Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya buat kek buah kukus yg sangat sedap. Kek ni sungguh moist, lebih moist lagi bila dah semalaman...mmng terbaiklah resepi ni. Sejak nampak Sheila buat kek buah ni, teruja sangat nak mencubanya. Bila kenangkan masa mengukus 4 jam tu, jadi terbantutlah pulak nak membuatnya. Banyak kali tertangguh disebabkan masa yg tak mengizinkan. Maklumlah biasanya siap masak tengahari, terus siap2 nak hantar anak pergi sekolah, lepas tu ambil anak sekolah, pastu hantar sekolah agama pula...pastu ambil dari sekolah lagi...jadi masa yg betul2 free tu takde. Jadi terpaksalah ditangguhkan dulu niat nak buat kek kukus ni. Bila cuti hari minggu baru ni, saya pun tekad nak buat dan merasa kek buah kukus ni. Bila dah buat tu, tak sabar nak merasa.....asyik tengok jam je, bilalah nak masak kek ni...menunggu mengalahkan budak kecik je...he3..
Dalam penantian yg menyeksakan tu, hati saya jadi berbunga riang bila lihat hasilnya. Kek buah ni sungguh cantik hasilnya, buahnya tak mendap di bawah, keknya lembab dan rasanya sedap dan tak berapa manis sangat...kira sedang2 elok je. Saya tak sangka bila suami mengatakan kek ni merupakan kek buah yg mewah mcm kek omputih katanya. Sebelum ni mmng suami saya tak berapa suka sangat kek yg manis2 mcm kek gula hangus tu. Bila rasa kek ni....suami siap tanya pada saya....kenapa kek ni sedap sangat, kenapa tak rasa mcm selalu yg bersarang tu..(kek gula hangus lah tu..) Lain kali buat kek ni jelah..sedap sangatlah...he3...tu dia penangan kek buah kukus ni. Saya berangan dah nak buat utk raya sebagai menu wajib ni. Takmolah nak buat kek asam manis lagi..kih3...ni gara2 kemaruk makan kek buah lah ni anak beranak. Anak2 saya pun semuanya suka...siap makan sikit2 takut habis...
Terima kasih pada penyumbang resepi asal
Chef Zubaidah bte Chepa dan dikongsikan resepinya oleh rakan alam maya
Sheila iaitu
Kamilia Ibrahim/Kak Uteh. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, saya cadangkan supaya cuba...mmng tak rugi dan mmng berbaloi.....kek ni sungguh sedap sangat. Pada peminat kek buah tu, cuba2lah buat ya sebelum raya...kalau boleh buat sendiri, tentunya jimat sikit....kalau beli dah tentu mahal kan harganya....bila buat sendiri tu, bolehlah di buat hidangan di pagi raya kat rumah mak dan mertua tersayang. Resepi ni saya copy dari
Hana...mekasih ya..
Bahan-bahan
- 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
- 350g gula pasir
- 60ml air panas
- 500g buah-buahan campuran
- 3 biji telur gred A
- 350g tepung gandum*
- 1 sudu kecil cream of tartar*
- 2 sudu kecil soda bicarbonat*
- 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
- Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
- Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
- Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
- Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
- Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya.
** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.
**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.