Friday, September 30, 2011

Kari Daging Kerisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ni baru sempat nak n3 menu tengahari tadi. Hari ni Yatie masak kari daging kerisik. Semalam ternampak kat rumah Mas kari daging ni, hai tak sabar nak masak sbb dah lama tak makan kari. Bila raya aritu Yatie banyak makan rendang daging walaupun ada juga menu kari daging. Bila dah nampak kari daging kat rumah Mas, Yatie pun masaklah utk lauk tengahari tadi. Sedap betullah kari kerisik ni, kena pulak daging yg lembut, mmng best. Kalau daging tak empuk dan tak cukup lembut....mmng menganggu perjalanan pemakanan kita. Baik2 berselera jadi terbantut nak makan lagi. Resepi asal adalah dari Kak Fida dan Yatie C&P dari Mas. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Sebelum ni masak kari kerisik, tapi tak ikut sukatan pun...main agak2 je.



Bahan :

  • 1 kg daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Kalau guna daging btng pinang takyah rebus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan sedikit gula
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
Bahan Tumis
  • 1 helai daun pandan
  • 1 btng serai- dititik
  • 2 lembar daun kari
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang dan 2 biji buah pelaga (rempah tumis)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,rempah tumis, serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.

Tahniah Adikku Noratika Ramlan- B.Sc (Chemistry) with 1st Class Honours

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung Tahniah buat adik tersayang Noratika Ramlan kerana telah berjaya mengenggam segulung Ijazah pada 26 sept 2011 yg lepas. Syukur Alhamdulillah kerana adikku telah berjaya dngn cemerlang dan mendapat B.Sc (Chemistry)with 1st Class Honours. Sebagai kakak, saya berasa amat gembira dan berbangga dngn kejayaan ini. Tahniah juga kepada ayahanda dan bondaku kerana berjaya mendidik anakmu dngn jayanya. Mudah2an adikku akan lebih cemerlang di masa2 akan datang dan terus mencurahkan bakti kepada nusa dan bangsamu. Tahniah juga pada kawan2 yg seangkatan dngn adikku juga tahniah buat kaum keluarga yg selama ini memberikan kata2 semangat dan sokongan sehingga mereka semua berjaya.










Thursday, September 29, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Puding Roti Karamel yg sangat sedap. Lama dah teringin nak buat puding ni, asyik tertangguh je. Bila dah buat dan merasa puding ni...hai terfikir pulak, kenapalah saya tak buat awal2 dulu...sedapnya bukan main lagi. Lebih sedap bila di makan sejuk puding ni. Terima kasih pada Kak Rosaliza kerana berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Ramai juga kawan2 yg telah mencubanya, antaranya K.Nor, Kak Ummi, Mat Gebu, Mas dan.....maaf ya tak berapa ingatlah. Rata2 mengatakan puding ni mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya...saya jamin mmng sedap dan akan buat lagi dan lagi dan lagi......Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Wednesday, September 28, 2011

Apam Mentega

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dngn apam mentega yg sangat lembut. Semalam nampak Izah buat apam ni, terliur di buatnya. Sebenarnya dah lama nak buat apam mentega resepi Kak Sofea ni, asyik tertangguh je. Petang semalam saya merajinkan diri buat apam mentega ni, tak sia2lah..sedap betul apam ni...terasa lembut yg amat sangat. Rasanya akan ada resepi ulang tayanglah lepas ni. Saya mmng suka kalau kuih yg kukus2 ni terutamanya kuih apam, mmng kegemaranku.

Terima kasih pada Kak Sofea kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak tau kelembutan dan kesedapan apam mentega ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...





Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

Tuesday, September 27, 2011

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Victoria Sandwich Cake yg saya buat semalam. Kek ni sedap dan mudah je membuatnya. Anak saya Hamka sampai tanya kenapa tak letak tuna/sardine kek ni. Saya pun pelik juga kenapa dia tanya macam tu. Rupanya ada kaitan dngn nama kek ni iaitu ada perkataan Sandwich di tengahnya. Hah3...klakorlah pulak si Hamka ni, betul gak kan...

Syukur Alhamdulillah sejak 4 hari yg lepas anakanda Mohamad Talhah telah selamat sampai di bumi UK. Bila mendengar suaranya hampir setiap hari, membuatkan hati ini lapang je, terasa dekat sangat di hati walaupun terpisah jauh. Kali ni saya saja menyibukkan diri melakukan sesuatu supaya ingatan padanya tak terlalu sangat. Sejak2 ni pun ada je adik beradik atau mak dan ayah dtng rumah, jadi suasana taklah begitu sunyi. Leka dok bersembang2 membuatkan diri ini terhibur.

Oklah, takleh citer panjang tentang anakanda Talhah, ada kang yg sedih tak tentu pasal. Kita semaklah resepi yg mudah ni ya. Resepi ni saya ambil dari KZai dan KZai C&P dari KG@Yani. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.




Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.
*Yatie guna loyang 8x12x2"..bakar sekali je, dah sejuk bahagi 2 bahagian dan sapu jam.

Saturday, September 24, 2011

Happy 20th Anniversary


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali dngn n3 terkini yg masih lagi dngn mood ucap selamat. Sebenarnya hari ini 24 sept 2011 adalah merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan saya bersama suami tercinta yg ke 20thn. Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yg Allah SWT kurniakan. Moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih pada suamiku kerana memahami dan menyayangi diri ini. Terima kasih juga kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah terasa diri ini di abaikan. Kehadiran 4 orang cahayamata menambahkan lagi seri dan kasih sayang antara kita. Moga mahligai yg di bina selama ini sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Aminnnn..

Tiada kek atau jamuan istimewa kali ini kerana ingatan saya masih pada anakanda Mohamad Talhah yg baru ke UK pada 22 sept yg lepas. Pemergianya utk menyambung pengajian adalah hadiah terbaik dan tidak ternilai rasanya. Itulah hadiah sebuah kebahagiaan buat saya sekeluarga. Walau dlm kesedihan tetapi ada sinar kebahagian di situuu...
Jadi hari ni hanya doa selamat saja moga perhubungan kami suami isteri berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminnnn..

Gambar Anakanda Sebelum Bertolak ke UK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah kerana saya berasa tenang saat ini. Terima kasih pada kawan2 yg memberi ucapan dan kata2 semangat buat kami sekeluarga. Gembira dan terharu sangat. Hari ni saya nak kongsikan bersama gambar2 kenangan semasa berada di KLIA sebelum anakanda tersayang berangkat ke UK. Kami bertolak dari JB ke KLIA pada pkl 1.30 ptng. Kami berehat dan solat di Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan lagi. Kami sampai pkl 5.30 ptng dan sedang elok waktu tu. Masa yg panjang adalah masa terbaik utk kami bersembang2 lagi sebelum anakanda tersayang berangkat. Pkl 7 masa utk check in, setelah selesai semuanya kami bersolat di surau dan menjamu selera sementara menunggu pkl 9mlm utk anak saya berkumpul bersama rakan2 yg lain.

Pkl 9mlm anak saya di beri penerangan oleh pihak Kementerian.Kami di beri masa 1/2 jam lagi utk bersama anak masing2. Pkl 9.30 masa utk anak saya ke balai berlepas dan masa tulah rasa sedikit sedih mengiringi pemergian anakanda tersayang. Pkl 11 mlm anakanda Talhah akan berlepas ke UK. Masih lagi teringat lambaiannya tanda selamat tinggal buat sementara waktu demi tugas dan tanggungjawab. Masa inilah kami kena kuat dan merelakan pemergiannya.

Pkl 10.30mlm kami sekeluarga bertolak pulang ke JB. Dalam perjalanan balik hati kami berasa tenang dan asyik bercerita kisah2 lalu tentang Mohamad Talhah. Alhamdulillah hajatnya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara kini dimakbulkan Allah. Semoga Talhah pergi dngn tenang dan semangat yg tinggi dan moga pulangnya nanti membawa kejayaan yg di impikan selama ini.
















Thursday, September 22, 2011

Selamat Berjuang Anakku..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni terasa dingin dan nyaman sekali. Sejak subuh tadi hujan membasahi bumi. Syukur alhamdulillah di atas nikmat yg Allah swt kurniakan. Hujan yg turun seolah2 merahmati pemergian anakanda tersayang @Mohamad Talhah Al Hafiz. Hujan yg sama mengiringi hujan yg membasahi pipiku ini. Tetiba terasa sayu hati ini kerana hanya tinggal beberapa jam saja lagi kami sekeluarga terpaksa berpisah sementara waktu demi tugas, tanggungjawab dan masa depan anakanda tersayang. Ku relakan perpisahan ini anakku. Pergilah dngn tenang, sabar, tabah dan dngn semangat juang yg tinggi. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati dirimu sepanjang berada di perantauan. Jagalah diri dan maruahmu, taat perintah Allah, hormat pendidikmu dan hormat sesama rakan sepanjang berada di UK. Moga pulangnya anakanda nanti membawa sejuta kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan yg di impikan. Sesungguhnya ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakanda di sana.

Terima kasih pada pensyarah dan guru2 yg mendidik anak saya Mohamad Talhah Al Hafiz bin Mohd Khata selama ini. Jasa dan budi kalian semua amat2 kami hargai dan sanjungi. Hanya Allah saja yg dapat membalas jasa dan bakti yg kalian curahkan selama ini. Kini alhamdulillah, dari kecil hingga dewasa...gurulah yg memainkan peranan penting sehingga anak saya berjaya hingga layak utk melanjutkan pelajaran ke luar negara selain usaha Talhah, doa dari ibu bapa dan juga semangat yg tinggi selama ini. Kini masanya utk Talhah menikmati hasil usahanya. Talhah dapat pergi ke UK untuk meneruskan pengajiannya dlm bidang Mechanical Engineering di University Of Sheffield. Sebenarnya inilah titik permulaan bagi Talhah utk meneruskan kehidupannya di perantauan. Moga dirinya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Terima kasih juga pada kawan2 di alam nyata ataupun di alam cyber yg selama ini memberi kata2 semangat buat saya serta keluarga. Terima kasih juga pada kaum keluarga dan sanak saudara saya yg tidak putus2 juga mendoakan yg terbaik buat Talhah. Saya rasa terharu dan amat2 menghargainya, terima kasih sekali lagi....dengan doa, harapan dan sokongan yg di berikan membuatkan diri ni kuat dan tabah mengharungi ujian ini. Mmng berat perpisahan ini, tetapi dngn kata2 semangatlah membuatkan diri ini tersedar dari lamunan yg saya, ibu kepada Mohamad Talhah mestilah kuat supaya anak saya juga rasa kuat dan pergi dngn penuh ketenangan.

Oklah setakat ini dulu. Moga selamat perjalanan kami menuju ke KLIA dan di permudahkan segala urusan. Doakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Terima kasih sekali lagi.


Karipap Daging Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi karipap daging yg sangat sedap dan rangup kulitnya walau dah sejuk. Dah lama betul tak buat karipap. Kali ni saya buat karipap special atas permintaan anak bujang saya Mohamad Talhah sebelum berangkat ke UK malam ni. Rasanya macam2 nak saya masakkan menu kegemarannya di saat ini. Tapi apakan daya...yg nak makan pun dah tak larat. Sebelum ni banyak resepi karipap yg telah saya cuba dan kebanyakkannya amat memuaskan.

Kali ni saya cuba resepi dari Quinnie pula. Teruja melihat karipap Kak So Fea yg comel2 tu, licin je permukaan kulit karipap tu. Bila melihat bahan2 pada adunan tu mmng banyak menggunakan planta, dlm hati dok berkata2 tak berminyak sangat ke karipap ni nanti. Dalam dok berfikir2 tu, saya pun cuba gaklah, alhamdulillah mmng menjadi dan taklah rasa berminyak sangat. Kalau kawan2 nak tau hasilnya, cubalah sendiri...mmng berbaloi dan saya mmng suka resepi karipap daging Quinnie ni. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom semak resepinya...



Bahan2 inti
  • 300gm daging - Yatie guna daging kisar
  • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
  • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 1 bawang besar*
  • 2 bawang putih*
  • 6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
  • 7 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • air secukupnya
Bahan2 doh
  • 750 gm tepung gandum
  • 300 gm planta (Yatie guna butter)
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air dari peti ais (letak sikit2 masa menguli doh)
Cara-Caranya
  1. Mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. Air hendanglah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi jugak santan dan gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.
  2. Bila inti dah sejuk...baru buat doh....
  3. **Mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. Kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
  4. Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
  5. Bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. Masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..
  6. Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)

Wednesday, September 21, 2011

Rendang Daging Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semalam saya masak nasi impit, rendang daging dan kuah sayur lodeh utk jamuan raya di pejabat suami. Kami para isteri di bahagi2kan tugas utk menyediakan juadah. Saya kena masak nasi impit dan rendang manakala kawan2 yg lain ada yg masak nasi tomato, ayam masak merah, rojak, satay, mee kari, spaghetti bolognese dan sebagainya. Bila di kumpulkan mmng banyak makanan yg terhidang, cuma pilih je nak makan mana satu. Alhamdulillah rezeki yg ada..sampai tak tau nak makan yg mana satu sbb bnyk sangat makanan.

Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi rendang daging istimewa yg saya masak semalam. Resepi kali ni mmng tak letak halia dan kunyit utk masak daging. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap bila di makan bersama nasi impit, pulut dan sebagainya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..

Monday, September 19, 2011

Lepat Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu sekali lagi, harap kawan2 semuanya sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kuih serimuka yg sangat sedap. Saya mmng peminat setia kuih serimuka...suka betul bau pandan yg harum tu, kena pula pulut yg lemak2 masin tu..betul2 buat kuih serimuka ni sedap sangat. Resepi asal kuih ni adalah dari K.Liza dan kali ni saya tambah sedikit kelapa parut putih...waduh sedap betul seakan2 mcm makan lepat pula.....sbb tu tukar namanya lepat serimuka pandan supaya senang buat rujukan. Terima kasih K.Liza resepi yg mudah dan sedap ni.

Saya buat kuih ni gunakan loyang 8", jadi saya kurangkan sedikit pulut tu menjadi 1 1/2 cwn. Kuih ni kelihatan cantik dan seimbang pulut dan serikayanya. Kalau anak saya Hamka yg makan kuih ni, bahagian pulut tu di tinggalkan....dia suka yg bahagian hijaunya saja. Dina pula suka bahagian pulutnya je..hai macam2 perangai anak2 ni. Kalau nak adil dan tak membazir, sayalah orangnya sbb suka kedua2nya....hehehehe.....Petang2 mcm ni layan kuih serimuka bersama teh O panas..wallaaaaahhhh sedapnya...jom lihat resepinya..



Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • sedikit garam
  • (kalau suka boleh letak sedikit kcng lepat yg telah direbus dan gaulkan rata, Yatie tak letak sbb tak berapa suka)
Cara- Caranya
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa 4 jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak. Saya kukus dlm 20 minit.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cwn jus pandan( Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama air dan jadikan jumlahnya 1 cawan)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni Yatie masak sebentar di atas api sederhana sehingga naik wap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

Saturday, September 17, 2011

Kek Coklat Kukus Munira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tentu ramai kawan2 menerima jemputan open house sempena hari raya. Saya juga tidak ketinggalan. Banyak jemputan hingga tak larat nak makan. Esok juga bersambung jemputan rumah terbuka dari kawan2. Ianya berlarutan hingga ke malam. Syukur alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yg Allah SWT kurniakan. Dalam banyak2 jemputan tu, saya pun rehatlah memasak....ini mengelakkan dari pembaziran. Kalau kita masak juga, alamat tak adalah yg nak makan sbb dah terlalu kenyang. Maklumlah jemputan sampai 5 rumah..mana tak kenyangnya.

Dalam pada tak masak tu, saya buatlah kek mudah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau ada kek kat rumah ni kira penyelamatlah. Bila ada tetamu dtng main terjah je...bolehlah hidangkan kek sementara kita menyediakan juadah yg lain. Kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Kek Coklat Kukus yg sangat sedap dari Puan Munira. Terma kasih pada penyumbang resepi. Kali ni saya C&P dari Mas. Ramai kawan2 dah mencubanya...mmng berbaloi. Kek ni moist dan sangat sedap. Kali ni saya tak letak topping sbb nak makan gitewww jeeee. Lagipun kek ni pun dah cukup manis, jadi mmng sesuailah di makan begitu saja. Pada kawan2 yg suka topping tu bolehlah lihat resepinya di SINI.



Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak-Yatie guna butter cair
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender (Yatie pkl sebati guna whisk je)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.
**Yatie kukus guna loyang 8x8x3. Alas kertas minyak di loyang dan griskan sekeliling loyang dngn butter juga permukaan kertas minyak. Tuangkan adunan dan tutup dngn aluminium foil yg di sapu sedikit butter di bawah permukaannya.(Ini bagi mengelakkan permukaan atas kek melekat pada aluminium foil)
Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Yatie kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.
Related Posts with Thumbnails