Tuesday, December 30, 2014

Donat Kentang Lembut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih yg mudah dan sedap. Kebetulan lama tak buat donut, jadi saya buatlah donut kentang resepi dari Ros Jintanmanis. Terima kasih Ros berkongsi resepi dan tahniah atas kelahiran anak ke 4. Moga Ros dan baby sihat dan slmt berpantang di negara orang. Sebenarnya dah banyak kali guna resepi ni, ianya mudah, lembut dan semestinya sedap. Saya suka resepi donut ni sbb ianya tak serap minyak yg banyak. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi donut kentang yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng puashati.



Bahan-Bahan
  • 500 gm tepung gandum
  • 200 gm kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya 
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Monday, December 29, 2014

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tak tau nak cakap apa sebenarnya, takut di label blogger masakan yg tak peka dan prihatin dngn sitauasi banjir yg menimpa Msia skrng. Walauapapun, hanya Allah SWT saja yg tau niat kita. Macam biasalah, walau dok diam2 kat rumah, mesti kena masak2 juga buat keluarga tersayang. Kebetulan suami beli pisang nipah 2 sisir, jadi saya pun cubalah resepi yg lama dlm senarai ni yg begitu popular masa kini. Lama dah teringin nak buat dan makan pisang goreng cheese ni. Akhirnya dapatlah buat dan merasa. Tak sangka mmng sedap sangat, lebih2 lagi di makan panas dngn secawan teh O. Pisang yg kita nak goreng tu, janganlah dah terlalu masak ya, pastikan pisang tu sedang2 elok je masaknya. Kalau pisang dah masak sangat takut serap banyak minyak. Terima kasih pd Ita Masam Manis berkongsi resepi. Terima kasih juga pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pd kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba....mmng sedap.



Bahan2 utk Pisang Goreng
  • Sesikat pisang nipah atau apa2 jenis pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 5 sudu besar santan
  • sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu besar margerin/ 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur 
  • 1 3/4 cwn air
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
Cara2nya
  1. Cairkan mentega, ketepikan dulu.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
  3. Kacau rata
  4. Tuangkan margerin cair. Kacau sebati
  5. Masukkan pisang
  6. Panaskan minyak dalam kuali
  7. Goreng pisang hingga kuning keemasan
  8. Angkat dan toskan minyaknya
Bahan Sos dan Topping
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Keju Cheedar ~ di sagat halus
  • Choc Rise atau parutan coklat masakan Yatie tak letak
Cara2nya
  1. Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  2. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju yg di parut, dlm 2 sudu besar.
  3. Kacau rata
  4. Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi. Gaul rata
  5. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
  6. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
  7. Sedap di makan ketika masih hangat.
**utk sesikat/sesisir pisang, Yatie guna 1/2 adunan saja dari bhn2 di atas utk menggoreng pisang, itu pun sudah mencukupi.

Thursday, December 25, 2014

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ni dah lama sebenarnya, tapi mcm biasalah baru ni berkesempatan nak kongsikan kat blog. Bila lama bercuti ni, naik malas nak update blog. Biasalah tu kan, tapi saya sedaya upaya ceriakan juga blog ni dngn resepi2 terkini.....dari di biarkan sepi tu, lagilah tak best kan. OK kali ni saya kongsikan resepi Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai. Resepi juga pernah di kongsikan bersama.



Nasi Beringin
Bahan-Bahan.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
Bahan Tumis 
  • 2 batang serai - saya titik je
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)
  • 3 ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan-simpulkan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.
Ayam Sambal Serai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi beringin, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

Monday, December 22, 2014

Cucur/Jemput2 Tauhu Sosej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan cucur tauhu dngn secawan teh O. Kena plk musim hujan ni, mmng nak makan yg panas2 gitu. Kuih yg paling senang dan semestinya sedap mestilah jemput2 atau cucur. Tak kisahlah jemput2 apa, asalkan makan panas2....mmng best. Kali ni saya buat cucur tauhu, kalau ikut resepi guna udang basah di potong kecil, kebetulan takde stok udang...saya pun cincangkan sosej je. Bila dah masak dan rasa, fulamakkkkk mmng sedaplah. Anak2 mmng tak cerewet, diaorang mkn penuh selera. Pada kwn2 yg nak rasa tu, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih pd K.Liza penyumbang resepi asal. Izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)- Yatie guna 3 btng sosej, ptng kecil
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  •  minyak masak secukupnya utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencicah)
Cara Membuat
  1. Tauhu dan udang/sosej dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu. 

Monday, December 15, 2014

Puding Kek Pavlova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama sungguh tak bersiaran, maklumlah sejak2 ni mmng busy sikit di tambah lagi dngn line tenet yg sungguh lambat. Hari ni baru sempat nak update kek hari jadi Hamka yg lepas pd 10 dec. Mula2 tu mcm malas je nak buat kek sbb tak tau nak buat kek apa. Kebetulan hari jadi Hamka sama bulan dngn kelahiran saya juga. Jadi saya gabungkan sekali kek hijau kegemaran Hamka dan saya yg sememangnya suka mkn puding, maka jadilah Puding Kek Pavlova...kiranya resepi 2 dlm 1. Alhamdulillah mmng sedap puding kek pavlova ni. Jadilah kan dari tak buat apa2 langsung. 

Terima kasih Kak Wan berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni saya kopipes resepi dari blog Syapex Kitchen, terima kasih pd keduanya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.





Bahan Kek (saya guna resepi KEK SPAN je)
  • 125gm vanila sponge mix
  • 125gm telur (3 biji grd B)
  • 30ml air
  • 30ml minyak jagung
  • Loyang 9 in di alas kertas minyak
  • Loyang 8 in (Loose base tin)
Cara-cara :
  1. Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung, putar hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu selama 25-30 minit pada suhu 180C. Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas redai. Biar sejuk.
  5. Basahkan loyang 8 in loose base dan alihkan kek ke dalamnya (kek akan mengecut dan mengecil)
Bahan Puding Lapisan Bawah
  • 15gm serbuk agar-agar
  • 600ml air
  • 100ml sirap buah **
  • 150gm gula pasir
  • 3 biji putih telur
Bahan Puding Lapisan Atas
  • 1 tin fruit cocktail - Tos dan ketepikan sirapnya**
  • 5gm serbuk agar-agar
  • 330ml air
  • 60gm gula pasir
Cara-cara :
  1. Lapisan Bawah : Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Satukan serbuk agar-agar, air dan sirap buah, masak hingga mendidih. Tutup api dan kacau hingga suam sedikit.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil di putar dengan hand mixer hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke atas lapisan kek, biarkan membeku dan cakar sedikit permukaannya dengan garpu.
  5. Tabur di atasnya dengan fruit cocktail hingga rata. (bole juga menggunakan hirisan buah-buahan segar spt kiwi, strawberry, anggur dll)
  6. Lapisan Atas : Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Kemudian tuang dengan menggunakan belakang sudu ke atas buah-buahan tadi hingga menutupinya. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Wednesday, December 10, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 9 thn Hamka.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 10 dec 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran Omel mama Mohamad Hamka bin Mohd Khata yg ke 9 thn. Syukur Alhamdulillah...mama dan abah sentiasa doakan moga di panjangkan usiamu...di murahkan rezekimu...diberikan kesihatan yg baik berpanjangan...menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama abah serta berjaya didunia dan diakhirat dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin..Mama dngn Hamka berkongsi bulan kelahiran yg sama, dah tentu sedikit sebanyak kami mempunyai banyak persamaan. 



Tuesday, December 9, 2014

Gulai Kunyit Lengkuas Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi gulai kunyit lengkuas udang. Masaknya mudah je, kali ni saya guna resepi Kak Liza yg sememangnya ringkas dan sedap. Pada kwn2 yg pening nak masak udang tu, saya sarankan cuba resepi K.Liza ni, mmng sedap. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan- Bahan

  • 1 kg udang besar [bersihkan]
  • 2 cawan santan [1 biji kelapa]
  • 200 gm kacang panjang -Yatie guna kacang buncis[potong pendek]
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit [koyakkan]
  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar

  • 3 tangkai cili merah
  • 15 tangkai ciliapi
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam gelugor. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bila pekat masukkan udang, kacang panjang, garam dan daun kunyit.
4. Masakkan sehingga pekat dan udang masak betul.
5. Hidangkan.

Sunday, December 7, 2014

Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan menu ringkas tapi sedap sangat. Kami sekeluarga mmng suka ikan kerisi, tak kisahlah masak apa pun...tetap habis punya. Mmng dari kecik saya suka mkn ikan kerisi, jadi bila dah berumahtangga pun mmng ikan kerisi ni mesti ada dlm simpanan petiais. Suami dan anak2 pun suka ikan ni. Kali ni saya cuba resepi dari Pak Engku yg telah di cuba oleh Ita Masam Manis. Betul2 sedap, rasanya kalau tukar pd telur dan ayam pun sedap sbb kuahnya yg mmng cukup rasa rempahnya. Terima kasih pd penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pd kwn2 yg nak merasa kesedapannya tu, bolehlah cuba...mmng best. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
  • Sedikit garam dan kunyit
Bahan kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 10 tangkai cili padi
  • 15 tangkai cili kering ~ Yatie guna 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 5 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 biji tomato ~ belah 2
  • 2 Tangkai lada hijau ~ di hiris kasar
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris 
  • 2 tangkai daun sup ~ di mayang halus 
  • 200 ml air asam jawa
  • 100 ml minyak
  • 1 ketul gula Melaka- Yatie guna 1/2 ketul je
  • 5 camca besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediannya.

1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan ketepikan
2. Panaskan 1/2 cwn minyak dalam kuali.
3. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
4. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
5. Masukkan air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
6. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air dan masak hingga didih
7. Masukkan ikan kerisi.Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, angkat dan hidangkan.

Friday, December 5, 2014

Terima kasih Bonda..


Inilah wajah2 kesayangan saya. Pada 3 dec 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran saya...terasa gembira..terharu dan sebak di buatnya mengenangkan saya masih lagi menghirup udara segar setiap pagi dan di kelilingi insan2 tersayang....syukur alhamdulillah di panjangkan usia utk menikmati kehidupan di dunia dan mudah2an dngn peningkatan umur ini bertambah keimanan saya utk bahagia di akhirat nnti...aamiin..

Terima kasih pd bonda Pn Ainon Kosnan yg melahirkan..membesarkan...mendidik dan menjadikan saya spt skrng. Terharu melihat wajah ayahanda dan bonda. Terima kasih juga buat ayahanda En Ramlan bin Wahid kerana menjaga kami adik beradik hingga dewasa dan kini sudahpun berumahtangga. Jasamu terlalu besar dan tak terbalas dngn wang ringgit. Hanya doa dari anakanda sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati ayahanda dan bondaku...aamiin...

Buat suamiku Mohd Khata Jabor..terima kasih kerana menerimaku seadanya. Terima kasih atas kasih sayangmu selama ini...mudah2an kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah.

Buat anak2ku Mohamad Talhah Al Hafiz...Seri Izati...Seri Irdina dan Mohamad Hamka...mama dan abah sayang kamu semua. Tidak ada sedikit pun perasaan di hati kami membeza2kan kamu semua. Moga anak2 mama abah menjadi anak yg soleh dan solehah yg berjaya di dunia dan di akhirat..aamiin..

Buat mertuaku..terima kasih menerimaku seadanya dan terima kasih atas kasih sayang selama ini

Buat adik beradikku...abng ipar dan adik ipar..anak2 sedara..saya sayang semuanya...juga buat saudara maraku...saya sayang semuanya..moga kita semua sentiasa dlm rahmat kasih sayang dan perlindunganNya..

Buat kwn2 semua..terima kasih atas persahabatan dan kasih sayang ini...terima kasih atas doa..ingatan dan ucapan happy besday buat diri ini. Saya amat2 menghargainya...moga kita semua sentiasa dlm rahmat dan perlindunganNya..aamiin..




Alhamdulillah..terima kasih kwn2 yg ucap happy besday sejak dari mlm 3 dec hinggalah hari ni....gembira dan terharu di buatnya atas ingatan dan doa buat saya. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sebenarnya takdelah sambutan istimewa..sekadar masak nasi beringin dan ayam sambal serai,lepas tu buat bubur putih bubur merah je. Hamka paling sibuk tanya abahnya ajak pg mkn steamboat kat Johnnys di Jusco. Padahal dia tak suka mkn kat luar. Rupanya dia ada agenda tersendiri.
Nampakkan hadiah tu...itulah hadiah dari Hamka dan Dina. Masa nak pg smlm...saya ternampaklah Hamka bwk duit sendiri RM10...pastu bisik2 je dngn Kak Dina. Bila tngh tunggu menu tu dia minta izin nak tngk2 kat kedai di Jusco tu.
Mama tau..mesti dia nak beli sesuatu sempena besday mama. Risau gak dia cuma bwk duit rm10...maklumlah brng2 kat dini mahal..mama nak tambah duit tapi takmo...nnti mcm mama beli sendiri katanya.
So biarkan jelah Hamka dngn Dina beli ikut pilihan mereka. Mama tak kisah...cuma mama terharu anak2 mama sedaya upaya nak menggembirakan hati mama. Bukan mahal harganya...tapi harga kasih sayang yg tak ternilai buat mama..terima kasih sayang..
Buat Seri dan Talhah...skrng mereka berdua berjauhan sbb belajar...hanya ucapan tanda ingatan pun dah buat mama gembira....terima kasih ank2 mama..sayang kamu semua...
Smlm pagi...saya tepon mak nak ucap terima kasih sbb melahirkan dan menjaga saya selama ini..tetiba terputus...cuba berkali2 tak dpt. Dalam beberapa minit je...mak tepon semula ucap slmt hari lahir huat saya. ALHAMDULILLAH...masa tu..tiada ucapan istimewa selain dari ucapan kasih mak pd saya...terima kasih mak...terima kasih atas segalanya...
Hadiah dari suami....cukuplah dngn dirinya sentiasa ada disisi disaat suka dan duka....itu lebih bermakna...saya sentiasa ingat...jika kita sentiasa menyenangkan hati suami...In Shaa Allah...kesenangan dan ketenangan itu milik kita jua...

Ini pula coretan dari anakanda di perantauan Mohamad Talhah buat mama, gembira dan terharu. Moga hidup kita sekeluarga sentiasa dlm rahmat kasih sayang Allah dan di bawah perlindunganNya. Aamiin..
Happy birthday to my beloved mum. May Allah bless you and give wealth and good health.
To my mum, what is a son or daughter without his/her mum,
I may read faster, speak more fluent than ever now,
but you are the first person to teach me to do that,
while patiently facing whatever my bad habit and weakness,
when others look down on me,
when im on my bad term of my life,
you are the one who still believe the best in me and drive me to my motivation,
you are my greatest teacher and my greatest friend.

Ps:I love you mum, hope i find a mum like you for my children. 

Tuesday, December 2, 2014

Talam Pisang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran dan kuih talam pisang ni saya buat minggu lepas. Bila nak update blog je line tenet slow sangat, tunggu punya tunggu mcm tunggu buah yg tak gugur....terus takde mood. Alang2 arini tenet ok, dapatlah kongsikan resepi kuih talam pisang yg sangat sedap ni. Sebelum ni pernah buat di SINI dan ada juga saya tambah perisa pandan utk lapisan atasnya spt Talam Pisang Pandan. Kuih ni tetap sedap. Pada peminat kuih2 talam tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 9 atau 10 inci
  • 3 1/2 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan (1 cwn santan pekat dan selebihnya tambah air)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak, buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.
**Alaskan plastik terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah kukus kuih spt biasa.

Thursday, November 27, 2014

Murtabak Lapis Kraker Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan murtabak buatan sendiri. Kalau nak menebar mcm roti canai, alamat tak terbuatlah sbb tak berapa mahir. Lagipun malas tangan nak bersalut minyak bagai. Kalau murtabak guna biskut kraker atau biskut lemak ni, mmng mudah je. Rasanya pun sedap mcm murtabak juga. Banyak kali dah buat murtabak lapis kraker ni, pd kwn yg nak merasa tu, bolehlah cuba...alhamdulillah sedap. Kali ni saya tambah parutan cheese, mmng lagi sedap. Jomlah semak resepinya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal..




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 27keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 200 ml santan 
  • 1 tin susu cair 
  • 6 biji telur
  • parutan cheese- jika suka
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega. Alas dngn aluminium foil atau kertas minyak.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)
  10. Biarkan betul2 sejuk baru di potong dan hidangkan bersama sos dan mayonis, makan mcm tu je pun dah sedap.

Tuesday, November 25, 2014

Bingka Pisang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan bingka pisang. Kalau ada stok pisang masak banyak, mesti buat kuih bingka pisang ni selain apam pisang. Paling2 pun jemput2 pisang. Banyak kali guna resepi DZana ni. Kalau buat bingka pisang,mesti guna resepi ni sbb sedap sngt, mewah dngn rasa pisangnya. Rasanya seakan2 kuih lepat/belebat pisang, cuma tak guna daun pisang je. Pada peminat kuih muih berasaskan pisang tu, bolehlah cuba resepi ni, boleh juga tngk bingka pisang sblm ni.




Bahan-Bahan (loyang 8 inci)
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula pasir*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Sunday, November 23, 2014

Delicious Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd anak2 semua juga pd guru2 yg terlibat. Moga cuti persekolahan ini dpt di manfaatkan bersama dngn sebaiknya. Kek epal ni saya buat masa jamuan akhir tahun sekolah agama Hamka. Jamuan tu kena pada hari yg sama, jadi saya buat Apple Strudel Muffins utk sekolah Kebangsaan dan Delicious Apple Cake ni utk jamuan akhir tahun Sekolah Agama. Hamka mmng suka makan epal, jadi dia yg cadangkan supaya mama buat epal kek utk kwn2nya. Kebetulan bahan2 semua ada, jadi mudahlah kerja mama di dapur. Alhamdulillah kek ni mmng sedap, nak buatnya pun mudah. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Lebih2 lagi dah cuti sekolah ni, bnyk permintaan anak2 yg kita kena tunaikan. Kalau nak makan kek tu, boleh cuba resepi kek epal yg sangat sedap dan moist ni. Resepi juga boleh lihat diSINI.Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)
  • 500gm Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buang empulur tengah, cincang 1cm kiub
  • 150gm Gula Perang 
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 1 cwn Minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu teh Parutan Kulit lemon -tak letak pun takpe
  • 200gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
  1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.  
  2. Campurkan parutan kulit limau.  
  3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.  
  4. Gaulkan epal sehingga rata .
  5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak.
  6. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.
** Kalau guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan bersama. Saya guna epal Gala sbb rasanya yg masam manis.

Wednesday, November 19, 2014

Apple Strudel Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat muffin dan cupcakes. Kebetulan pagi tadi ada jamuan akhir tahun kelas Hamka, jadi saya buatkan muffin yg sangat sedap ni. Lagipun dah lama tak makan muffin ni, terasa sedap sangat....lagi2 yg baru masak tu, sedap betul dngn haruman cinnamon powder dan rasa ketulan epal bila di kunyah muffin tu. Bahan crumble tu pun sedap garing2. Rasanya utk jamuan sklh anak2, mmng sesuai buat muffin mcm ni, nak makan pun senang. Resepi kali ni saya copy&paste dari SINI, dan kwn2 boleh juga lihat resepi lebih kurang sama dan cara2nya di SINI. Selamat Mencuba...




Bahan-Bahan- dapat dlm 25 biji muffin
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cwn butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-Caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.
  3.  Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.
  4. Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  5. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. 
**Epal tu buang kulitnya, buang empulur tengah dan potong dadu kecil. Boleh guna epal hijau atau epal merah. Saya guna epal Gala sbb rasanya masam manis.
Related Posts with Thumbnails