Terima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg sudi berkongsi resepi dan petua selama ini. Moga perkongsian ilmu yg ikhlas ini mendapat keberkatan dariNya.
Inilah n3 terakhir 2011. Puding ni mmng sedap dan pernah juga buat di SINI. Kali ni saya tukar pada perisa oren dan letak warna hijau yg mmng sinonim dngn anak bongsu saya Hamka. Terima kasih pada K.Jun kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.
Bahan-bahan
- 10gm serbuk agar2
- 200gm gula
- 2 1/2 cawan air
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar butter
- 3 sudu besar tepung jagung
- 2 biji telur
- sedikit pewarna kuning dan hijau
- Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
- Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
- Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
- Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi warna hijau.
- Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna hijau dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
- Sejukkan dan hidangkan.