Monday, November 14, 2011

Kaswi Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kuih Kaswi Nyonya yg saya buat petang semalam. Kuih kaswi ni sesuai utk sarapan pagi ataupun hidangan minum petang. Cara membuatnya senang je, sama macam kuih kaswi yg lain tu, cuma kuih ni adunannya di bancuh dngn santan pekat dan santan cair. Rasanya....jangan citerlah, mmng sedap sangat. Saya mmng suka kuih2 macam ni, sedap kenyal2 manje gitewwww.

Oklah kita semak resepinya ya. Hari ni saya tak berapa sihat, sakit kepala dan rasanya mmng nak selsema ni. Pening yg amat sangat dan tekak ni berasa perit sangat.. Lepas ni nak makan ubat dan rehat kejappppp. Terima kasih pada Kak Fida@myresepi kerana berkongsi resepi kuih yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.
  • 250 gm gula pasir
  • 250 gm gula melaka (Yatie guna gula merah yg gelap)
  • 600 gm santan cair(drpd 2 biji kelapa utk santan pekat dan cair)
  • 1 sk garam
  • 2-4 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 140 gm tepung beras (cap gajah)
  • 140 gm tepung ubi/tapioca FLOUR
  • 55 gm tepung jagung
  • 600 gm santan pekat
  • 1 sudu kecil rata kapur (yg pekat, pastu bancuh dngn sedikit air)
  • 1 sudu besar pewarna choc.(Yatie tak letak sbb dah guna gula merah gelap)
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

    ** Yatie guna acuan kecil, masa mengukus di pendekkan dari 20- 25 minit saja.

14 comments:

  1. Dah lama tak makan kaswi...sedap nampak... aduh...!! terlior la pulak...

    ReplyDelete
  2. comelnya kaswi dlm acuan gitu.... :-)

    ReplyDelete
  3. Sally Rashid (http://sally-rashid.blogspot.com/)November 14, 2011 at 1:55 PM

    cantik bentuk kaswi nya. Boleh try buat hari minggu nanti. Saya juga suka mencuba resepi dari kak fida @ myresepi..

    ReplyDelete
  4. Yatie...
    Yatie guna melaka ke gula merah ek...selalunya kalau kak cek guna gula melaka je tak kan dapat warna gelap mcm Ytie buat....suka kuih kaswi...kenyal2 tula yg sedap kan...:D

    ReplyDelete
  5. Alahai .. lama sungguh KC tak makan kaswi. Teringin la pulak. Esok nak gi carilah. BEstnya kalau berjiran dgn Yatie ye. Boleh Ella mintak sepiring*dgn muka tak malu*Hihi.

    ReplyDelete
  6. salam ziarah yati...kaswi ni pun peberet Liza...

    ReplyDelete
  7. salam, kuih kaswi ni paling sedap pernah saya makan adalah hasil air tangan mak mentua, sampai skrg belum jumpa mcm tu.

    k yati, dtglah blog saya,
    http://www.aynoranur.com
    terima kasih...

    ReplyDelete
  8. sedapnya yatie.. suke warna kaswi gelap2 ni..

    ReplyDelete
  9. salam Yatie...

    kuih ni fav dyg juga...mmg sedap sgt...pantang nampak org jual, mesti nk beli...rajin sungguh yatie..nanti2 boleh lah buat utk dyg ye...hehe

    Take a rest n take care tau...skrg ni mmg tgh musim berpenyakit... :)

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak Yatie, sedapnya tgk kuih kaswi ni..dah lama tak mkn..hmmm simpan resepi dulula yer:)

    ReplyDelete
  11. wah ada kaswi kat dapur yatie..sedapnyaaaaa.:)))

    ReplyDelete
  12. cantiklah warnanya tu yatie....sedapnya, nampak comel-comel belaka...

    ReplyDelete
  13. sedapnya kaswi tu kak..kalau makan cicah kelapa banyak2 lagi suka!

    ReplyDelete
  14. Tergoda nihh...hmmmm, lama juga tak makan kueh kaswi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails