Monday, October 31, 2011

Talam Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali dngn resepi Talam Tokyo kegemaran ramai. Resepi kali ni mmng benar2 menepati citarasa saya. Terasa kenyal2 lembut lapisan sagu tu di gabungkan dngn haruman pandan di lapisan atas kuih ni...membuatkan siapa yg memakannya begitu asyik hingga berangan2 sampai ke TOKYO... Alahai saje je gurau di petang isnin ni. Kalau tak percaya, cubalah sendiri...mmng sedap betul kuih ni. Terima kasih pada Chef Asma yg sudi berkongsi resepi talam tokyo yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Saya mmng dah minta izin pun semasa bertemu Chef Asma tempohari yg lepas. Sebelum ni saya juga pernah buat Talam Tokyo di SINI. Saya rekomen pada kawan2 semua supaya guna resepi Chef Asma ni, mmng gerenti menjadi dan yg penting ianya sedap. Apa lagiiiiii..jom semak bahan2 yg di perlukan. Pada penggemar kuih2 tradisional mcm ni bolehlah mencubanya.





Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur
  • 300 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie guna 1 sudu kecil air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie= Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...

Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Inilah ayam sambal serai yg saya masak dan di makan bersama nasi lemak basmathi semalam. Kalau ayam masak mcm ni mmng cepat laku sbb anak2 dan suami mmng suka sangat. Hamka je yg tak tahan pedas, jadi dia makan bersama ayam goreng je. Nasi lemak ni sedap juga di makan bersama sambal tumis ikan bilis dan sambal udang. Terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom kita semak resepi yg ringkas ni.


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai
  • 1 cawan lada kering kisar(dlm 20 btng)
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.

Saturday, October 29, 2011

Nasi Lemak Basmathi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru selesai tngk perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara N.Sembilan dan Terengganu. Nampaknya kemenangan berpihak pada N.Sembilan. Tahniah di ucapkan, biasalah adat permainan...ada yg kalah dan ada yg menang. ..yg tak bestnya kalau kalah....mmng sedih dan hampa. Sabor ya pemain dan penyokong Terengganu. Bila tngk perlawanan bola tadi saya jadi gelak pulak bila anak bongsu saya tanya...."Kenapa bola sepak tu satu je kat padang???? padahal ramai orangnya. Kenapa pulak orang ramai rebut2 bola sepak tu???? Haiiii...klakor di buatnya. Betullah, biasanya kalau kat tadika banyak bolanya, jadi semua dpt peluang tangkap/sepak bola tu...ni orang tua main bola rebut2..apalah...kata Hamka....Terpaksalah saya terangkan, adoyaiiii kacau daun je Hamka ni....menganggu je mamaNya nak tngk perlawanan bola dngn khyusuk...

Oklah, sebenarnya hari ni saya masak nasi lemak je. Nasi lemak ni menu tengahari merangkap hingga makan malam sekali. Petang tadi adalah buat minum petang utk keluarga. Nasi lemak kali ni saya gunakan beras basmathi Faizah...mmng sedap sangat. Sebelum ni ada jamuan di rumah kawan, sedap betul bila makan nasi lemak guna basmathi. Kali ni saya cubalah masak guna beras basmathi, resepinya tentulah dari Chef terkenal..siapa lagi kalau bukan Chef Mat Gebu. Kalau masak ikut resepi Mat Gebu ni mesti menjadi punya...yg paling penting ianya sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih Che Mat resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya...kawan2 bolehlah mencubanya utk sarapan pagi esok.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 6 cawan santan kelapa yang segar
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 inci halia, kerat 3 dan dititik
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
  • Sambal tumis
  • Hirisan timun
  • Telur rebus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..

Serimuka Delima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri utk buat kuih talam lagi. Kali ni saya buat kuih Serimka Delima. Kuih ni mmng sedap sangat, terasa lembut, lemak manis dan harum je bau tpng kastard tu. Resepi ni adalah dari Chef Asma, resepi Chef Asma ni mmng semuanya menjadi dan sedap2 belaka. Masa saya beli steamer trio aritu, saya ada tanya pada Chef Asma, bolehlah tak saya kongsikan resepi2 talam yg di beri pada saya tu. Chef Asma kata boleh sangat sbb kita sama2 dapat manfaat darinya. Syukur Alhamdulillah moga bertambah2 murah rezeki Chef Asma ni. Pada pengemar kuih2 talam tu, bolehlah mencuba resepi yg best ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Resepi kali ni saya C&P dari AlongRoz. Tq Along...sedapkan kuih ni.






LAPISAN BAWAH:(loyang 10x10x2")
  • 500 gm Beras Pulut
  • 300 ml Santan Pekat
  • 300 ml Air
  • 2 sudu kecil Garam
  • 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan
CARA2:
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
  3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
  4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
  5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.
LAPISAN ATAS:
  • 250 gm gula kastor/halus
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml Air
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titik Esen Vanilla
  • Pewarna Kuning
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
  2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
  3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
  4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

Friday, October 28, 2011

Roti Silang Sosej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga anda semua sihat dan ceria di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini. Syukur alhamdulillah mood hari ni ok je. Semalam ada gangguan di blog Sinar Kehidupanku, terkejut gak sbb ada pak guard merah kata sesetengah kawan2. Pada saya ok je bila bukak blog ni. Syukur alhamdulillah sbb saya di kelilingi kawan2 yg baik hati dan sanggup membantu di saat kita memerlukan. Terima kasih atas keperihatinan kawan2 semua. Terima kasih yg tak terhingga juga pada K.Nor Secubit Garam kerana membantu menyelesaikan masaalah di blog. Hanya Allah swt saja yg mampu balas budi baik akak dan kawan2 yg lain.

Ok, pagi ni saya nak kongsikan bersama resepi roti yg saya buat malam tadi. Resepi kali saya ambil dari K.Fida @myresepi.com. Resepi roti ni mudah dan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa masing2 ya. Kali ni saya buat roti silang inti sosej. Anak2 mmng suka roti yg ada sosej ni. Macam biasalah, tak sabar nak bawa bekal kesekolah. Bolehlah anak2 makan bersama kawan2nya. Terima kasih pada K.Fida kerana berkongsi resepi roti yg mudah ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg masih tercari2 resepi roti yg mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak bahan2 yg di perlukan. Boleh juga lihat roti silang yang saya buat sebelun ni DI SINI.



Ini sosej yang telah dibelah dua.

Doh roti yang dah naik, dah sapu kuning telur di atasnya....masa untuk bakar je..

Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt)
  • 1/4 sudu kecil bread improver/softener (Yatie tambah)
  • 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
  2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
  3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
  4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
  5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
  6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
  7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

Thursday, October 27, 2011

Puding Triffle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu rasanya tak bersiaran, ini adalah kerana line tenet yg sangat lambat...dari dok pening2 menunggu mcm buah yg tak gugur...lebih baik di biarkan begitu saja. Hari ni line tenet dah ok, so cepat2lah n3. Lagi pun Puding Triffle ni pun dah abes lama daaaaa....mcm arini nak buat lagi je sbb teringat2 akak kesedapannya. Resepi kali saya C&P dari Mat Gebu. Sebelum ni dah pernah merasa puding triffle yg istimewa dari Mat Gebu ni, mmng sedap betullah. Masa kat rumah Che Mat makan sikit je buat syarat...lagi pun malulah nak makan banyak2 walaupun sedap. Bila dah buat sendiri tu, puashatilah sbb dpt makan berulang2 kali.

Terima kasih Mat Gebu resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Puding ni mmng betul2 istimewa, maaflah akak guna swiss roll je dan tak guna whipping cream spt yg Mat syorkan. Lagipun takde stok buat masa skrng, lenkali akak ikut resepi Mat betul2 ya..btw puding ni mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya...jom semak resepinya...




BAHAN KEK SPONGE :( Yatie guna swiss roll je)
  • 200 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 3 biji telur gred B
  • 50 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 50 ml susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
BAHAN KASTARD :-)
  • 200 ml susu sejat IDEAL
  • 100 ml air
  • 2 kuning telur
  • 2 camca besar penuh tepung kastard
  • 4 camca besar gula atau secukup rasa
  • 3/4 camca teh esen vanilla
BAHAN JELLY :-)
  • 1/2 camca teh konnyaku jelly powder
  • Gula secukup rasa,
  • 500 ml air
  • 1/2 camca teh strawberry emulco
  • Beberapa titik pewarna merah
BAHAN LAIN :-)
  • 1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
  • 200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
  • Jus dari buah2an koktel tadi
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :-
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat.
  2. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata.
  3. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
UNTUK KASTARD :-
  1. Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.
  2. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
UNTUK JELLY :-
  1. Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea.
  2. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati.
  3. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
UNTUK TRIFLE :-
  1. Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar.
  2. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar.
  3. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  4. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus.
  5. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar.
  6. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..
** Yatie guna swiss roll je, ptng2kan dan susun di mangkuk kaca, pastu Yatie renjis2kan dngn air buah2an, pastu tabur buah2an koktel yg telah di toskan separuh tin je, pastu tuangkan adunan kastard dan ratakan, bila dah beku sikit..baru taburkan lagi baki buah2an koktel tadi...lepas tu tuangkan adunan jelly. Sejukkan dan bolehlah di hidangkan.

Monday, October 24, 2011

Mini Muffin Coklat Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah mini muffin coklat kukus yg saya buat semalam. Muffin inilah yg merasmikan steamer trio baru tu. Ingatkan nak buat kuih talam kegemaran saya, tapi takde stok santan...tu yg jadi kuih lain. Apa pun mmng mudah menggunakan steamer trio tu. Jangan bimbang air di permukaan pengukus tu, air tu tak jatuh atas permukaan kuih, malahan ianya mengalir ke tepi saje. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...tapi mesti beli steamer trio ni dululah. Kawan2 janganlah bimbang ya, muffin ni boleh guna pengukus biasa juga, tapi bungkuslah penutup kukus semasa mengukus kuih supaya air tak menitik atas kuih ya.

Resepi muffin kali saya saya C&P dari Kak CT Delima, menurut K.CT pula resepi asal adalah dari FP Maklang Azie. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan resepi kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan A:
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair
  • 1 3/4 cawan gula castor (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 3/4 brown sugar)
  • 1 biji telur
Bahan B: (di ayak)
  • 250 gm tepung superfine atau tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar coklat emulco
Cara-cara:
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
  3. Kukus selama 10/15 minit.
Tips :
  • Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.

Steamer TRIO dan Chef Asma








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayanglah steamer trio yg saya beli sabtu lepas. Sebenarnya saya bercadang nak beli melalui online je, kebetulan suami pergi KL masa hari sabtu..saya pun nak ikutlah sbb nak temankan suami. Dalam pada tu ada gak yg di hajatkan..kih3.... Setelah selesai semua tugasan, saya pun mengajak suami ke Puchong utk ke Studio Chef Asma. Suami pun terperanjat gak, biar betul Yatie ni....nak buat apa kat studio tuuuuu. Saya pun cakaplah saya berhajat sangat nak beli steamer trio tu. Saya pun SMS Chef Asma utk ke studionya, pastu saya tepon utk pastikan Chef Asma ada. Kalau tidak, dtng dari jauh tak dapat beli barang yg di idam2kan.

Cari punya cari akhirnya bertemu juga studio Chef Asma tu. Masa tu maghrib, Chef Asma menunggu dngn penuh setia, ramah betul Chef Asma ni. Saya pun bersembanglah dan belilah steamer trio tu, pastu beli sekali plastik utk alas loyang,beli gak loyangnya sekali yg sesuai utk steamer trio tu dan yg paling best sekali ada sekoteng. Pasni bolehlah buat Talam Sekoteng.

Ok selesai semuanya saya pun balik ke JB. Bila sampai rumah tak sempat nak rasmikan sbb dah larut malam. Saya cuma sempat membelek2 je. Keesokkan harinya barulah saya cuba buat Mini Muffin Coklat. Memang senang betul guna steamer trio ni, tak payah panaskan dulu airnya..terus je kita guna/ nak masak kuih. Kuih pun menjadi cantik je. Pada kawan2 yg berminat utk beli steamer trio ni bolehlah ke SINI. Jom kita lihat studio Chef Asma yg sempat saya ambil fotonya. Kalau dekat nak juga belajar ilmu2 yg bermanfaat kat sini.

Friday, October 21, 2011

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak resepi dari Kak Ummi lagi. Maklumlah, nak merasa masakan K.Ummi betul2 entah bilakan...jadi masaklah sendiri, sekurang2nya dapat gak nak merasa masakan Kak Ummi. Bila masak tu, terbayang2 je wajah K.Ummi kesayangan ramai ni. Jangan K.Ummi tersedak2 masa ni, udah lerrrr..sian akak, di buatnya tngh makan pedas..maunya perit tekak tu.

Ok, sebenarnya saya cari menu yg ringkas arini sbb nak masak cepat dan pastinya sedap di makan. Hasilnya inilah masakan yg sangat sempoi dan sangat sedap. Terima kasih K.Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Memang betulllah kata akak, sedap hingga menjilat jari. Suami Yatie siap tanya, nape tak letak daun limau purut kalau resepi ayam sos siam ni. Biasalah kalau masakan siam, mestilah letak daun limau purutkan. Yatie pun jawab, Yatie takmo derhaka kat resepi asal ni. Lagi pun mmng sengaja nak rasa mcmana resepi ni bila di gandingkan dngn hirisan daun kunyit.
Bila dah masak..WOWWWWWW...mmng sedap betullah. Kalau tak caya, anda cubalah sendiri. Jom kita semak resepinya...Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini ya K.Ummi.


Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili (Yatie letak 1/2 cawan sos cili dan tambah sedikit air)
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Maaflah sebab tak dapat bersiaran dari semalam. Line tenet tenat, so dari pening kepala mengadap lappy ni lebih baik buat kerja lain. Ok semalam saya buatlah bingka kukus macam Kak Ummi tu, fulamak tak sangkalah sedap betul kuih tu. Setengah loyang tu, saya sendiri je yg makan, lagi pun saya mmng suka kuih2 mcm ni...lebih2 lagi di tambah bau dan perisa padan tu..harum je masa mengukus. Lepas Kak Ummi buat kuih ni, ada gak nampak di rumah Kak Azita, bertambahlah teringinnya saya nak cuba buat kuih ni. Bila dah buat tu, mmng ternyata sedap sangat..terasa lembut dan lemak manis. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah mencubanya...saya gerenti mmng sedap dan berbaloi.
Terima kasih pada Notabilia kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan..




Bahan-Bahan
  • 8-10 keping roti putih ( Yatie guna roti gardenia, x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (Yatie guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (Yatie letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

Wednesday, October 19, 2011

Kari Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak lauk kari ayam je. Bila musin hujan ni mmng sesuai sangatlah masak kari, tak kiralah guna ayam, ikan ataupun daging...mmng sedap sangat. Lebih sedap lagi di makan bersama roti putih, tu pun kalau malaslah. Kalau ada kerajinan bolehlah menebar roti canai ke atau pergi menjala ke...eehhh silap, wat roti jala ke...tak pun buat roti arab ke....roti puri pun boleh gak....ahaaaa lempeng pekak pun lagi sodappppp. Uishhhh....terus terliur di buatnya. Bila dah ada kuah kari ni, siaplah petang ni dah berangan nak buat macam2 utk layan tekak ni. Kita tunggu jelahhhhh yaaa.....

Ok kali ni saya masak ikut resepi Mat Gebu. Selalau masak kari main campak2 je, sodapppp gak. Hari ni saje je nak buat kelainan....sedap dan harum pulak bila di tambah sedikit minyak sapi masa menumis. Kalau tak caya..bolehlah cuba. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya....biar anak akak M.Talhah cuba resepi dari Che Mat pula. Buat pengetahuan Mat, anak akak teruja nak masak mcm2 seperti yg Mat masak tu. Entah2 nak jadi mcm Mat Gebu gak tak...pandai masak macam2....terima kasih sekali lagi. Jom kita semak resepinya...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam pencen (kalau nak sedap guna ayam kampung, Yatie guna ayam bandar je..)
  • 4 biji kentang
  • 3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • Air panas secukupnya
  • 1/2 camca besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 14 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia tua
  • Secubit belacan (optional)
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kepada 12 - 14 bahagian (ikut besar ayam), buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, gaul rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk.
  4. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Tuesday, October 18, 2011

Apple Cake yg anakanda Mohamad Talhah buat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saja nak kongsikan bersama gambar terbaru anakanda Mohamad Talhah semasa di ladang epal. Bila epal tu banyak sangat, dia mulakan projek membaking apple cake. Tak sangka ada bakat gak membuat kek. Seronok bila melihat sendiri kek yg anakanda Talhah buat walaupun tak seberapa kejadiannya. Mungkin terguna loyang yg besar sebab tu keknya jadi rendah. Apa pun saya sebagai mak rasa seronok sangat bila melihat anakanda Talhah berani mencuba buat kek sendiri. Ramai kawan2 memuji sedap katanya...syukur alhamdulillah. Di sini saya paparkan sebagai kenangan buat dirinya. Sebelum ni Talhah ada juga buat karipap kegemarannya. Bila free nanti saya buat n3 khas ya. Jom kita lihat...


Makan apple hijau yang masam...





Apple Cake buatan anakanda Talhah

Monday, October 17, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rindu rasanya lama tak bersiaran. Sebenarnya semalam ada majlis kenduri kahwin kat rumah mak saya. Sejak hari Khamis lagi saya mmng busy sangat, jadi mmng tak sempat nak update blog. Maklumlah bila buat majlis kenduri kahwin ni mmng banyak kerja yg perlu di lakukan. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar,cuaca pun elok je walau sebelum ni asyik hujan saja. Saya ada buat beberapa jenis kek utk majlis makan damai tapi tak sempat nak ambil gambar sebab terlalu sibuk sangat masa tu. Tapi tak mengapalah, kek tu pun dah ada resepinya sebelum ni.

Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Kek Lapis Cheese Pesona yg saya buat minggu lepas. Kek ni sedap sangat dan ramai kawan2 yg telah mencubanya, antaranya K.Nor, Izah,Mas, Zaliedana, K.Nim dan ramai lagi....maaf ya tak berapa ingatlah. Terima kasih pada Ryo yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar- saya tambah 1 sudu besar lagi
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Yatie taburkan coklat rice je kat atas kek.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Catatan Yatie,
Yatie beli biskut marie tu 2 bungkus, tapi cuma guna buat kek ni sebungkus je biskut marie 350gm. Musykil juga di buatnya. Mungkin Yatie sapu/ratakan cream cheese tu tebal sikit kot, tapi rasanya taklah tebal sangat. Pastu Yatie guna loyang 8 inci..lenkali nak cuba juga resepi asal yg menggunakan 2 bungkus biskut dan guna loyang 9 inci. Macamana dngn pandangan kawan2 yg telah mencubanya??? Btw kek ni mmng sedap sangat..lebih sedap di makan sejuk....

Thursday, October 13, 2011

Siakap Sweet Sour

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan Siakap Sweet Sour yg mudah dan pastinya sedap. Kalau ikan siakap mmng masak macam ni je yg laku kat rumah ni. Kali ni saya ikut resepi dari Kak Liza yg sememangnya mudah dan rasanya bolehlah anak bujang saya di perantauan tu memasak ikut resepi ni. Saya akan masak resepi yg simple je supaya anak saya ataupun kawan2 seangkatan dengannya belajar masak yg mudah2. Biasalah bila berada di perantauan tu, terasa macam2 nak makan mcm kat Msia...jadi terpaksalah masak sendiri. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada adik2 yg baru nak belajar masak tu, bolehlah cuba resepi yg mudah ni. Terpulanglah nak guna ikan apa ya. Jom kita semak resepinya.



SIAKAP SWEET_SOUR

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
  • garam dan kunyit
  • sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah
Bahan untuk sos:
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk mengoreng ikan dan menumis
Cara- Cara
  1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

Roti Gulung Sardin

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebelum terlena saya nak kongsikan resepi roti sardin gulung yg saya buat petang tadi. Roti mcm ni sesuai sangat buat minum petang ataupun sarapan pagi. Ianya sedap dan mudah menyediakannya. Kalau kawan2 pening kepala nak buat bf utk keluarga esok, bolehlah cuba resepi yg mudah ni. Jom kita semak resepi dari Reen Khan ni. Terima kasih Reen berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-bahan

  • 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
  • Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
  • 1 labu bawang besar (hiris halus )
  • 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
  • 2 biji telor dipukul
  • 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
  • 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara Menyediakannya.
  1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  2. Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
  3. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
  4. Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
  5. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .

Wednesday, October 12, 2011

Puding Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang puding sagu gula melaka yg saya buat minggu lepas. Maaflah puding pun dah habisssss. Sebenarnya saya kerap buat puding sagu gula melaka ni, lebih2 lagi bila bulan Ramadhan...mmng menu wajib masa berbuka puasa. Bila semak n3 lepas2, saya belum lagi kongsikan resepinya kat sini. Kali ni saya letaklah resepi dari Kak Ummi ni kat sini ya. Ramai kawan2 yg tau resepi yg mudah ni,jadi saya letak kat sini sekali lagi sebagai rujukan di masa akan datang. Sebelum ni saya masak sagu dan tak perlu lalukan kat air, tapi kali ni guna resepi K.Ummi pula kena lalukan kat air dan toskan. Walauapapun hasilnya tetap sama....sedappppp.Kalau tak caya...cubalah sendiri. Jom semak bahan2 yg di perlukan. Terima kasih K.Ummi resepi yg best ni.



Bahan-Bahan

  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
Bahan Utk Kuah Santan
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
  • **Yatie guna 1 cwn santan pekat dan masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.
Cara Menyedia:-
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
  4. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.
  5. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
  1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap di makan sejuk.

Tuesday, October 11, 2011

Roti Silang Inti Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah selesai sudah peperiksaan PMR 2011. Petang semalam bila selesai je peperiksaan, anak saya Seri Izati demam panas dan muntah2 pula. Nasib baiklah dah selesai semuanya. Petang tu saya bagi makan panadol sementara menunggu malam utk ke klinik. Bila tiba di klinik je, doktor mengatakan Seri menghidapi demam periksa....hehehehe...pastu mabuk periksa juga. Kita beriya2 cerita dngn doktor tu anak tak sihat..doktor pulak siap buat lawak,klakarlah pulak. Ini juga antara ciri2 doktor yg memahami...bila sakit dia bagi terapi gembira dan buat orang ketawa. Taklah kita bertambah sakit..betul tak.

Oklah, sebenarnya nak letak resepi roti silang yg saya buat ni pagi tadi...tapi busy sangat,tak jadilah nak n3...petang ni barulah berkesempatan. Kejap lagi pun saya ada urusan penting yg perlu di selesaikan, nak kena keluar lagi ni. Roti ni saya buat malam tadi, sedap betullah bila makan panas2 yg baru keluar dari oven. Nasib baiklah saya buat 2 adunan..puas anak beranak makan. Suami pula tak abes2 memuji kesedapan roti silang ni. Cuma kali ni saya buat inti kari ayam manakala Mat Gebu buat inti cendawan. Tak kisahlah asalkan roti tu sedap dan larisssss. Lepas ni pun anak2 dah suruh buat lagi guna inti sardin pulak. Memang terasa2 lagi kesedapan roti ni.

Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi roti yg sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Akak rasa seronok pula bila buat silang2 roti tu...rasa nak buat lagi..dan lagi..dan lagi...ishhhhh rasanya mmng nak kena buat lagilah....Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencuba roti silang ni. Terpulanglah nak letak inti apa ya...ikut selera memasinglah ya..







BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI CENDAWAN (Yatie guna inti kari dan daging/ayam hancur..leh rujuk di SINI)
  • 200 gram cendawan butang, hiris
  • 150 gram daging kisar (daging ayam atau lembu)
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
  • 2 helai bay leaf
  • 3/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan susu sejat
  • Garam dan secubit gula
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 pokok daun bawang, hiris
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.(Yatie uli guna tangan je...)
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK INTI CENDAWAN :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu.
  2. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut .
  3. Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering.
  4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.
UNTUK ROTI SILANG :-
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian.
  2. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar.
  3. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh.
  4. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
  5. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
  6. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....
Related Posts with Thumbnails