Monday, December 30, 2013

Roti Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak meroti, tetiba teringinlah plk nak buat roti sendiri. Sebenarnya teruja tngk kwn2 di FB buat roti, jadi dlm malas2 tu nyempatkan jugalah mengadun doh roti ni. Kali ni guna BM, mudah je....Sebenarnya dah lama tak guna BM pemberian anak bujang saya, jadi hampir terlupa cara menggunakannya....terpaksalah belek2 BM dan buku panduan semula. Alhamdulillah berjaya jugalah buat roti. Saya buat roti simple je, makan roti cicah dngn air nescafe je...sedap juga. Esok2 kalau rajin nak meroti,barulah buat yg mcm2 sblm ni. Hari ni bagi mood meroti kembali dulu...barulah leh wat mcm2 jenis kan..Resepi boleh lihat juga diSINI. Terima kasih pada penyumbang resepi asal.





Bahan-bahan
  • 1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
  • 500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
  • 40gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 11gm yis atau sepeket yis 
  • 80gm marjerin@butter
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver 
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
  4. Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Saturday, December 28, 2013

Karipap Pusing lagi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni  rajin sangat buat karipap pusing ni. Dulu tak biasa buat, rasa mcm susah sangat..tu yg malas tu...bila dah buat menjadi dngn jayanya....kemaruklah pulak, asyik nak buat je. Rupanya senang je buat karipap pusing ni, lebih2 lagi dah jumpa resepi yg mudah dan puashati dngn hasil kejadiannya. Resepi boleh lihat di SINI. Terima kasih sekali lagi pada Sheila kerana berkongsi resepi dan cara2nya sekali...mmng terbaiklah resepi ni. Pada kwn2 yg masih ragu2 dan tak pernah buat karipap pusing tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng puashati.




Thursday, December 26, 2013

Kerutup Ayam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ayam yg sangat ringkas tapi sedap sangat. Kerutup ayam ni sedap di makan bersama nasi kegemaran, roti ataupun pulut kuning. Resepi dari Chef Hanieliza ni mmng mudah dan semestinya sedap. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam -buangkan kulit & potong kecil
  • 2 sudu besar rempah kari *
  • 2 sudu besar rempah kurma *(* di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar-saya tambah
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 100 gm bawang merah goreng
  • 2 biji buah keras
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang merah1 labu bwng besar- saya tambah
  • 3 ulas bawang putih
Cara
  1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan cili kisar dan gaul rata.
  2. Masukkan rempah yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendidih
  4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
  5. Pastikan kacau sekali sekala. Bila dah cukup rasa tutup api dan bolehlah di hidangkan.
  6. Hidangkan bersama nasi atau roti.

Monday, December 23, 2013

Serimuka Kacang Merah Sinar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya minggu ni adalah minggu yg sangat sibuk bagi ibu2 menyediakan kelengkapan sekolah bagi anak2 yg akan mulakan persekolahan tak lama lagi. Walauapapun, berbelanjalah dngn berhemah ya, amalkan sikap berjimat cermat. Mana yg boleh guna lagi tu, tak payahlah beli. Kalau buku2 tu mmng kena belilah. Kalau kasut dan beg masih elok tu, tunggulah pertengahan tahun baru beli. Tak semestinya tahun baru kita mesti beli kelengkapan serba baru kan. Masa ni pandai2lah ibu bapa menangani situasi ini supaya anak2 memahami.Perlu di ingatkan kwn2 di luar sana yg kurang bernasib baik. Apa yg penting pesan pd anak2, niat kita kesekolah...

Ok, takmo citer panjang....hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi serimuka yg sangat sedap. Kebetulan kat rumah ni suka makan pulut, jadi saya pun pelbagaikan lah kuih yg berasaskan pulut. Serimuka Kacang Merah Sinar di beri nama....sesedap rasa seindah namanya...leh gitewww. Pada peminat kuih serimuka, bolehlah cuba resepi ni....mmng sedap sangat. Lebih2 lagi bila tergigit kcng merah yg ada kat pulut tu...perghhhh...lagilah bertambah sedap.





Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500 gm beras pulut
  • 200 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 cawan kacang merah yg telah di rebus-toskan (saya guna yg dlm tin je, toskan)
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 20 minit.
  4. Apabila pulut masak, masukkan kacang merah dan gaulkan rata. Kukus lagi selama 10 minit.
  5. Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". Ketepikan dulu.
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/4 cwn tepung beras
  • 1 cawan kacang merah yg telah di rebus (saya guna  yg dlm tin je)
  • 300 gm gula pasir
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air (ambil 250ml air ni utk kisar kcng merah)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil pewarna merah
Cara caranya :
  1. Kisar kacang merah bersama 250 ml air (ambil air dari jumlah yg 500ml tu)
  2. Bancuh semua tepung bersama santan pekat, telur, garam dan air. Blend semua lagi mudah.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masak sehingga naik wap dlm 5 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah/pulut tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna trio steamer, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  6. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
**Jangan keliru dngn jumlah air 500ml tu ya. Nak mudah lagi campur kesemua bahan dan kisar sekali dngn kacang merah tu. Masak hingga naik wap dan tuangkan atas lapisan bawah dan kukus. Mudah kan....

**Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.Sekiranya ada sedikit kuih melekat di pisau, lapkan saja pisau tu guna tisu dan bolehlah ptng lagi. Jika melekat lagi lap lagi pisau tu dan seterusnya..ini bagi menjadikan setiap potongan kuih tu cantik dan kemas, maksudnya tak comotlah..

Thursday, December 19, 2013

Talam Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak makan kuih serimuka pandan yg sangat sedap ni. Biasanya kalau beli tu, kurang sikit rasanya...melainkan kita tempah dari pakar2 kuih2 talam yg sedia ada...mmng kena rasanya lemak manis dan harum pandan tu. Banyak dah saya cuba resepi serimuka pandan..semuanya kena dngn selera tekak ni. Sebelum ni guna resepi Chef Asma yg menggunakan tepung kastard je, resepi dari Chef Liza pula guna tepung gandum dan tpng kastard..dua2 sedap. Kali ni saya buat guna tepung gandum tapi ikut resepi Talam Keladi, tapi utk lapisan atasnya je lah. Kita kalau dah banyak makan dan buat ni, pandai2lah ejas mana yg sedap dan kena dngn selera kita. Lagipun kalau guna tepung gandum ni mmng kuihnya tahan sikit. Terpulang pd selera masing2lah ya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Pada peminat kuih2 talam, bolehlah cuba.....sedap kuih ni...




Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". 
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 250 gm gula pasir
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
**Kalau nak lagi sedap, ambil 4 helai daun pandan dan kisar bersama air dan tapiskan. Masukkan ke dlm adunan lapisan atas/ hijau dan mestilah di tapiskan dulu ya. Guna air yg 500ml tu...

Wednesday, December 18, 2013

Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah ayam sambal serai yg saya gandingkan dngn nasi mentega kismis tu. Walau ringkas tapi sedap sangat. Suami dan anak2 makan bertambah2..tak putus2 ckp sedap sangat. Alhamdulillah. Banyak kali dah masak ayam sambal serai ni sbb ianya mudah, mcm masak sambal ayam biasa tu, cuma kita tambahkan serai yg lebih..sbb tu namanya ayam sambal serai. Kalau nak cuba tu, leh cuba resepi ni.




Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak nasi mentega kismis atas permintaan anak2. Hamka lah paling suka nasi ni sbb dia suka korek2 kismis yg ada dlm nasi tu. Klakar betullah tngk Hamka ni, sambil makan sambil kira berapa kismis yg dia dpt. Dah namanya budak, mmng mcm2 ragamnya....tak kisahlah kan asalkan dia berselera nak makan.
Lama tak masak nasi2 mcm ni. Biasa asyik nasi putih je. Kali ni saya masak nasi ni dan gandingkan dngn ayam masak sambal serai, ringkas je kan. Ulamnya makan dngn tomato dan timun jepun je...wallaaaahhhhh sedapnya. Walaupun ringkas tapi satu family makan bertambah2. Alhamdulillah...

Terima kasih pada Mat Gebu berkongsi resepi mudah ni. Izinkan sekali lagi akak kongsikan resepinya kat sini ya. Sebelum ni pernah juga buat di SINI, cuma lauknya je kita tukar ikut selera masing2. Pada yg belum cuba tu, bolehlah mencubanya...jom semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 2 camca besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 1/3 cawan kismis
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

Tuesday, December 17, 2013

Talam Labu Lemak Manis (tidak di kukus)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, rindu rasanya. Minggu ni merupakan minggu yg sibuk, bukannya apa...sibuk dngn urusan jalan2 makan angin. Bila dah kembali ke rumah tu, mood malas melanda. Masak tetap masak, tapi nak buat n3 kat blog ni rasa lemau je. Kebetulan arini masak sayur lemak labu, jadi saya asingkan sedikit utk buat kuih talam labu yg sedap ni tanpa perlu di kukus. Cara buatnya mudah je, mcm buat puding je. Terima kasih pada K.Fida berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 lembut mcm ni, bolehlah cuba...mmng sedap sngt. Terasa lemak manis labunya. Jom semak resepinya.




Bahan-bahan ( loyang 8x8 ) 
LAPISAN BAWAH :- 
  • 300 gm labu yang telah di rebus-toskan dan lecek halus
  • 100 gm tepung Hoen Kwee - putih
  • 1 1/4 cawan santan sederhana pekat (saya guna 100ml santan KARA + air selebihnya)
  • 3/4 cawan gula pasir 
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk pewarna kuning-tak letak pun takpe
LAPISAN ATAS ( DADIH ) :-
  • 60 gm tepung Hoen Kwee- putih
  • 2 cawan santan pekat (akak guna 200ml KARA + air)
  • 1/4 sk garam atau secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah kecuali labu,kacau rata dan masakkan sebentar. Bila dah agak pekat sikit,masukkan labu, kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga pekat.(dlm 10 minit)
  2. Tuang ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak dan ratakan.Ketepikan.
  3. Satukan pula bahan2 dadih  atau lapisan atas dan masak hingga adunan pekat dan meletup2 dan matikan api.(masak dlm 5 minit). Masa memasak, sentiasalah di kacau guna whisk ya.
  4. Tuang segera adunan dadih di atas lapisan bawah dan ratakan.
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong ikut selera.

Wednesday, December 11, 2013

Kek Span Pandan Cheese Bersalji di Hari Ulangtahun Kelahiran Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam 10.12.13 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak bongsu saya Mohamad Hamka M.Khata yg ke 8 thn. Syukur alhamdulillah, dah besar anak mama ni....walau dah usia 8 thn, tapi manja tetap mengalahkan anak2 kecil yg lain. Kalau mama cakap terkeras dan terkuat sikit je, cepat sangat terasa...terasa mama dia tak sayang. Kalau boleh mama kena cakap slow je...he3.. Tapi takpelah, walau manja..Hamka seorang anak yg sangat patuh, syukur alhamdulillah. Kalau time sembahyang dia terus sembahyang, kalau suruh mengaji, terus je mengaji. Bila bab makan mmng memilih sikit. Kalau boleh nak yg mama masak je, takmo yg beli punya. Walau lauk telur goreng je pun takpe, asalkan mama yg masak. Kalau pergi bercuti yg payah sikit, sbb mama tak boleh masak...masa ni puas pujuk dia makan sbb masakan orng lain...bila balik dari bercuti je, siaplah mengorder mcm2....dia balas balik  tuuuuu....tapi takpelah kan...asalkan dia berselera nak makan....mama pun tak kisahlah...

Sempena hari ulangtahun kelahiran Hamka ini, mama ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Hamka, moga di panjangkan usiamu, di murahkan rezekimu, di berikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama dan abah, berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga hidupmu sentiasa di berkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Mama tak pandai deco kek, jadi mama buatkan kek yg mudah tapi menjadi kegemaran kami sekeluarga. Alhamdulillah semuanya makan dngn penuh selera dan rasa syukur atas nikmat yg di berikan Allah SWT. Terima kasih buat kawan2 di FB yg mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yg baik2 buat Hamka. Saya amat2 menghargainya. Moga doa ktia semua di makbulkan Allah SWT. Aamiin. Kek ni saya dah pernah buat sebelum ni, cuma tukarkan perisa dan pewarnanya je. Boleh lihat di SINI dan di SINI.






Thursday, December 5, 2013

Russian Black & White Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, terima kasih kwn2 yg ucap Happy Birthday pada saya, terharu dan saya amat2 menghargainya. Sebenarnya takdelah menu istimewa sekadar makan2 kat luar tapi mama still kena masak lagi kat rumah sbb semuanya suka masakan mama. Apa nak buat....layankan jelah asalkan semuanya gembira. Kebetulan hujan je, jadi malas nak keluar kita buatlah kek sendiri dan main deco2 simple bersama anak2...inilah hasilnya...cantik tak....comel tak..he3..

Sebenarnya lama dah nak buat  Russian Black & White Chocolate Cake ni. Tapi tulah, takde keyakinan nak menjadi kek ni. Maklumlah saya ni bukannya reti sangat nak buat kek2 yg canggih, apalagi nak mendeco segala. Akhirnya berbekalkan doa, usaha gigih dan keyakinan...kek saya menjadi dngn jayanya tapi taklah secantik yg kwn2 buat. Tapi takpelah sekurang2nya saya merasa puashati dan puas makan kek mahal ni...he3... Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Terima kasih juga pada Hana yg berkongsi resepi dan cara2nya di blog dan kwn2 juga lihat di blog Lina.





Bahan-bahan

  • 170g tepung superfine*-guna tpng gandum pun boleh
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100 gm serbuk koko
  • 200 gm minyak jagung @ minyak masak
  • 250 gm susu pekat
  • 250 gm gula halus - guna 210 je pun boleh
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek, tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1jam 30minit.
  • Sejukkan. Bila dah sejuk baru ptng kek kpd 3 atau 4 lapisan
RESEPI COKLAT GANACHE

  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter
Cara-cara
  1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.
 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE

  • 500g creamcheese- guna 400 gm pun ok
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai utk kek 4 lapisan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  4. Masukkan dlm petias sebentar supaya adunan cream cheese mengeras sikit barulah tuang ganache.
  5.  Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Tuesday, December 3, 2013

Selamat Hari Lahir Yatie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yg ke...... Saje takmo beritahu yg ke berapa sbb mcm2 persoalan yg timbul nnti. Takkan lah kita nak ceritakan semua kat blog kan, adalah sedikit rahsia yg tak perlu dikongsikan bersama. Cukuplah sekadar kawan2 semua doakan kesejahteraan dan kesihatan diri ini supaya dpt beribadah dngn sebaiknya dan penuh istiqamah.

 Di hari yg penuh bermakna ini bersamaan 3 disember, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH pada ayah dan ibu yg selama membesarkan diri ini. Bila di kenangkan terlalu besar jasa mereka berdua hinggakan diri ini tak mampu balas jasa mereka. Hanya doa sentiasa mengiringi ayah dan ibuku, moga kalian berdua sentiasa dlm lindungan yg maha Esa.

Buat suami, adik beradik, saudara mara, anak2ku, sahabat2 di FB juga pengunjung2 blog Sinar Kehidupanku...terima kasih atas ucap selamat hari lahir yg tak putus2 sejak malam semalam buat diri ini. Gembira dan terharu...saya amat2 menghargainya. Terima kasih atas doa yg baik2 dan ingatan kalian semua. Moga doa kita semua di makbulkan Allah SWT. Aamiin..


Monday, December 2, 2013

Kaswi Pandan Lapis Gula Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi kuih kaswi yg sangat mudah dan sedap. Resepi kali ni saya ambil dari kawan FB Shalieya Danish. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 tradisional mcm saya ni, bolehlah cuba. ...mmng sedap. Jom kita semak resepinya.




Bahan utk adunan pandan
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 2 cwn air
  • 1 sudu kecil pandan paste
  • 1 sudu kecil pewarna hijau1 sudu kecil air kapur
Bahan utk adunan gula merah
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/3 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*(bhn bertanda * di masak bersama dan sejukkan)

  • 1/2bj kelapa putih + sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Panaskan kukusan . Sapu sedikit minyak pd loyang dan panaskan dulu. Kalau guna acuan kecil pun sama, sapukan sedikit minyak.
  2. Satukan semua bahan PANDAN dlm mangkuk . Kacau rata atau nak.mudah kisarkan saja. Tapiskan.
  3. Buat adunan GULA MERAH sama spt pandan, tapiskan dan ketepikan.
  4. Tuang adunan pandan pd loyang dan kukus dlm 15min .. cakar2 atas tu dan tuang adunan gula merah
  5. Kukus lagi dlm 15minit. Buka penutup dan biarkan dalam 2min .. baru tutup api.
  6. Jika terdapat air di permukaan kuih, sengetkan loyang dan buangkan air tu dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik. Sedap di makan bersama kelapa parut putih.

***Yatie buat guna acuan kecil, sama juga cara masaknya. Sapukan sedikit minyak pd acuan, tuangkan adunan pandan separuah acuan dan kukus dlm 10 minit. Bila dah mengeras tuangkan pula adunan gula merah dan kukus lagi dlm 20 minit.Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan.
Related Posts with Thumbnails