cara-cara
  1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Krim Kastard ~ secukupnya
  • Isi durian ~ secukupnya
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan krim kastard di atasnya
  3. Kemudian letakkan isi durian
  4. Tutup kembali denga krim kastard
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
  6. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Monday, November 26, 2012

Agar-Agar Lapis Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya lama dah teringin nak buat dan merasa agar2 lapis pelangi. Teruja melihat warna2 pelangi yg cantik menawan. Minggu lepas merajinkan diri buat agar2 ni. Bila tngk bahan2 tu, mudah je..cara menyediakannya pun mudah...hanya memerlukan kesabaran yg tinggi je. Kalau tak cukup sabar mmng tak berapa menjadi. Masa melapis agar2 tu sebenarnya memerlukan kesabaran dan ketelitian yg lebih, barulah menjadi. Pada kawan2 yg belum pernah mencuba tu, jngn takut dan bimbang utk membuatnya, ikut je cara2nya..pasti menjadi. Terima kasih pada Aziemas@myresipi.com kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-bahan ( 22 cm )
Bahan A
  • 10 gm serbuk agar2
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula
  • Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple,
Bahan B
  • 10 gm serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula
  • 1/2 sudu teh garam 
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan melekat...sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn pisau... agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

Wednesday, November 21, 2012

Siakap Sambal Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan sambal hijau plk. Hamka siap tanya, kenapa ikan masak hijau...mama letak warna mcm kuih ke? Aduhaiiiii anak....kalau kata warna tu, sah2 dia terfikirkan kuih sbb selalu letak pewarna makanan. Memang betullah dia tanya mcm tu, sbb nama masakan ni siakap sambal hijau...perkataan hijau tu dah menggambarkan warna hijau padanya..tu yg Hamka tanya tu. Terpaksalah mamaNya terangkan sejelas2nya supaya dia tak keliru....he3..

Sebenarnya tak tau dah nak masak apa dngn ikan siakap ni. Kalau di kukus tak berapa laku kat rumah ni. Biasanya masak masam manis, sambal ataupun goreng tomyam. Kali ni saya masak sambal hijau ikan siakap ni. Goreng ikan garing2 pastu curahkan sambalnya kat ikan tu. Bila dah siap tu, hidangkan dan bolehlah di makan..perghhhh mmng sedap betullah. Resepi boleh juga lihat di SINI.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

Tuesday, November 20, 2012

Rainbow Cake Untuk Seri Irdina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada kaum keluarga, pengunjung2 setia blog Sinar Kehidupanku, rakan2 di FB juga rakan2 di alam nyata kerana ucapan tahniah yg tak putus2 sempena kejayaan anak saya Seri Irdina dlm UPSR 2012. Syukur Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Moga kejayaan setiasa mengiringi kami sekeluarga di masa2 akan datang. Tahniah juga pada anak2 yg berjaya di luar sana. Sesungguhnya kejayaan ini takkan di capai tanpa usaha yg gigih dari anak2, keperihatinan dari ibu bapa dan guru juga di iringi dngn doa dan tawakkal.

Sebenarnya kek ni saya buat malam semalam. Dalam menanti penuh debar, saya bersungguh2 menyiapkan kek utk Dina. Sebenarnya sejak ulangtahun kelahirannya lagi pada 25.8.2012, nak buat kek ni, tapi tak sempat sbb masa tu kami bercuti ke Kedah. Balik dari Kedah masih beraya sana sini, makinlah malas nak buat. Sampailah Dina nak ambil UPSR pada 11,12 dan 13 sept. Masa tu hati lagilah..tak boleh di ganggu, nak buat apa serba tak kena. Hanya mampu pantau Dina belajar dan sentiasa berdoa utk kesejahteraannya masa menghadapi exam. Dalam hati sentiasa berbisik utk buatkan kek permintaannya juga.

Bila cuti persekolahan bermula, sekali lagi anak2 bersuara utk makan kek yg mamaNya buat. Waduhhhh..sekali lagi kena fikir balik pasal kek. Saya ni bukannya takmo buat, cuma tangan ni tak berseni utk deco2 kek, tu yg tak terbuat2 tu...dah tu kek pelangi yg dimintanya. Sehinggalah malam semalam, saya tiba2 bersemangat utk menyiapkan sebiji kek permintaan anak2. Kek yg diminta adalah RAINBOW CAKE. Sana sini mama cari resepi yg mudah dan cuba sedaya upaya deco yg simple mimple je.  Last sekali siap tulis 5A dngn confident lagi. Dalam hati berbisik, mudah2an anak saya Seri Irdina berjaya dlm UPSR.

Bila pagi semalam, hati berdebar balik nak tunggu keputusan. Bila tngk kek pelangi ni kat petiais, jadi semangat dan yakinlah pulak. Saya pun melangkah pergi kesekolah dngn hati yg tenang dan terima segala ketentuannya. Syukur Alhamdulillah, apa yg dihajatkan dimakbulkan Allah SWT. Syukur padamu Ya Allah.

Begitulah kisah terhasilnya Rainbow Cake yg tak seberapa ni tapi cukup menghiburkan kami sekeluarga. Bila dah potong kek ni.....WOW...itulah perkataan pertama dari anak2 sbb ceria seindah pelangi kek ni. Ungkapan terima kasih pada mamaNya berulang2 kali tanda kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Jomlah semak resepi mudah tetapi mengambil masa yg lama sikit utk penyediaannya. Maklumlah, kena bakar 3 kali guna 2 loyang yg sama. Dah sejuk keknya, barulah deco2 kek bersama anak2. Bila dah siap dan di rasa....alangkan nikmat dan sedapnya. Kalau nak rasa tu, kenalah cuba..

Saya guna resepi di blog Juwita, dan menurut Ita resepi ni diambil dari blog Azlita dan menurut resepi asal di perolehi dari Whisk Kid. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng sedap kek ni.





Bahan-bahan 
  • 3 cwn tepung gandum 
  • 4 sdk baking powder 
  • 1/2 sdk garam 
  • 1 cwn butter ~ suhu bilik 
  • 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4 
  • 5 biji putih telor ~ suhu bilik 
  • 2 sdk esen vanila 1 
  • 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 
  • pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau 
Cara-cara 
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
  2. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Masukkan esen vanila 
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar 
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 
  9. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata 
  12. Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 
  13. Bila dah masak letak atas redai
  14. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan 
  15. Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan 
  16. *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 
Untuk Cream Cheese Frosting 
Bahan 
  • 250 g cream cheese 
  • 120 g gula 
  • 120 g butter 
Cara-cara 
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 
  2. Sedia untuk digunakan. 
  3. Untuk melapis. 
  4. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. 
  5. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 
  6. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. 
  7. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 
  8. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 
  9. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

Monday, November 19, 2012

Tahniah Seri Irdina Mohd Khata 5A UPSR 2012

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari yg paling gembira buat kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah....debaranku sudah berakhir....masa yg di nanti2kan tiba jua.
Tahniah buat anakku SERI IRDINA MOHD KHATA kerana telah berjaya mendapat 5A dlm UPSR 2012. Tahniah juga buat anak2 yg berjaya juga buat ibu bapa atas kejayaan anak masing2. Tahniah dan ucapan terima kasih yg tak terhingga buat guru2 yg mendidik anak2 kami hingga berjaya.
Pada yg kurang bernasib baik, jngn bersedih dan berputus asa...perjalanan masih jauh. Belajarlah bersungguh2...insyaAllah pasti berjaya jua. Buat anakku Seri Irdina, perjalananmu masih jauh, belajarlah bersungguh2 demi kejayaanmu didunia dan di akhirat. Aamiin...

Disini bukan bermaksud berbangga,tapi sekadar berkongsi kegembiraan bersama kawan2 semua. Maaf jua di pinta.Lepas ambil keputusan tadi sempatlah bergambar sebagai kenang2an. Masa ni suami saya takde bersama kerana tugas yg perlu di selesaikan.









Saturday, November 17, 2012

Kuih Keria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Petang2 ni layan kuih keria yg di buat sendiri....waduhhhh sedap betullah. Kali ni buat banyak, maklumlah cuti sekolah, musim hujan lagi....lagilah sedap makan sambil tngk tv. Kuih keria ni sedap betullah. Kalau beli tu asyik terkena yg keras dan liat je. Kalau nasib baik, dapatlah yg lembut dan sedap sbb rasa keledeknya. Kalau nasib tak baik....faham2 jelah ya.
Biasanya saya guna resepi spt diSINI, ianya mmng menepati citarasa kami sekeluarga. Pada peminat kuih keria tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan
  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba.

Friday, November 16, 2012

Ayam Tandoori Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ayam tandoori goreng dan makan dngn nasi lemak je. Kalau dah masak nasi lemak, takyah masak tengahari lagi....makan tengahari merangkumi malam sekali...tapi kenalah dngn ayam goreng. Kalau tak, cian anak2 makan dngn sambal tumis dan telur rebus je. Alang2 nak goreng ayam, saya pun carilah resepi ayam goreng yg special sikit. Cari punya cari, jumpalah resepi yg mudah dan sememangnya sedap. Terima kasih Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya...


AYAM TANDOORI GORENG

Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 s/b cili mesin
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam
Cara
  1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
  2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
SAMBAL MERAH

Bahan

  • 200 gm cili kering ]
  • 200 gm bawang merah ] mesin
  • 3 ulas bawang putih ]
  • 2 labu bawang besar [mayang]
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1 cawan cili sos
  • minyak
  • garam
  • gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
  3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Wednesday, November 14, 2012

Asam Pedas Kepala Ikan Kerachi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam Maal Hijrah 1434H, moga hari2 yg kita lalui penuh dngn keinsafan. Sentiasalah berdoa moga kita di beri kesihatan yg baik supaya kita dpt beramal ibadat dngn lebih sempurna dan mendapat keberkatan dariNya. Aamiin...

Hari ni masak asam pedas je. Kebetulan ada kepala ikan kerachi, jadi saya masaklah buat saya dan suami. Anak2 saya masakkan ikan goreng dan sayur kegemaran mereka. Kalau kepala ikan ni mmng anak2 tak pandai makan, kalau depan Hamka ni....maunya dia ketawakan je tngk kepala ikan kat mangkuk ni. Mulalah tanya soalan yg pelik2 yg kdng2 tu sukar nak menerangkannya.....aduhaiii anak Resepi ni mcm biasa je, yg penting cukup pedas dan masam manisnya.



Bahan-Bahan
  • 2 ketul kepala ikan kerachi/merah-di belah 2
  • 2 biji tomato-belah 4
  • 1 cekak daun kesom
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Kepala ikan di belah 2, jadilah dlm 4 keping semuanya, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan kepala ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, November 13, 2012

Strawberry Butter Cheesecake

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Happy Deepavali juga pada penganut hindu. Ramai yg bercuti hari ni, jadi tentunya ramai yg makan angin kan. Bagi saya, rehat2 je kat rumah sambil makan2 dan tngk tv je. Lagi pun musim hujan, mmng malas nak keluar rumah.

Kek ni saya buat masa raya haji tempohari. Baru2 ni pun ada buat gak, tapi tak ambil gambar sbb nak bawa balik kampung. Bila dah sibuk kemas2 tu, malaslah plk nak tangkap gambar. Kek ni mmng sedap sangat. Sebelum ni pernah buat Butter Cheesecake, kali ni buat lagi dan tambah perisa strawberry...mmng harum dan sedap sangat. Pada peminat cheesecake tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepi ni.



Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 1/4 cwn susu pekat
  • 5 biji kuning telur 
  • 240 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh strawberry emulco
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah strawberry emulco. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, masukkan 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 8 inci yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Monday, November 12, 2012

Lempeng Pisang Kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni mmng hujan je kan. Bila musim hujan tu dlm kepala ni dok fikir nak makan jemput2 dan lempeng je. Tak taulah nape berfikiran mcm tu. Agaknya teringat2 kenangan masa kecik2 dululah, time hujan je mesti mak sediakan jemput2 atau lempeng. Lebih sedap lagi kalau ada ubi rebus atau ubi goreng...perghhhh mmng best betullah.Masa tu tak kisahlah mak sediakan menu apa, janji perut terisi kenyang dan hasil sentuhan air tangan mak...mmng sedap.

Ok, petang tadi saya buat lempeng pisang kelapa. Alahaiiiii menu simple je, takkan nak kongsi gak resepi mcm ni kan. Tak kisahlah..walau senang anak dara saya tetap nak tau gak sukatan utk buat lempeng pisang kelapa ni. Manalah tau dok jauh dari maknya nanti, menu simple pun jadi susah sbb tak tau nak buat...tul tak. Pada yg dah tau resepinya tu, dok diam2 je ya....pada yg nak tau dan nak mencuba tu...bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni....he3...



Bahan-Bahan
  • 4 biji pisang montel
  • 1/4 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • sedikit minyak
Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  5. Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

Friday, November 9, 2012

Sambal Siakap Daun Kunyit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ikan sambal ni adalah menu semalam sebenarnya. Kebetulan saya masak 2 ekor, jadi sambalnya masih berbaki lagi hingga arini. Pagi tadi saya buatlah lempeng kelapa di makan bersama sambal ikan ni..wallaweyyyyyy sedap betullah. Bau daun kunyit tu yg buatkan sambal ikan ni sungguh sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni akak guna ikan siakap pula...mmng best sangat.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan siakap, cuci bersih,toskan,kelar2 sikit, lumur dengan sedikit garam dan sedikit tpng jagung
  • 1 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • Sedikit hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan siakap digoreng  garing. Angkat dan toskan. Letak ikan dlm piring bersesuaian.
  2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan ikan siakap goreng, gaul rata dan masukkan jus limau kasturi.
  4.  Masak sekejap, tambah hirisan daun kunyit, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. 
  5. Tuang kuah sambal di atas permukaan ikan siakap yg telah di goreng tadi.

Apam Beras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apam Salju, Apam Beras, Apam Nasi ataupun Apam Tukaz....namanya berlainan tapi kuih dan rasanya tetap sama. Ianya lembut dan enak di makan begitu saja. Sebelum ni pernah buat diSINI dan diSINI, dah banyak kali buat apam ni....mmng tak pernah jemu. Terima kasih pada tuan punya resepi asal. Pada yg belum pernah mencuba, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Wednesday, November 7, 2012

Kuih Kaswi Nyonya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kuih kaswi pulak. Kuih kaswi ni taklah susah mana membuatnya. Kali ni saya buat kaswi nyonya yg menggunakan santan masa bancuh adunan. Sebelum ni dah pernah buat di SINI,kali ni saya dah sukat guna sukatan cawan metrik je...mudahkan. Pada penggemar kuih yg lembut dan kenyal2 manja tu....bolehlah mencubanya....mmng sedap dan tak jemu memakannya. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan ( loyang 10x10 inci. ) Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  •  3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  •  1/2 cawan tepung jagung
  • 800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
  • 2 sudu besar air kapur
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

Tuesday, November 6, 2012

Chicken Floss Bun/ Bun Serunding Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Musim hujan ni mmng sedap makan roti buatan sendiri, kena plk yg baru keluar dari oven....mmng best, pekena dngn secawan kopi....perghhhhh. Saya mmng suka chicken floss bun ni. Biasanya beli je sbb takde stok serunding ayam. Bila beli yg dah siap serunding ayam tu, makin bertambah rajinlah buat roti serunding ayam ni. Resepi ni mudah je, saya kopipes dari Fiza, terima kasih dik berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


Bahan-bahan : 
  • 250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
  • 35 gram gula kaster 
  • 1/2 sudu teh) garam 
  • 1 sudu teh yis segera 
  • 1/2 biji telur, dipukul sedikit 
  • 135 ml susu segar 
  • 30 gram mentega, dilembutkan 
Cara-cara: 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. 
  3. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  4. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  5. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih. 
  6. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter. 
  7. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti. 
  8. Susun atas dulang pembakar. Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang. 
  9. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 20 minit. 
 Topping:
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Chicken Floss / serunding ayam
Cara-cara
  1. Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

Monday, November 5, 2012

Ayam Perap Masak Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lauk ayam ni saya masak masa sabtu lepas. Sebenarnya dah pening tak tau nak masak apa. Gali punya gali resepi, jumpalah resepi yg di cari2 iaitu semestinya mudah dan sedap. Ramai yg dah cuba resepi mudah dari Kak Fida ni...antaranya Mas, Izah dan K.Nor. Maaf kalau ada yg terlepas pandang ya. Sememangnya kami sekeluarga suka ayam masak kicap ni...tapi kenalah buat sambal special buat suami tercinta yg sememangnya suka lauk yg pedas2. Kalau tak pedas mmng kurang umphhhhh. Makan pun terkulat2 je nak perabiskan nasi dan lauk. Kalau ada lauk yg pedas2...perghhhhhh berselera betul.. Jomlah semak resepi mudah ni.


Bahan A :
  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit *
  • 1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
  • 1 - 2 sudu besar air asam *
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan B :
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Friday, November 2, 2012

Bingka Roti Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bingka roti ni saya buat petang tadi. Alang2 ada roti putih, saya pun buatlah utk minum petang. Lagipun kuih bingka mmng kegemaran kami sekeluarga. Kalau bahagian garing2 tulah yg menjadi rebutan. Kali ni saya cuba resepi dari Datin Lulu lagi, mmng tak menghampakanlah. Bingka roti kelapa ni sungguh sedap. Masa bakar dlm oven tu, semerbak je baunya. Resepi asal guna susu cair dan esen vanilla. Kali ni saya guna santan dan tambah perisa pandan. Macam biasalah, peminat tegar warna hijau...HAMKA.. makan kuih bingka ni banyak tawwww... Dia siap cakap dngn mamaNya suruh buat lagi kuih ni, padahal seloyang pun tak habis lagi ni.....agaknya berselera sangatlah tu...pastu warna kegemarannya...mmnglah dia teruja sangat.

Terima kasih pada Datin Lulu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap tau...



Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci )
  • *12 keping roti gardenia putih- apa jenis pun x kisah
  • *200 ml santan pekat
  • *400 ml air 
  • *4 biji telur
  • *1 cawan gula
  • *1 sudu kecil rata garam halus
  • *1 sudu kecil esen pandan
  • * sedikit pewarna hijau
  • *2 sudu besar tepung kastad 
  • *2 sudu besar butter-cair
  • 1/2 cawan kelapa parut-putihnya je
  • sedikit bijan@kelapa kering utk tabur di atas bingka 

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda*, kisar halus dan masukkan ke dlm mangkuk.
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 
  3. Lenserkan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar.
  4. Tuang/ masukkan adunan kedlm loyang & tabur bijan/kelapa kering
  5. Bakar pada suhu 180'C, selama 1 jam atau sehingga masak.
  6. Biarkan kuih sedikit suam/sejuk bolehlah di potong & sedia di hidangkan.

Thursday, November 1, 2012

Ayam Bakar Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya Ayam Bakar Berempah ni menu semalam. Kalau nak masak hari ni mmng tak sempatlah. Lagipun hari ni busy sangat, so masak yg ringkas2 je. Resepi ni mudah dan semestinya sedap. Lebih sedap lagi bila di makan mcm tu je, makan masa panas2...perghhhh mmng mabeleslahhhhh. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ayam bakar ni saya makan bersama coleslow dan sos lada hitam yg dah siap je. Kalau rajin dan banyak masa tu, bolehlah cuba resepi sos lada hitam buatan sendiri..tentu lagi sedapkan. Jomlah semak resepinya. Pada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.



 AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
  • 1/2 ekor ayam 
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 ulas bawang putih ] kisar halus
  • 2 inci halia ]
  • garam secukup rasa
Cara Membuat
  1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
  4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.
  5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.
Tips
  • Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].
  • Yatie bakar selama 1 jam dlm oven.
COLESLOW

Bahan [racik halus]
  • 1/2 biji kecil kobis manis
  • 1 batang carrot kecil
Sos [gaul rata]
  • 1 cawan mayonis
  • 2 s/b cooled water
  • 1 s/k lada hitam
  • 1 s/b jus limau kasturi or lemon
Cara 
  1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan dengan ayam.  
 SOS LADA HITAM

Bahan

  • 1 bawang besar [didadu]
  • 4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
  • 1 sudu besar tepung gandum ~ bancuh ngan 1/2 cawan sikit
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar butter untuk tumis
  • garam dan sedikit gula
Cara  
  1. Panaskan butter dan tumis bawang sampai layu.
  2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
  3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
  4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki.
  5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Rasakan garam n gula secukupnya.
Related Posts with Thumbnails