Tuesday, May 27, 2014

Siakap Masam Manis Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Cuti Persekolahan pd anak2 juga guru2 semua. Moga cuti persekolahan kali ni dpt di manfaatkan bersama. Bila cuti ni macam2 agenda percutian yg di aturkan oleh anak2 juga ibu bapa. Bagi saya, duduk bersama di rumah juga satu percutian sbb masa yg di luangkan bersama amat bermakna. Maklumlah selama ni ank2 dngn alam persekolahan, ayah ibu pula sibuk dngn tugas masing2. Walau apa pun, pandai2lah kita mengaturkan rancangan kehidupan kekeluargaan kita.

Bila cuti ni, banyaklah permintaan ank2 yg perlu di tunaikan. Macam biasalah, kalau menu ringkas mmng cepatlah mama sediakan dan penuhi permintaan mereka. Macam ikan siakap masam manis ni, mudah sangat resepinya. Rasanya ramai kwn2 juga adik2 di luar sana tahu memasaknya. Pada yg masih tercari2 resepi siakap masam manis tu, bolehlah cuba resepi ni....mudah je....sedap pulak tu...jom semak resepinya...



Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 1 labu bwng besar-potong dadu kecil
  • 3 ulas bwng putih-cincang halus
  • sedikit halia-hiris halus
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Friday, May 23, 2014

Apam Mentega Gula Hangus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 mcm ni sedap makan kuih apam mentega ni. Gandingan pula dngn teh O panas...mmng best. Sebelum ni dah buat guna resepi ni, mmng best, sedang elok je manisnya dan yg penting ianya tetap lembut walau dah semalaman. Rasanya ramai dah cuba buat kuih ni kan, pd yg belum tu..bolehlah cuba...jom semak resepinya. Boleh juga lihat di SINI.



Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-

  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

Wednesday, May 21, 2014

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni terasa sibuk sangat, sampaikan nak update blog pun takde masa. Bila cuti dah lama sngt, mulalah penyakit malas pun datang. Hari ni alang2 ada masa sikit, saya kongsikan resepi Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai. Sebenarnya dah pernah masak nasi beringin ni, tapi  tetiba teringin pulak nak makan nasi ni. Macam biasalah makan dngn ayam sambal serai dan ulam timun dngn tomato je. Kalau rajin tu, bolehlah buat kuah kari atau acar. Biasanya ada sambal ayam atau ayam masak merah pun dah cukup sedap. Lagipun ringkas je kan..Oklah...kalau ada yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni...


Bahan-Bahan.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
Bahan Tumis

  • 2 batang serai - saya titik je
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)2
  • 3 ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.

Tuesday, May 13, 2014

Kaswi Tepung Pulut

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih kaswi yg sangat mudah dan semestinya sedap. Biasanya kita guna tepung gandum, tpng beras dan tpng ubi. Kali ni kita guna tepung gandum dan tepung pulut saja. Saya tak sabar nak mencuba dan rasa kuih ni. Alhamdulillah cantik kejadiannya dan sedap sngt. Minggu lepas saya buat dan bawa blk kmpng srh mak rasa. Mak mmng suka kuih kaswi, jadi saya tak sabar nak srh mak rasa kaswi tpng pulut ni. Memang sedap sngt dan kali ni saya buat lagi atas permintaan suami pula. Tak sangka suami makan berulang2. Terima kasih pd K.Fida atas resepinya, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Pada peminat kuih kaswi tu, bolehlah cuba...mmng sedap.





Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. / +-30 acuan lompang)

Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk kapur yang pekat
  • 2 cawan air
  • sedikit warna coklat (tak letak pun takpe)
Bahan B :-
  • 3/4 cawan gula merah/melaka 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan - disimpul   
 Bahan C :-
  •  kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan
Cara-cara
  1. Campur bahan2 A ke dalam  mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Campur bahan2 B ke dalam  periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
  4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

Saturday, May 10, 2014

Melawat Seri di PLKN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tengahari tadi kami sekeluarga meluangkan masa melawat Seri di PLKN Sembrong. Kebetulan semalam 9.5.14 hari jadi Seri, jadi mmng sesuailah hari ni dtng melawatnya. Bila jumpa tu takkan nak tangan kosong kan. Mama sempat masak menu kegemaran Seri dan buat Carrot Cake sempena hari ulangtahun kelahirannya. Walau tak berapa pandai nak deco kek, tapi anak2 cukup gembira bila mama buatkan kek. Anak2 tak kisah, asalkan kek tu mama buat sendiri, kek lagi sedap katanya sbb di buat penuh kasih sayang. Rasanya semua anak2 pun begitu juga kan, terasa istimewa sngt bila ibu sendiri buatkan kek di hari ulangtahun kelahiran....Alhamdulillah.
Ini adalah antara gambar2 yg sempat di ambil masa kat PLKN, gambar guna hp je. Jadilah buat kenang2an bila Seri tamat latihan di PLKN nnti, gambar inilah yg menjadi kenangan manis buatnya.





Friday, May 9, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 18 Seri Izati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 9.5.2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kedua saya Seri Izati Mohd Khata. Terasa kejap je masa berlalu, masih terngiang2 lagi tangisan menyambut  kelahirannya. Seri mmng tak banyak karenah dari kecil....alhamdulillah. Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini mama ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Seri, moga menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama dan abah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Buat pertama kalinya kita tak dapat meraikannya bersama sbb saat ini Seri berada di PLKN. Jangan risau, esok mama datang... Mama dan abah sentiasa doakan yg terbaik buat Seri, pesan mama....pandai2lah jaga diri dan kesihatan  walau di mana Seri berada. Taat perintah Allah, hormat orng yg lebih tua, guru2 dan sesama rakan. In Shaa Allah akan baik juga datangnya pd kita...


Thursday, May 8, 2014

Ikan Bawal Sambal Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak sambal hijau ikan bawal tapi tak berapa nak hijau sambalnya. Biasalah bila perencah dah bersatu....jadilah warna dan rupa yg berlainan...takpe, yg penting menepati selera tuannya. Resepi ni mudah je tapi sedap sangat rasanya. Sebel;um ni pernah guna ikan siakap masak mcm ni, kali ni guna ikan bawal pula. Sebenarnya dah takde idea nak masak apa dngn ikan bawal ni...tu yg wat sambal hijau je. Kalau ada ygnak mencuba tu....bolehlah cuba ya. Meh tngk resepi mudah ni. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

Tuesday, May 6, 2014

Telur Sambal Bumbu Bali

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi telur yg sangat mudah dan semestinya sedap. Biasanya kita masak telur sambal, kari, kurma ataupun kicap je kan. Kali ni kita buat sambal bumbu bali pula. Rasanya sungguh sedap, kalau tak percaya dan teringin nak merasa tu....bolehlah cuba. Terima kasih pd Kak Fida kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat telur tu.....bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi. Sambal ni sedap di makan bersama nasi lemak ataupun nasi putih je....jom semak resepinya..
 

 
 Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 6 biji telur rebus - digoreng kekuningan dan kelar2 
  • 4 ulas bawang merah* 
  • 1 labu bwng besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*
  • 5 tangkai lada kering*(saya guna 2 sudu besar cili kisar je)
  • 3 tangkai lada merah*
  • 2 biji buah keras* ( kisar bahan2 bertanda *)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2-3 sb kicap manis
  • 2 sb hirisan gula melaka (atau secukup rasa)
  • 2 helai daun salam, 
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus, masukkan daun salam, daun limau dan lengkuas.Masak hingga garing.
  2. Masukkan santan, kicap, gula melaka dan garam secukup rasa dan kacau hingga rata. Tambah air jika ingin berkuah.Masak lagi hingga terbit minyak.
  3. Kecilkan api dan masukkan telur rebus, balik2kan dan masak hingga telur dan kuah mesra.

Monday, May 5, 2014

Karipap Rangup Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi...alhamdulillah. Lama betul tak bersiaran, bila dah rehat lama sikit ni...malas betul nak muncul semula. Terima kasih pd pengunjung yg masih sudi singgah blog sempoi ni. Tuan rumah kesibukkan, jadi mmng takdelah n3 terbaru. Hari ni baru muncul semula, tak taulah esok lusa. Kalau ada kelapangan..In Shaa Allah akan keudara lagi...

Karipap kuih kegemaran keluarga, jadi pembuka tirai bulan mei ni kita tayang karipap rangup ni ya. Walau karipapnya banyak jerawat pasir, tapi rasanya sungguh sedap. Kulit karipap ni rangup walau dah seharian, yg paling best permukaan kulitnya tak berminyak. Banyak kali saya guna resepi ni, kwn2 juga boleh lihat di SINI...Pada peminat karipap tu....apa di tunggu lagiiiii....cubalah...





Related Posts with Thumbnails