Wednesday, March 31, 2010

Mee Bandung

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak mee bandung perantau. Rasanya dah lama tak makan mee bandung. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun dah tahu masak mee ini...tapi di sini saya ingin kongsi bersama resepi yg sememangnya mudah dan sedap.



Bahan-bahan:

* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  4. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.
Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.

Kuih Bakar Keledek

Hai bertemu kembali. Hari ini saya buat kuih bakar keledek. Sebenarnya saya nak buat kuih keria tetapi keledek yg di rebus tu jenis lembik dan warnanya oren mcm labu pulak. Sepanjang saya berada di US ni, memang keledek oren tu jelah yg ada...tetapi rasanya lemak manis. Setelah di fikir2 saya pun tukar pada menu yg lain...dan inilah hasilnya kuih bakar keledek. Rasanya memang sedap dan lembut...kalau nak tahu rasanya, cubalah ya.



BAHAN-BAHAN
4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)

CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Terima Kasih Ben Ashaari

Sebenarnya saya nak letak di sini catatan dari seorang sahabat alam maya yang baru di kenali. Rasanya ramai yang sudah mengenalinya dan singgah di blognya.Terima kasih kepada Ben Ashaari kerana telah promote blog saya agar lebih di kenali. Catatan di bawah adalah catatan beliau di blognya tentang saya dan blog saya.

Rasa terharu dan gembira kerana tak sangka blog yg masih baru ini sudah mula di kenali juga...walaupun pada mulanya saya sekadar suka2 dan mengisi masa lapang berblogging.Ianya satu penghargaan yg amat besar bagi saya. Terima kasih sekali lagi kepada Ben Ashaari....saya amat menghargainya. JASAMU DI KENANG..

Diari Blogger Perantau : Sinar Kehidupan Ku
Kali ni , kita ke negara US lak ... sapa ada di sanaaaaaa di saanaaaa ??? Kawan kita ni haaa.. namanya NORHAYATI RAMLAN dengan blog masakannya , SINAR KEHIDUPANKU ..

Yummy ...nampak sedap sekali masakan hasilan saudari kita ni ... benar benar membuka selera .. Nasib baik bukan bulan puasa ... mau gak serbu pasar Ramadhan kang ... huhu.. Cik Yati ni aku rasa sedang belajar di sana .. kan ?

Masih baru lagi dalam dunia blogging ni ..bagus bagus ..kita serupa ... hehee .. Dari merayau tak tentu hala , baik layan blog kan ..macam macam boleh tau .. Orang yang tak tau camana dunia blog ni je akan rasakan blog ni membuang masa .. Sebenarnya penuh dengan ilmu dan infomasi ... Huhuh.. Lagu kitaro lak background blog cik yati kita ni.. dan dan buat aku sedih .. Aku mmg suka dengar lagu kitaro.. huwaaaaaa.... dulu siap ada video konsert dia ... cd jgn cita la..siap koleksi ..tapi dh ilang tak kemana .. erk... lari tajuk nih ..

OK ok ..cita banyak tamo .. kalau aku dah listkan dalam blog aku ni bermakna , korang wajib singgah ke blog dia ni gak .. tak singgah rugi .... aku tak rugi sebab aku dah singgah .. hehehe..

Bukan sekadar masakan je ... ada macam macam info juga ....

Tuesday, March 30, 2010

Soft Crust Pizza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni sebenarnya teringin nak makan pizza. Jadi saya merajinkan diri untuk membuatnya. Bila anak2 tahu mamanya nak buat pizza....wow sukanya mereka. Apalagi bila anak2 suka...mamanya lagilah suka sebab mesti laku punya. Saya pun buatlah doh pizza sama macam sebelum ni. Saya guna resepi dari Che Mat Gebu yg sememangnya pakar memasak tu....hanya bahagian topping tu terpulanglah pada selera masing2 ya.




Bahan Doh
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti
1 cawan sos pizza(boleh juga guna sos prego/spaghetti)
4 biji cendawan butang-( hiris nipis)
1/2 biji bawang besar-( hiris bulat)
5 biji black olive-(ptng bulat)
-hirisan capsicum merah/hijau/kuning
5 keping salami/sosej-(ptng kecil2)
10 btng crab meat-(ptng kecil2)
Parutan keju Mozarella secukupnya

Cara membuatnya
UNTUK DOH:
  1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata.
  2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
  3. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
  4. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  5. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
  6. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
UNTUK PIZZA:
  1. Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega.
  2. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi.
  3. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos pizza/ sos spaghetti, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella.
  6. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata.
  7. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
  8. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

Mee Hoon Goreng Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga ceria2 selalu. Pagi ini saya masak mee hoon goreng putih untuk sarapan. Rasanya kawan2 semua pun dah biasa masak mee seperti ini, cuma cara saja berbeza. Di sini saya ingin kongsi bersama resepi yg mudah ini untuk rujukan anak2 saya di masa hadapan dan juga utk adik2 yg baru nak berjinak2 ke dapur.


Bahan-bahan
1 bungkus mee hoon (rendamkan lembut dan toskan)
1 kpng dada ayam (hiris nipis)
1 cwn udang basah
200 gm sawi (potong pendek)
200 gm kobis (di racik)
1 batang carrot (potong halus saperti batang mancis)
2 keping tahu (gorengkan dan hiriskan nipis)
5 s/b minyak-utk tumis
2 s/b kicap
2 s/b sos tiram
garam dan gula
air

BahanTumbuk
1 s/b lada putih
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
  3. Bila nampak masak masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masukkan air.
  4. Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati dan masukkan udang basah
  5. Bila mee hoon sudah lembut, masukkan sawi.
  6. Gaulkan rata sehingga mee hoon nampak lembut. Bila rasa dah ok, matikan api dan hidangkan.
  7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.
  8. Sedap di makan bersama lada jeruk.(jika sukalah....)

Sunday, March 28, 2010

Banana Crumb Muffin

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang tadi saya buat banana crumb muffin. Saya ni memang peminat pisang....pantang je ada pisang masak, mesti nak buat macam2 masakan yang berkaitan dengan pisang. Rasa muffin ini memang sedap sangat...dengan adanya taburan gula perang di atas muffin, membuatkan muffin ini sungguh harum dan menyelerakan. Resepi asal adalah dari Diana dan saya copy dari rumah Kzai. Izinkan saya letak resepinya di sini ya akak2 berdua. Kalau kawan2 nak tahu kesedapan rasanya...bolehlah cuba sendiri ya...mari kita lihat bahan2nya.



Bahan-Bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek-saya guna 2 biji pisang montel
1 cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan

Untuk Topping
1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
  2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
  3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
  4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
  5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
  6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.
Nota D: lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…

Award Dari Kak Maz




Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ini saya nak letak award pemberian dari seorang sahabat di alam maya iaitu Kak Maz. Terima kasih ya akak, rasanya macam tak layak dapat award yg istimewa ini sbb masih terlalu baru dalam dunia berblog . Ianya satu penghargaan yang besar dari seorang sahabat. Rasa gembira dan terharu atas ingatan dari Kak Maz. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada Kak Maz...di sini saya juga ingin berkongsi kegembiraan ini bersama kawan2 semua. Pada kawan2 yg lain, kita panjangkan award ini...sudi2lah untuk terimanya sebagai tanda ingatan kita pada kawan2 semua.

Asam Pedas Ikan Kerachi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang mengembirakan di samping keluarga tersayang. Bagi saya serta keluarga di sini alhamdulillah sihat walafiat. Hari ini saya masak lauk asam pedas. Asam pedas ni memang menjadi lauk kegemaran kami sekeluarga...tak kira samada ikan ataupun ayam....cuma asam pedas daging saja saya belum mencubanya....dengar2 mmng sedap juga, bila daging di masak asam pedas. Satu hari nanti, pasti saya mencubanya. Oklah mari kita lihat resepi asam pedas ni.


Bahan-Bahan

* 2 ekor ikan kerachi (ikan apa2 pun boleh)-di kerat 3
* 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
* 8 batang kacang bendi (jngn kerat)
* 1/2 cawan jus asam jawa
* 3 cwn air
* 5 tangkai daun kesum
* Garam dan gula secukup rasa
* minyak utk menumis

Bahan di kisar
* 1 cwn lada kering kisar (20 btng)
* 8 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Cara-Caranya
  1. Cuci ikan dan toskan. Sementara itu blend bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air dlm 1 cawan, dan kacau rata, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa serta air selebihnya.
  5. Bila mendidih, masukkan kacang bendi, masak hingga bendi lembut sedikit, tambah tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu.
  6. Masukkan daun kesum dan gaul sebati. Jika rasa dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Friday, March 26, 2010

Sotong Masala

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ringkas saja. Saya masak sotong masala. Resepi asal dari dapur Kak Liza dan saya C&P dari rumah Kak Ummi. Saya minta izin letak resepinya ya akak2 berdua....biar kita kongsi pula resepi yang sedap ni bersama kawan2 yg lain.


Bahan A

* 500 gm udang (saya dan Kak Ummi gantikan pada sotong- dikerat 1 1/2 inci tebal)
* 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
* 3 tangkai daun kari
* 1/2 cawan yogurt asli
* 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
* 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
* 2 sudu kecil serbuk cili
* garam dan gula secukup rasa

Bahan B (dikisar):-

* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
* 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
* 1 sudu besar lada putih - kisar kering
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang/sotong dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Apam Pisang Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 ....semoga ceria selalu hendaknya. Hari ni saya buat apam pisang coklat untk sarapan pagi. Apam ni sedap dan lembut. Pada sesiapa yg ada pisang dan peminat apam tu...bolehlah mencubanya. Mari kita lihat resepinya di sini...


Bahan-Bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

Thursday, March 25, 2010

Kek Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat kek pelangi. Rasanya ramai kawan2 yang dah buat kek ni...tentu sedap. Saya pun dah tak sabar nak membuatnya....apalagi dengan permintaan anak2 yang teruja dengan warna-warni kek pelangi.....bukan saja menarik, malahan memang ternyata sedap dan lembut je rasanya. Resepi asal saya tak pasti, tapi Kak Ummi,Kak Jun, Kak Zai dan Ika sudah pun mencubanya. Saya C&P ya resepinya di sini....terima kasih banyak2.



Bahan-bahan

* 250g mentega
* 220g tpg kek *
* 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
* 200 gm gula kastor
* 4 biji telur gred A
* 5 s/b air susu
1 s/k esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-Caranya
  1. Gris acuan bulat . Panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambiL satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam.
  8. Sejukkan dahulu...barulah di potong.

Wednesday, March 24, 2010

Apam Beras

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang tadi saya buat apam beras/apam salju untuk minum petang. Resepinya dah ada sebelum ni...tetapi di sini saya letak sekali lagi supaya senang kawan2 utk mencubanya. Rasanya mmng ramai kawan2 di luar sana yg sudah mencubanya...mesti dah tahu keenakkan kuih apam ni. Kami sekeluarga mmng suka sangat apam ni....kalau nak tahu rasanya cubalah ya....


Bahan-Bahan

2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:
  1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
  5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.

Daging Merah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Apa khabar kawan2 semua? Harap semuanya baik2 saja ya. Bagi kami sekeluarga di sini alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni saya masak daging merah. Mulanya saya ingat tuan punya resepi salah tulis...rupanya betul... daging merah ni mmng namanya sbb di letak sedikit pewarna merah masa memasaknya. Rasanya sedap..klau nak tahu cubalah sendiri. Resepi ni saya C&P dari rumah As di Hamilton....terima kasih ya As.


Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah) kalau guna daging batang pinang x perlu rebus..
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
3 sdb kicap
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar(lada kering)
1 btng carrot
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana

Cara-Cara
  1. Tumis bawang putih dan halia, masukkan cili kisar, setelah naik minyak, masukkan sos tomato,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging, garam dan gula. Gaul rata.
  2. Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
  3. Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
  4. Sedap di makan bersama nasi putih. Selamat mencuba...

Tuesday, March 23, 2010

Nasi Jagung

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yang dah tahu cara memasak nasi jagung ni. Di sini saya ingin berkongsi resepinya pada kawan2 yg belum pernah mencubanya. Ianya juga buat rujukan saya dan juga anak2 di masa hadapan....untuk menyediakannya taklah susah mana. Mari kita lihat bahan2nya. Saya minta izin C&P ya CMG resepi yg mudah ini dan terima kasih banyak2 saya ucapkan. Saya ubah sedikit sukatan beras bergantung pd jenis2 beras.


BAHAN-BAHANNYA
4 cwn beras basmathi
1 tin jagung manis, toskan dan simpan airnya
1 kiub ayam "Maggi"
2 helai daun pandan
1 cwn susu sejat (susu cair)
1 cwn air jagung
3 cwn air biasa
4 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, didadu
4 ulas bawang putih, dititik
2 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Cuci beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan. Dalam kuali cairkan minyak sapi, masukkan halia hiris, bawang putih titik, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan dan rempah tumis.
  2. Masukkan jagung manis yang telah ditos tadi, kacau rata dan tambah beras. Goreng beras dengan bahan2 tadi selama 2 minit sambil dikacau. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker eletrik.
  3. Tuang susu cair, air jagung dan air biasa, baki daun pandan, kuib ayam (hancur kan dulu) dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran.
** Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak, ini akan menyebabkan nasi patah2. Lagi satu, nak kata, bila nasi dah cukup tanak, gamburkan nasi dengan chop stick, cukup dengan membalikkan nasi 2 - 3 kali sahaja. Jika terlebih sangat, ini pun boleh menyebabkan nasi patah2....Selamat mencuba!!!....

Ayam Masak Sambal Serai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Dah masak ke belum? Hari ini saya masak nasi jagung dan ayam sambal serai. Mulanya nak masak nasi putih je...alang2 dah masak ayam sambal serai, tu yg masak nasi jagung sekali. Anak2 bukan main suka lagi bila makan nasi jagung...tu yg nasi saya kaya dengan jagung tu...hehehe... Ok mari kita lihat bahan2 yg di perlukan utk masak ayam sambal serai ni.



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 12
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit(utk goreng ayam)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk di kisar:
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 btng serai
1 cawan lada kering kisar(dlm 20 btng)

Caranya:
  1. Ayam yg telah di potong kecil di lumur dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bahan2 yang telah di kisar sehingga naik bau. (Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  6. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  7. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.

Monday, March 22, 2010

Bingka Ubi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hari ni saya buat bingka ubi untuk minum petang. Rasanya dah lama betul tak makan bingka ubi. Bukannya apa...ini adalah kerana kesukaran untk mendapatkan bekalan ubi di perantauan. Semalam saya pergi Vietnam market semata-mata untk mendapatkan ubi ni......alhamdulillah dapat juga apa yg saya harapkan walaupun sekadar ubi parut frozen.
Setiba di rumah, selesai saja mengemas dan memasak lauk pauk saya terus membuat bingka ubi ni. Resepi saya ambil dari Che Mat Gebu yg famous tu. Memang ternyata sedap dan lembut je kuih ni....rasanya berbaloi bersusah payah mencari ubi walau beribu batu jauhnya...wakakaka...
Oklah mari kita lihat resepi yang mudah ni....resepi asal adalah dari MyR dan saya minta izin berkongsi resepi di sini ya CMG...terima kasih banyak2...



BAHAN-BAHAN
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  2. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
  3. Angkat dan biar sejuk.
  4. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  6. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak.
  7. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  8. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....
**Saya guna ubi yg dah siap di parut....betapalah mudahnya.

Sunday, March 21, 2010

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alang-alang dah makan lauk ketam tu pedas...saya buat puding laici sekali sebagai dessert. Bila makan puding ni, hai tak ingat orng lain dah....sedap sangat.
Saya dan keluarga makan berulang-ulang...lagi....dan lagi....dan lagi...entah berapa kali tambah. Resepi asal adalah dari Kak Hanieliza dan saya cilok dari rumah Kak Ummi. Saya C&P ya akak berdua resepi yg sedap ni...terima kasih banyak2.




Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya)
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Ketam Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua dalam keadaan yang mengembirakan di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Hari ni saya masak ketam lemak cili padi dengan nenas. Lauk ni adalah menjadi kegemaran kami sekeluarga. Biasanya saya masak lemak ketam rebus semuanya sekali, tapi hari ni saya tumis perencahnya dahulu. Ini pun saya ikut resepi Kak Ummi...ternyata memang sedap sangat. Saya minta izin C&P ya Kak Ummi resepi yg mudah dan sedap ini. Terima kasih banyak2...


Bahan-bahan


* 8 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua atau biar sekor2 je.
* 12 biji cili padi - tumbuk
* 5 ulas bawang merah - tumbuk
* 2 ulas bawang putih - tumbuk
* 1 inci kunyit hidup - tumbuk
* 1 inci halia
* 3 batang serai - diketuk
* 1 cawan santan cair
* 1 cawan santan pekat
* 1 keping asam gelugor
* 1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
* garam dan gula secukup rasa
* 4 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

Saturday, March 20, 2010

Apple Raisin Bread Pudding

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang tadi saya buat apple raisin bread pudding. Bagi penggemar bread pudding, bolehlah mencubanya. Bagi yang tidak...tak mengapalah. Di sini saya hanya nak berkongsi serba sedikit resepi dan menu yang telah di cuba. Pemilik resepi sebenar adalah dari Yani di MyR. Izinkan saya C&P ya resepi yang sedap ini.



Bahan-bahan

* [ Apple syrup ]
* 2 biji epal hijau (small size)
* 60 gm raisin
* 60 gm butter
* 30 gm gula perang(brown sugar)
* 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

* [ Sos puding ]
* 3 biji telur gred A
* 125 gm gula halus
* 500 ml susu segar
* sedikit esen vanila

* 1 bungkus roti sandwich(dlm 12/13 kpng)

Cara-cara
  1. Sediakan Apple Syrup: Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.
  2. Sediakan sos: Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
  3. Sediakan puding: Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4)
  4. Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
  5. Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Ikan Masak Sambal

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ringkas je...ikan masak sambal dan tumis sayur. Seperti biasalah kalau dah masak ikan/ayam pedas, jadi sayurnya tak berapa pedaslah. Saya guna ikan talapia sekali lagi sebab di sini memang sukar nak dapat ikan2 seperti di Malaysia. Mari kita lihat bahan-bahannya.



Bahan-Bahan
*2 ekor ikan talapia(ikan lain pun boleh)
*1 cwn cili kering kisar
*5 ulas bawang merah - dikisar
*3 ulas bawang putih - dikisar
*1 inci halia - dikisar
*1 cm lengkuas - dikisar
*2 batang serai - diketuk
*1/4 cawan air asam jawa
*2 sudu besar gula
*2 sudu besar madu
*garam secukup rasa
*sedikit air
Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan kisar serta serai hingga terbit minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan air asam jawa, gula, madu dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  4. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan. Gaul rata sebentar.
  5. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Friday, March 19, 2010

Strawberry Yogurt Muffin

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya. Harap2 semuanya sihat walafiat. Bagi saya serta keluarga di sini alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni saya buat muffin lagi. Anak2 memang suka muffin ni, lebih2 lagi bila di letak strawberry....memang tak cukup kalau makan seketul. Rasanya yang lembut dan ada rasa masam manisnya...wallaaa mmng tak terkatalah. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu, minta maaf ya che mat saya tokok tambah sikit ikut kesesuaian. Kalau tak percaya cubalah, mari kita lihat resepinya.




Bahan-Bahannya
125 gm mentega
125 gm gula halus
2 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*diayak)
150 gm yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
  3. Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
  4. Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran....

Thursday, March 18, 2010

Moist Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni bukanlah dok nak menayang Awards tu...cuma saya ni orng baru, jadi tak berapa tahu sangat nak ambil dan letak awards ni. Jadi hari ni saya kemas kini awards yg sedia ada tu. Terima kasih yg tidak terhingga pada kawan2 yg sudi memberi awards ini. Gembira dan terharu rasanya. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamanya.
Ok hari ni saya buat brownies untuk anak2. Budak2 ni memang suka kalau ada kek/ brownies chocolate. Brownies ni lembut dan sedap. Ini adalah resepi dari Kak Hanieliza. Seperti biasa saya minta izin C&P ya akak.



Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara-cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Award From Chempaqa Lavender Cottage

Terima kasih kepada Chempaqa Lavender Cottage dengan award ini. Dengan berbesar hati saya menerima award ini. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamanya.

Award From Azlina-Terimalah Aku Seadanya

Terima kasih kepada Azlina Terimalah Aku Seadanya dengan award ini. Dengan berbesar hati saya menerima award ini. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamanya.

Award From Inahar's Cooking

Terima kasih kepada Dr. Inahar Ali dengan award ini. Dengan berbesar hati saya menerima award ini. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamayna.


Award From love2cook

Terima kasih kepada love2cook dengan award ini. Dengan berbesar hati saya menerima award ini. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamanya.


Wednesday, March 17, 2010

Kuih Bakar Pisang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kuih bakar pisang. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi nak buat tapi asyik tertangguh je. Bila pergi rumah Anis, Ayu dan MamaHawa ada kuih bakar pisang ni, hai tak sabar nak membuatnya. Saya memang minat sangat dengan kuih yang berkaitan pisang ni. Alhamdulillah bila buat menjadi dan terasa lembut dan sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu betapalah sedapnya...cubalah. Resepi asal adalah dari Kak Dzana-Inspirasiku. Terima kasih ya akak resepi yang sedap ini. Izinkan saya C&P ya resepinya di sini.




Bahan-Bahan

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
1 cwn tepung gandum*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
1 sudu besar tpng jagung(saya tambah)
1 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)
sedikit garam
Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Tuesday, March 16, 2010

Ayam Percik Lada Hitam

Assalamualaikum dan bertemu kembali...harap kawan2 semuanya berada dalam keadaan yang menyenangkan di samping keluarga dan tugas harian. Sebenarnya hari ni saya masak ayam percik lada hitam. Biasanya ayam percik guna lada merah...tapi hari ni saya saja nak cuba kelainan. Resepi ni pun saya dapat dari Kak Hanieliza chef yang terkenal tu. Memang terasa lain dari yg lain...sedap sangat. Ok mari kita lihat bahan-bahannya. Izinkan saya C&P ya akak resepinya...



Bahan-Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam dan gula

Bahan Kisar

1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara-cara
  1. Bersihkan ayam.
  2. Masukkkan semua bahan2 kisar dalam kuali dan biarkan mendidih.
  3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
  5. Masakkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
  6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.
**Saya panggang atas api dapur sekejap supaya bau bakaran...ha3..

Puding Pelangi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini adalah dessert saya petang tadi iaitu puding pelangi. Resepi ni mudah saja dan tentu ramai kawan2 semua dah pun mencubanya. Mari kita lihat resepinya dan resepi asal adalah dari Alma MyR. Terima kasih ya Alma resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan-Bahan.
* 10g serbuk agar2(dlm 1 sb)
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180 gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko(tak letak)
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian (sama bnyk). Letak pewarna hijau, merah dan kuning setiap satu bahagian dan kacau rata.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (saya gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna kuning ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna merah dan last skali satu senduk adunan warna hijau. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah beku...bolehlah di potong dan hidangkan.
** Boleh juga buat style marble.....
Related Posts with Thumbnails