Tuesday, March 2, 2010

Nasi Minyak

Salam dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ni saya nak masak nasi putih je. Alang2 dah masak lauk daging, tu yg pekenakan sekali dengan nasi minyak ni. Kalau di Malaysia bila ada kenduri kahwin dapatlah makan nasi minyak free...tapi di perantauan ni, manalah nak carikan. Resepi ni saya ambil dari Che Mat Gebu...dan Che Mat kata, dia ambil dari rumah Kak Ummi. Walau apa pun terima kasihlah pada chef2 berdua ni ya. Saya minta izin cnp di sini pulaklah ya....


Bahan-Bahan.
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

9 comments:

  1. akak suka mkn ns minyak, tp anak2 akak kureng lah!! akak buat tak sedap ke..???hahaha

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak buat tp.... tak sempat rasanya..

    ReplyDelete
  3. mcm2 nasi yatie masak ye....! bertuah anak2 tu sbb mak masak sedap2!

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,

    Hai Yatie, sedap nengok nasi minyak tu. Daging kandar tu hari tu akak pun cuba, memang sedap kan. Hari tu kuah dia ada lebih akak panaskan kemudian masuk nenas, lagi sedap.

    ReplyDelete
  5. salam yatie...ranjinya masak,siap dgn nasi minyak lagi...mestilah berselera anak2 makan...

    ReplyDelete
  6. Salam Yati & semua pembaca blog yatiememories,

    Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality

    Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    ReplyDelete
  7. Ain>> alahai ain tekak lain2lah..sesekali tu sedap gak mkn nasi minyak ni...ain masak mesti sedap...saje je tu ank2 buat karenah...kih3..


    Fuzidiss>> bila free nanti bolehlah buat ya....mudah je...


    Kak Ita>> bukan ank2 je bertuah kak, perut sendiri pun bertuah coz dpt makan macam2...tapi kena ghajen sikitlah...

    ReplyDelete
  8. Aidah>> waalaikumsalam, mmng sedap daging kandar ni...lagi di panaskan, lagi sodap..

    Ima>> waalaikumsalam, sesekali pekena nasi minyak buatan sendiri, sedap jugalah...tukar selera sikit...

    ReplyDelete
  9. Myfuzzyworld>> thanks ya sudi ziarah..nnti akak singgah ya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails